Saturday, December 3, 2022

KISAH POKOK KETAPANG DI MEDIA

POKOK KETAPANG
(Terminalia catappa) merupakan sejenis tumbuhan lazimnya liar tumbuh dikawasan tepi laut atau di tepi sungai dan sebagainya dikawasan tropikadan ada hidup di Malaysia. Nama botani pokok ini merupakan yang paling saya ingat semasa mula belajar di Universiti dulu selain daripada nama botani Melastoma malabatricum iaitu pokok senduduk untuk dihafal pada tahun satu. Sila baca tulisan saya mengenai pokok ketapang dengan pautan berikut (Sila klik disini). Pokok ketapang digunakan sebagai tanaman landskap oleh kebanyakan majlis daerah dan kerajaan tempatan sebagai pokok yang sesuai ditanam dikawasan taman bunga, tepi jalan dan dikawasan bangunan. Pokok yang sederhana besar atau kadang-kadang besar ini mampu tumbuh setinggi 25-35 meter dengan batang pokok yang juga besar. Kawasan letak kereta juga sering ditanam dengan pokok ini kerana ianya ketapang mempunyai kanopi lebar dan sesuai menjadi perlindungan dari panas matahari. Pokok ketapang merupakan tumbuhan yang tahan lasak dimana ianya mampu tumbuh dikawasan pelbagai jenis tanah dari tanah berpasir, tanah pantai , tanah gambut dan tanah bermasaalah asalkan kawasan tersebut tidak mudah untuk ditenggelami air. Pokok ketapang mudah ditanam dengan biji dari buah yang matang dimana pokoknya mudah tumbuh dalam keadaan hujan yang mencukupi. Buah ketapang yang terapung-apung dilaut pun jika diletak diatas tanah mudah tumbuh. Kesan air laut tidak ada pada biji dan mampu tumbuh. Lazimnya benih disemai dalam polibeg oleh pekerja majlis dareah sebelum ditanam di sepanjang jalan raya atau taman-taman. Pokok ini tidak mempunyai masaalah serangan musuh dan penyakit. Hanya tupai yang suka mengopek kulit pokok ketapang dan menjilat2 bahagian lembut pada batang pokok. Namun begitu, daun muda pokok ketapang disukai oleh serangga , kumbang dan ulat makan daun. Terdapat juga serangan Lalat Buah pada buah ketapang. Daun Ketapang merupakan bahagian paling berkhasiat. Daun ketapang boleh dijadikan ubat pupuk rawatan sakit tulang (Rheutisme) dan jika daun2 dihancurkan dan dimasukkan dalam air mandian akan menghilangkan masaalah ruam. Air rebusan daun juga bertindak sebagai tonik yang mampu menghentikan masaalah cirit. Ia juga didakwa mampu menghentikan masaalah batuk berdarah dan juga mengatasi masaalah cacing dalam perut dan usus kita (daun merah). Paling penting adalah daun ketapang yang hendak digunakan mestikan bersih, tidak berpenyakit dan bukan yang ditanam ditengah-tengh lebuhraya yang banyak asap atau ada logam berat. Penyakit kulit juga boleh dirawat dengan menghancurkan daun ketapang, dicampur dengan minyak biji ketapang dan sapukan pada tempat sakit kulit. Daun ketang yang dipanaskan dan diletakkan pada bahagian sendi yang sakit mampu mengurangkan masaalah tersebut termasuk juga masaalah rheutismae. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai pokok ketapang seperti dilaporkan dalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal berita iaitu bharian.com dipaparkan kisah dimana 'Sabun Daun Ketapang' yang agak menarik untuk di kongsikan. Kisah dari Kulim, Kedah ini menyatakan dimana Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menghasilkan sabun badan berasaskan daun ketapang, Termanilia Cattappa, bagi membantu merawat penyakit alahan kulit. Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam PTSB, Noor Liza Ramli yang menyelia projek penghasilan inovasi itu mendakwa penghasilan sabun herba berkenaan akan dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan kimia dan kos rawatan alahan kulit yang mahal. Dakwanya lagi cetusan idea untuk penghasilan produk sabun ini daripada masalah alahan dan penyakit kulit dihidapi pelajar yang mengetuai projek inovasi ini, dan mengadu terganggu dengan penyakit itu yang berulang selain kos rawatan secara perubatan moden amat tinggi. Ramai yang tidak mampu menghalang masalah ini daripada berulang kerana ia turut disebabkan faktor alam sekitar tetapi boleh mengurangkan beban perbelanjaan kos rawatan dengan menggunakan bahan semula jadi. Daun ketapang mengandungi 12 jenis tanin atau antioksidan yang larut dalam air termasuk asid galik, asid clagik, korinlagen serta asid carbicylic brevifolin. Daun itu sebelum ini sudah digunakan secara tradisional bagi menangani penyakit kulit termasuk dicampur dalam air mandian bagi menghilangkan masalah ruam atau dihancurkan dan disapu pada kulit. Apa pun diantara manfaat khasiat daun itu dalam bentuk sabun lebih memudahkan penggunaannya dan membabitkan proses ringkas iaitu dengan membekukan air ketapang yang telah pun dicampur dengan beberapa bahan. Selain campuran bahan tertentu yang dapat memastikan paras asid dan alkali yang sesuai, daun pandan digunakan bagi menggantikan pewarna sementara minyak kelapa, minyak kelapa sawit dan minyak zaiton dimasukkan bagi menambah kepekatan. Projek inovasi ini dijalankan dengan kerjasama sekolah angkat PTSB iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman HiTech yang membenarkan tiga pelajarnya, Noor Syazawani Saari, Nurmaisarah Ahmad Daud dan Siti Husna Hazri menjayakan projek ini. Pendekatan ini sekali gus menyemai minat pelajar terbabit dalam aktiviti penghasilan produk inovasi serta membolehkan PTSB berkongsi kepakaran sepanjang setahun projek penyelidikan dilaksanakan.  Sabun herba itu sudah mula dipromosi termasuk menerusi Pameran Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Mac lalu dan mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pengusaha jualan langsung.

Dalam pada itu harian metro pula paparkan kidah bagaimana '
Cemas kereta dihempap pokok ketapang' sebagai kisah berkaitan dengan tumbuhan ini. Berita dari Kelang, Selangor ini menyatakan dimana sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka yang berusia dua tahun berdepan detik cemas apabila kereta dihempap pokok ketapang ketika melalui Batu 1, Jalan Kapar menghala ke Kuala Selangor.  Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan diterima pada jam 6.16 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi kejadian. Apa pun setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebatang pokok ketapang dianggarkan setinggi 9.1 meter menghempap sebuah Perodua Myvi dinaiki pasangan berkenaan bersama anak mereka. Pasangan berkenaan yang berusia 20-an serta anak mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri daripada kereta sebelum bomba tiba.  Pasukan kemudian memotong batang pokok serta mengalihkan ke tempat selamat. Dalam akhbar sama pada laporan lain bertajuk 'Pokok ketapang hempap bumbung rumah' seorang warga emas juga wajar dikongsikan kisahnya. Kisah dari Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang ini menyatakan dimana berlaku ketika kejadian angin kuat ada bunyi kuat pokok menghempap bumbung rumah. Warga emas yang berumur 74 tahun bernama Salbiah Man mengigil ketakutan dan menjerit meminta pertolongan jiran. Beliau menceritakan detik cemas rumahnya dihempap pokok ketapang sebesar dua pemeluk di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, Bayan Lepas kepada pemberita yang hadir. Ketika itu dia sedang tidur bersama suami Hasshim Ahmad 76 tahun dalam bilik rumah mereka. Apa yang merisaukannya adalah bila suami yang ada penyakit darah tinggi terkejut dan masih bersyukur kerana dia tidak terkejut dengan kejadian itu. Mujur juga pokok terbabit menghempap ruang tamu dan saya tidak dapat bayangkan nasib kami berdua jika ia menghempap bilik. Apa pun kedua-duanya hanya mampu berpelukan kerana ketika itu hujan lebat dan cuaca gelap menyebabkan mereka tidak dapat keluar. Mujur juga ada jiran membantu dengan mengeluarkan warga emas terbabit sebelum membawa ke rumah anak mereka yang tinggal berhampiran. Bantuan tiba dengan bomba dan kerja memotong pokok ketapang yang menghempap rumah warga emas terbabit dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta beberapa pihak lain. Kerja pembersihan dan baik pulih akan dilakukan segera bagi membantu pasangan warga emas ini. Usaha itu memakan masa kerana pokok berkenaan bersaiz besar dan menghempap hampir keseluruhan rumah mereka.

Merujuk kepada portal HM Digital bertajuk '
Seni daun ketapang' telah membuatkan ramai pengunjung yang teruja dengan pameran diadakan dimana ramai juga merakamkan lukisan hebat yang dipamerkan. Lazimnya pelukis menggunakan pelbagai jenis cat untuk menghasilkan visual pada kerja seninya akan tetapi ada medium lain juga boleh digunakan dalam menghasilkan lukisan unik dan menarik. Kedah ini iaitu dengan penggunaan teknik cetakan digital di atas kanvas menerusi hasil sentuhan kreatif pensyarah sambilan Universiti Malaya (UM) iaitu Dr Ruzaika Omar Basaree bertajuk Digital Nature Art 1 (DNA 1) yang dihasilkan pada 2016. Kini lukisan itu boleh dihayati dalam Pameran 21 Universiti di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA). Pameran anjuran Fakulti Rekaan Komunikasi Visual Universiti Malaya bagi akademi berkenaan menampilkan hasil karya 78 pensyarah dari 21 institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam bentuk catan, coretan lukisan, fotografi, arca, instalasi dan seni cetak. Aapa pun dilaporkan langkah pertama beliau ialah menyusun daun ketapang kering dan mengambil gambar. Kemudian dia juga susun semula gambar itu menggunakan aplikasi khas untuk membuat gubahan hingga terhasilnya visual genre abstrak. Antara mesej yang ingin saya sampaikan ialah bahan semula jadi boleh digunakan sebagai medium untuk berkarya. Antara idea dalam menghasilkan karya itu tercetus selepas tertarik dengan keunikan daun ketapang kering berwarna-warni yang gugur daripada pokoknya di hadapan bangunan Dewan Tunku Canselor UM. Menurut Kurator Pameran 21 dikebali sebagai M Safwan Ahmad berkata dimana perkembangan seni visual penting untuk pembangunan modal insan dalam negara kerana ia berupaya membangunkan daya kognitif, budaya, mutu dan nilai kehidupan masyarakat. Kreativiti pensyarah dalam berkarya perlu sentiasa diasah dan dipertingkatkan supaya seiring dengan keperluan semasa untuk mendidik penuntut. Pendidikan seni visual penting kerana membentuk inspirasi sosial bagi memperbaiki kesempurnaan dalam kehidupan masyarakat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KETANG... TUMBUH SUBURNYA...
DAUN MERIMBUN...MENEGAK TINGGINYA....
MENGHEMPAP RUMAH... JUGA KERETA...
DIJADIKAN SABUN... PRODUK HERBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1443H).
Tahniah Menteri Pertanian... Mohd Sabu!!!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.