Support My Blog

Sunday, November 5, 2023

IBARAT AYAM, TIADA MENGAIS TIADA MAKAN

Peribahasa lama yang menggunakan haiwan ayam disebut lagi dalam ungkapan 'IBARAT AYAM, TIADA MENGAIS TIADA MAKAN' yang dipilih kali ini untuk dikupas kaitannya dengan pertanian. Ayam kampong yang selalu berjalan-jalan dikawasan rumah dan kebun di kampong akan selalu dilihat mengais-gais tanah tanpa henti dan kemudian dia mematuk sesuatu dari tanah. Selalunya ibu ayam kampong ini akan terus mengais dan akan berbunyi memanggil anak-anaknya jika ada makanan dengan bunyi yang unik. Penulis blog yang tinggal dikampong dahulu amat faham dengan bunyi ibu ayam memanggil anaknya makan bak kata orang 'i
barat ayam, tiada mengais tiada makan' memang tepat peribahasanya. Apa pum kes ini berlainan dengan kehidupan bagi jenis Ayam Daging dan Ayam Telur dimana dia duduk dalam kandang dengan lantai keras yang tidak boleh di kais dimana makanan serta minuman akan diberikan oleh penjaganya mencukupi. Bagi ayam daging dimana biasanya ia mengambil masa kurang lebih sebulan setiap hari diberi makan (makan tanggung, berak cangkung) dan kemudian sudah sedia untuk di jual bagi jualan daging ayam. Sama juga dengan ayan telur yang duduk sendiri dalam ruangan kecil diberi makan minum dan kerjanya bertelur sahaja sehingga tua dan kemudian ia dijual sebagai 'ayam pencen', Bagaimana pun peribahasa mengenai ayam ini sebenarnya ia memberi makna 'Sangat miskin' dimana ia digunakan kepada seseorang atau keluarga dalam kumpulan sangat miskin sehingga susah hendak makan. Penulis blog dahulu sering mendengar istilah 'Miskin Tegar', Miskin dan Miskin Sementara semasa menjalankan tugas. Akan tetapi sekarang ini sudah banyak istilah yang digunakan iaitu Miskin Tegar, Miskin, B40, M40 dan T20. Istilah ini pada penulis blog dimana B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia (DOSM) yang bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.  Penulis blog merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dimana definasi miskin adalah 'tidak berharta benda, serba kekurangan (dalam barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya peribahasa kebijaksanaan itu lebih juga daripada kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Sumber - Kamus Dewan Edisi Keempat). Menarik juga jika dikongsikan apakah beberapa perkataan lain yang sinonim dengan miskin antaranya adalah fakir, papa, daif, susah, payah, melarat, merana, merempat, menderita, sengsara, azab, kedana, sarit, bapet, bulus, bangsat, sengkek, makan dawai, makan kawat, makan kerawit, makan tali, makan tanak, makan nasi dengan garam, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Apa pun lazimnya ada dua perkataan atau kata terbitan mengenai miskin yang digunakan iaitu 'memiskinkan' dan juga perkataan 'kemiskinan'. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maksud peribahasa diatas dengan pertanian dan meklumat kemiskinan yang lain untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


BAKA AYAM KAMPONG memang ada banyak jenis daripada yang selalu kita kenal kepada jenis ayam kacukan dan ayam import yang jarang kita dengar. Ayam kampong (Gallus domesticus) merupakan sejenis haiwan berkaki dua kategori burung (birds) yang mana ia mempunyai daging yang lebih enak daripada ayam daging biasa. Ia dipercayai berasal daripada kcukan ayam hutan dengan ayam biasa. Ayam hutan (Galus galus) masih ujud sehingga hari ini. Dipasaran tempatan sering dikatakan ada ayam kampong biasa dan juga ayam kampong organik. Keduanya mempunyai sistem menternak yang berlainan untuk pasaran yang juga berlainan. Ayam kampong adalah ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Sementara itu di Eropah ayam kampong ini diternak secara bebas (free range chicken) atau pun dinamakan sebagai Ayam Organik (Organic chicken). DAri segi sejarah penulis blog merujuk kepada risalah dari JPV Johor dengan menyatakan kedatanga pedagang-pedagang asing dari China berjaya melahirkan generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan daripada ayam kampong tempatan dengan ayam Canton daripada China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil daripada kacukan beberapa baka asli ayam tempatan dengan ayam yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan menjadi banyak spesies ayam kampong sehingga kini terdapat di Malaysia. Penulis blog dapat tahu dimana kini terdapat pelbagai jenis ayam kampog menjadi sebutan seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga, Ayam Katek, Ayam Serama, Ayam Sabung, Ayam Jepun, Ayam Saigon dan banyak lagi namanya. Pada penulis blog ayam kampong mempunyai banyak keistimewaan yang boleh dibincangkan. Antaranya adalah ayam kampong boleh dibiakkan sepanjang tahun dan ia juga boleh dipelihara sepanjang tahun secara bebeas pada waktu siang. Istimewanya ia boleh makan sisa makanan dri rumah dan dapur tanpa had dan aabila bertelur ibunya akan menetaskan telur tersebut dan menjaga anak-anaknya dengan baik. 


Memang haiwan ayam merupakan jenis unggas yang gemar hidup berkelompok dalam kawanan dan mengambil cara pendekatan gotong-royong untuk mengeram telur dan membesarkan anak. Setiap kawanan ayam dikuasai oleh beberapa ekor ayam dalam suatu sistem bertatatingkat (pecking order) di mana ayam yang berkuasa diberi keutamaan untuk peruntukan makanan dan tempat bersarang. Mengalihkan ayam jantan mahupun betina dari kawanan menyebabkan gangguan sementara dalam aturan sosial kawanan sehingga tatatingkat baharu ditubuhkan. Menambahkan ayam betina baharu ke dalam kawanan lama, lebih-lebih lagi yang muda-muda yang boleh menyebabkan pergaduhan dan kecederaan. Apabila ayam jantan mencari makanan basanya ia boleh menyuruh ayam lain untuk makan dahulu dengan berkokok nyaring-nyaring sambil memungut lalu meletakkan makanan untuk dimakan ayam lain. 
Kelakuan ini boleh diperhatikan pada ayam betina yang menyuruh anak-anak makan dahulu apabila dilihat dimana untuk memulakan pengawanan ada sesetengah ayam jantan menari di keliling ayam betina sambil menurunkan kepak yang dekat sekali dengan si betina itu.Tarian ini juga akan menggesa ayam betina untuk menyahut pelawaan ayam jantan dan apabila ia menyahut maka ayam jantan boleh menunggang ayam betina dan terus mengawan. Selalunya ayam betina cuba bertelur dalam sarang yang sudah pun mengandungi telur, malah diketahui juga ia gemar memindahkan telur dari sarang jiran ke sarang sendiri. Kesan daripada perilaku ini ialah kawanan akan menggunakan beberapa lokasi yang diutamakan sahaja daripada merelakan setiap ekor bersarang sendiri. Ayam betina pun cenderung untuk bertelur di lokasi yang sama sahaja. Ada juga dua tiga ekor ayam berkongsi satu sarang sekali gus. Jika sarangnya kecil ataupun ada seekor ayam yang terlalu nekad, jadilah ayam cuba bertelur di atas satu sama lain. Terbukti bahawa setiap ekor ayam sama ada lebih gemar bersarang dengan bersendirian atau berkelompok. Ada penternak yang menggunakan telur tiruan daripada plastik, batu mahupun bola golf untuk menggalakkan ayam bertelur di lokasi tertentu. Ayam terdedah kepada jangkitan parasit seperti kutu, hama, sengkenit, pinjal dan cacing usus, di samping penyakit-penyakit lain. Sesetengah orang membela ayam sebagai haiwan kesayangan untuk tujuan hiburan dan pendidikan. Ayam boleh dijinakkan dengan suap tangan akan tetapi ayam jantan kadangkala garang lagi bising dan perlu ditangani dengan cermat. Bahkan juga disaran agar dijauhkan ayam jantan daripada kanak-kanak. Sesetengah baka seperti ayam sutera dan ayam katik lazimnya jinak dan sering dijadikan saranan untuk haiwan kesayangan keluarga. Memang disebabkan kos pengeluaran yang rendah lazimnya daging ayam adalah antara daging yang paling digunakan di dunia. Hampir kesemua anggota badan ayam boleh digunakan untuk makanan, apatah lagi dagingnya boleh dimasak dengan pelbagai cara. Antara hidangan ayam yang terkenal ialah ayam panggang, ayam goreng, sup ayam, ayam tanduri, dan nasi ayam. Daging ayam juga lazim dihidangkan di kedai makanan segera.


Berbalik kepada maksud peribahasa menyentuh mengenai '
kemiskinan' dimana ia ialah satu keadaan apabila seseorang itu tidak mempunyai harta benda atau pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam masyarakat moden dimana kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang. Apa pun kemiskinan mempunyai dimensi seperti situasi kekurangan bahan keperluan asasi seperti kekurangan makanan, pakaian dan kediaman. Menurut kriteria Bank Dunia dimana kemisikinan itu ditakrifkan sebagai penghidupan dengan perbelanjaan kurang daripada USD2 sehari (RM9.54). Manakala bagi mereka yang hidup dengan perbelanjaan kurang daripada USD1 sehari (RM4.72) adalah mereka dianggap menghadapi kemisikinan yang keterlaluan.  Fenomena kemiskinan dapat ianya berlaku didalam bentuk kitaran yang bermula apabila seseorang itu tidak mampu membuat sebarang simpanan untuk digunakan dalam pelaburan ekonomi termasuk kos untuk membiayai pendidikan dan juga pembelian bahan makanan. Akibat daripada ketiadaan kewangan mana orang ini tiada produktiviti dan pendapatan juga turut menurun. Keadaan ini menyukarkan simiskin yang berkenaan untuk membuat simpanan dimana ia akan berterusan miskin sehingga ia berlanjutan ke generasi akan datang. Apa pun kekurangan individu yang tertentu boleh mencetuskan kemiskinan. Kelemahan individu ini biasanya disebabkan oleh kelemahan yang ketara yang mana ia boleh menyebabkan seseorang itu miskin walaupun dia berada dalam suatu masyarakat yang penuh dengan peluang rezeki. Kelemahan individu ini adalah disebebkan oleh faktur seperti Tabiat Berjudi. Ini kerana tabiat berjudi adalah satu amalan yang menyebabkan sesorang itu miskin. Ini adalah kerana orang yang berjudi, khususnya mereka yang ketagihan berjudi dimana dia akan banyak kehilangan harta dalam aktiviti berjudi, dan mereka seringnya hilang tumpuan dalam pekerjaan kerana leka dalam perjudian. Kedua disebabkan oleh aspek Ketagihan Dadah kerana orang yang ketagihan dadah sukar untuk melaksanakan suatu pekerjaan kerana badan mereka lemah. Mereka juga akan banyak kehilangan harta dalam membeli dadah. Kemisikinan yang dihadapi oleh mereka adalah berpanjangan kerana ketagihan dadah adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilepaskan. Ketiga adalah berpunca dari Masalah Kesihatan dan Masalah Personaliti yang mana pada umumnya ada personaliti asas dan masalah yang menyebabkan kemisikinan ialah sikap malas. Sikap malas itu dicerminkan dalam tingkah laku seperti suka untuk berkhayal, suka beromong kosong dan juga tidak mahu kerja. Orang yang malas adalah kekurangan produktiviti dan mereka akan hilang banyak peluang untuk mencari rezeki. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
AYAM MENGAIS... IA MENCARI MAKAN...
ADA AYAM DAGING... ADA AYAM HUTAN...
MALAS BEKERJA... PUNCA KEMISKINAN...
UNTUNG DI MALAYSIA... ADA BANTUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1445H).
Posted from
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...