Pada penulis blog dan juga ramai pembaca tentu kenal akan beberapa jenis haiwan termasuk serangga seperti LIPAS (Coakroaches). Memang dalam banyak-banyak serangga dilaporkan dimana paling ramai dalam kalangan orang ramai yang takut malahan berasa teramat jijik dengan lipas meskipun ia cuma makhluk berbadan kecil. Dilihat dimana sahaja walaupun lipas ini berbadan kecil, namun serangga itu tetap digeruni tambahan pula jika ia merayap, menyelinap dan terbang di atas kepala pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja panik dan terjerit-jerit kegelian meminta tolong. Ini memang pernah dialami dengan sesiapa sahaja apabila ada lipas terbang dan hinggap di muka atau anggota yang lain. Memang amat malang sesiapa yang pernah mengalaminya. Rasa geli terhadap serangga ini mungkin dianggap biasa bagi segelintir orang namun majoriti memang akan fobia. Namun jika ia menjejas kehidupan seharian, pakar juga menyarankan supaya mendapatkan bantuan dengan pendedahan secara bertahap. Pada penulis blog dimana mendapati ada juga yang langsung tidak gentar sama sekali oleh serangga berkaki enam ini. Bagi sebilangan yang lain pula apabila melihat sahaja kelibatnya maka ia ibarat mimpi buruk di siang hari dan boleh panik. Paling malang adalah dimana semasa memandu kereta tiba-tiba ada lipas yang terbang di muka atau merayap ditangan atau dalam seluar kepada pemandunya. Ia boleh menyebabkan panik dan berpotensi menyebabkan berlaku kemalangan semasa memandu!. Elakkan makan dalam kereta yang menyebabkan reja makanan menjadi punca lipas duduk dalam kereta anda. Sentiasa bersihkan kereta dari kekotoran makanan (terutama jika ada anak-anak yang makan berterabur) dan periksa kehadiran lipas dalam kereta.
Sebenarnya berapa ramaikah pembaca blog atau orang ramai benar-benar kenal dengan apa dia serangga lipas?. Penulis blog yang pernah belajar subjek iaitu Entomology di universiti dahulu pernah menjalani peperiksaan di makmal untuk membuat pembedahan kepada seekor lipas (vivisection of cocroach) dengan alatan pembedahan serangga (Telah lulus dan berjaya melakukan ujian ini ketika itu!). Merujuk kepada jurnal di Public Health Malaysia dimana ada dinyatakan lapan fakta menarik mengenai serangga lipas untuk diketahui semua. Fakta pertama adalah sebenarnya serangga lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter (mm) sahaja. Lipas mampu berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh dimana ia boleh bergerak. Fakta kedua adalah dimana lipas boleh menukar Kelajuan ketika berlari. Dilaporkan dimana serangga lipas memang mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan cara ini akan mengurangkan rintangan dan membolehkan ia berlari sepantas 320km sejam. Percayakan anda!. Memang hebat serangga dari zaman purba ini. Seeterusnya yang ketig faktanya adalah Lipas mampu hidup Tanpa Kepala. Lipas masih mampu hidup sehingga dua hingga tiga minggu setelah kepalanya terputus. Dilaporkan dimana lipas masih boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan akan tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan. Fakta yang ke empat adalah dimana lipas hidup dalam berkumpulan akan tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah yang mempunyai sistem tersendiri. Apabila lipas makan kemudian ia akan membuang najis. Kajian saintis mendapati dimana kebanyakan najis lipas (tahi lipas) ini juga mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun disekelilingnya.

Seterusnya adalah fakta yang ke lima dimana reaksi orang yang boleh melompat jika dihinggapi lipas terutama di muka atuu badannya. Ini penulis blog pernah mengalami beberapa kali semasa tinggal dikampong dahulu. Memang amat fobia apabila ada lipas terbang dan hinggap di muka. Memang ramai orang takut kepada lipas terbang, maka mungkin ramai takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Mereka lincah melompat dan tidak suka duduk diam. Fakta seterunya ke enam adlah dimana dilaporkan memang lipas boleh mengigit manusia. Serangga omnivor ini selalunya makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Walaupun gigitan lipas tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah, namun situasi itu tetap tak diingini. Kalangan pembaca mungkin pernah kena 'kencing lipas' atau gigitan lipas di bibir ketika tidur yang kesannya membengkak. Fakta paling mengerikan adalah dilaporkan Lipas suka masuk telinga. Lipas suka masuk ke dalam telinga manusia kerana tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian mereka. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal. Terakhir fakta ke lapan adalah dimana Lipas Adalah Sejenis Makanan Eksotik di negara tertentu seperti China, Vietnam dan Thailand. Dilaporkan di China serangga lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Paling unik ia diproses untuk dijadikan makanan snek.
Portal hmetro.com juga kongsikan fakta mengenai lipas dengan kisah 'Lipas benci bau rempah' iaitu dengan gunakan daun pandan sahaja. Daun pandan memang mempunyai aroma tidak disenangi serangga perosak. Lipas adalah diantara serangga perosak yang sering ditemui dalam perabot seperti kabinet atau laci terutama di ruang dapur. Apa pun serangga ini gemar bertelur di tempat tersorok, gelap dan lembap termasuk di celah atau sudut perabot selain meninggalkan najis di tempat membiak. Tabiat lipas yang kotor seperti mencari makan dan gemar berkumpul termasuk di kawasan longkang, tong sampah dan tandas menyebabkan ia memberi kesan kesihatan kepada penghuni. Malah serangga ini akan merayap hingga mencemari makanan, perkakasan dapur dan meja selain bau kurang menyenangkan. Justeru penting bagi penghuni kediaman menghalang dan mengurangkan kehadiran serangga ini dalam rumah. Sabun Mandi dipotong kecil dan diletakkan di setiap kawasan yang mempunyai lipas adalah satu cara halau lipas. Antaranya boleh diletak pada laci, kabinet dapur dan sudut berdekatan tempat memasak. Lipas juga boleh dihalau dengan letakkan hirisan lemon. Caranya dengan memotong lemon dan perlu diletakkan di kawasan yang dipercayai menjadi tempat perkumpulan serangga ini. Biarkan hingga lemon kering dan gantikan dengan hirisan baru. Menggunakan buah pelaga boleh menghalang pembiakan lipas. Rempah ratus yang mempunyai bau kuat ini tidak disukai lipas. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas sering membiak. PAling biasa diamalkan adalah gunakan daun pandan di dalam laci, dalam kereta atau ruang sering lipas bersembunyi. Bau harum daun pandan boleh membawa aroma yang baik dan menyenangkan pada ruang tertentu. Ia juga antara alternatif terbaik mengusir kewujudan serangga seperti lipas. Potong halus letakkan dalam uncang dan letakkan di dalam laci atau lokasi sering lipas bersembunyi. Boleh juga amalkan memotong timun didakwa boleh membunuh lipas. Hujung dan pangkal timun antara penghalau terbaik untuk lipas. Caranya letakkan di tempat ada banyak lipas dan boleh lihat kesannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...