Support My Blog

Thursday, December 15, 2022

KAITAN KELKATU DAN ANAI-ANAI (Part 2)

APA KAITAN KELKATU DENGAN ANAI-ANAI?
. Mungkin ramai kalangan pembaca blog ini yane belumtahu akan kaitannya. Sebenarnya Anai-anai (Termites) adalah sejenis serangga berkoloni yang sering kita jumpa dari order serangga Isoptera. Penulis blog memang sering jumpa rantaian anai-anai yang berjalan dikawasan kebun getah dikampong dahulu dengan susunan yang agak panjang. Anai-anai adalah merupakan serangga berkoloni dengan mempunyai sarang dan membua busut diatas tanah atau didalam kayu atau dilain lokasi. Anai-anai adalah jenis serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah dan kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak. Di Malaysia terdapat tiga famili anai-anai daripada 7 famili yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Saya dapati hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan berkayu dan kesebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit. Anai-anai dewasa mempunyai organ pembiakan dengan sepasang kepak yang sama saiznya. Bentuk badannya simpel dimana ia menunjukkan bahawa anai-anai adalah jenis seranggga yang awal dalam evolusi metamorfosis berperingkat didalam dunia serangga. Walau pun marfologi bagi anai-anai sangat simpel, anai-anai sangat baik (advanced) didalam bersosial (social behaviour). Kajian terkini menunjukkan terdapat lebih dari 2,800 spesis anai-anai diseluruh dunia dengan mempunyai lebih dari 285 genera. Di Malaysia kita boleh menjumpai pelbagai jenis anai-anai didalam habitat hutan, belukar, kebun dan anai-anai yang tinggal dikawasan perumahan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai serangga anai-anai dan kaitannya dengan kelkatu serta fakta untuk menjadi bahan bacaan dan rujukkan.


Serangga berkoloni ini mempunyai permaisuri atau ratu (queen) yang boleh hidup sehingga 25 tahun dan mampu bertelur sebanyak 60,000 telur sepanjang hayat mereka. Telur anai-anai dilihat berwarna kuning keputihan dan akan menetas selepas 50-60 hari pengeraman. 
Telur anai-anai sebenarny ia tidak dihasilkan secara berterusan dan hanya beberapa ratus sahaja yang dihasilkan pada tahun pertama. Pada tahun berikutnya biasanya ratu anai-anai akan semakin membesar dan ia mampu menghasilkan lebih banyak telur. Telur akan menetas menjadi larva dalam beberapa minggu dan ia akan dijaga oleh raja dan permaisuri anai-anai. Koloni mereka akan stabil apabila permaisurinya mencapai tahap maksimum bagi pengeluaran telur. Jika permaisurinya mati, maka pembiak kedua akan mengambil alih tugas permaisuri. Peringkat yang paling kelihatan adalah fasa 'Anai-anai Pekerja' dimana selalunya selepas mengalami fasa larva maka anai-anai akan membesar menjadi pekerja. Anai-anai pekerja mempunyai badan yang lembut, tidak bersayap, buta dan berwarna putih krim. Saiz mereka dalam 1/8 inci panjang dan ianya tidak mempunyai sayap. Kelompok ini akan melakukan semua kerja dalam koloninya seperti mendapatkan makanan, menyuap makanan kepada kasta anai-anai yang lain, menjaga larva, mengorek kayu dan membina terowong. Anai-anai pekerja akan matang dalam masa setahun dan boleh hidup dalam masa 3 - 5 tahun. Jangan susahkan otak berfikir masaalah  bagaimanakah makhluk kecil yang berbadan lembut ini boleh merosakkan harta dan bagaimana mereka boleh mencerna bahan-bahan seperti kayu yang mempunyai selulosa yang keras. Ini adalah disebabkan walau pin ia mempunyai badan yang lembut akan tetapi sebenarnya ia ada rahangnya yang keras dan tajam. Ia boleh mengoyakkan dan mampu untuk menggigit bahagian-bahagian kecil kayu pada sesuatu masa. Anai-anai selalunya menyerang bangunan, kayu yang rosak, panel kayu, lantai, kertas dinding, plastik, produk kertas dan kain yang diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan. Saintis dapati dimana anai-anai subteranian tidak boleh mencerna selulosa secara terus. Mereka bergantung kepada protozoa yang hidup di dalam perut anai-anai bagi memecahkan selulosa kepada asid asetik ringkas. Pekerja anai-anai dan nimfa dewasa akan memakan kayu dan berkongsi khasiatnya bersama generasi yang muda, pekerja-pekerja, askar dan pembiak.

Sama seperti serangga berkoloni seperti Lebah Madu (Bee) yang ada kasta askar dimana serangga ini juga ada '
Anai-anai Askar' juga. Apa pun sesuai dengan namanya dimana tugas anai-anai askar ialah untuk mempertahankan koloninya daripada musuh seperti semut, lipas dan haiwan lain. Kebanyakan spesis yang ada askarnya akan dilengkapi dengan mandibel yang keras dan besar. Sesetengah spesis pula mempunyai cecair getah yang akan dirembeskan apabila diserang. Anai-anai askar ini biasanya akan bergantung kepada anai-anai pekerja untuk memberi mereka makan dan membersihkan tubuhnya juga. Beberapa spesis mempunyai purata askar kepada pekerja sebanyak 2 ekor askar: 8 ekor pekerja. Artikel ini disentuh akan jawapan persoalan di perenggan pertama iaitu apakah dia kaitan anai-anai dengan kelkatu. Sebenarnya 'Kelkatu' atau juga dikenali dengan ‘alates atau swarmer’ iaitu terminologi di dalam bahasa Inggeris. Mereka kebiasaannya terbang keluar selepas waktu hujan. Cara ini mungkin kerana pada masa tersebut keadaan angin agak sesuai dan suhu yang selesa. Kelkatu tertarik kepada cahaya dan mereka akan mencari pasangannya pada waktu tersebut. Anai-anai hanya mempunyai mata pada peringkat kelkatu untuk melihat. Apabila kelkatu ini sudah menemui pasangannya maka pasangan ini menanggalkan sayapnya dan mencari tempat untuk membina koloni dimana fasa ini juga adalah permulaan bagi koloni baru. Lazimnya pasangan ini akan mengawan dan kemudian anai-anai betina akan mula bertelur. Anai-anai betina seterusnya akan menjadi permaisuri dan anai-anai jantan akan menjadi raja. Permaisuri masih mencari makanan pada generasi nimfa mereka yang pertama.

Penulis blog mengajak pembaca semua mengenali bagaimana ekologi serangga anaianai ini. Saintis dapati dimana jenis m
akanan bagi anai-anai ialah seperti sel tumbuhan yang telah mati, kayu, daun-daun kering, tumbuhan rendah yang telah mati, rumput, najis dan humus. Secara kimianya pula dimana makanan mereka boleh dikategorikan sebagai bahan 'Lignoselulosa' iaitu bahan yang kaya dengan bahan organik di dalam biosphera. Anai-anai mampu mencernakan selulosa dimana dan beberapa spesis lain mampu untuk mencernakan lignin iaitu dengan bantuan daripada simbiosis protozoa dan bakteria yang terdapat di dalam usus mereka. Kebanyakan anai-anai juga mempunyai hubungan simbiosis dengan bakteria pengikat nitrogen. Apa pun dilaporkan bahan yang dikeluarkan oleh anai-anai merupakan bahan yang telah ditukarkan daripada biojisim dari asalnya lignoselulosa kepada biojisim serangga. Serangga ini emang telah menyokong akan sebahagian besar daripada kepelbagaian biologi veterbrata tropika termasuk spesis lain seperti amfibia, reptilia, burung dan haiwan mamalia yang memakan serangga di dalam tanah. Bagaimanakah kaitan tabiat makan anai-anai yang menjadikan ia sebagai Serangga Perosak?. Dilaporkan dimana anai-anai akan menyebabkan kerugian yang besar kepada manusia akobat tabiat memakannya. Ia dikenali sebagai serangga perosak kayu di dalam rumah dan bukan itu sahaja malahan ia juga sejenis serangga perosak dalam sektor pertanian. Dilaporkan dimana jumlah kerugian yang disebabkan oleh anai-anai adalah boleh mencecah empat kali ganda ruginya daripada terlibat dengan kebakaran. Apa pun penulis blog sering dengar dimana dikawasan bandar dimana keberadaan serangga anai-anai akan merosakkan struktur kayu seperti bingkai pintu, kabinet dapur, lantai parket dan juga palang kekuda bumbung daripada kayu. Kini rumah-rumah sudah menggunakan kekuda atau palang aluminium yang ridak dirosakkan oleh anai-anai. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ANAI-ANAI KELKATU... IA SAUDARA...
ANAI-ANAI DEWASA... PEROSAK DIA...
KELKATU ... MEMBIAK KERJANYA...
MEMBACA ARTIKEL... RASANYA SUKA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...