Sunday, December 4, 2022

BUAH BERANGAN DAN FAKTA MENARIK

BUAH BERANGAN
(Chestnuts) merupakan sejenis buah dari pokok berangan (Castanea spp) daripada keluarga Fagaceae iaitu daripada kumpulan pokok oaks. Tumbuhan ini hanya terdapat dikawasan yang beriklim temperate seperti di utara hemispear sahaja. Kita di Malaysia sering memanggil buah ini sebagai 'Buah Berangan' semanjak dulu lagi dimana penulis blog masih lagi tidak dapat mengaitkan buah ini dengan nama 'berangan'. Kalau dalam bahasa Jawa ada kena juga sebab biji buah ini akan di goreng tanpa minyak dalam arang (sebenarnya dalam bahasa jawa perbuatan tersebut adanah 'sangan' iaitu dekat juga dengan 'Berangan') seperti foto diatas. Kemungkinan nama diberi oleh kerana harga buah ini adalah mahal, maka ramai yang 'berangan-angan' untuk membelinya apabila cukup duit. Dalam membuat rujukan dimana dilaporkan b
uah berangan sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis. Di Malaysia agak jarang sekali dijumpai buah berangan yang mempunyai biji atau pun isi yang bersaiz besar dimana ia kebanyakkannya bersaiz kecil. Dahulu penulis blog juga pernah terbaca di dalam sebuah artikel mengenai buah ini. Antara jenis buah berangan yang terdapat di Malaysia ialah seperti berangan pulut dan beberapa sejenis lagi yang penulis blog sudah agak lupa akan namanya. Buah Berangan yang dijual secara komersil adalah berangan yang diimport dari di luar. Ada sesetengah artikel nyatakan dimana buah berangan ini adalah berasal dari China. Buahnya bersaiz lebih besar dan rasanya lebih enak. Rupabentuk buahnya juga sedikit berbeza. Kini penulis blog dapati dimana buah Berangan kebiasaanya di makan adalah dengan cara membakar. Setelah masak ia teksturnya sama seperti kentang bakar yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang. Kaedah penyediaan ini popular di utara China, di mana ia dimasak di dalam besen mengandungi batu arang panas. Tahukah anda, harga pasaran ketika ini adalah di antara RM 25 - RM 30 sekilogram. Pembacaan daripada beberapa sumber dan lamanweb menunjukkan terdapat empat (4) jenis buah berangan dikenalpasti iaitu Chesnuts Eropah, Chesnuts Amerika, Chestnuts China dan Chesnuts Jepun. Ia berbeza dari segi pokok dan varieti itu sendiri. Buah berangan yang dijual di negara kita kebanyakannya berasal dari negara China. Kalau pembaca blog ada singgah di RnR Genting Sempah, Pahang pastinya akan dilambai oleh penjual buah berangan yang menjual pproduk tersebut dikiri kanan jalan keluar. Kalau dahulu ia dimonopoli oleh kaum Tionghua yang menjual tetapi penulis dapati kini telah ada kuli Bangla yang melambai menjual berangan tersebut. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah berangan, cara-cara untuk menyediakannya dan juga khasiat dari buah berangan.

Merujuk kepada laporan botani tumbuhan pokok berangan dimana dilaporkan p
okok berangan mempunyai kadar pertumbuhan sederhana (untuk pokok berangan Jenis Berangan Cina) sehingga ia biasanya tumbuh dengan cepat untuk spesies Amerika dan Eropah. Purata tahap ketinggian matang bervariasi dari spesies yang kecil renek sehingga kepada spesies Berangan Amerika (C. dentata) yang dapat tumbuh tinggi besar mencapai 60 meter ketinggiannya . Di antara dua jenis popular dirantau ini adalah Berangan Jepun (C. crenata) pada purata 10 meter ketingginya yang diikuti pula oleh jenis Berangan Cina (C. mollissima) pada ketinggian sekitar 15 meter serta jenis Berangan Eropah (C. sativa) yang tumbuh untuk ia mencecah sekitar 30 meter. Dilaporkan dimana antara kegunaan kulit kayu berangan muda dimana ia mempunyai permukaan licin, alur kulit pokok dalam sesetengah spesies berpintal apabila semakin menua sebagai bahan tali dan kegunaan lain. Buah Berangan matang yang dikeluarkan dari buahnya adalah paling lazim dimakan secara dipaggang atau digoreng dalam pasir perlukan jaring buah untuk mengelakkan letupan buah akibat proses buah mengembang. Setelah buah ini dimasak maka tekstur dan rasanya adalah sedikit mirip dengan rasa kentang bakar dengan rasa halus manis juga boleh disaluti gula, direbus, dikukus serta digoreng baik iaitu dengan cara manis atau berlauk. Buah berangan juga turut digunakan sebagai bahan inti sumbat bagi beberapa jenis sayur-sayuran, daging lembu, daging ayam dan makanan lain. Dalam pada itu antara fakta menarik mengenai buah berangan dimana buah ini juga boleh ia dikeringkan dan digiling menjadi debu seperti tepung yang kemudian dapat digunakan untuk membuat produkroti, kuih-muih, pastri, pasta, polenta atau digunakan sebagai bahan pemekat untuk kuliner sup atau membuat sos. Pokoknya juga yang tergolong dalam keluarga sama dengan oak dimana ia juga mengandungi banyak tanin beracun yang menjadikan kayu sangat baik dan tahan lama kepada alam sekitar dan menjimatkan keperluan untuk rawatan perlindungan lain. Namun kajian mendapati dimana ada kandungan tanin dalam kayu menyebabkan ia menghakis besi secara perlahan. Bagaimana pun dilaporkan dimana bahan-bahan tanin ini juga memainkan peranan dalam industri menyamak produk kulit.

Dalam membuat pembacaan dilaporkan buah berangan selain daripada enak dimakan sebenarnya ia mempunyai kehebatan khasiatnya tersendiri. Pertama ia didakwa amat b
aik untuk Sistem Penghadaman manusia. Ini kerana didalam banyak-banyak kacang didakwa buah berangan yang mempunyai serat yang paling tinggi serta yang terbaik untuk sistem penghadaman. Amalan pemakanan serat secara konsisten dapat merangsang pergerakan usus secara lebih lancar. Ini seterusnya dapat mengelakkan keradangan dan ketidakselesaan perut. Kedua dimana ia didakwa juga baik untuk Meningkatkan Kesihatan Minda. Buah berangan kaya dengan pelbagai mineral yang baik untuk kesihatan minda iaitu vitamin B khususnya folat, riboflavin dan thiamin dimana kalangan mineral ini boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan neuron. Zat Kalium yang ditemui dalam buah berangan pula membantu dalam meningkatkan peredaran darah kepada otak, menyihatkan sistem saraf. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehan daya ingatan dan fokus. Fakta ke 3 dimana buah ini mampu dalam Mengawal Tekanan Darah kerana kandungan nutrisi yang padat dalam buah berangan juga amat baik dalam mengawal tekanan darah kepada tahap optimum. Kalium (K) berfungsi dengan mengawal pergerakan air di dalam badan dengan kehadiran sodium. Ia juga bertindak dengan mengurangkan tekanan pada salur darah bagi melancarkan lagi peredaran darah. Tekanan darah yang optimum ini pula dapat mencegah daripada risiko penyakit jantung atau strok. Seterusnya khasiat ke 4 dimana ia didakwa akan Meningkatkan Ketumpatan Tulang. Di laporkan bagi mengurangkan risiko tulang rapuh atau osteoporosis, pengambilan mineral seperti kuprum dan magnesium secara kerap perlu diamalkan bagi melindungi kesihatan tulang. Kedua-dua mineral penting ini boleh didapati dengan mengamalkan makan buah berangan. Mineral kuprum (Cu) adalah penting bagi perkembangan tulang yang sihat di samping menguatkan sistem imun badan. Magnesium (Mg) pula berperanan dalam meningkatkan ketumpatan tulang serta baik untuk kesihatan menyeluruh. Sebaiknya jika ada modal dan kelapang kini boleh mendapatkan buah berangan siap di makan di mana sahaja seperti ditepi jalan atau pun dipasaraya.

Fakta kehebatan buah berangan yang seterusnya adalah ia merupakan sejenis buah yang Kaya Dengan Vitamin C. pa pun dilaporkan dimana diantara ciri-ciri keistimewaan buah berangan berbanding kekacang lain ialah kandungan vitamin C nya. Setengah cawan buah berangan mampu membekalkan sehingga 35 - 45% vitamin C yang diperlukan sehari. Bagi mengekalkan nutrisi penuh vitamin C dari buah berangan sebaiknya cara penyediaannya adalah ia boleh dipanggang dalam suhu rendah. Diet yang kaya vitamin C adalah penting bagi tubuh melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Dilaporkan dimana kehebatan ke 6 dimana buah berang yang diambil mampu untuk Mengawal Paras Gula Dalam Darah. Bahan serat yang padat dalam buah berangan juga membantu tubuh untuk mengawal paras gula dalam darah. Diet yang tinggi serat dapat membantu badan untuk menyerap kanji secara perlahan. Cara ini akan dapat mengelakkan paras gula meningkat secara mendadak. Dengan nilai GI serendah 54 dimana buah berangan didapati baik untuk diamalkan bagi pesakit diabetes. Seterusnya dimana buah berangan dimakan akan dapat Membantu Dalam Mengurangkan Berat Badan. Apa ini berpunca dari kandungan bakan serat dimana kadar serat yang tinggi dalam buah berangan. Perkara ini membuatkannya makanan yang sesuai diamalkan bagi mengurangkan berat badan. Serat membantu seseorang untuk rasa kenyang lebih lama. Kajian juga mendapati pengambilan makanan berserat secara konsisten dapat membantu dalam penghasilan hormon membuatkan seseorang mudah rasa lapar. Buah berangan juga sesuai dimakan bagi mengurangkan berat badan kerana kandungan lemak dan kalori yang rendah berbanding kekacang lain. Kini pembaca blog boleh pesan di sesawang Shopee buah berangan secara online sekitar RM12.00 sebungkus seberat 300 gram untuk dinikmati (Sila lihat foto disebelah). Khasiat buah ini seterusnya dimana ia Berpotensi Sebagai Antiradang. Keradangan ialah proses semulajadi yang selalu berlaku pada tubuh bagi melawan penyakit dimana dalam sesetengah kes kesan keradangan boleh berlaku secara berterusan dan sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser. Buah berangan yang padat dengan antioksidan seperti vitamin C, gallic acid, ellagic acid dan pelbagai polyphenol dapat membantu dalam usaha mengurangkan keradangan. Antioksidan ini bertindak dengan meneutralkan radikal bebal bagi mencegah keradangan kronik. Buah berangan bukan sahaja padat dengan khasiat malahan ia pada penulis blog yang minat memakannya juga dijadikan sebagai snek. Rasanya yang lembut dan sedikit manis pasti membuatkan penulis blog rasa tak jemu untuk makan walau pun sebenarnya perlu mengelakkan makan buah berangan mentah kerana ia mengandungi tannin yang boleh menyebabkan masalah penghadaman. Aa pun masih didapati dimana buah berangan yang biasa disediakan secara rebus atau panggang juga boleh ditambah dalam hidangan lain seperti salad atau pencuci mulut. Dengan pelbagai nutrien yang terkandung seperti vitamin C, vitamin B, serat dan bahan antioksidan iaitu pada penulis blog dimana buah berangan boleh dikatakan sebagai antara snek yang paling berkhasiat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH BERANGAN.... MUDA JUMPA...
DI GERAI TEPI JALAN... PASARAYA...
SUDAH DIPANGGANG... MAHAL JUGA...
AMAT BERKHASIAT... KETAHUI FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.