Support My Blog

Sunday, May 30, 2021

NANAS GORENG - NANAS PANGGANG

BUAH NANAS GORENG dan NANAS PANGGANG kini merupakan sejenis produk baru yang agak pelik didengar akan tetapi ianya merupakan satu jenis makanan enak dan juga berkhasiat serta mudah disediakan. Buah Nanas (Ananas comosus) merupakan salah satu jenis buah tropika yang meluas ditanam di Malaysia daripada pelbagai jenis dan varieti. Antara varieti yang paling popular masakini ditanam terdiri daripada Nanas MD2, Nanas Moris, Nanas Josapine, Nanas Sarawak, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Yankee dan beberapa lagi. Nanas MD2 yang semakin popular kerana hebatnya ciri buahnya seperti tahap kemanisannya dan tidak lidas meletakan nanas MD2 sebagai nanas premium untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog yang sudah menulis lebih daripada 250 artikel mengenai teknologi bagi tanaman nanas dan beberapa aspek teknikal serta produk berasaskan nanas mendapati ia merupakan antara jenis tanaman yang semakin diminati petani kerana dilaporkan mampu memberikan pulangan baik. Buah nanas segar akan dipetik apabila cukup masak untuk pasaran domestik akan tetapi dipetik sebelum matang ranum untuk pasaran eksport. Bagi tujuan tersebut petani akan mengira bila masa paling sesuai untuk memetik buah nanas selepas proses aruhan pembungaan (menghormon pokok) dilaksanakan. Bagi nanas MD2 lazimnya bagi pasaran eksport ia dipetik pada umur 135 - 140 hari selepas pokok dihormon sementara bagi pasaran domestik selalunya dipetik 140 hari keatas untuk dipasarkan. Buah nanas segar sesuai dimakan segar sebagai buah untuk pencuci mulut akan tetapi kini nanas MD2 terus dihidangkan kerana keenakannya, aromanya dan pastinya kemanisannya selain ia tidak lidas. Buah nanas varieti lain seperti Nanas Gandul, Nanas Moris, Nanas Josapine, Nanas N36 pula selalunya dimakan segar atau diproses menjadi Nanas Kaleng (nanas dalam tin), jus nanas, dibuat paceri, masak nanas dengan ikan kering dan sebagainya. Apa pun di Malaysia memang unik kerana terkini telah mula viral bagaimana buah nanas ini dihidangkan dan dijual sebagai 'Nanas Goreng' dibeberapa premis dan telah ada pelbagai resepi khusus mengenai menggoreng nanas. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai produk nanas goreng dan nanas panggang (roasted) yang boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Penulis blog seterusnya paparkan resepi Nanas Goreng Viral yang sangat popular di Kelantan dan ia dilaporkan didalam beberapa media tempatan. Selalunya ada makanan juadah seperti 
Pisang goreng, keropok lekor ataupun jenis kuih-muih merupakan antara juadah biasa yang sering dihidangkan ketika minum petang di setiap rumah. Ini juga merupakan antara menu kegemaran ramai dan memang senang untuk dibeli di gerai dan kedai-kedai. Apa pun penulis blog tertarik dengan apa yang sedang viral sekarang iaitu diantara menu yang agak lain dari yang lain iaitu 'nenas goreng'. Pasti ramai yang terkejut dengan juadah tersebut dimana di Kota Bahru Kelantan dimana menu ini telah dikatakan sedang viral sehinggakan menyebabkan orang ramai beratur untuk merasakan kenikmatan nenas goreng ini. Merujuk juga kepada laman FB Kuali viral dimana mereka kongsikan cara untuk membuat nenas goreng ini hanya dirumah dan peminat sudah tidak perlu nak beratur panjang untuk membelinya lagi. Antara bahan diperlukan semestinya adalah Buah Nanas Segar, 2 cawan Tepung beras (cawan teh), 2 sudu Tepung jagung, 1 sudu air bancuhan Air kapur,  1 biji telur, Sedikit Gula, Sedikit Garam dan juga sejumlah air serta pewarna kuning telur. Cara menyediakan juadah ini pastinya membuang kulit nanas dan dipotong mengikut kesukaan sama ada buah nanas ini dipotong bulat, dipotong memanjang atau dadu dan diketepikan. Mulakan dengan cara mencampurkan tepung beras dan tepung jagung dan bubuh air bancuhan air kapur serta kemudian dimasukkan telur. Seterusnya mesti di masukkan sedikit gula dan garam dan juga kemudian masukkan air tetapi jangan terlalu banyak. Adunan tersebut seterusnya di masukkan pewarna kuning telur dan kemudian dimasuk nenas pada bancuhan dan sedia untuk digoreng. Kuali di panas dengan minyak masak dan apabila panas digoreng nanas sehingga garing dan ditoskan. Apabila suam panas boleh dihidangkan bersama minuman kopi nanas.

Penulis blog pernah tinjau ke Pasir Putih Kelantan ntuk membuat tinjauan mengeai seorang usahawan Nanas Goreng di sana. Semasa membuat ujirasa mendapati dimana produk nanas goreng ini unik kerana ia memberikan rasa m
asam, manis dan rangup iaitu sejenis makanan yang mana ia memberikan tahap keenakan tersendiri. Rasa resipi nanas goreng yang diusahakan oleh seorang peniaga Noor Hidayah Abdullah berumur 32 sudah berniaga semanjak setahun lalu dimana asalnya idea idea menggoreng nanas itu 'dihadiahkan' oleh seorang wanita Kelantan yang menetap di Johor selepas singgah di gerainya di belakang pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP). Dakwanya semasa tamunya singgah di gerai ada diberitau sama ada dia pernah cuba atau makan nanas goreng. memang dijawabnya belum pernah dimana dia kemudian tanpa berlengah dia terus keluarkan nanas dari kenderaannya dan kemudian berkongsi resipi tersebut. Apa yang dapat buat ujirasa sendiri dimana resipi itu mengejutkan disebabkan keunikan rasa buah nanas apabila di goreng dengan salut tepung memang cukup enak. Seterusnya dia mengubah strategi jualan makanan tersebut secara serius bersama goreng pisang, ubi, tapai goreng dan keropok lekor. Bagaimana pun kemudian dia terkejut apabila resipi itu telah 'meletup' menyebabkan gerai pisang gorengnya menjadi tumpuan orang ramai untuk mencuba hidangan tersebut. Dia sudah pun mempunyai pelanggan tetap untuk hidangan nanas goreng dimana antara pelanggannya paling jauh dari Pasir Mas. Sejak diperkenalkan setahun lalu permintaan terhadap resipi ini makin bertambah dan masyarakat sekeliling sudah dapat menerima keenakan rasa nanas goreng. Bagaimanapun jualan nanas goreng bergantung kepada bekalan bahan mentah itu dimana sekiranya bekalan mencukupi dia akan menjual makanan itu dengan harga RM1 lima keping. Dia berazam dan mempastikan bekalan nanas sentiasa ada agar ramai pelanggan tetapnya tidak kecewa. Kepada usahawan sedia ada boleh membuat nanas goreng sebagai produk baru yang boleh diketengahkan dimana jua.

Penulis blog juga suka makan Nanas Panggang (Roasted Pineapple). Saya ada menulis artikel mengenai nanas panggang didalam blog ini untuk dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Dalam menyediakan nanas panggang a
pa yang penting adalah ramuan yang digunakan untuk menyediakan resepi makanan nanas panggang ini. Terdapat lebih daripada 100 resepi mengenai nanas panggang atau pun nanas bakar yang penulis blog dapat google. Lain negara mempunyai resepi mengenai nanas panggang yang berbeza dan juga mengikut citarasa dan kegemaran masing-masing. Bagaimana pun penulis blog mempaparkan kaedah membuat nanas panggang yang paling simpel dan enak dimakan. Bahan yang mudah diperolehi ini semestinya adalah sebiji buah nanas ranum (pada saya nanas MD2) adalah nanas premium yang disyorkan. Ini kerana nanas MD2 mempunyai tahap kemanisan tinggi disamping aromanya yang sangat enak dan kuat. Bahan lain diperlukan adalah seperti mentega untuk menyapu pada kepingan nanas, 2 sudu madu lebah, 250 ml air dan 1 sudu gula melaka. Cara menyediakan nanas panggang yang unik ini dengan semestinya mengupas buah nanas dan kemudian dipotong dan buang bahagian isi tengahnya (empulur nanas). Penulis blog syorkan agar cara memotong yang sesuai adalah dengan memotong dimana ia membentuk bulatan-bulatan agar menampilkan bentuk gelang (ring) yang cantik. Potongan ini membolehkan kerja dalam memanggang nanas ini lebih mudah dilakukan. Kemudan campurkan gula melaka, madu dan air dalam suatu bekas dan kepingan potongan nanas tadi direndam dalam masa selama 30 minit lamanya. Pada masa sama boleh disiapkan alat pembakar sama ada dari arang, stove atau pembakar eletrik. Kemudian diangkat kepingan nanas tadi dan letakkan diatas pembakar dan pada masa sama di sapukan dengan berus khusus cairan dicelup tadi sehingga bahagian luas nanas agak kering. Ketika membakar perlu anda mengawal suhu kepanasan agar tidak hangus dan kepingan nanas juga perlu diterbalikkan beberapa kali. Hasilnya akan ada kesan-kesan terbakar yang amat menarik untuk dihidangkan dan enak dimakan semasa suam panas lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini . Wasallam!!!..
NANAS GORENG... APA BENDANYA...
SUDAH VIRAL... DIMANA-MANA JUGA...
MEMANG ENAK... KENALAH UJIRASA...
BUAT SENDIRI... RESEPI ADA DISEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...