Penanaman kelapa sawit di rantau ini menjadikan ia sebagai pengeluar utama minyak sawit dan produk berkaitan sawit di dunia. Indonesia yang merupakan paling luas menanam sawit menjadi peneraju kepada industri ini disamping dengan Malaysia dan beberapa negara lain. Tanaman kelapa sawit yang luasnya 5.4 juta hektar di Malaysia menghasilkan banyak biomass terdiri daripada daun, pelepah, tandan dan juga batangnya saban tahun. Sudah banyak kajian dan industri yang berkaitan dengan bagaimana kaedah memanafaatkan sisa sawit ini dan sudah ada banyak industri yang memproses disa sawit. Antara bahagian yang menjadi tumpuan adalah bagaimana batang kepapa sawit ini dapat di manafaatkan dengan baik. Merujuk kepada beberapa laporan media dan jurnal dimana ada sekitar 4 kegunaan umum batang kelapa sawit untuk tingkat ekonomi dan juga menjawab isu penebangan hutan (deforestation) yang menjadi isu penguna di Kesatuan Eropah dan beberapa negara maju lain. Diseluruh dunia kini siapa yang tidak mengenal kelapa sawit dan produk kelapa sawit. Apa pun tanaman ini menyimpan banyak sekali akan kegunaannya terutama pada bahagian buah dan batangnya penting menumbang kepada KDNK negara. Bukan hanya buah sawit yang boleh dimanafaatkan untuk bahan asas menjadi minyak masaktetapi kini batang kelapa sawit juga boleh dimanfaatkan untuk industri kayu dan menekan laju isu kepada masaalah deforestasi. Kelapa sawit sendiri termasuk tumbuhan monokotildon dimana ia tidak memiliki akar tunjang sebaliknya cuma mempunyai akar serabut. Akar yang mesuk kedalam tanah bagi pokok dewasa sehingga panjang akar boleh mencapai 15 meter dalam. Komponen daun kelapa sawit yang bentuknya menyerupai bulu ayam atau burung merupakan bahagian penting untuk fotosintesis. Bahagian pangkal pelepah daunnya berbentuk dua baris dengan duri yang sangat tajam dan keras pada kedua sisinya. Penulis blog yang di keliling rumah d kampong memang di tanam dengan sawit memahami pokok ini dengan baik. Kelapa sawit yang sudah berusia 3 tahun akan mengeluarkan bunga jantan dan juga bunga betina. Bunga jantan biasanya berbentuk lonjong memanjang dengan dihujung kelopak agak meruncing dan garis tengah lebih kecil, sedangkan bunga betina bentuknya agak bulat dengan hujung kelopak agak rata serta garis tengah bunga agak tebal. Buah kelapa sawit adalah drupe dimana setiap bijinya mempunyai biji yang berbentuk bulat atau lonjong dan berbeza-beza. Tanaman kelapa sawit sesuai tumbuh dalam pelbagai jenis tanah asalkan ia mempunyai salian baik dan subur.
Dilaporkan batang kelapa sawit boleh mengurangkan kesan deforestasi dengan lebih baik. Satu cara adalah dengan memanfaatkan adalah batang kelapa sawit. Batang kelapa sawit tidak kalah gunanya dengan buah sawit sebagai bahan asas pembuatan minyak. Ini kerana bahagian batangnya juga mempunyai potensi besar jika dimanfaatkan sebagai bahan asas bagi industri kayu. Kini masih banyak lagi ruang pemanfaatan batang kelapa sawit yang masih belum optimal dan hanya dilakukan oleh sebahagian pemain industri sahaja. Bahagian batang sawit biasanya dibiarkan terletak dikebun dan kemudian mereput, di potong kecil-kecil (di cacah) atau selalu dibiarkan begitu saja tanpa ada pengolahan yang berguna. Sebenarnya ia banyak guna dimana salah satunya adalah bertujuan menekan lajunya proses deforestasi. Maksud 'deforestasi' adalah penggondolan hutan untuk membuka kawasan pertanian termasuk menanam sawit dimana ia tentu saja membawa kesan negatif bagi kelestarian alam sekitar disebabkan oleh sebab hutan menjadi semakin gondol. Oleh sebab itu, dengan memanfaatkan batang kelapa sawit menjadi bahan asas bagi membuat perabot dan bahan lain ia dianggap sama saja seperti menyelamatkan hutan dari penggondolan untuk kurangkan pembalakan kayu atas tujuan sama. Dilaporkan dimana kualiti produk atau barang yang terbuat dari batang sawit juga tidak jauh berbeza dengan perabut kayu bulat dari hutan. Terdapat teknologi mengolah batang sawit sehingga ia sesuai dijadikan bahan perabot untuk pasaran domestik dan eksport. Bagaimana pun kualiti produk perabut dari batang sawit semestinya sepadan dengan kualiti perabut dari kayu hutan untuk lebih ekonomik. Secara tidak langsung aktiviti penebangan hutan untuk tujuan pembalakkan dapat dikurangkan. Dilaporkan dimana perabut (furniture) yang terbuat dari tanaman batang sawit tentu memiliki nilai jual yang tinggi. Selain itu dilaporkan diman bahagian batang pada sawit juga sesuai digunakan sebagai bahan pembuatan flooring (lantai rumah) dan juga pembuatan papan kayu lapis. Apa pun dengan teknologi dimana struktur batang sawit yang kukuh akan selalunya membuatkan perabut dari kayu lapis menjadi kuat. Kualitinya tidak kalah setanding dengan perabut dari kayu biasa dan ia juga memiliki corak yang unik menarik. Batang sawit dilihat mempunyai potensi penghasilan lebih komersil jika hendak dibandingkan dengan pengeluaran perabut dari kayu balak dari hutan.
Kalau di Malaysia aktiviti Pembuatan Gula Merah dari kelapa sawit agak kurang kedengaran tetapi sebaliknya ia popular di Indonesia. Di beberapa daerah seperti Aceh,Sumatera dan Kalimantan Tengah dimana ada masyarakat yang aktif untuk memanfaatkan batang kelapa sawit menjadi gula merah. Masyarakat setempat akan menebang batangnya (pokok tua yang condong di tanah gambut) dan mereka kemudian mengambil air niranya yang kemudian akan dijadikan gula merah (Sila lihat foto disebelah). Gula merah ini berasaskan nira kelapa sawit yang mana ia mempunyai potensi cukup besar untuk menambah pendapatan para petani iaitu apabila pokok sawit tidak berhasil lagi. Inovasi untuk menghasilkan nira sawit ini sehingga diproses menjadi gula merah ini sudah bermula iaitu sejak tahun 2015 di Kabupaten Serdang akan tetapi jumlah penghasilannya masih berskala kecil-kecilan. Petani Serdang akan menyadap nira menggunakan dua cara iaitu menyadap tangkai bunga pokok sedia ada yang selendangnya belum terbuka dan juga menyadap nira setelah pokok tumbang selama 3-7 hari. Cara ini boleh mereka menghasilkan sebanyak 3.4 - 146.7 liter air nira dengan kadar kandungan gula didalamnya sekitar 8 - 19.1%. Kini usaha membuat gula merah dari nira kelapa sawit Kabupaten Serdang dilaporkan sudah pun menghasilkan sebanyak 400 -1,000 kg/unit dalam masa sehari sahaja. Dilaporkan sebanyak 41.6 mt gula merah sudah berjaya dihasilkan oleh pekebun sawit di Serdang dan ia semakin diminati ramai. Pada penulis blog inovasi ini sesuai dikembangkan di Malaysia terutama bagi pekebun kecil sawit yang menanam pokok sawitnya di tanah gambut dan tumbang untuk menjalankan pengutipan air nira sawit. Pihak MPOB, MARDI dan Jabatan Pertanian Malaysia perlu melihat inovasi ini untuk tingkatkan pekebun sawit di Malaysia.
Batang kelapa sawit merupakan salah satu asas untuk dijadikan Bahan Bakar Alternatif dialam menghasilkan tenaga. Sudah banyak lapran kajian dijalankan dan hasil kajian mendapati dimana serat batang kelapa sawit boleh menjadi pelet pengganti arangbatu atau batubara dan juga minyak bioetanol. Inovasi ini muncul, karena sebelumnya bagian batang sawit seringkali dibiarkan hingga membusuk atau dibakar. Dalam keadaan terbiar dimana batang kelapa sawit akan menjadi sarang kumbang Oryctes rhinoceros dan juga Kulat Ganoderma yang apabila merebak akan merugikan dan boleh mengganggu tanaman sawit muda. Aktiviti pembakaran batang sawit juga boleh membayakan terutama di tanah gambut dan kesannya juga aakan menyebabkan kebakaran hutan dan sisanya pula akan mencemarkan sungai. Kebakaran memang akan beri kesan buruk dimana berlaku JEREBU dan Jerebu Rentas Negara seperti pernah berlaku banyak tahun dahulu. Ia akan menyusahkan masyarakat dimana menjejaskan kesihatan dan juga menyebabkan aktiviti ekonomi terganggu terutama sektor penerbangan, pelancongan dan sebagainya. Kalangan saintis dilihat mula melakukan penyelidikan terhadap batang sawit untuk menjadi dijadikan bahan bakar alternatif. Bagaimana pun belum banyak produk dipasaran yang berasaskan batang kelapa sawit sebagai bahan bakar alternatif ini di komersilkan.
Terakhir yang ke empat (4) adalah bagaimana batang kelapa sawit ini mengandungi Cacing Yang Mati dan Boleh Mendatangkan Keuntungan pengusahanya. Maklumat mengenai perkara ini belum banyak dibincangkan dan dikaji dengan skala ekkonomik. Perkara ini memang kesnya tidak sama dengan kegunaan batang sawit untuk dibuat perabut, gula merah atau pun bahan bakar alternatif kerana bagaimanakah caranya batang sawit busuk boleh dijadikan ia ekonomik. Proses pereputan batang kelapa sawit yang sudah mati selalunya dilaporkan melibatkan banyak hidupan lain sebagai agen pereputan termasuk sejenis cacing berbentuk pipih sepanjang 10-15 cm dimana ia dikenali sebagai African Night Crawler (ANC) yang berada didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Kehadiran cacing ANC inilah yang nantinya layak dikomersilkan dimana ia boleh dieksport ke luar negera juga. Kajian melibatkan seorang anak petani sawit yang bernama Kristanto di Provinsi Riau, Indonesia dilaporan dimana dia sudah berhasil menternak cacing ini sejak tahun 2005 lagi amat wajar di teliti teknologinya. Cacing jenis ini apa pun penulis blog tahu ia sangat berguna untuk industri farmasi, kosmetik dan sebagai makanan ternakan. Lazimnya memang cacing ANC ini adkan menyukai tingal di dalam medium yang berasal daripada pokok yang sedang mereput secara semulajadi. Mungkin pokok tersebut mati akibat kena petir atau kena penyakit dimana kajian dapati pokok dan batang sawit memang tidak banyak zat kimia atau makanan yang sesuai dimakan cacing ini. Dilaporkan cara menternak cacing ini menggunakan batang sawit agak rumit kerana pengusaha mesti merawat serta penjaggan dengan betul batang sawit sebelum ia sesuai dijadikan penempatancacing ANC ini. Semuga artikel panjang ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DI TEBANG DIBUANG...REPUT DIA...
DALAM ARTIKEL ..ADA KISAHNYA...
MENARIK DI FAHAMI... DAN DI CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Jamadilawal 2023).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.