Support My Blog

Saturday, November 25, 2023

INOVASI FIBER DARI BATANG SAWIT

PRODUK FIBER DARI BATANG SAWIT
merupakan salah satu komponen penting yang berpotensi dijadikan industri yang menguntungkan. Pokok Kelapa Sawit (Elaeis guneeensis) dimana ia boleh tumbuh sehingga lebih daripada enam puluh kaki tinggi. Batang pokok sawit muda dan yang matang dibalut dengan pelepah yang memberikan rupa yang agak kasar. Pokok sawit yang tua mempunyai batang yang lebih licin selain dari ada parut yang ditinggalkan oleh pelepah yang telah layu dan gugur. Apa pun pada penulis blog dimana pokok kelapa sawit mempunyai rupa bentuk dan bahagian-bahagian utama iaitu Akar, Batang, Daun (pelepah) dan Buah. Setiap bahagian pokok sawit mempunyai ciri-ciri dan fungsi tertentu. Bahagian paling bawah adalah Akar Kelapa Sawit yang berfungsi sebagai penyerap air dan juga mineral terlarut kepada batang pokok dan juga untuk penyimpanan nutrien simpanan. Akar kelapa sawit adalah jenis Akar Serabut dan dibahagian kepada 4 kelas akar iaitu Primer, Sekunder, Tertiari dan Kuaterneri. Fungsi akar ini adalah untuk menyerap air dan mineral dalam tanah. Batang Kelapa Sawit berfungsi sebagai penyokong pokok, mengalirkan air dan mineral dari akar kedaun dan juga untuk mengangkut nutrien kebahagian lain. Ciri-ciri umum batang kelapa sawit dimana ia mampu tubuh setinggi 13 - 18 meter dengan garispusat pangkal (perdu) mencapai ukuran 60 cm sementara garispusat bagi batangnya sekitar 40 cm. Batang sawit juga berfungsi untuk menyokong pelepah sawit, mempunyai sistem vaskular pusat bagi tujuan pengangkutan air dan mineral serta tempat penyimpanan bahan makanan iaitu kabohidrat dan gula. Kegunaan batang kelapa sawit secara umumnya adalah dijadikan perabot, dibuat papan lapis dan juga produk baja (terutama baja kompos). Bahagian Daun (Pelepah) Kelapa Sawit adalah bahagian yang menghasilkan makanan tumbuhan melalui proses fotosintesis iaitu dengan menyerap cahaya matahari dan memproses nutrien menjadi tenaga. Umumnya daun kelapa sawit berbentuk Majmuk dimana setiap pelepah purata mempunyai 100 helai daun. Pelapah sawit terdiri daripada beberapa laidaun yang bercantum pada bahagian rakis. Bilangan pele[as sawit bertambah sehingga 40 pelepah ketika berumur 3-4 tahun dan menurun kepada hanya 25 pelepah kemudiannya. Kegunaan pelepah daun adalah untuk makanan haiwan dan pembuatan baja. Bahagian Buah Sawit merupakan komponen paling utama dari pokok sawit. Satu fungsi utama buah ini adalah untuk menyebarkan biji benih dan membolehkan tumbuhan terus membiak. Satu pokok matang mengeluarkan 10 -12 tandan sawit setahun dengan beratnya diantara 20 - 30 kg setandan dimana lazimnya tandan sempurna mempunyai 1,000 - 3,000 biji sawit didalamnya. Buah sawit adalah 'jenis 'drup' yang mempunyai pelbagai bentuk daripada bulat ke bujur dimana buah muda berwarna hitam bertukar kepada oren kemerahan apabila cukup matang. Buah sawit ada beberapa lapisan iaitu Lapisan Luar (eksokarpa), Lapisan Tengah (mesokarpa) yang mengandungi minyak, Tempurung (Endokarpa) dan juga Isirong (biji). Kegunaan buah sawit dimana ia boleh menghasilkan munyak masak, pelbagai produk makanan seperti coklat, ais krim dan produk bukan makanan seperti sabun serta biodisel dan sebagainya. Fiber 
kelapa sawit sangat sesuai sebagai alternatif kerana harganya yang murah RM50.00 satu tan dan mudah didapati. Selain itu selalunya teknik rawatan juga mudah iaitu merendam fiber kelapa sawit ini dengan air panas selama 15 minit hingga 45 minit. Pertumbuhan pokok tanaman fertigasi juga sama seperti menggunakan cocopeat sebagai media tanaman. Apa pun fiber kelapa sawit ini boleh didapati di estet-estet kecil atau dari MPOB, FELDA, FELCRA dan lain-lain dengan mudah, kerana kelapa sawit merupakan tanaman utama di Malaysia.  Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai inovasi fiber dari pokok sawit seperti batang dan tandan kelapa sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal bh.com dilapor dimana '
PPNJ bina kilang fiber proses tandan sawit' wajar dikongsikan. Berita dari Kota Tinggi, Johor melaporkan dimana pihak  Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) akan membina dua kilang fiber bagi memproses semula tandan kelapa sawit untuk dijadikan sofa dan tilam sebelum dieksport. Pembinaan kilang itu bernilai kira-kira RM7 juta termasuk mesin yang menggunakan teknologi tertinggi dijangka dalam tahun ini juga. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ nyatakan  pembukaan kilang itu akan memberikan pendapatan hingga RM1 juta sebulan bagi setiap kilang dalam tempoh lima tahun. Pihak PPNJ mengorak langkah setapak ke hadapan dalam usaha meningkatkan pendapatan pertubuhan ini sekali gus memberi impak kepada 29 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) negeri ini yang menghasilkan pengeluaran kelapa sawit. Sasaran PPNJ untuk membina kilang fiber tandan kelapa sawit yang tidak digunakan untuk diproses menjadi fiber yang dijadikan bahan seperti tilam dan sofa bagi dieksport ke China. PPNJ sekarang dalam proses merata tapak kilang ini dan jangka siap tahun ini juga. PPNJ dijangka memperoleh kapasiti keuntungan RM800,000 bersih setahun bagi dua kilang ini dan dalam tempoh lima tahun kita jangka dapat memperoleh RM1 juta sebulan bagi satu kilang. Pembinaan kilang fiber di Kluang dan Segamat itu juga dapat mengatasi masalah pencemaran akibat lambakan tandan kelapa sawit yang sudah digunakan, selain meningkatkan pendapatan. PPNJ menyeru semua pekebun dan peladang menjual kelapa sawit menerusi 29 PPK di seluruh negeri bagi memudahkan usaha memproses tandan kelapa sawit yang sudah digunakan.


Dalam portan MG pula dilaporkan '
Inovasi batang kelapa sawit beri tuah kepada Palm Fiber' dimana ia berjaya menunjukkan bagaimana batang sawit dikomersilkan. Pengarah Urusan Palm Fiber Sdn Bhd , Mohd Suhaidi Jaapar dan isteri Norazwa Mustapha merakam kenangan selepas menerima Anugerah Enterprise E50, 2022 anjuran SME Corp dan Deloitte Malaysia di Kuala Lumpur (Sila lihat foto disebelah). Kelapa sawit kekal sebagai tanaman komoditi yang ditanam secara meluas di negara ini dan beberapa negara Asia Tenggara bagi tujuan mendapatkan minyaknya dimana ia adalah hasil kajian menggunakan teknologi moden daripada dibiarkan reput selepas ditebang. Serat daripada batang kelapa sawit juga mempunyai kepelbagaian gunaan dan dijadikan makanan tambahan serta bahan campuran produk bukan makanan. Penemuan inovasi dalam kaedah pemprosesan batang sawit tersebut dilakukan oleh syarikat Palm Fiber yang beroperasi di Sri Kembangan Selangor. Hasil kejayaan tersebut syarikat telah terpilih antara pemenang dalam majlis Anugerah Enterprise E50 2022 anjuran bersama SME Corp dan Deloitte Malaysia dimana Palm Fiber telah menerima anugerah tempat keempat daripada 50 peserta peringkat akhir. Sejumlah 213 penyertaan diterima tahun ini tetapi hanya syarikat yang mempunyai penarafan empat dan lima bintang dibawah Program Penilaian Penarafan Daya Saing PKS layak menyertainya. Palm Fiber menerima anugerah tempat keempat daripada 50 peserta peringkat akhir. Sejumlah 213 penyertaan diterima tahun ini tetapi hanya syarikat yang mempunyai penarafan empat dan lima bintang dibawah Program Penilaian Penarafan Daya Saing PKS layak menyertainya. Pengarah Palm Fiber, Norazwa Mustapha dan suaminya selaku Pengarah Urusan Mohd Suhaidi Bin Jaapar berkata, anugerah tersebut sangat memberi nilai kepada mereka yang sebelum ini mendapat tempat ke-40 pada majlis anugerah yang sama tahun 2019. Walaupun tidak meraih tempat pertama kerana pihaknya tidak pernah berhenti untuk memajukan diri dalam perniagaan. Penyertaan sebelum ini menjadikan pemangkin dan pembakar semangat dan tidak sangka membuahkan hasil dalam tempoh dua tahun dan ami berjaya meraih tempat ke empat. Sejak awal penubuhan syarikat, mereka bertekad untuk bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa sebagai dorongan motivasi kepada diri sendiri dan kakitangan. Mereka bekerjasama dalam pasukan dan selepas mendapat tempat ke-40 dua tahun lalu, perbincangan dan strategi diatur mengikut jadual dengan semangat juang yang tinggi. Mereka yakin mampu menggapai kejayaan, segala usaha digandakan secara berterusan seperti mana syarikat lain yang berjaya kerana mereka tidak pernah berhenti memajukan perniagaan. Aktiviti penyelidikan inovasi terhadap batang kelapa sawit dimulakan sejak tahun 2014 apabila pihaknya mengambil tanggungjawab menghasilkan produk hiliran. Umum mengetahui pokok sawit di negara ini popular untuk mendapatkan buahnya bagi menghasilkan minyak namun sangat sedikit kajian terhadap kelebihan batangnya. Mereka juga ada  menjalankan penyelidikan dan juga berkolaborasi dengan pihak Fakulti Bioproses Kejuruteraan (Foberg) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai,Johor yang diketuai penyelidik Dr. Ida Idayu Muhammad. Kini  penghasilan produk hiliran berasaskan batang kelapa sawit saat ini memberi banyak manfaat.  Sebagai pengeluar produk yang berasaskan serat daripada batang pokok kelapa sawit atau dikenali sebagai Oil Palm Trunk Fibre (OPTF) syarikat menghasilkan produk berasaskan kandungan serat yang tinggi bagi kategori makanan tambahan. Serat batang pokok kelapa sawit diproses dalam bentuk serbuk teh dan dijadikan minuman yang mengandungi kadar tinggi serat untuk penjagaan usus dan sistem pencernaan yang baik.


Dalam laporan Bernama yang lain bertajuk '
Penyelidik UM teroka potensi sisa sawit sebagai karbon bernilai tinggi' sangat berkaitan. Industri sawit negara terus bertumbuh di sebalik usaha pelbagai pihak khususnya di peringkat antara bangsa mengkritik Malaysia sebagai tidak lestari selain mengancam alam semula jadi. Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), permintaan terhadap minyak sawit negara menyaksikan peningkatan yang amat memberangsangkan, dan untuk tahun ini, eksport bahan itu diunjur bertambah 3.7 peratus kepada 16.30 juta tan berbanding 15.72 tan pada tahun sebelumnya. Pada 2021, Malaysia mengeksport sejumlah 15.57 juta tan dengan peningkatan permintaan daripada negara pengimport seperti Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Jepun, Bangladesh dan Mesir. Melihat pada situasi itu, tidak menghairankan jika 85 peratus daripada kira-kira 96 juta tan bahan buangan biojisim sektor pertanian negara saban tahun datang daripada industri sawit, yang mana kata pakar, turut membawa risiko peningkatan pencemaran alam sekitar. Meneyentuh mengenai sisa sawit dimana bagi menangani isu ini, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Prof Madya Dr Shaifulazuar Rozali menjalankan kajian bagi mengubah sisa kelapa sawit kepada karbon bernilai tinggi. Kelapa sawit digunakan untuk mendapatkan minyak sawit dan sisa sawit kebanyakannya digunakan untuk makanan haiwan serta dijadikan baja organik, selain itu ia hanya dibiarkan terurai begitu sahaja. Proses pereputan sisa kelapa sawit akan bertukar kepada bahan biojisim yang akan menghasilkan gas rumah hijau berbahaya termasuk gas mentana selain air leachate (bahan larut lesap) yang menyumbang kepada pencemaran alam. Dalam kajian yang bermula pada 2019 itu, pihaknya mengubah sisa sawit kepada bahan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian seiring dengan dasar kerajaan yang mempromosikan usaha menukar bahan buangan biojisim kepada bahan bernilai tinggi. Menerusi kajian ini didapati bahan buangan sisa kelapa sawit atau yang telah reput menjadi biojisim seperti pelepah kelapa sawit, tandan kosong sawit dan daun kelapa sawit boleh diubah menjadi karbon bernilai tinggi yang mempunyai ciri-ciri karbon teraktif serta nano karbon yang bersifat lebih mesra alam. Antara karbon yang boleh dihasilkan daripada sisa sawit ialah karbon teraktif, biochar, graphene, carbon nanotube, carbon fibre, magnetic nanocarbon dan carbon nanospheres yang banyak digunakan dalam penghasilan pelbagai barangan seperti bateri, transistor, sensor, penapis air dan udara, bahan komunikasi optik dan komponen aeroangkasa. Hasil kajian dilaporkan penghasilan karbon teraktif, biochar dan nano karbon yang mana kami turut membangunkan teknologi pemprosesan baharu yang lebih pantas dengan kos lebih rendah berbanding kajian yang telah sedia ada sebelum ini.  Kajian ini telah siap dalam 60 peratus dan kami yakin ia dapat disempurnakan dalam tempoh tiga tahun akan datang bergantung pada dana. Kajian itu dimulakan dengan geran daripada Kementerian Pengajian Tinggi namun kini pihaknya memerlukan dana tambahan bagi meneruskan dan menyiapkan projek. Dilaporkan dimana  karbon bernilai tinggi akan mendapat tempat di pasaran dunia memandangkan ia menjadi bahan asas pembuatan pelbagai peranti elektronik. Merujuk  kepada laporan dikeluarkan oleh  marketsandmarkets.com misalnya ada juga menunjukkan permintaan terhadap carbon nanotube pada 2021 bernilai US$876 juta dan diunjur meningkat kepada AS$1.7 bilion menjelang 2026. Fortune Business Insight pula menjangkakan permintaan terhadap graphene berkembang daripada AS$337 juta pada 2022 kepada AS$2.17 bilion pada 2029 dimana di sebalik potensi tinggi sisa sawit, kos penghasilan karbon daripada bahan itu juga adalah tinggi. Sebagai contoh dimana karbon daripada jenis nano, kos penghasilannya boleh mencecah RM5,000 sekilogram dan ini dilihat boleh mengekang permintaan terhadap jenis karbon tersebut. Oleh itu, adalah menjadi matlamat penyelidikan kami untuk mencari kaedah terbaik menghasilkan bahan karbon ini dengan kos yang lebih rendah. Sekiranya ia dapat untuk direalisasikan dengan menggunakan bahan mentah sedia ada seperti sisa buangan kelapa sawit, kami pasti Malaysia berupaya menjadi pengeluar utama karbon ini pada masa akan datang. Walaupun Malaysia ada mengeluarkan karbon teraktif pada masa ini, kuantitinya adalah kecil berbanding saiz pasaran global, sementara pengeluaran nano karbon pula hanya pada skala makmal. Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kerajaan memperkenalkan Dasar Tenaga Negara yang komprehensif untuk menyediakan hala tuju strategik jangka panjang bagi menyokong aspirasi negara neutral karbon. Menerusi rancangan itu, penjanaan tenaga boleh baharu daripada solar, biojisim dan biogas disasarkan meningkat kepada 31 peratus daripada jumlah kapasiti terpasang menjelang 2025. Model ekonomi kitaran turut dilaksanakan di bawah RMK12 bagi mengurangkan pencemaran, penjanaan sisa dan kebergantungan pada sumber asli. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
FIBER KELAPA SAWIT... BERGUNA DIA...
JUMLAHNYA BANYAK... DI MALAYSIA...
BANYAK KAJIAN... LAPORAN DISEDIA...
BERIKAN PULANGAN... KEPADA NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...