Support My Blog

Tuesday, November 21, 2023

SAWI - JENIS SAWI DAN KHASIATNYA (Part 2)

TANAMAN SAWI
(Brassica spp Linn) merupakan sejenis tanaman sayur daun yang popular di usahakan di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Tanaman sawi juga merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Cruciferae yang singkat masa sekitar sebulan sebelum dituai dan dipasarkan dengan kekerapan tanaman 6 - 10 kali setahun. Keluasan tanaman sawi di Malaysia pada tahun 2022 adalah seluas 11,653 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 165,548 metrik tan (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Tanaman ini paling luas di tanam di Johor iaitu seluas 4,095 hektar dengan penghasilan sebanyak 64,097 mt diikuti dengan Negeri Pahang seluas 2,176 hektar dan Negeri Perak seluas 1,154 mt. Pada penulis blog mendapati ada beberapa jenis tanaman jenis sawi ini yang popular di tanam oleh petani di Malaysia seperti Sawi Hijau, Kailan, Sawi Putih, Sawi Jepun, Sawi Pakchoy, Sawi Kerinting dan beberapa lagi. Bagaimanakah sayuran sawi ini di gunakan sehingga ratusan metrik tan ini laku dipasaran?. Sayuran sawi ini banyak digunakan sebagai sayur (tumis, masak air dsb) tetapi juga ia banyak digunakan didalam masakan seperti mee goreng, mihun goreng dan seumpamanya. Sudah tentu masakan kailan ikan masin merupakan diantara menu makanan Ala Thai di restoren tomyam yang sangat popular di seluruh negara. Malaysia dilaporkan pengeskport utama sayuran daun jenis sawi ke Singapura untuk kegunaan penduduk tempatan dan di hantar ke kapal-kapal perdagangan yang beribu-ribu tan jumlahnya dalam sebulan. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana sayur sawi biasa dijadikan berbagai macam olahan seperti ditumis sehingga disayur dan menjadi sayuran paling banyak dihidangkan kerana ia memang mudah, murah dan berkhasiat. Mungkin masih ramai kalangnan pembaca blog dan pengguna yang belum tahu secara betuk akan beberapa jenis sawi dipasaran kerana kebanyakan daun sawi hijau adalah berwarna hijau termasuk juga jenis sawi putih. Ada beberapa jenis sawi ternyata ia memiliki bentuk yang berlainan tentunya memakakan sayur sawi mempunyai manfaat yang baik bagi kesihatan tubuh, Tanaman Sawi (Brassica rapa var. parachinensis L.) pada penulis blog merupakan sejenis komoditi yang ditanam iaitu jenis sayur daun popular. Ia berasal dari China yang ditanam semenjan 2,500 tahun dahulu. Artikel pada subuh Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai beberapa jenis sawi dan khasiatnya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Sawi PAKCHOY atau PokChoy atau pun BokChoy yang mana ia mempunyai nama saintifik Brassica rapa var chinensis) adalah sayuran yang disukai ramai pengguna di Malaysia. Sawi jenis c
hinensis ini selalunya ia tidak akan membentuk kepala dan mempunyai helaian daun hijau licin dimana ia sebaliknya akan membentuk kluster yang mengingatkan sayuran sawi atau jenis  saderi. Jenis chinensis adalah popular di selatan China dan Asia Tenggara dimana ia selalunya adalah tahan dengan musim sejuk dan ada banyak ditanam di Eropah Utara. Bagaimana pun jenis yang paling banyak digunakan di untuk jenis chinensis ialah jenia BokChoy (dalam dialek Kantonis  yang bermaksud "sayuran putih" tetapi sering juga digelar sebagai Pak choi, Bok choi, dan Pak choy dan dalam bahasa Inggeris sebagai 'Chard Cina, Mustard Cina, Mustard sadis'. Sayuran ini bentuknya hampir menyerupai caisin. Dari segi ukuran lazimnya Pakchoy lebih mungil dibandingkan caisin yang tumbuh lebih panjang. Selain itu dilihat bentuk daun pakchoy lebih mirip seperti sudu atau sendok. Bahagian batang pakchoy yang berwarna hijau keputihan lebih lebar daripada caisin yang memanjang dan kecil. Ciri daunnya pula adalah jauh lebih kaku dibanding sawi jenis caisin.


Jenis SAWI PAGODA (Brassica rapa var narinosa) atau nama lainnya sebagai sawi 'Tatsoi' atau pun 'Ta Ke Chai' merupakan jensi sawi yang agak kurang popular di tanam atau di makan di Malaysia. Ia mempunyai bentuk batang pendek dan beruas- ruas sehingga batangnya tidak terlihat jelas. Batangnya memiliki fungsi sebagai pembentuk dan penopang daun serta batang berwarna hijau muda. Sawi pagoda memiliki struktur bunga yang tersusun dalam tangkai bunga (inflorescentia) yang tumbuh memanjang (tinggi) dan bercabang banyak (Sila lihat foto disebelah). Pada setiap kuntum bunga memiliki empat helai kelopak daun, empat helai daun mahkota bunga berwarna kuning cerah, empat helai benang sari dan satu buah putik yang berongga dua. Sawi pagoda atau tatsoi ini mempunyai citarasa manis namun pedas. Selain itu sawi jenis ini sangat serbaguna dan dapat digunakan sama seperti sayur bayam yang bleh dimakan mentah, dikukus, ditumis, direbus, atau digoreng. Tatsoi juga dapat juga untuk campuran salad bersama bayam, arugula, selada air, kacang panjang dan mizuna ubtuk dihidangkan. 
Sawi pagoda ini mempunyai bentuk dan warna yang unik iaitu selain bentuk daunnya yang oval, sawi pagoda ini juga memiliki warna hijau pekat yang sangat terang serta bahagian batang dan daun yang rangup. Cara menanam dengan benih sawi pagoda perlu disemai dahulu setelah 2 hari maka benih akan berakar dan setelah ditanam pada hari ke 9 -10 kemudian maka tanaman ini akan keluar daun sebenar sebanyak 4 helai. Setelah keluar daun baru sesuai di beri baja tambahan. Sawi pagoda adalah cepat tumbuhnya dimana ia boleh dtuai dalam tempoh 20 - 25 hari selepas ditanam dengan motong pangkalnya setinggi 1 inci dari paras tanah. Penulis blog hanya 2 kali dapat ujirasa sayur sawi pagoda. Walau pun tunggulnya akan tumbuh semula kemudian ia bersaiz kecil dan tidak enak dimakan.


Jenis SAWI BUNGA (Brassica rapa) atau Choy Sum Fa merupakan sejenis sawi yang mampu menghasilkan bunga berwarna kekuningan apabila ia matang (Sila lihat foto disebelah). Jenis sawi ini paling mudah ditanam dan dijaga kerana ia agak tahan lasak dari serangan perosak dan penyakit. Dari segi nutrisi pula dilaporkan jenis sawi bunga amat kaya dengan bahan antioksidan dan juga vitamin A, vitamin B6, vitamin C dan bahan mineral. Paling unik kerana jenis sawi ini akan menghasilkan bunga berwarna kuning terang tetapi jangan dibuang kerana ada laporan bunga kuning ini amat berkhasiat jika dimasukkan dalam hidangan. Dari segi sais dimana jenis sawi ini merupakan jenis t
umbuhan yang terdiri daripada pelbagai subspesies yang banyak ditanam termasuk turnip (sayuran akar) dan kobis cina. Hasil daripada penyelidikan saintis kini mereka berjaya untuk menghasilkan sawi ini yang pendek jangka pertumbuhannya iaitu kurang dari 30 hari. Sama dengan berapa jenis sawi lain secara umumnya kandungan nilai nutrisi bagi sawi. Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram sawi dilaporkan mengandungi tenaga ( 26 kcal), Lemak (0.2 g), Sodium (25 mg), Karbohidrat (4.9 g), Serat (3.3 g), Gula (1.6 g), Protein (2.7 g), Kalsium (10.3 g), Zat besi (8.11%),  Vitamin K (497.3 mcg), Vitamin A (10,500 IU),  Vitamin C (70 mg), Folat (187 mcg), Manganese (0.5 mg),  Vitamin E (Alpha Tokoferol) sebanyak 2 mg, Kalsium (103 mg), Kalium (354 mg) dan juga  Vitamin B6 (0.2 mg). Sawi juga memiliki beberapa nilai zat ain seperti Goitrogen, Sulforaphane, Glukosinolat, Alpha Lipoic Acid, Oksalat dan Kolin. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info  berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SAYUR SAWI... ADA BANYAK JENISNYA...
SAWI HIJAU... PALING RAMAI KENALNYA...
SAWI PUTIH... KAILAN IKAN MASIN DIGUNA...
MEMBACA ARTIKEL...TAHU KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Muharram 1445H).
Posted from:
Taman Bayu Damai,
Sungai Rengit, Pengerang, Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...