Support My Blog

Thursday, May 13, 2021

JENIS HERBA MAHAL DUNIA - APA DIA?

PRODUK HERBA (Herbs) adalah produk yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai tertentu dipasaran dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Ada jenis herba yang dijual dengan harga mampu beli akan tetapi terdapat juga jenis herba yang dijual senbagai jenis herba yang mahal. Biasanya herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus yang tidak kelihatan secara mata kasar. Penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai herba mendapati dimana bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) diantara herba yang mana ia digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Dalam bidang perubatan bagaimana pun penulis blog dapati herba lebih banyak menggunakan bahagian akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba didalam perubatan tradisional terutamanya. Herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek dimana sering digunakan adalah mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba. Kini hampir setiap orang terutama kalangan orang asia memang sering menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian yang menggunakan bahan herba segar. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sering atau sedang digunakan atau dimakan akan turut juga mengandungi bahan herba. Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan akan tetapi ada juga faktur yang boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya seperti herba A telah pun disahkan dan memberi kesan positif untuk merawat penyakit tertentu akan tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi, berlebihan atau komplikasi dengan makanan lain. Dalam konteks ini sebaiknya pengambilan produk herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan dan laporan klinikal yang tinggi dan tepat. Artikel subuh selepas bersahur ini dengan otak yang masih segar saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu artikel yang ke 6,351 mengenai beberapa jenis herba yang harganya mahal melangit untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.

Benarkah ada jenis herba yang sangat mahal sehingga harganya mencecah RM40,000 selilogram (USD9,660/kg)?. Penulis blog membuat beberapa rujukkan mengenai perkara ini dimana lazimnya p
-penggunaan rempah dalam menambah kelazatan sebuah hidangan adalah subjektif. Di laporkan dimana didunia ternyata ada 5 jenis rempah istimewa berharga sangat mahal melangit untuk kita komgsi info. Ini kerana peranan rempah memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sejak ribuan tahun lalu. Buktinya ramai saintis mendapati rempah ditanam dalam makam Mesir yang telah ujud sudah lama iaitu sekitar sejak 3,000 tahun sebelum Masehi. Sejarah juga laporkan dimana bahan rempah pernah menjadi sebagai salah satu alat pembayaran dan perniagaan. Salah satunya nilai biji koko yang pernah sempat dianggap lebih berharga daripada nilai emas. Dari berapa ratus dan mungkin ribuan jenis herba yang terdapat diseluruh dunia akan tetapi ada lima (5) jenis rempah ini tergolong istimewa kerana harganya mahal iaitu Safron, Vanilla, Mahlab, Long Pepper dan Jintan Hitam. Mungkin ada kalangan pembaca blog anim agro technology tidak pernah nampak apa lagi dapat beli atau merasa 5 jenis herba ini yang disenaraikan sebagai herba mahal. Pertama sekali adalah Saffron sebagai herba paling mahal yang mana bunga Safron mampu mencapai USD 10,000 sekilogram (RM40,000 atau Rp 140 juta sekilogram). Harga ini khabarnya untuk menebus kesukaran untuk mendapatkan saffron yang mana masa penuaiannya adalah singkat dikawasan khusus. Dilaporkan bagi menghasilkan 500 gram saffron ternyata diperlukan 70,000 kuntum bunga. Disetiap bunga itu perlu dikumpulkan dengan berhati-hati dilakukan hanya dengan menggunakan tangan dan kemudian perlu dikeringkan. Apa pun Saffron sendiri banyak digunapakai dalam hidangan Timur Tengah (ramai orang kaya disana) untuk menghasilkan aroma unik dan warna kuning cantik. Selain untuk masakan, saffron diproses menjadi bahan pewangi (parfume) dan pewarna pakaian. Negara Iran menjadi negara terbesar menghasilkan saffron dengan jumlah penghasilan sebanyak  95% keperluan saffron dunia.

Mendudukki tempat kedua adalah herba Vanilla (
Vanilla fragrans) iaitu bahagian buahnya dalam pod. Vanilla berasal dari tanaman vanili yang kerap digunapakai dalam pembuatan kueh hingga ais krim. Saya ada banyak menulis mengenai tanaman vanilla untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Aroma dan rasa vanilla yang unik membuat rempah ini selalu jadi buruan. Sayangnya kini bekalan vanis dunia telah jatu menurun akibat kerosakan tanaman vanila di Madagascar akibat taufan melanda negara tersebut. Negara Madagascar merupakan pengeluar vanilla terbesar di dunia yang diikuti oleh Mexico dan Tahiti akan tetapi kualiti gasil tidak sama. Kini harga vanilla berkisar USD 600 - 700 sekilogram. Herba ke 3 termahal didunia adalah Mahlab atau juga dipanggil sebagai  mahalab atau mahleb iaitu sejenis rempah yang berasal dari biji-biji ceri St. Lucie yang sangat sukar dijumpai (Sila lihat foto paling bawah). Jenis pokok ceri ini hanya tumbuh di kawasan khusus iaitu di Eropah Selatan, Mediteranian dan Timur Tengah. Pada awalnya herba mahlab hanya dipakai untuk membuat minyak wangi sahaja (parfume) akan tetapi kemudiannya rempah mahlab ini juga telah digunapakai dalam masakan. Kabarnya cita rasa mahlab merupakan rasa kombinasi antara ceri dan almond dengan harga pasarannya boleh mencapai USD 150 sekilogram (RM615/kg). Penulis blog belum pernah melihat dan merasa keehebatan herba mahlab ini walau pun pernah berkunjung ke Timur Tengah sebelum ini.

Herba yang keempat yang disenaraikan sebagai mahal adalaj Lada Hitam panjang (
Long pepper). Penulis bloh belum melihat herba jenis ini kerana sejarahnya Long pepper banyak digunapakai oleh bangsa Yunani dan Romawi sejak zaman dahulu. Kini rempah berwarna hitam ini juga dipakai di beberapa hidangan yang klasik dikawasan negara Eropah. Long pepper juga mudah ditemui ditanam di India, Pakistan dan Nepal dengan nama lain iaitu sebagai Pippali (Sila lihat foto disebelah). Dari segi penciriannya dilaporkan long pepper ini menyamai dengan rasa lada hitam dari Sarawak kecuali ia mempunyai unik kehebatan rasa pedas yang lebih kuat. Dilaporkan dipasaran antarabangsa dilaporkan iaitu Long pepper khabarnya semakin sukar untuk diperolehi sehingga harganya pasaran relatif mahal iaitu USD 100 sekilogram (RM410/kg). Mungkin produk ini pun sukar untuk kita beli di Malaysia kerana ia kurang popular dan kita mempunyai pilihan lain jauh lebih murah iaitu Lada Hitam Tempatan. Jenis herba ke 5 yang disenaraikan mahal adalah Jintan Hitam (Nigella sativa) atau dalam bahasa biasa dipanggil sebagai Habatus Sauda, atau Black Cumin iaitu sangat popular sebagai herba berubat. Apa pun berbanding dengan jenis jintan biasa, jintan hitam lebih ramping, kecil dan berwarna gelap. Rasanya pun lebih kuat dimana dilaporkan pengeluar utama didunia adalah daripada Mesir, Iran, India dan Marocco. Dipasaran dunia jintan hitam dijual dengan harganya mahal iaitu USD 84 sekilogram (RM344/kg). Rempah jintan hitam ini silaporkan bahan herba umum digunapakai di negara seperti Mesir, Iran dan India Utara untuk dimasukkan didalam masakan mereka. Bahan ini mungkin ada dipasaran Malaysia tetapi untuk kegunaan lain seperti kesihatan dan sebagainya. Semuga artikel ini mamberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1442Hijrah (2021M).
Wasallam!!!
BANYAK HERBA... SELURUH DUNIA....
HARGA BIASA... YANG MAHAL ADA...
SAFRON... RM40,000/KG  MAHALNYA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia,
(16 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...