Support My Blog
Monday, May 31, 2021
GULA APONG - PELBAGAI FAKTA
Sunday, May 30, 2021
NANAS GORENG - NANAS PANGGANG
BUAH NANAS GORENG dan NANAS PANGGANG kini merupakan sejenis produk baru yang agak pelik didengar akan tetapi ianya merupakan satu jenis makanan enak dan juga berkhasiat serta mudah disediakan. Buah Nanas (Ananas comosus) merupakan salah satu jenis buah tropika yang meluas ditanam di Malaysia daripada pelbagai jenis dan varieti. Antara varieti yang paling popular masakini ditanam terdiri daripada Nanas MD2, Nanas Moris, Nanas Josapine, Nanas Sarawak, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Yankee dan beberapa lagi. Nanas MD2 yang semakin popular kerana hebatnya ciri buahnya seperti tahap kemanisannya dan tidak lidas meletakan nanas MD2 sebagai nanas premium untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog yang sudah menulis lebih daripada 250 artikel mengenai teknologi bagi tanaman nanas dan beberapa aspek teknikal serta produk berasaskan nanas mendapati ia merupakan antara jenis tanaman yang semakin diminati petani kerana dilaporkan mampu memberikan pulangan baik. Buah nanas segar akan dipetik apabila cukup masak untuk pasaran domestik akan tetapi dipetik sebelum matang ranum untuk pasaran eksport. Bagi tujuan tersebut petani akan mengira bila masa paling sesuai untuk memetik buah nanas selepas proses aruhan pembungaan (menghormon pokok) dilaksanakan. Bagi nanas MD2 lazimnya bagi pasaran eksport ia dipetik pada umur 135 - 140 hari selepas pokok dihormon sementara bagi pasaran domestik selalunya dipetik 140 hari keatas untuk dipasarkan. Buah nanas segar sesuai dimakan segar sebagai buah untuk pencuci mulut akan tetapi kini nanas MD2 terus dihidangkan kerana keenakannya, aromanya dan pastinya kemanisannya selain ia tidak lidas. Buah nanas varieti lain seperti Nanas Gandul, Nanas Moris, Nanas Josapine, Nanas N36 pula selalunya dimakan segar atau diproses menjadi Nanas Kaleng (nanas dalam tin), jus nanas, dibuat paceri, masak nanas dengan ikan kering dan sebagainya. Apa pun di Malaysia memang unik kerana terkini telah mula viral bagaimana buah nanas ini dihidangkan dan dijual sebagai 'Nanas Goreng' dibeberapa premis dan telah ada pelbagai resepi khusus mengenai menggoreng nanas. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai produk nanas goreng dan nanas panggang (roasted) yang boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
MEMANG ENAK... KENALAH UJIRASA...
BUAT SENDIRI... RESEPI ADA DISEDIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Syawal 1442H).
Saturday, May 29, 2021
PAPAYA MERAH DELIMA - APA DIA?
Friday, May 28, 2021
TUMBUHAN, BATANG DAN AKAR
Thursday, May 27, 2021
FAKTA TENTANG TIKUS (PART 2)
Jadual 1: Jenis Penyakit Berkaitanan Tikus
Jadual 2: Kadar Infestasi Tikus
Kawalan Tikus boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu kaedah Kawalan Fizikal, Kawalan Mekanikal dan Kawalan Sanitari. Kawalan tikus yang melibatkan segala usaha yang dijalankan untuk meningkatkan tahap kebersihan persekitaran, mengurangkan bekalan makanan serta tempat perlindungan dan mengurangkan populasi tikus melalui aktiviti kawalan. Apa pun kaedah kawalan menggunakan pendekatan pengurusan pest (roden) secara bersepadu (IPM - Integrated Pest Management) yang meliputi 4 komponen utama iaitu (a) Survey yang termasuk pemeriksaan premis, penyediaan peta dan analisa, penyediaan laporan lengkap seperti kadar prevalen dan punca infestasi serta cadangan penyelesaian; (b) Mengenalpasti nilai “treshold” untuk menentukan tindakan kawalan bagi menghalang kerosakan dan membuat penilaian risiko; (c) Intervensi untuk pencegahan, mengurangkan populasi dan menghapuskan tikus; dan (d) Penilaian melalui pemantauan berterusan bagi memastikan kaedah kawalan menggunakan pendekatan IMP adalah berkesan dan ditambah baik sekiranya perlu. Pendahuluan Penggunaan bahan kimia adalah salah satu cara yang paling meluas digunakan dalam aktiviti kawalan tikus. Bahan kimia tersebut (rodenticide) kebiasaannya berbentuk umpan makanan, cecair dan juga debu. Terdapat dua jenis cara tindakan rodentisid iaitu secara serta-merta (akut) dan juga secara perlahan-lahan (antikoagulan). Racun akut bertindak secara pantas melalui sekali pengambilan manakala racun antikoagulan bertindak secara perlahan melalui pengambilan secara berulang dan seterusnya menyebabkan kematian akibat pendarahan dalaman. Aplikasi rodentisid mestilah toksik terhadap tikus dan pada masa yang sama selamat kepada organisma bukan sasaran. Aktiviti kawalan mesti dikekalkan sehingga paras eradikasi yang dikehendaki tercapai. Secara amnya, aktiviti kawalan menggunakan rodentisid adalah berjaya jika umpan tidak diganggu selama 2 minggu dan tiada kehadiran tikus baru dikesan. Cara penggunaan rodentisid mengikut jenis kesesuaian di kebun, dalam premis mestilah bersesuaian dengan lokasi, persekitaran dan kepadatan populasi tikus. Walau bagaimanapun kaedah penggunaan bahan kimia (rodenticide) tidak digalakkan digunakan di premis makanan kerana berisiko tinggi menyebabkan pencemaran makanan kecuali sekiranya infestasi tikus terlalu tinggi. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1 dan Part 2. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
HAIWAN TIKUS... ADUH GELINYA....
MEMBAWA PENYAKIT... IA BAHAYA...
PERLU DIKAWAL... BANYAK CARA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Syawal 1442H).
Wednesday, May 26, 2021
FAKTA TENTANG TIKUS (PART 1)
Fakta tentang kehadiran dan infestasi tikus di sesuatu kawasan boleh dikenalpasti melalui beberapa tanda. Adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda kehadiran tikus seterusnya menganggarkan populasi tikus supaya tindakan kawalan awal dapat dijalankan sebelum infestasi menjadi serius dan mendatangkan masalah kepada orang awam. Tanda-tanda kehadiran tikus dapat diringkaskan pada rajah diatas. Kehadiran tikus dapat diketahui secara langsung iaitu dengan kewujudan tikus itu sendiri yang kita melihatnya. Tikus akan kelihatan berlari di celahcelah timbunan barang-barang, sampah sarap, timbunan kayu dan lain-lain terutama pada waktu malam. Selain itu selalunya tikus dapat dikesan kehadirannya secara langsung dengan bunyi berdecit yang dihasilkan atau bunyi pergerakannya pada siling, bumbung dan sebagainya. Kesan-kesan am yang lain adalah seperti ada bau dan kesan air kencing (urin) kerana air kencing tikus yang kering boleh dikesan dengan menggunakan lampu ultra violet. Tikus adalah haiwan yang Berbau Busuk kerana ia akan sentiasa kencing disebabkan ia mempunyai pundi kencing yang kecil. Biasanya tikus hidup boleh dilihat berkeliaran di waktu siang atau malam hari. Tanda ada tiku jika kelihatan ada Bangkai tikus yang ditemui di premis dan persekitaran. Ia juga dikenalpasti hadir jika ada Kesan-kesan Gigitan pada makanan, perabut, wayar dan lainlain. Mudah untuk melihat Najis Tikus (Droppings) seperti ia boleh dilihat memang bertaburan di sekitar kawasan yang ada punca makanan. Najis berwarna hitam, tekstur lembut dan berkilat ketika masih baru dilepaskan dan akan menjadi keras, warna bertukar pudar, mudah relai jika dipicit selepas sehari atau dua hari kemudian. Tikus akan membuang najis sekali atau dua kali setiap jam dan saiz serta bentuk najisnya berbeza mengikut spesis.
PERLU DIKAWAL... BANYAK CARA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Syawal 1442H).