Dalam portal utusanborneo.com artikel bertajuk 'Pengguna merungut harga bawang merah mahal' wajar ditulis semula isinya. Dilaporkan dimana harga bawang merah yang dijual dua kali ganda harga sebelumnya di premis runcit dan pasar raya di Kuching, Sarawak. Kini isu harga barang kawalan bawang merah (rose) mendapat banyak rungutan daripada para pengguna kerana dijual pada harga dua kali ganda lebih mahal sejak awal November 2023. Tinjauan Utusan Borneo di beberapa premis runcit dan pasar raya di sini mendapati ia dijual antara RM14.50 - RM20 sekilogram (kg) berbanding cuma pada harga antara RM4.50 -RM7 sekg sebelum ini. Harga bawang merah telah naik sejak Hari Deepavali yang lalu dan menjadi kebiasaan apabila harganya telah naik maka dalam tempoh dua bulan akan datang harganya akan turun semula dakwa seorang pembeli di Lebuh India iaitu Dollah Sahmat. Sudah menjadi kebiasaan dakwanya dia sebagai pembeli barang kawalan tersebut secara borong yang dijual antara RM13 hingga RM14 seguni (10kg). Namun, daripada 10kg di dalam guni itu pasti terdapat 2kg bawang merah yang rosak yang akan dijual semula dengan harga yang mahal sedikit selepas dikopek. Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak sebelum ini telah menetapkan harga bawang tersebut dijual pada harga RM7.50 sekg sahaja. Akan tetapi buat masa ini ia dijual dengan harga RM20 sekg walaupun ramai kalangan para pengguna yang mengadu harganya mahal tetapi mereka masih membeli dalam kuantiti yang mencukupi untuk kegunaan hari-hari. Bagi pengguna bernama Pn Charlene Johnny dimana dia agak jarang membeli bawang merah kerana keluarga-nya banyak menggunakan bawang putih yang turut menampakkan kenaikan tetapi tidak banyak. Apa pun pada pengguna diman isu ini membebankan pengguna secara keseluruhan. Mereka minta agar pihak KPDNHEP memantau harga bawang merah kerana ia merupakan jenis rempah ratus yang digunakan masyarakat setiap hari. Ada laporan lain menyatakan dimana pasaraya pula mungkin tidak mendapat keuntungan yang banyak dan berkemungkinan menyebabkan harga barang keperluan itu dinaikkan. Jika harga bawang merah dikurangkan ia menjadi lebih baik buat konsumer dan sekiranya harganya terlampau mahal lebih baik kita tidak membeli. Malaysia mengimport bawang dari negara luar dan pihak KPDNHEP memantau kenaikan harga bagi barang tersebut. Bagi pembeli yang juga pemilik restoren makanan dimana dia rasakan kenaikan harga itu memberi bebanan buat perniagaan menjual makanan sepertinya. Ini merupakan kali kedua harga bawang merah naik selepas tahun lepas di mana ia pernah naik sehingga mencecah RM19 sekg. KPDNHEP nyatakan kenaikan harga bawang merah adalah kerana berlaku fenomena ekoran daripada kekurangan bekalan. Bekalan bawang di negara ini diimport dari 29 negara dengan lima negara adalah pengeskport terbesar iaitu India (36 peratus), Pakistan (23 peratus), China (19 peratus), Belanda (9 peratus) dan Thailand (7 peratus). India merekodkan jumlah pengeksportan bawang berjumlah 149,54 metrik tan ke negara yang bersandarkan permintaan tinggi yang dipengaruhi cita rasa dan trend pemakanan rakyat tempatan. Dilaporkan Kerajaan India pada 14 September 2023 lepas mengeluarkan arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang kecuali jenis Bangalore Rose dan Krishnapuram bagi menampung keperluan domestik mereka susulan banjir yang berlaku di negara itu.
Pengguna di Malaysia perlu waspada kerana 'Harga bawang dijangka lebih mahal' di masa akan datang. Rakyat Malaysia mungkin terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan bekalan bawang apabila Kerajaan India memutuskan untuk mengehadkan eksport bawang dengan menetapkan harga eksport minimum sebanyak USD$800 (RM3,823) setan. Apa pun isu ini berkait dengan tindakan mengehadkan eksport disebabkan oleh berlaku kekurangan bekalan akan berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini dari beberapa negara pengeluar. Pengurangan pengeksportan bawang dilakukan oleh negara India bagi tujuan memastikan bekalannya mencukupi bagi kegunaan dalam negara mereka dimana isu ini menyebabkan harga bawang merah akan meningkat berbanding dengan harga lama yang munasabah selepas harga bawang meningkat sejak akhir-akhir ini. Beberapa laporan media antarabangsa dan tempatan menyatakan dimana di India juga mereka meramalkan harga bawang dijangka meningkat lebih 40 peratus pada bulan depan daripada paras semasa. Sehubungan itu kesan dari langkah negara India menghadkan eksport bawang yang menjadi komoditi penting dalam hidangan harian memang ia sudah nyata memberi kesan terhadap pasaran bawang di peringkat global. Di Kangar Perlis dilaporkan media tempatan dimana 'Harga bawang India naik, pengguna boleh tukar kepada bawang Pakistan Dan China' juga berkait dengan isu ini. Kini ramai pengguna tidak perlu bimbang dengan peningkatan mendadak harga bawang yang diimport dari India kerana boleh membeli bawang dari Pakistan dan China yang jauh lebih murah harganya. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis Khairul Amin Talib berkata pemeriksaan terhadap 58 premis di sini mendapati purata harga bawang India di negeri ini meningkat mendadak daripada RM5 sekilogram kepada RM10.93 dalam tempoh dua bulan ini berikutan gangguan bekalan dari negara pengeluar. Kenaikan harga bawang besar dan bawang ros (bawang kecil) India berlaku secara mingguan sepanjang awal September hingga Disember 2023. Namun begitu masyarakat tidak perlu bimbang kerana terdapat alternatif lain dengan membeli bawang yang diimport dari Pakistan atau China yang masing-masing dijual pada harga RM4 sekilogram semasa tinjauan dan pemeriksaan skim kawalan harga kawalan maksimum musim perayaan krismas di Pasar Sena, Kangar. Kurang aduan orang ramai terhadap kenaikan harga ini lagi mungkin kerana bawang tidak termasuk dalam senarai harga barang kawalan. Apa pun dilaporkan ada sebanyak 23 kes dibuka kertas siasatan sepanjang tahun 2023 ini bagi kesalahan kenaikan harga harga barang kawalan berjumlah RM28,130.30 dengan RM86,065 nilai rampasan kenderaan serta RM39,200 kompaun yang telah dikutip mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Seorang peniaga barang dapur, K.Karan dakwa dia hanya mampu mendapatkan stok bawang Pakistan daripada pembekal dan harganya agak murah berbanding bawang India.
Dilaporkan oleh bhnews.com laporan bertajuk 'Harga bawang naik lebih 30 peratus sejak bulan lalu' dimana dilaporkan hasil tinjauan di sebuah kedai runcit mendapati harga bawang naik sehingga RM8 sekilogram sesuai dirujuk. Dilaporkan harga bawang India di pasar naik lebih 30 peratus daripada RM6 kepada RM8 sekilogram sejak bulan lalu berikutan bekalan terhad selain harga tidak menentu daripada pembekal. Tinjauan BH di Pasar Sungai Besi mendapati bekalan bahan import itu terhad dan kebanyakan peniaga menjualnya sehingga RM8 sekilogram. Menurut peniaga runcit, Muhammad Shaharizan Mat Alwi (43 tahun) dimana bahan mentah termasuk bawang dan sayur diperoleh daripada pembekal semakin mahal. Harga bawang merah kini bergantung pembekal dimana dia tidak boleh menetapkan harga. Di pasar borong pula isunya adalah peniaga tidak boleh menetapkan harga apa lagi sekiranya pembekal yang berikan bekalan menaikkan harga dan peniaga tidak boleh mencari pembekal yang lain. Kini sekilogram bawang di pasar raya boleh dijual pada harga RM6 tetapi di pasar ini penjual terpaksa menjual sekurang-kurangnya RM6.50. Stok bawang merah ini juga agak terhad walaupun peniaga memesan lima guni tetapi hanya tiga guni yang dihantar pembekal. Bekalan bawang yang sampai kepada saya hari ini adalah RM6.90, dimana peniaga bawang merah terpaksa jual pada harga RM7.30 sekilogram. Stok bawang yang dijual ada yang datang daripada India dan China tetapi bawang daripada India ini lebih laris kerana bentuk yang cantik dan kemas dan ini menyebabkan pengguna suka memeblinya dan ia dikatakan agak tahan lama. Harga bawang mula meningkat ketika masa pandemik COVID-19 sehingga kini dimana ada pernah sseekali keadaan kembali normal dimana para pembekal masih mengekalkan harga sama tetapi tidak sehingga artikel ini ditulis pada tahun 2024. Dilaporkan ada berapa minggu lalu harga bawang meningkat sehingga RM7.60 sekilogram daripada pembekal dilama lazimnya setiap kali akhir tahun akan berlaku kenaikan harga 'menggila'. Isu ini akan reda semula pada awal tahun dimana peniaga masih menjual bawang dan sayur-sayuran pada harga berpatutan. Walaupun rata-rata ada peniaga menjual bawang dengan harga RM8 akan tetapi ada sesetengah peniaga prihatin yang masih menjualnya dengan harga RM5 sekilogram sebelum ini. Kini harga barang makanan semakin dirasai kenaikannya oleh rakyat Malaysia apabila hampir kesemua bahan mentah naik harga pada tahun 2024. Menyentuh juga mengenai isu cili tempatan yang kurang bekalan dimana dipasar ini penjual terpaksa menjual cili import daripada Thailand dan Vietnam. Apa pun kalau dulu sekotak cili merah dijual dengan harga RM30 tetapi hari ini ia mencecah lebih RM70 sekotak. Asasnya dimana harga sayuran tidak dijual mengikut pasaran tetapi mengikut permintaan dimana lazimnya jika ada banyak permintaan daripada peniaga harga sayur akan meningkat. Semuga isu harga bawang merah ini tidak menyebabkan rakyat menanggung bebanan sama seperti kenaikan barang mekanan mentah yang lain. Diharap artikel ini emberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KEGUNAAN HARIAN... MASAKAN MALAYSIA...
NEGARA PUNCA... BANYAK DARI INDIA...
TIDAK ADA BAWANG...ISU BAGAIMANA?..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Rejab 1445H).