agar menjadi lebih sihat agar tidak mudah patah dan tidak mudah terjangkit penyakit terutama jenis penyakit berkaitan kemerosotan tulang seperti osteoporosis. Ini akan menjadikan tulang mereka akan semakin sihat dan juga terjaga. Ia juga dipercayai mampu untuk menyembuhkan luka dengan cara ia membantu mempercepat proses penyembuhan luka melalui beberapa cara seperti membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka anda. Kandungan semulajadi dalam sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit.
Sayuran paku pakis ini adalah diantara jenis sayuran yang mudah didapati dan dijual dengan harga lebih murah daripada kebanyakan sayur daun popular. Ini kerana kebanyakan sumbur pucuk paku adalah tumbuh secara liar dimana ia dikelaskan sebagai sayuran organik dikawasan semulajadi. Meereka yang memakan pucuk pakis memang dilaporkan akan membantu didalam mencegah proses penuaan secara semulajadi kepada pemakannya. Biasanya proses penuaan yang terlalu cepat di usia pembaca blog ketika masih muda akan membuat semua menjadi hilang kepercayaan pada diri sendiri. Apa pun lazimnya perkara ini juga akan menyebabkan beberapa jenis penyakit yang berlaku. Cegahlah proses penuaan ini dengan cara lebih banyak mengambil sayuran termasuk pucuk paku pakis yang organik. Sayur ini jika diambil dengan terayur dilaporkan akan membuat sesiapa sahaja dilihat awet muda. Penting jika mengambil pucuk paku kerana ia dilaporkan akan mampu menyihatkan mata. Kandungan semulajdi yang ada dalam pucuk paku salah satunya adalah vitamin A. Sayuran unik dan hijau ini mengandungi cukup banyak vitamin A yang baik untuk kesihatan mata anda. Selain mencegah iritasi dan kemungkinan penyakit mata lainnya, sayuran ini akan membantu mata anda dari penyakit rabun. Mungkin ia agak kurang saintifik kalau didakwa memakan pucuk paku akan menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan berlebihan tidak hanya akan membuat badan anda terlihat gemuk namun juga menyebabkan banyak penyakit kerana kegemukan. Dengan rajin berolahraga dan mengambil sayur pucuk paku, maka anda akan mendapatkan berat badan yang ideal. Tentunya hal ini memerlukan aktiviti yang konsisten dan tidak berlaku cepat tanpa usaha. Fakta seterusnya dimana ia akan mampu untuk mencegah hipertensi. Penyakit hipertensi dapat dicegah sejak awal dengan menggunakan pucuk paku. Sayuran ini sebaiknya anda makan setiap hari jika pembaca blog adalah salah satu orang yang sering mengalami gejala hipertensi. Khasiatnya yang semulajadi dalam mengawal tekanan darah anda sehingga tidak akan terjadi kenaikan. Fakta selanjutnya dimana ia akan mencegah kenaikan kolesterol dalam badan. Kolesterol yang berlebih di dalam tubuh anda menambah banyak risiko gangguan kesihatan, terutama risiko timbulnya banyak penyakit. Cara yang paling mudah untuk menurunkan kadar kolesterol iaitu dengan mengamalkan sayuran seperti pucuk paku.kerana sayur ini punyai anti kolesterol yang tinggi.
Menyentuh mengenai paku pakis dimana ada satu fakta dalam media tempatan melaporkan 'Paku pakis boleh dijadikan makanan ternakan' iaitu hasil penyelidikan saintis di UUM. Pernah dilaporkan dalam media dimana isu kenaikan harga makanan ternakan atau dedak untuk ayam dan lembu telah mendatangkan beban besar terhadap golongan penternak terutama komuniti kampung yang terlibat dalam industri berkenaan. Diatas kesedaran ini maka Ketua Pusat Keselamatan Makanan, Inovasi dan Pembangunan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr. Risyawati Mohamed Ismail telah mencari alternatif terbaharu dengan melakukan penyelidikan terhadap paku pakis bernama Azolla sp. yang dapat dihasilkan dengan kos lebih murah. Azolla adalah sejenis tumbuhan hijau yang tumbuh secara bersimbiosis dengan sejenis alga biru-hijau iaitu anabaena. Ia didapati tumbuh dengan banyak dalam kolam air dan sawah di negara-negara Asia. Negara-negara luar seperti India, Indonesia dan Filipina juga banyak menggunakan azolla sebagai makanan ternakan. Di Malaysia, langkah sama dilakukan terhadap azolla tetapi kegunaannya belum mencapai tahap optimum dan signifikan untuk ianya dapat menampung keperluan industri ternakan tempatan. Kandungan protein yang tinggi (20 hingga 30 peratus) dan kandungan asid amino seperti lisin menjadikan azolla sebagai sumber makanan amat sesuai untuk ternakan dan inisiatif yang lebih agresif perlu diambil bagi meneroka potensinya. Mengambil kira faktor tersebut UPM melakukan penyelidikan mendalam terhadap beberapa jenis paku pakis air seperti azolla bertujuan menerokai kegunaannya dari pelbagai segi. Dilaporkan selain untuk ternakan, ia juga berpotensi untuk dijadikan makanan manusia dan kosmetik. Keselamatan makanan merupakan satu agenda besar negara yang perlu disokong. UUM sendiri mempunyai kepakaran dan sokongan cukup untuk menyumbang ke arah pemantapan aktiviti ekonomi dalam kalangan komuniti tempatan terutama golongan berpendapatan rendah (B40) yang berkecimpung dalam industri penternakan. Setakat ini, hasil penyelidikan mendapati azolla sangat sesuai dijadikan makanan ternakan terutamanya untuk arnab dan ayam. Penglibatan UUM dalam projek penternakan ayam iaitu dalam kalangan komuniti masyarakat kampung di Kedah sejak 2020 membuka mata penyelidik berkaitan isu makanan ternakan yang mahal. Kini sudah ada teknologi dimana kos makanan ternakan yang amat membebankan penduduk kampung diperkenalkan dengan cara melibatkan diri dalam industri penternakan. Hasil daripada penyelidikan itu UUM dilapor berjaya memfailkan satu paten dan enam harta intelek, menulis artikel akademik dan bab dalam buku, seterusnya mengkomersialkan produk yang dihasilkan. Terdapat pelbagai cabaran dalam aktiviti penyelidikan tumbuhan berkenaan termasuk memastikan pertumbuhan azolla cukup untuk menampung keperluan penyelidikan dan seterusnya bagi kegunaan secara komersial. Apa pun Azolla adalah sejenis paku pakis yang mudah hidup dalam ekosistem yang sesuai, namun ia juga mudah mati apabila kondisi di dalam medium pembiakan tidak sesuai. Sila baca tulisan say amengenai azola dengan pautan berikut (Sila klik disini). Faktor-faktor seperti suhu, tahap keasidan (pH), nutrien dan jumlah pendedahan kepada cahaya matahari perlu diambil kira bagi memastikannya hidup subur dan membiak. Kerjasama dan sokongan daripada anak-anak syarikat UUM sendiri akan dijadikan sebagai platform bagi memastikan produk itu berjaya dikomersialkan dan mencapai komuniti sasaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MUDAH DIDAPATI... ADA DIPASARAN...
PELBAGAI FAKTA... ADA DINYATAKAN...
HARGA MURAH...DAN ENAK DI MAKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 RabiulAkhir 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.