Support My Blog

Saturday, December 17, 2022

KAITAN KELKATU DAN ANAI-ANAI (Part 4)

APA KAITAN KELKATU DENGAN ANAI-ANAI?.
Mungkin ramai kalangan pembaca blog ini yane belumtahu akan kaitannya. Sebenarnya Anai-anai (Termites) adalah sejenis serangga berkoloni yang sering kita jumpa dari order serangga Isoptera. Penulis blog memang sering jumpa rantaian anai-anai yang berjalan dikawasan kebun getah dikampong dahulu dengan susunan yang agak panjang. Anai-anai adalah merupakan serangga berkoloni dengan mempunyai sarang dan membua busut diatas tanah atau didalam kayu atau dilain lokasi. Anai-anai adalah jenis serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah dan kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak. Di Malaysia terdapat tiga famili anai-anai daripada 7 famili yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Saya dapati hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan berkayu dan kesebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit. Anai-anai dewasa mempunyai organ pembiakan dengan sepasang kepak yang sama saiznya. Bentuk badannya simpel dimana ia menunjukkan bahawa anai-anai adalah jenis seranggga yang awal dalam evolusi metamorfosis berperingkat didalam dunia serangga. Walau pun marfologi bagi anai-anai sangat simpel, anai-anai sangat baik (advanced) didalam bersosial (social behaviour). Kajian terkini menunjukkan terdapat lebih dari 2,800 spesis anai-anai diseluruh dunia dengan mempunyai lebih dari 285 genera. Di Malaysia kita boleh menjumpai pelbagai jenis anai-anai didalam habitat hutan, belukar, kebun dan anai-anai yang tinggal dikawasan perumahan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai serangga anai-anai dan kaitannya dengan kelkatu serta fakta untuk menjadi bahan bacaan dan rujukkan.

Paling penting dalam artikel ini adalah apakah dia petua untuk mengurangkan risiko masaalah serangan anai-anai dalam dan diluar rumah. Seperti dinyatakan diatas dimana kedatangan keklatu berdekatan premis pembaca akan mengundang risiko serangan anai-anai. Petua pertama jika berminat menanam sebarang tanaman dikawasan rumah perlu di 
Rancang Sebelum Menanam. Sebaiknya penulis blog syorkan agar sebelum membeli dan menanam pokok-pokok kegemaran anda di sekeliling rumah memang perlu di fikirkan berapa besar pokok tersebut akan membesar setelah 10 -15 tahun akan datang. Fikir agar tidak seharusnya memilih tanaman yang menyusahkan akibat bila pokok terlalu hampir dengan asas bangunan rumah mengundang risiko. Pokok yang hampir dengan rumah mampu menyembunyikan aktiviti anai-anai dan juga haiwan makhluk perosak yang lain. Selalunya pada hujung ranting pokok mahupun tumbuhan renek yang mana ia menyentuh bangunan akan menyediakan laluan masuk bagi serangga seperti semut ke dalam rumah anda. Aktiviti mencantas ranting-ranting mahupun daun-daun pokok bagi mengelakkan ia daripada menyekat pengaliran udara daripada melalui lubang asas bangunan perlu dibuat. Petua kedua dimana amalkan untuk mengurangkan Penggunaan Sungkupan di Landskap kawasan rumah. Sebaiknya perlu berhati-hati apabila menggunakan sungkupan untuk dijadukan penutup tanah di landskap. Ianya termasuklah sungkupan yang terdiri daripada rumput kering, habuk kayu atau serpihan kayu dan batu-batu hancur. Walau pun ada spesis anai-anai tidak menyukai nutrisi yang terdapat di dalam sungkup tersebut akan tetapi sebenarnya ia sangat menghargai kelembapan dan kualiti suhu penebat di dalam sungkupan tersebut. Semua jenis sungkupan termasuk penutup bumi bukan organik seperti plastik hitam dan batu-batuan ini sebenarnya akan membantu mengekalkan kelembapan tanah dan mengurangkan kehadiran rumput rumpai. Kelembapan di dalam tanah tersebut akan menarik minat anai-anai untuk memakan sungkup yang mengandungi selulosa. 

Petua yang ketiga adalah sentiasa boleh  Melindungi Papan DInding (Siding) rumah anda. Papan dinding ini 
sebaik-baiknya berada 15cm di atas garis tanah kerana jika tidak mungkin akan mengalami masalah pereputan dan masalah anai-anai. Pastikan tumbuh-tumbuhan tidak menyentuh asas rumah. Elakkan menggali tanah dalam jarak 15cm dari bangunan atau menambah tanah baru kerana ia boleh membenarkan anai-anai untuk memasuki asas rumah. Hapuskan mana-mana sambungan antara tanah dan kayu. Amalan terbaik bagi bangunan adalah memastikan struktur kayu tidak menyentuh tanah. Pastikan produk kayu seperti ukiran kayu, hujung bingkai pintu dan tingkap berada sekurang-kurangnya 12cm di atas paras tanah. Perkara ini bertujuan untuk mengurangkan anai-anai daripada mengakses tiga perkara yang mereka perlukan iaitu makanan, kelembapan dan tempat tinggal. Adalah baik jika dapat menyekat kemasukan anai-anai dengan menjauhkan kayu daripada tanah bangunan. 
Petua seterusnya dalam isu ini adalah dengan semasa membeli bahan bangunan dengan  Menggunakan Kayu Tahan Anai-Anai. Pada penulis blog dimana reka-bentuk bangunan yang tidak teliti boleh menyumbang kepada serangan anai-anai. Sebaiknya awal lagi mampu untuk mengenalpasti dan membetulkan bahagian bangunan yang boleh menarik atau menggalakkan serangan anai-anai. Penggunaan kayu atau bahan binaan yang tahan anai-anai boleh mengurangkan risiko kerosakan. Terdapat banyak bangunan yang telah menjadi mangsa kepada serangan anai-anai disebabkan pemilihan kayu yang tidak tepat. Ciri-ciri seperti ketumpatannya, sifat kekuatan kayu tersebut, ketahanan semula jadinya serta tahan terhadap serangan anai-anai adalah penting bagi mendapatkan kayu yang terbaik. Merujuk kepada laporan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik tempatan, termasuklah Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) dimana memang terdapat beberapa jenis kayu yang dikenalpasti sebagai 'kayu tahan terhadap serangan anai-anai'. Laporan menyatakan dimana diantaranya adalah Kayu Balau, Bekak, Belian, Bitis, Chengal, Gelam, Giam, Ipil, Kundang, Leban, Malabera, Malagangai, Merbau, Merbau Lalat, Pelawan, Penaga, Penyau, Ranggu, Resak, Teak, Temak Batu, Tembusu dan Tempinis. Spesis ini diklasifikasikan sebagai kayu yang tahan lama dan ia telah diuji ketahanannya dengan menanamkan sebahagian daripada kayu tersebut di dalam tanah. Rintangan kayu dipengaruhi oleh umur, saiz, asal pokok tersebut diperolehi dan bahagian batang kayu yang digunakan. 

Petua ke 5 dimana amalkan untuk Menggunakan Kayu Dirawat dan Bahan Siding yang Rintang. Walaupun terdapat beberapa spesis kayu yang mudah diserang oleh anai-anai, namun ia boleh dilindungi dengan menggunakan bahan pengawet kayu. Spesis kayu yang sesuai di Malaysia ialah Jelutung, Merbau, Ramin dan Tualang. Kayu yang terawat juga selalunya boleh digunakan di bahagian bangunan yang lain seperti di bahagian bingkai. Jenis dan kepekatan rawatan kimia yang digunakan akan menentukan di mana ia boleh digunakan. Walaupun kos pembinaan menjadi tinggi disebabkan penggunaan kayu terawat yang terlalu banyak, namun ia adalah salah satu kaedah bagi berurusan dengan anai-anai. Bangunan yang terdiri daripada bahan yang tahan anai-anai bukanlah perkara baru, malah telah lama digunakan sejak awal tahun 1900. Terdapat beberapa bahan binaan yang tahan anai-anai dan terkini ialah lantai kayu yang semakin mendapat perhatian penduduk Malaysia. Bahan ini diperoleh secara meluas sebagai alternatif kepada siding konvensional dan bahan-bahan lain yang biasanya mudah diserang oleh anai-anai dan makhluk perosak kayu yang lain. Kayu yang terawat lebih mahal harganya berbanding harga bahan binaan konvensional yang lain. Bagaimanapun, ketahanan jangka panjangnya dan tahan terhadap makhluk perosak juga perlu dipertimbangkan. Seeloknya kita melabur lebih dalam kos pembinaan dan pengubahsuaian daripada membelanjakan jumlah wang yang lebih banyak bagi pembaikan kelak. Dilaporkan memang serangga jenis anai-anai boleh memakan hampir semua bahan yang mengandungi selulosa. Oleh itu disyorkan agar menggunakan kayu terawat bukan jaminan bagi anai-anai untuk tidak menyerang rumah dan merosakkan bahagian kayu lain yang tidak dirawat. Namun, kayu terawat boleh mengurangkan serangan anai-anai. Kayu terawat bukan pengganti bagi penyelenggaraan dan pemeriksaan rutin anai-anai di bangunan. Petua umum mengawal kehadiran anai-anai dan kelkatu adalah dengan membuang semua kayu yang telah mati, tunggul kayu, akar kayu daripada bangunan. Amalkan untuk membaiki semua kepala paip yang bocor, terutamanya kepala paip diluar, paip air dan penyaman udara. Sebaiknya mengujudkan satu laluan air bersebelahan dengan asas rumah supaya air yang berada di permukaan boleh dialirkan keluar dari bangunan. Dalam pada itu sebaiknya dipastikan harta benda diskrin dan ditutup. Boleh juga untuk memasang skrin pada loteng dan asas ruang udara rumah anda untuk membantu mencegah anai-anai daripada memasuki melaluinya. Selain itu boleh juga menutup lubang atau mana-mana retak di bingkai pintu dan tingkap rumah dengan menggunakan dempul kayu. Sentiasa amalkan untuk mememeriksa utiliti dan kotak servis yang melekat pada bangunan bagi memastikan ia ditutup dan tidak menyediakan tempat tinggal atau titik masuk bagi anai-anai. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ANAI-ANAI KELKATU... IA SAUDARA...
ANAI-ANAI DEWASA... PEROSAK DIA...
KELKATU ... MEMBIAK IA KERJANYA...
MEMBACA ARTIKEL... RASANYA SUKA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...