Merujuk kepada laporan botani tumbuhan pokok berangan dimana dilaporkan pokok berangan mempunyai kadar pertumbuhan sederhana (untuk pokok berangan Jenis Berangan Cina) sehingga ia biasanya tumbuh dengan cepat untuk spesies Amerika dan Eropah. Purata tahap ketinggian matang bervariasi dari spesies yang kecil renek sehingga kepada spesies Berangan Amerika (C. dentata) yang dapat tumbuh tinggi besar mencapai 60 meter ketinggiannya . Di antara dua jenis popular dirantau ini adalah Berangan Jepun (C. crenata) pada purata 10 meter ketingginya yang diikuti pula oleh jenis Berangan Cina (C. mollissima) pada ketinggian sekitar 15 meter serta jenis Berangan Eropah (C. sativa) yang tumbuh untuk ia mencecah sekitar 30 meter. Dilaporkan dimana antara kegunaan kulit kayu berangan muda dimana ia mempunyai permukaan licin, alur kulit pokok dalam sesetengah spesies berpintal apabila semakin menua sebagai bahan tali dan kegunaan lain. Buah Berangan matang yang dikeluarkan dari buahnya adalah paling lazim dimakan secara dipaggang atau digoreng dalam pasir perlukan jaring buah untuk mengelakkan letupan buah akibat proses buah mengembang. Setelah buah ini dimasak maka tekstur dan rasanya adalah sedikit mirip dengan rasa kentang bakar dengan rasa halus manis juga boleh disaluti gula, direbus, dikukus serta digoreng baik iaitu dengan cara manis atau berlauk. Buah berangan juga turut digunakan sebagai bahan inti sumbat bagi beberapa jenis sayur-sayuran, daging lembu, daging ayam dan makanan lain. Dalam pada itu antara fakta menarik mengenai buah berangan dimana buah ini juga boleh ia dikeringkan dan digiling menjadi debu seperti tepung yang kemudian dapat digunakan untuk membuat produkroti, kuih-muih, pastri, pasta, polenta atau digunakan sebagai bahan pemekat untuk kuliner sup atau membuat sos. Pokoknya juga yang tergolong dalam keluarga sama dengan oak dimana ia juga mengandungi banyak tanin beracun yang menjadikan kayu sangat baik dan tahan lama kepada alam sekitar dan menjimatkan keperluan untuk rawatan perlindungan lain. Namun kajian mendapati dimana ada kandungan tanin dalam kayu menyebabkan ia menghakis besi secara perlahan. Bagaimana pun dilaporkan dimana bahan-bahan tanin ini juga memainkan peranan dalam industri menyamak produk kulit.
Dalam membuat pembacaan dilaporkan buah berangan selain daripada enak dimakan sebenarnya ia mempunyai kehebatan khasiatnya tersendiri. Pertama ia didakwa amat baik untuk Sistem Penghadaman manusia. Ini kerana didalam banyak-banyak kacang didakwa buah berangan yang mempunyai serat yang paling tinggi serta yang terbaik untuk sistem penghadaman. Amalan pemakanan serat secara konsisten dapat merangsang pergerakan usus secara lebih lancar. Ini seterusnya dapat mengelakkan keradangan dan ketidakselesaan perut. Kedua dimana ia didakwa juga baik untuk Meningkatkan Kesihatan Minda. Buah berangan kaya dengan pelbagai mineral yang baik untuk kesihatan minda iaitu vitamin B khususnya folat, riboflavin dan thiamin dimana kalangan mineral ini boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan neuron. Zat Kalium yang ditemui dalam buah berangan pula membantu dalam meningkatkan peredaran darah kepada otak, menyihatkan sistem saraf. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehan daya ingatan dan fokus. Fakta ke 3 dimana buah ini mampu dalam Mengawal Tekanan Darah kerana kandungan nutrisi yang padat dalam buah berangan juga amat baik dalam mengawal tekanan darah kepada tahap optimum. Kalium (K) berfungsi dengan mengawal pergerakan air di dalam badan dengan kehadiran sodium. Ia juga bertindak dengan mengurangkan tekanan pada salur darah bagi melancarkan lagi peredaran darah. Tekanan darah yang optimum ini pula dapat mencegah daripada risiko penyakit jantung atau strok. Seterusnya khasiat ke 4 dimana ia didakwa akan Meningkatkan Ketumpatan Tulang. Di laporkan bagi mengurangkan risiko tulang rapuh atau osteoporosis, pengambilan mineral seperti kuprum dan magnesium secara kerap perlu diamalkan bagi melindungi kesihatan tulang. Kedua-dua mineral penting ini boleh didapati dengan mengamalkan makan buah berangan. Mineral kuprum (Cu) adalah penting bagi perkembangan tulang yang sihat di samping menguatkan sistem imun badan. Magnesium (Mg) pula berperanan dalam meningkatkan ketumpatan tulang serta baik untuk kesihatan menyeluruh. Sebaiknya jika ada modal dan kelapang kini boleh mendapatkan buah berangan siap di makan di mana sahaja seperti ditepi jalan atau pun dipasaraya.
Fakta kehebatan buah berangan yang seterusnya adalah ia merupakan sejenis buah yang Kaya Dengan Vitamin C. pa pun dilaporkan dimana diantara ciri-ciri keistimewaan buah berangan berbanding kekacang lain ialah kandungan vitamin C nya. Setengah cawan buah berangan mampu membekalkan sehingga 35 - 45% vitamin C yang diperlukan sehari. Bagi mengekalkan nutrisi penuh vitamin C dari buah berangan sebaiknya cara penyediaannya adalah ia boleh dipanggang dalam suhu rendah. Diet yang kaya vitamin C adalah penting bagi tubuh melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Dilaporkan dimana kehebatan ke 6 dimana buah berang yang diambil mampu untuk Mengawal Paras Gula Dalam Darah. Bahan serat yang padat dalam buah berangan juga membantu tubuh untuk mengawal paras gula dalam darah. Diet yang tinggi serat dapat membantu badan untuk menyerap kanji secara perlahan. Cara ini akan dapat mengelakkan paras gula meningkat secara mendadak. Dengan nilai GI serendah 54 dimana buah berangan didapati baik untuk diamalkan bagi pesakit diabetes. Seterusnya dimana buah berangan dimakan akan dapat Membantu Dalam Mengurangkan Berat Badan. Apa ini berpunca dari kandungan bakan serat dimana kadar serat yang tinggi dalam buah berangan. Perkara ini membuatkannya makanan yang sesuai diamalkan bagi mengurangkan berat badan. Serat membantu seseorang untuk rasa kenyang lebih lama. Kajian juga mendapati pengambilan makanan berserat secara konsisten dapat membantu dalam penghasilan hormon membuatkan seseorang mudah rasa lapar. Buah berangan juga sesuai dimakan bagi mengurangkan berat badan kerana kandungan lemak dan kalori yang rendah berbanding kekacang lain. Kini pembaca blog boleh pesan di sesawang Shopee buah berangan secara online sekitar RM12.00 sebungkus seberat 300 gram untuk dinikmati (Sila lihat foto disebelah). Khasiat buah ini seterusnya dimana ia Berpotensi Sebagai Antiradang. Keradangan ialah proses semulajadi yang selalu berlaku pada tubuh bagi melawan penyakit dimana dalam sesetengah kes kesan keradangan boleh berlaku secara berterusan dan sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser. Buah berangan yang padat dengan antioksidan seperti vitamin C, gallic acid, ellagic acid dan pelbagai polyphenol dapat membantu dalam usaha mengurangkan keradangan. Antioksidan ini bertindak dengan meneutralkan radikal bebal bagi mencegah keradangan kronik. Buah berangan bukan sahaja padat dengan khasiat malahan ia pada penulis blog yang minat memakannya juga dijadikan sebagai snek. Rasanya yang lembut dan sedikit manis pasti membuatkan penulis blog rasa tak jemu untuk makan walau pun sebenarnya perlu mengelakkan makan buah berangan mentah kerana ia mengandungi tannin yang boleh menyebabkan masalah penghadaman. Aa pun masih didapati dimana buah berangan yang biasa disediakan secara rebus atau panggang juga boleh ditambah dalam hidangan lain seperti salad atau pencuci mulut. Dengan pelbagai nutrien yang terkandung seperti vitamin C, vitamin B, serat dan bahan antioksidan iaitu pada penulis blog dimana buah berangan boleh dikatakan sebagai antara snek yang paling berkhasiat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DI GERAI TEPI JALAN... PASARAYA...
SUDAH DIPANGGANG... MAHAL JUGA...
AMAT BERKHASIAT... KETAHUI FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.