Support My Blog

Tuesday, November 7, 2023

TEKNOLOGI LADANG MALAM UNTUK NANAS

TEKNOLOGI PENGURUSAN TANAMAN NANAS PADA MALAM HARI (Pineapple Night Farming) merupakan salah satu pilihan dan inovasi yang boleh di lakukan di Malaysia. Penulis blog berpeluang bersama-sama pasukan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Usahawan Nanas tempatan serta beberapa pakar pertanian mengenai teknologi ini dalam usaha membangunkan akan teknologi pengurusan tanaman nanas di waktu malam di Ladang Nanas Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai salah satu daripada program membangunkan teknologi ini. Sebelum ini ada aktiviti 'Taiping Zoo Night Visit' dan juga ada dilaksanakan di Zoo Melaka. Ada juga aktiviti 'night farming' dilakukan untuk tanaman bunga-bungaan temperate di kawasan tanah tinggi di Cameroon Highland dan ada dilakukan kepada tanaman pitaya (buah naga) serta tanaman padi di Malaysia. Pengurusan ladang nanas malam hari boleh melibatkan beberapa pendekatan termasuk penggunaan cahaya lampu bagi menerangan ladang nanas pada malam hari dimana tenaga solar ini di tuai dari panel solar dipasang dalam ladang nenas. Kedua dengan adanya cahaya maka kerja-kerja amalan agronomi di ladang nanas boleh dilakukan dimalam hari dalam keadaan sejuk, nyaman dan tidak panas di suluh dengan lampu terang. Ketiga dimana tanaman nanas sebagai tumbuhan dari kategori CAM (Crasssulacean Acid Metabolism) yang aktif pada waktu malam mempercepatkan proses pertumbuhan tanaman nanas tersebut kerana suhu yang rendah di malam hari. Penulis blog amat tertarik dengan inovasi pendekatan teknologi ini yang menggunakan konsep penggunaan tenaga suria (solar energy) didalam ladang bagi sektor pertanian yang masih kurang di lakukan di Malaysia. Kefahaman umum mengenai kehebatan tenaga suria ini masih rendah terutama dalam sektor pertanian tetapi sudah mula di war-warkan untuk sektor perumahan. Merujuk kepada akhbar bharian.com dimana dilaporkan daripada kawasan seluas 17 ekar panel solar dimana ia didakwa mampu menghasilkan kira-kira 12,000KW tenaga elektrik setahun yang cukup untuk menampung kira-kira 5,000 buah rumah untuk jangkamasa lama. Ia bukan sahaja menjadi tenaga yang boleh diganti semula malahan boleh menjadikan persekitaran hijau dan lebih bersih. Cara ini dimana tiada satu pun pokok yang perlu ditebang dan penanaman baharu tidak perlu dilakukan. Justeru tu proses pelepasan karbon dioksida dapat dikurangkan sebanyak 8,328 tan setahun. Penulis blog dapati dimana program tenaga solar di Malaysia masih jauh dari sasaran akan tetapi amat penting untuk mengetahui kepentingannya dalam banyak sektor termasuk untuk sektor pertanian. Malaysia sebuah negara yang mendapat banyak sinaran matahari sepanjang tahun (kecuali musim monsoon di bulan November sehingga Januari) memang sangat sesuai dilaksanakan penuaian tenaga dari cahaya matahari di waktu siang. Ini sangat sesuai dengan persekitaran ladang nanas yang terbuka luas dimana boleh menjadi lokasi amat sesuai dalam proses pemasangan panel solar bagi mengumpulkan tenaga letrik untuk pelbagai kegunaan. Artikel ditulis dari aras 5 Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa justifikasi penting mengenai potensi teknologi perladangan nanas waktu malam untuk dijadikan salah satu pilihan dalam pakej amalan teknologi tanaman nanas di Malaysia di masa akan datang sebagai bahan rujukkan semua.


Tanaman Nanas
(Ananas comosus) lazimnya dilakukan dimana amalan agronomi dilaksanakan pada waktu sianghari dengan secara konvensional. Bagaimana pun terkini sudah ada kajian yang dilakukan di Malaysia untuk perkenalkan kaedah tanaman nanas pada waktu malam seperti yang saya lawati di Pahang. Secara saintifiknya pula dimana tanaman nanas atau pokok nanas merupakan jenis tanaman dalam kategori Tumbuhan CAM (Crassulacean Acid Metabolism) yang mana proses pengeluaran gas akan aktif ia dilakukan pada waktu malam hari. Ia kurang aktif pada waktu sianghari sebaliknya aktif pada siang hari iaitu sama keluarga dengan pokok kaktus. Oleh itu kajian menunjukkan dimana kaedah amalan agronomi seperti pembajaan dan kerja untuk menghormon yang dilakukan waktu malam seakan 'memberi makananadalah lebih berkesan (efecttive) kepada tanaman nanas. Lazimnya pada sianghari yang panas dan ada matahari pokok nanas akan 'berehat' atau 'tidur' sahaja. Aktiviti seperti pemberian baja pokok, penyemburan racun kawalan penyakit dan perosak serta menghormon dikawasan tanaman nanas lazimnya dijalankan pada waktu sianghari walau pun waktu terbaik pada petang hari. Bagaimana pun ia akan diserap atau bertindak pada waktu malam hari apabila tumbuhan nanas ini menjadi aktif. Walau pun kaedah ini masih agak 'janggal' untuk dilakukan akan tetapi ianya adalah satu kelebihan jika ianya dapat diamalkan. Dalam beberapa tinjauan yang penulis blog pernah jalankan sebelum ini dimana kebaikan kaedah ini adalah ianya dapat dalam cara meningkatkan proses untuk pertumbuhan pokok nanas seterusnya akan meningkatkan lagi kualiti buah nanas dan juga dilaporkan boleh mempercepatkan jangkamasa tanaman berbanding dengan kaedah konvensional. Belum ada laporan kajian rasmi menyatakan tanaman nanas yang dipasang lampu malam hari dan di lakukan amalan agronomi pada malam hari lebih singkat berbuah setakat ini. Teknologi ini dijangka akan mampu meningkatkan produktiviti industri pengeluaran buah nanas secara umumnya. Jika merawat tanaman nanas pada waktu malam di kebun nanas dimana pengalaman penulis blog mendapati suhu panas pada siang hari untuk bekerja yang boleh mencecah sehingga lebih 45 darjah celcius jam 2.30 - 3.00 petang terutama di kawasan tanaman nanas di tanah gambut. Perkara ini berdasarkan penelitian khas yang penulis blog pernah lakukan di kebun nanas di Parit Gantung, Pontian dan di Ladang Nanas Swasta Simpang Renggam, Johor pada tahun 2018. Di kawasan tanaman nanas lazimnya adalah merupakan kawasan lapang yang terbuka dan terdedah terus kepaada cahaya matahari yang terik. Pengalaman luas penulis blog semasa banyak memantau aktiviti dalam membaja, menghormon dan aktiviti meyembur racun kimia di ladang nanas swasta di Rompin, Pahang pada malam hari pada 2020 membolehkan ianya sebagai situasi lebih selesa cuma apa yang perlukan adalah lampu 'spotlight' mudahalih khas untuk tujuan menerangkan ladang nanas tetepi terkini menggunakan lampu khas solar yang gunakan tenaga eletrik solar. Tanaman nanas dilihat lebih subur dan sihat berbanding dengan plot pemerhatian kawalan lain yang dilakukan rawatan secara konvensional.


Pemasangan lampu solar di ladang nanas merupakan aspek penting bagi menerangi ladang nanas di malam hari untuk membolehkan kerja-kerja diladang nanas dijalankan oleh pekerja dan jentera sesuai. Seperti laporan diatas dimana secara saintifiknya pokok nanas adalah lebih aktif di waktu malam dimana jika amalan agronomi di lakukan pada malam hari ianya akan memberi kesan signifikan kepada proses tumbesaran tanaman nanas. Secara umum penulis blog ingin kongsikan bagaimana proses
 pertumbuhan tumbuhan atau tanaman makanan memerlukan pertukaran nutrien melalui fotosintesis. Selepas tumbuhan diterangi oleh cahaya disiang hari lazimnya klorofil pada daun tumbuhan boleh menukar karbon dioksida dan air di daun menjadi glukosa, tenaga dan glukosa selanjutnya berubah menjadi kanji. Cahaya (light) adalah seperti makanan kepada tumbuhan seperti makanan kepada manusia dimana jika sekiranya tidak ada makanan maka seseorang itu boleh mati kelaparan. Bagi tumbuhan pula ibaratnya kepentingan cahaya dimana tanpa cahaya maka  keseluruhan proses metabolik tumbuhan akan hilang dan tumbuhan ini akan mati. Dalam keadaan biasa lazimnya dimana tumbuh-tumbuhan boleh tumbuh, berkembang, mekar dan berbuah hanya apabila terdapat cahaya. Semua bunga atau tumbuhan yang ditanam memerlukan cahaya akan tetapi pelbagai jenis tumbuhan mempunyai keperluan yang berbeza untuk tahap keamatan cahaya dan panjang cahaya matahari. Kajian mendapati pada hari yang cerah dimana cahaya yang langsung disinari oleh matahari disebut 'cahaya langsung' atau 'direct sunlight'. Tumbuhan yang ada di Malaysia dimana ia kebanyakannya mendapat cahaya matahari dari jenis cahaya langsung. Sekiranya berlaku situasi mendung atau cahaya di tempat yang terlindung dipanggil cahaya bertaburan dimana memang ada spesis tumbuhan yang suka akan naungan perlu ditanam di tempat yang redup. Ia boleh tumbuh dengan baik selagi terdapat cahaya yang sedikit dan bertaburan. Penulis blog menyentuh mengenai spektrum cahaya semulajadi dimana selalunya cahaya yang diperlukan untuk fotosintesis merujuk kepada 'cahaya semulajadi' iaitu cahaya yang dipancarkan oleh matahari akan tetapi apabila cahaya matahari ini digunakan untuk fotosintesis oleh tumbuhan maka jalur panjang gelombang yang tersedia untuk tumbuhan adalah kira-kira 400-700nm. Kadar penggunaan setiap panjang gelombang tidak sama antara panjang gelombang. Cahaya campuran kompleks dalam cahaya matahari sebenarnya ia boleh diatur melalui panjang gelombang yang berbeza iaitu spektrum cahaya matahari terdiri dari spektral cahaya ultraviolet, cahaya terlihat dan cahaya inframerah dimana spektrum cahaya matahari boleh dipanggil spektrum penuh. Sebaiknya sumber cahaya buatan (seperti dari lampu) perlu berada dalam julat cahaya yang kelihatan antara 400-800 panjang gelombang agar spektrum sentiasa menyamai ciri cahaya matahari. Pada masa ini, pencahayaan tumbuhan dalaman terutamanya akan menggunakan gabungan LED merah dan biru atau gabungan LED merah dan putih. Saintis dapati memang tidak sukar untuk melihat dari spektrogram bahawa walaupun spektrum lampu spotlight yang digunakan untuk masa yang lama sebelum ini tidak diagihkan secara tidak sekata akan tetapi dilaporkan dimana spektrumnya agak komprehensif. Di bawah keadaan tahap pencahayaan tertentu dimana ia masih lagi mempunyai kesan khusus atau kesan tertentu terhadap pertumbuhan tumbuhan. Cahaya jenis ini juga mempunyai kelemahan kecekapan yang terlalu rendah dimana kaedah penggunaan tenaga yang lebih banyak dan jangkahayat mentol lampu perkhidmatan yang pendek.


Pemilihan lampu solar yang tepat di ladang nanas amat kritikal dimana selain daripada ia menerangkan kawasan ladang nanas di waktu malam. Cahaya ini membolehkan kerja-kerja diladang nanas dilakukan malam hari dimana terang dan ada faktor berkemungkinan besar jika disesuaikan dengan spesifikasi yang khusus ini membolehkan untuk membantu dalam proses fotosintesis daun nanas di malam hari. Merujuk kepada para diatas kajian terperinci boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis mentol yang sesuai berbanding dengan plot kawalan yang tiada dipasang lampu. Pemasangan jenis tiang lampu sama ada jenis statik atau jenis mudahalih (portable) boleh ditentukan mengikut jenis keguaan dan keluasan kebun. Kajian awal menunjukkan tiang lampu solar mampu menyuluh ladang nanas selama lebih dari 6 jam apabila matahari menyinari sepanjang siang hari dan boleh disimpan untuk kegunaan lebih lama dan kegunaan yang lain. Ada di tunjukkan bagaimana kerja-kerja penyemburan baja foliar (baja cecair) menggunakan drone memang sesuai juga dilakukan pada waktu malam. Bateri drone ini juga dibekalkan dengan kuasa tenaga solar sebelum di gunakan (Sila lihat foto disebelah). Dilihat dimana kerja untuk penyemburan baja cecair ini dapat dilakukan dengan cepat dan tepat di malam hari dan tanaman nanas akan menjadi lebih cepat membesar kerana tanaman nanas adalah kategori CAM yang mana ia lebih responsif di waktu malam. Teknologi yang menggabungkan IoT, Tenaga Solar, Drone, Baja Foliar dalam inovasi 'Pineapple Night Farming' adalah dilihat ianya mempunyai kelebihan tersendiri dimasa akan datang. Jika lebih ramai pengusaha nanas menggunakan teknologi ini dipercayai industri nanas negara akan lebih berdayasaing dimasa akan datang. Di harap teknologi ini akan berkembang dengan penglibatan semua pihak. 
Semuga tulisan teknikal ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MALAM HARI... SEJUK DIKEBUN NANAS...
BERBANDING.....KALAU SIANG IA PANAS...
PASANG LAMPU...SOLAR PANEL ASAS...
NANAS TUMBUH CEPAT..PETANI PUAS...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 535, Grand Darul Makmur otel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...