Kandungan nilai permakanan kaviar yang merupakan makanan yang kaya dengan bahan kolin dan Omega-3. Dalam satu sudu makan caviar (14.3 gram) didakwa mengandungi sekitar 1.1 mg omega-3 atau sekitar 6.8 mg per 100 gram dari jumlah sajiannya .Selain itu laporan dari Food Data Central juga menyatakan dimana ada beberapa kandungan lain dalam 16 gram caviar (1 sudu makan) eterdiri daripada Tenaga (42.2 kalori), Protin (3.49 gram), Kalsium (44 mg), Magnesium (44 mg) dan juga Posforan (57 mg). Walaupun kandungan zat kaviar didakwa sangat baik untuk tubuh akan tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan kerana telur ikan kaviar ini juga memang tinggi dengan kandungan sodium (240 mg) dan kolestrol 94.1 mg bagi setiap satu sudu makan. Antara manfaat caviar adalah untuk kesihatan terutama mampu mengurangkan masaalah kepada Rheumatoid arthritis. Ia adalah disebabkan bahan dari kandungan omega-3 yang diketahui banyak terdapat pada ikan maupun telur ikan pada umumnya. Ia juga mampu mencegah penurunan fungsi otak dimana ada beberapa jenis caviar juga mengandungi asid lemak lain yang menyihatkan seperti EPA, DHA dan DPA. Kandungan ini membolehkan caviar untuk melawan penurunan fungsi otak selaras dengan bertambahnya usia sekaligus merangsang regenerasi sel agar otak semakin sihat. Caviar mampu menyihatkan mata sebab ada bahan DHA dan EPA. Kedua bahan ini didakwa dapat memaksimalkan perkembangan penglihatan pada bayi sekaligus menaikkan fungsi retina pada anak-anak.Orang yang kurang mengonsumsi makanan mengandung omega-3 juga berisiko tinggi mengalami kerusakan mata akibat faktor usia, seperti retinopati diabetik dan sindrom mata kering.
Berbalik kepada kisah telur caviar di Malaysia dimana media tempatan melalui beberapa akhbar melaporkan 'Malaysia kini memiliki ladang ikan menghasilkan kaviar bertaraf dunia'. Caviar atau telur ikan sturgeon ini boleh mencecah ribuan ringgit dan ia hanya boleh didapati di kawasan beriklim subtropika, temperate dan subartik. Ia selalunya ditemui di persisiran Eropah, Amerika Utara dan beberapa kawasan di Asia. Namun begitu kini seorang warga Taiwan yang telah datang ke Malaysia untuk membuka resort air panas bersama beberapa orang ahli perniagaan di Malaysia telah mendapati mereka memiliki kawasan yang boleh menternak ikan sturgeon ini. Usaha sejak 2008 akhirnya telah membuahkan hasil pada tahun 2019. Kini Chien Wei Ho bersama Lim Aun Jun yang ditugaskan oleh keluarganya untuk mengkomersilkan hasil ladang ikan. Ia berlaku setelah keluarganya melaburkan duit yang banyak kepada pengoperasian ladang tersebut sejak 2017 telah mendapati kawasan tersebut adalah kawasan yang baik untuk membiak ikan kerana mereka secara tidak sengaja telah mendapati ikan yang tercedera dan membedahnya lalu menemui telur kaviar. Chien menunjukkan seekor ikan sturgeon di ladang (Sila lihat foto disebelah). Chien yang memiliki beberapa resort air panas di Taiwan memiliki hobi menternak ikan sturgeon tetapi kesemua ikannya mati akibat dilanda taufan. Dia memulakan projek ikan sturgeon di Malaysia sejak tahun 2008 dan jutaan ringgit telah dilabutkan dimana ia adalah hasil penyelidikan selama lima tahun dan kematian beribu ikan serta ramai penyelidik yang tidak yakin dengan keberkesanan projek ini tidak memutuskan harapan beliau. Setelah lapan kali percubaan dia menemukan resipi untuk menternak ikan sturgeon di Malaysia. Sebelum ini mStar pernah menerbitkan sebuah artikel tentang projek ikan sturgeon dihentikan di Sungai Tebung, Kuala Tahan selepas ia didapati dilaksanakan secara haram dan gagal mematuhi prosedur melibatkan aspek pembinaan dan alam sekitar. Kini ladang yang terletak di Tanjung Malim, Perak ini membuahkan hasil. Mereka telah menggaji banyak pakar dan kebanyakan daripada mereka telah putus harapan, tetapi saya tetap mencuba. Sejak keluarga Lim bergabung dan melabur ke projek ikan sturgeon Chien, dia juga telah memanggil pakar dari Jerman untuk menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mendapatkan rasa terbaik daripada kaviar.
Dilaporkan dimana ikan Sturgeon boleh membiak dengan lebih cepat di Malaysia apabila syarikat ini mendapat resipi membiak ikan sturgeon. Apa yang lebih mengejutkan Chien ialah ikan tersebut boleh membesar dengan lebih cepat dalam persekitaran suam dan lembap tidak seperti pada berlaku kebiasaannya. Tumbesaran ikan ini adalah lebih cepat kerana di Eropah, mereka memiliki empat musim dan sewaktu musim sejuk, ikan tidak akan makan dan tidak akan membesar tetapi di sini, mereka membesar 365 hari setahun dan beliau sangat teruja. Kini diladang ini, ikan sturgeon boleh memiliki berat 6 hingga 8kg dalam masa tiga tahun iaitu dua kali cepat berbanding ikan sturgeon dari China yang hanya boleh sampai berat sedemikian rupa dalam masa enam tahun. Buat masa dakwanya ladang ini mengimport telur sturgeon yang telah disenyawakan dan juga ikan sturgeon daripada China. Telur yang sudah tersenyawa di simpan dalam ruang yang memiliki suhu diubahsuai dalam 16 darjah celsius untuk beberapa bulan sehingga ia diubah lagi pada setiap peringkat sehingga mereka boleh menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran di Malaysia. Air yang bersih juga sangat penting untuk tujuan memastikan kualiti ikan yang ada adalah baik. Oleh itu mereka menggunakan air daripada hutan berdekatan denagn ladang yang memiliki pH7. Air ini dipam ke dalam tangki tiga kali sehari untuk memastikan tangki ikan adalah bersih. Ikan sturgeon ini juga diberi makan palet marin komersial untuk memastikan tumbesaran secara optimum. Sumber alam serta kualiti air di sini adalah sangat baik dan saya sangat yakin ikan serta kaviar yang dihasilkan dari kawasan ini adalah bertaraf dunia. Kini ladang ini memiliki 18,000 ikan sturgeon dengan ikan terbesar di ladang tersebut seberat 80kg. Mereka juga sudah pun melancarkan jenama kaviar tersendiri sekaligus menjadi kaviar pertama keluaran Malaysia iaitu T’lur Caviar pada Mac 2019. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
HARGANTA MAHAL... SUKAR BELINYA...
BANYAK KHASIAT... ADA DI MALAYSIA...
SIAPA MAMPU... CUBA BUAT UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Ramadan 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.