AYAM KAMPONG (Gallus domesticus) merupakan sejenis haiwan vertebrata yang termasuk dalam kelas Aves dengan ordo Galliformes dan spesies Gallus domesticus. Ayam kampung telah pun berkembang pesat di Malaysia sejak dahulu terutama di kawasan kampong. Ayam kampong telah banyak dipelihara oleh masyarakat lokkal sebagai salah satu bidangusaha yang kini dilakukan secara komersial dimana harga ayam kampong dipasaran adalah stabil tinggi. Ayam kampong dengan kualiti dagingnya yang lebih enak dan lazat berbanding dengan ayam daging yang ada banyak dijual dipasaran memang menjadi pilihan kepada golongan mampu dan pentingkan kesihatan. Apa lagi kalau ayam kmpong tersebut mendapat persijilan organik dari pihak penguasa. Ayam kampung di Malaysia adalah hasil kacukan ayam hutan merah Malaysia dengan ayam tulin luar negara seperti Barred Plymouth Rock, New hamshire, Austrorp, Brown Leghorn, Cornish, Canton. Baka ayam tulin dari pelbagai negara telah diimport seawal tahun 1950'an sebagai usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus memelihara ayam sebagai sumber protin yang murah. Kajian dan pemerhatian dibuat oleh penulis blog sendiri mendapati terdapat 3 jenis ayam kampung yang lazim ditemui dinegara kita. Pertama adalah Jenis Ayam Kampung Tempatan (native village chicken) yang mana ia mempunyai tempoh sesuai untuk jualan 100-110 hari denganpurata berat 1.0 - 1.5kg. Kedua adalah Jenis Ayam Kampung Kacukan (kampung cross) dimana jenis ini lazimnya mempunyai tempoh jualan 60-80 hari dengan berat 1-1.5 kg. Ketiga adalah Jenis Ayam Daging Berwarna (coloured broiler) dimana ia mempunyai tempoh jualan 40 - 50 hari dengan purata berat 1-1.20 kg. Ketiga adalah jenis yang terkini iaitu Ayam Kampong Organik (Organic Local Poultry) dimana ia semakin mendapat tempat dikalangan pengguna kerana ia didakwa mempunyai kualiti yang baik untuk tujuan kesihatan. Walau pun belum ramai kalangan penternak yang menghasilkan ayam organik ini tetapi usaha kearah itu semakin popular. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai baagaimana teknologi penternakan ayam kampong dan beberapa ancaman didalam sistem penternakan ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Penulis blog kongsikan maklumat asas mengenai ciri-ciri dan morfologi Ayam Kampung untuk rujukkan. Ayam kampung (Gallus domesticus) yang mana ia memiliki tubuh yang kecil, produktiviti telurnya yang sedikit (kurang) dan mempunyai kadar pertumbuhan atau tumbesaran yang lambat. Umumnya ayam kampung yang ada di Malaysia ini mempunyai saiz badan yang memang kompak dengan susunan otot-otot yang baik dimana ada yang tidak pandai terbang dan dilihat ia juga mempuyai kesukaan berjalan-jalan serta mengais tanah. Disebabkan ciri tersebut maka ayam kampong apa yang penulis blog teliti dimana ia mempunyai kuku yang tajam dengan jari kaki yang tidak terlalu panjang tetapi cukup kuat untuk mengorek tanah serta kaki yang panjang dengan betis dan paha yang kukuh. Dalam pada itu memang ada banyak jenis ayam kampong yang boleh dikelaskan mengikut saiz badan, warna bulu, asal usul, kehebatan terbang dan bertarung serta kualiti dagingnya. Sejak lama dulu dimana ayam kampung merupakan aset yang sangat berharga dalam pembentukan baka ayam kampong yang unggul yang terbukti mampu beradaptasi pada persekitaran serta tahan daripada serangan penyakit dan cepat membesar. Perlu difahami dimana bentuk tubuh yang dimiliki ayam kampung adalah selalunya berukuran lebih kecil agak ramping berbanding ayam daging. Ayam kampung mempunyai warna bulu yang bervariasi daripada dilihat ia berwarna hitam, putih, coklat, kuning kemerahan atau kombinasi warna-warna tersebut. Warna-warna inilah yang selalu dijadikan satu cciri didalam menentukan harga ayam terutama jika digunakan untuk baka dan menjadi ayam laga. Ayam Kampong Jantan selalunya ia dilihat mempunyai saiz badan dan tubuh yang lebih besar daripada ayam kampong betina dengan balong (atas kepala) dan Gelambir atau Pial (di bahagian dagunya). Kebanyakan balung dna gelambir ini adalah berwarna kemerahan. Mungkin ramai pembaca blog tidak tahu apakah dia fungsi organ ini yang terletak dibahagian kepala ayam kampong. Fungsi yang pertama balung dan pial ini adalah sebagai Sistem Alat Penyejukkan ayam dimana ayam memang tidak berpeluh dan sistem darah akan mengalir kebahagian ini untuk proses penyejukkan. Organ ini juga menunjukkan kematangan dan jantina ayam dimana bagi ayam jantan ia keluar minggu ke 3 dan setelah berumur 5-6 minggu akan bertukar kepada warna merah (matang) sementara bagi ayam betina akan matang sebaik saha hendak bertelur. Fungsi ketiga adalah sebagai tanda tahap kesihatan ayam dimana warna merah garang sebagai sihat dan warna pucat kurang sihat. Keempat dimana ia sebagai pengenaian diri ayam. Kelima adalah bertujuan untuk menarik pasangan sebelum mengawan dimana szia besar serta warna kuat akan lebih menarik pasangannya.
Ayam kampong secara smulajadi selalu memakan apa juga yang ada dikawasan habitatnya daripada cacing, serangga, tumbuhan dan apa juga yang diberikan oleh tuannya seperti jagung, dedak ayam, ubi kayu, nasi sejuk lebihan tidak dimakan, buah-buahan overripe dan sebagainya. Apa pun ayam kampung memang aktif dan suka berjalan-jalan di kasawan rayauannya seambil mencari makan dengan mengais-gais tanah. Apa bila jumpa makanan (serangga, cacing dsb) maka ibu ayam akan memanggil anak-anaknya untuk mendapatkannya dengan bunyi yang khusus. Penternakan ayam kampong memang selalu diancam oleh pelbagai ancaman daripada haiwan pemangsa sehingga kepada hidupan organisma kecil seperti kutu, tungau dan sebagainya. Ancaman yang selelu ada bagi ayam kampong adalah oleh haiwan pemangsa antaranya adalah Ular (selalunya ular sawa), Biawak (khususnya telur dan anak ayam kecil), Musang (memangsa ayam dewasa), Harimau Kumbang, Helang, Gagak (ada berlaku disesetengah kawasan) dan yang paling dahsyat adalah Pencuri Ayam. Penulis blog pernah melihat seekor Ular Sawa didalam reban ayam di belakang rumah dikampong yang telah pun menelan ayam dan tidak boleh keluar lagi sebab perutnya sudah besar. Bayangkan ayam-ayam lain mengeluarkan bunyi ketakutan sepanjang masa ular sawa berada didalam reban pada malam hari. Serangan Musang selalu juga berlaku pada malam hari dimana ancamannya dengan dia akan menangkap ayam dan mebawa lari atau meakannya kemudian. Selalunya ayam-ayam akan berbunyi ketakutan apabila musang ini datang tetapi apabila orang tiada maka sukar dikesan masa untuk kedatangannya. Burung Helang juga memangsa ayam terutama bagi anak ayam dan ayam yang bersaiz kecil dengan menyambarnya dan membawa terbang jauh-jauh ke tempatnya. Biawak juga merupakan ancaman ayam kampong dimana ia adalah musuh nombor satu di rumah penulis blog dahulu dikampung di Muar, Johor kerana kedudukan reban ayam berhampiran dengan anak sungai yang menjadi habitat terbaik untuk biawak. Biawak ini akan datang merangkak ke tempat ayam bertelur dan habis semua telur di makannya dan kemudian biawak juga akan menangkap anak ayam dan di telah atau dibawa lari. Walau pun ayam-ayam ini sudah ada berbunyi kecemasan tetapi dia tidak boleh melawan sehingga tuan rumah dapang bawa senapang dan membedilnya. Paling unik sebagai ancaman ayam kampong adalah Pencuri Ayam. Pencuri ayaM ini selalunya manusia dari kumpulan tertentu (khususnya penagih dadah) yang akan mencuri ayam dan menjualnya atau memakannya tanpa mengira waktu. Mereka tahu dimana harga ayam kampung adalah jauh lebih tinggi daripada harga ayam daging dan jika kena dengan pembelinya kenapa dia tidak mencuri ayam kampong!.
Bagaimana pun ancaman dari haiwan kecil yang selalu menganggu ayam kampong adalah dikenali sebagai ektoparasit. Ektoparasit merupakan parasit yang hidup di luar ayam iait secara menumpang iaitu dari artropoda yang merupakan kelompok ektoparasit dari kelas Insecta dan Arachnida. Hidupan keci; tersebut adalah KUTU dan TUNGAU. Kutu adalah ektoparasit yang menyerang unggas dan ia merupakan ektoparasit obligat kerana seluruh hidupnya selalu berada pada dan bergantung di tubuh perumahnya. Secara morfologi dilihat kutu sudah beradaptasi dengan cara hidupnya seperti ia tidak bersayap, sebahagian besarnya juga tidak bermata dengan bentuk tubuh yang pipih dorsoventral. Ada pula organ di bahagian mulut disesuaikan untuk dapat menusuk dan seterusnya dia mengisap atau pun mampu untuk mengunyah. Kutu mempunyai enam kaki yang kukuh dan kuat dan kuku berukuran besar pada hujung tarsus. Kuku tersebut bersama dengan tonjolan 'tibia' akan berfungsi untuk merayap dan memegang pada bulu atau rambut perumah. Kutu mengalami metamorfosis sederhana (paurometabola) dengan hanya melalui tiga instar nimfa. Kutu Ayam selalunya akan mengalami metamorfosis sederhana atau proses tidak sempurna. Ia bermula dari fasa telur, nimfa instar pertama sampai ketiga dan akhirnya tumbuh menjadi dewasa. Secara umum seluruh peringkat ini kutu berada pada perumahnya yang dipengaruhi oleh suhu badan perumah. Telur kutu akan menetas menjadi nimfa dalam waktu 5-18 hari tergantung dari jenis kutu dimana warna nimfa dan kutu dewasa keputih-putihan dimana semakin tua umurnya warnanya akan semakin gelap. Lazimnya kutu dewasa hanya dapat hidup 10 hari hingga beberapa bulan sahaja. Dalam pada itu tungau merupakan ektoparasit yang memiliki ukuran tubuh sangat kecil dan hampir tidak dilihat dengan mata kasar. Kebanyakan tungau hidup di alam bebas dan hanya beberapa tungau saja yang hidup sebagai ektoparasit. Tubuh tungau terbahagi iaitu kepada 2 bahagian iaitu Gnathosoma (kepala dan thoraks) dan Idiosoma (abdomen). Pada bahagian gnathosoma ia mempunyai sepasang pedipalpus dan chelicerae. Pedipalpus terdiri atas tiga atau empat ruas yang berfungsi sebagai alat sensori sederhana untuk membantu proses makan tungau. Chelicerae 13 terdiri atas dua ruas dan dihujungnya dilengkapi dengan dua atau lebih organ pengait yang dapat digerak-gerakan. Idiosoma tidak mempunyai skutum atau perisai dorsal dan terbagi menjadi 2 bahagian iaitu podosoma terdapat empat pasang kaki opisthosoma terdapat alat kelamin, pernafasan dan anus. Mata yang dimiliki tungau hanya satu atau mata tunggal. Kaki pada tungau dewasa berjumlah empat pasang sedangkan larvanya hanya memiliki tiga pasang saja. Tungau bernafas dengan menggunakan stigmata atau lubang pernafasan. Letak stigmata pada tungau berbeza-beza dimana jenis tungau subordo Mesostigmata memiliki stigmata yang terletak di antara pasangan kaki ketiga dan keempat sementara bagi subordo Prostigmata memiliki stigmata yang terletak pada bagian depan tubuh. Telur tungau akan menetas menjadi larva dalam waktu 2-3 hari. Larva akan menjadi nimfa setelah 2-4 hari diteruskan stadium dewasa 2-3 hari. Setidaknya ada 4 spesies tungau yang hidup dengan cara menumpang (parasit) pada unggas termasuk ayam. Apa pun dilaporkan dimana tungau jenis Ornithonyssus bursa yang menyerang ayam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAGINGNYA ENAK...UNGKEP RESEPINYA...
BANYAK ANCAMAN...HAIWAN PEMANGSA...
ORGANISMA HALUS... KUTU TUNGAU ADA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1445H).posted from
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.