Support My Blog

Monday, November 6, 2023

BURUNG KELICAP - APA DIA?

BURUNG KELICAP merupakan sejenis burung yang kecil dimana maklumat mengenainya amat jarang dibincangkan di negara kita. Bagi penulis blog sudah kenal akan beberapa spesis burung kelicap kerana pernah tinggal dikampong zaman remaja dahulu dan pernah cuba untuk melastiknya. Bagaimana pun belum pernak kena kalau melastik burung ini kerana ia terbang sngat laju dan jarang dilihat hinggap pada dahan pokok. Salah satu spesis Burung Kelicap Bukit (Nectarinia jugularis) atau ia juga dikenali sebagai 'Burung Madu Sriganti' yang mana ia adalah salah satu daripada jenis burung kelicap yang boleh didapati di Malaysia. Dalam merujuk beberapa artikel dan jurnal dilaporkan dimana b
urung kelicap mempunyai cara penerbangan yang unik dimana ia boleh terbang dari pelbagai sudut dan arah (sama seperti pepatung atau dragonfly) seperti pergerakan kehadapan, ke belakang, ke sisi kini atau kanan, keatas, kebawah dan boleh kekal di udara dengan mudah dan tenang (static fly). Burung kelicap ini dikatakan sebagai sejenis burung 'Hummingbird Malaysia' dimana ia boleh mengibaskan kepaknya sebanyak 80 kali sesaat sewaktu terbang secara normal dan boleh mencecah 200 kali sesaat jika melakukan terjunan akrobatik. Dalam beberapa laporan dinyatakan ada terdapat banyak (kira-kira 330) spesis hummingbirds atau kelicap ini di seluruh dunia. Dilaporkan dimana kumpulan burung ini memang unik kerana ada yang sangat kecil ukurannya malahan ia lebih kecil seperti serangga dan ada yang agak daripada burung terbang laju. Sebagai contoh ada dilaporkan dimana ada burung kelicap yang kecil dengan ia hanya mempunyai berat 20 gram akan tetapi ia kurang tepat kerana akhirnya saintis kelaskan semula dimana spesies yang sangat kecil ini kemuidian dinamakan senagai 'hummingbird' dan ia boleh kecildengan berat hanya 2 gram sahaja. Dalam beberapa laporan dinyatakan ada beberapa fakta mengenai burung kelicap atau burung hummingbird yang unik. Pertama dimana dilaporkan yang burung kelicap tidak boleh menghidu bau seperti burung lain. Burung kelicap juga mempunyai cara penerbangan yang unik yang boleh terbang pelbagai arah dengan cepat dan mudah. Burung kelicap boleh mengibaskan kepaknya sebanyak 80 kali sesaat sewaktu terbang secara normal dan boleh mencecah 200 kali sesaat jika melakukan terjunan akrobatik. Apa pun fakta bagaimana kaki burung kelicap adalah lemah dan hanya digunakan untuk tujuan bagi mencengkam tempat ia bertenggek adalah unik. Burung kelicap didakwa ia memang comel dan unik. Banyak ada kebarangkalian teknologi zaman sekarang terutama dalam bidang penerbangana diilhamkan dari cara penerbangan burung kelicap. Mesti ramai yang mungkin tidak percaya yang idea helikopter itu datang dari burung kelicap atau pepatung dahulu agaknya. Artikel pada pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai burung kelicap untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog kehadiran burung kelicap di kebun memnag sangat signifikan untuk sektor pertanian. Burung ini dilihat akan mengunjungi bunga yang mekar dimana ia menyedut nektar atau manisan sebagai makanannya dan membawa debunga untuk dilakukan proses pendebungaan juga (Sila lihat foto disebelah). 
Bermakna burung ini adlah sejenis haiwan yang berfaedah dalam sektor pertanian terutama dalam proses pendebungaan (pollination process). Walau pun begitu ada dikalangan peminat burung yang mungkin memeliharanya sebagai haiwan kesayangan (pet) dan ia memerlukan kepakaran dan kebenaran khusus agaknya. Ada banyak jenis burung kelicap yang sudah dikenalpasti di negara kita tetapi penulis blog percaya tidak mengenali akan sesis burung ini secara detail. Setelah merujuk artikel wikipedia ada dinyatakan dimana antaranya adalah spesis burung Kelicap (sunbird) yang memakan madu bunga. Antara spesis sepesies burung kelicap dimana ia dari famili ini yang mengandungi 133 spesies yang dipecahkan kepada 15 genera iaitu terdiri dari Burung Kelicap Pipi Delima (Chalcoparia), Famili Deleornis (2 spesies), Famili Anthreptes (14 spesies), Famili Hedydipna (4 spesies), Famili Anabathmis (3 spesies), Famili Dreptes (monotipik termasuk Kelicap besar), Famili Anthobaphes termasuk Kelicap dada oren), Famili Cyanomitra (7 spesies), Famili Chalcomitra (7 spesies), Famili Leptocoma (6 spesies), Famili Nectarinia (6 spesies), Famili Drepanorhynchus yang termasuk Kelicap sayap emas), Famili Cinnyris (56 spesies), Famili Aethopyga (23 spesies) dan juga Kelicap daripada Famili Kurochkinegramma iaitu termasuk Kelicap tengkuk ungu. Bagaimana pun daripada semua famili tersebut disenaraikan spesies yang boleh ditemui di Malaysia. Spesis tersebut adalah Burung Kelicap Bakau, Burung Kelicap Belukar, Burung Kelicap Bukit, Burung Kelicap Buluh, Burung Kelicap Bunga Kantan, Burung Kelicap Gunung, Burung Kelicap Kelabu, Burung Kelicap Kunyit, Burung Kelicap Mas, Burung Kelicap Mayang Kelapa, Burung Kelicap Merah, Burung Kelicap Nibung, Burung Kelicap Perepat, Burung Kelicap Pinang, Burung Kelicap Pucat Pisang, Burung Kelicap Ranting, Burung Kelicap Rimba dan juga Burung Kelicap Sepah Raja Kesumba. Apa yang penulis blog perasan dimana nama-nama burung ini banyak daripada 20 spesis ini yang mengikut nama pokok (mungkin sebab ia suka dengan pokok tersebut yang selelu dikunjunginya).


Menyentuh akan beberpa ciri atau fakta mengenai jenis burung kelicap atau pun burung hummingbird ini dilaporkan dimana warna badan burung ini memang ia selalu adalah ber
warna yang unik dengan bulunya terdiri warna sangat cantik dan mengingatkan permata. Apabila cahaya matahari langsung terkena pada bulunya yang terang berkilau dilihat seolah-olah menukar warna mereka. Itulah sebabnya burung ini sering diberikan nama-nama yang berkaitan dengan batu permata (sebagai contoh digelat 'topazny hummingbird' atau 'zamrud leher' atau 'topaz api' atau 'terbang amethyst' . Cili sosial burung ini dilaporkan sebagai 'Burung Berkeluarga' dimana burung ini bersarang dengan membuat sarang anyaman unik seperti sarang labah-labah dari bahan rambut dan keping kulit kayu. Bentuk akhir sarangnya bergantung kepada saiz burung itu sendiri dimana dilaporka ada spesis yang membuat sarang mencapai ukuran diameter saiz cawan. Apabila burung ini bertelur disarangnya memang saiz telurnya dengan saiz yang tidak lebih daripada kacang iaitu bergarispusat telur hanya 12 mm sahaj. Dikatakan yang burungini sangat berani dan jika sekiranya berlaku bahaya maka dia tanpa rasa takut berdiri untuk mempertahankan diri mereka dengan cepat terbang ke arah musuhnya secara menjunamkan paruh tajam kepada bahagian hidung atau mata musuhnya itu. Perlu diketahui jika burung ini tidak membentuk pasangan tetap. Burung kelicap selalunya menjadikan makanan utama adalah madu yang didapatkan daripada bunga tumbuh-tumbuhan terpilih yang diminati sesuai dengan bulu warna mereka. Burung ini akan mengunjung bunga dan menguhuurkan muncingnya untuk menyedut madu dengan terbang leibbaskan kepaknya sebanyak 80 kali sesaat sehingga ia kelihatan seakan-akan berhenti sahaja lagaknya. Memang burung ini menggunakan banyak tenaga untuk terbang dan bergerak dimana manisan nektar merupakan sejenis manisan sedia guna untuk burung ini. Burung ini sebenarnya 'tidak hinggap' atau 'duduk' diatas bunga sebaliknya ia adalah masih terbang lagi. Sebenarnya ada kajian menyatakan bukan hanya nektar yang digemari burung ini akan tetapi ia juga meminati memakan serangga kecil yang berterbangan dalam habitatnya. Oleh kerana ia banyak gunakan tenaga untuk terbang maka ia jug asering dan selalu mencari makan. Menarik fakta cara terbang burung ini dimana cirinya ia akan menggerakan punggung terlebih dahulu.
Keupayaan untuk bergerak ke atas dan ke bawah dan belakang memang ia satu reka bentuk khas sayapnya dimana ia bersambung hanya dengan bahu. Lazimnya burung ini juga dilaporkan mempunyai jantung yang besar dan kuat dengan kadar kecepatan denyutannya 1,000 - 1,200 bpm.


Penulis blog paling suka hobi kumpul setem semasa zaman sekolah dahulu tetapi kini sudah beralih hobi kepada aktiviti menulis blog pertanian, travlelling dan memberikan khidmat kepakaran teknikal sebagai konsultan juga. Kehebatan Burung Kelicap dijadikan simbol oleh Pejabat Pos Malaysia apabila Burung Kelicap Bukit atau juga dikenali sebagai burung Madu Sriganti adalah salah satu daripada
haiwan yang boleh didapati pada setem 75 sen tersebut (Sila lihat foto disebelah).  Burung Kelicap Bukit (Nectarinia jugularismerupakan spesies sunbird yang dijumpai dari Asia Selatan hingga Australia. Burung jenis sunbirds merupakan sekelompok burung passerine yang mana ukurannya amat kecil dimana ia kebanyakannya makan madu (nektar) sungguhpun dia juga ada memakan serangga khususnya bagi diberikan anak burung. Penerbangan mereka pantas dan cepat secara langsung kerana ia mempunyai jenis pendek dan laju. Kebanyakan spesies burung ini mamang ia boleh memakan madu dengan jumlah yang banyak kerana ia terus digunakan sebagai tenaga untuk terbang. Ia merupakan burung csntik yang bersaiz kecil dimana dilaporkan saiz paling besar hanya sepanjang 12 cm. Selalunya bulu burung ini iaitu di bahagian bawah kedua jantina jantan dan betina bewarna kuning terang sementar adi bahagian belakang bewarna perang malap. Warna pada bahagian dahi, lengkuk dan atas dada jantan dewasa adalah gelap serta pada bahagian dibelakangnya adalah warna biru metalik. di Malaysia apa yang penulis blog diberitahu peminat dan pemburu burung ini dimana ia adalah burung yang berasal dari habitat paya bakau dimana selalumya burung Kelicap Bukit dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama manusia, dan kini biasa terdapat malah dikawasan berpenghuni padat. Ada dilaporkan diman masa ini ada burung kelicap ini yang sudah membuat sarang di kediaman manusia. Burung Kelicap Bukit adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah an memang paruh Burung Kelicap Bukit tidak bergigi. Dalam aspek pembiakan dimana ia akan mengawan antara bulan April dan Ogos. Kedua burung kelicap jantan dan betina membantu membina sarang yang berbentuk flaks iaitu dengan beranda tergantung di pintu masuk, dan bahan tergantung pada bahagian bawah. Selepas membina sarang kemudian maka burung ini akan seterusnya meninggalkan sarang selama seminggu sebelum burung betina kembali untuk bertelur satu iaitu ada dua telor biru kehijauan. Telornya akan mengambil masa selama seminggu sebelum menetas. Burung betina mungkin meninggalkan sarang bagi tempoh pendek pada siang hari semasa mengeram. Selepas anak burung menetas maka kedua-dua burung jantan dan betina membantu menjaga anak burung dimana mereka hanya akan meninggalkan sarang selepas dua atau tiga minggu berikutnya. Burung Kelicap Bukit membiak dengan bertelur yang mempunyak kuit cangkerang keras. Semuga artikel mengenai burung kelicap ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BURUNG KELICAP... HUMMINGBIRD IA SAMA....
KURANG DIKENALI... OLEH RAMAI ORANG KITA...
TERBANGNYA LAJU... PELBAGAI ARAH PULA...
MEMAKAN NEKTAR... JARANG DIPELIHARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Rabiulawal 1445H).
posted from,
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...