Thursday, February 29, 2024

BAWANG MERAH - ISU HARGA MAKIN MAHAL

ISU HARGA BAWANG MERAH
 (Allium cepa var aggregatum) menjadi semakin lebih mahal menjadi satu berita yang bermain di kalangan pengguna di Malaysia. Pada penulis blog yang sudah menulis lebih 15 artikel mengenai bawang mendapati dimana bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae juga berada dalam order Asparagales. Apa pun saiz bawang merah adalah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan jenis tanaman semusim dimana ia mempunyai jenis umbisi yang berlapis-lapis dengan akar serabut dan daun berbentuk silinder berongga berada dalam tanah semasa matang. Jika diperiksa dimana umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Dari segi istilah dimana umbi bawang merah bukanlan dari jenis ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dimana penulis blog dapati ia kemudiannya bersatu. Selalunya bawang merah akan memberikan rasa sedikit pedas dan agak berangin. Tanaman bawang merah yang berupa sejenis herba kecil setinggi 30-45 cm sesuai ditanam secara meluas atau kecil-kecilan atau hobi dirumah. Ia mempunyai jenis akar serabut dengan mempunyai jenis daun tunggal, susunan berpilin, panjang dengan hujung meruncing. Pada bahagian tengah daun berlubang dimana selalu berwarna hijau muda, permukaan berkulat serta jika di ramas akan mengeluarkan bau atau aroma yang kuat. Bwang merah mempunyai ciri berbunga majmuk, berwarna putih yang terdapat dalam jambak bunga di atas tangkai bunga yang panjang dimana ia akan tumbuh di hujung daun. Bagi sesetanhag negara yang menanam bawang merah dimana ia boleg berbuah dengan ciri saiz biji-biji kecil. Bebawang adalah daun (daun terubah suai) berisi yang berlapis-lapis iaitu mempunyai diameter kurang dari 3 cm. Selalunya bawang merah boleh ditanam pada tempat beriklim panas seperti iklim tropika dan juga yang mempunyai iklim subtropika. Tanah yang sesuai untuk bawang merah adalah tanah yang tidak menakung air, subur serta mendapat cukup cahaya metahari. Bawang boleh ditanam melalui biji benih (agak kurang komersial) dan juga bebawang atau umbinya (lebih komersial). Bawang merah memerlukan siraman air hanya dua kali sehari yang dilakukan pada waktu pagi sekali dan petang hari dan cara pennggunaan jenis baja kompos untuk awal penanaman adalah amat digalakkan. Pembajaan boleh dilakukan dengan menggunakan baja NPK Hijau (15:15:15). Penulis blog tahu dimana ada terdapat 3 jenis bawang yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu varieti dari Bawang Siam, Bawang Indonesia dan Bawang India walau pun sehingga artikel ini ditulis pada Januari 2024 belum ada kebun bawang komersial dilaporkan di Malaysia. Bawang jenis dari China atau Bawang China agak kurang sesuai ditanam di Malaysia kerana iklim yabg berbeza dan harganya pun mahal. Tanah yang sesuai untuk bawang merah mestilah mempunyai saliran yang baik dengan pH 6.0 - pH7.0 dan tidak boleh di tenggelami air. Penanaman bawang mesti dibuat di atas batas berukuran 12-30 cm tinggi dan lebar 1.1-1.4 meter lebar serta panjang ikut kesesuaian. Dibubuh baja asas organik dan sebaiknya sungkupan jerami padi yang kering digunakan. Sila baca artikel saya mengenai tanaman bawang dengan pautan berikut (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Artikel pada petang Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa isu harga bawang merah yang semakin mahal untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Dalam portal utusanborneo.com artikel bertajuk '
Pengguna merungut harga bawang merah mahal' wajar ditulis semula isinya. Dilaporkan dimana harga bawang merah yang dijual dua kali ganda harga sebelumnya di premis runcit dan pasar raya di Kuching, Sarawak. Kini isu harga barang kawalan bawang merah (rose) mendapat banyak rungutan daripada para pengguna kerana dijual pada harga dua kali ganda lebih mahal sejak awal November 2023. Tinjauan Utusan Borneo di beberapa premis runcit dan pasar raya di sini mendapati ia dijual antara RM14.50 - RM20 sekilogram (kg) berbanding cuma pada harga antara RM4.50 -RM7 sekg sebelum ini. Harga bawang merah telah naik sejak Hari Deepavali yang lalu dan menjadi kebiasaan apabila harganya telah naik maka dalam tempoh dua bulan akan datang harganya akan turun semula dakwa seorang pembeli di Lebuh India iaitu Dollah Sahmat. Sudah menjadi kebiasaan dakwanya dia sebagai pembeli barang kawalan tersebut secara borong yang dijual antara RM13 hingga RM14 seguni (10kg). Namun, daripada 10kg di dalam guni itu pasti terdapat 2kg bawang merah yang rosak yang akan dijual semula dengan harga yang mahal sedikit selepas dikopek. Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak sebelum ini telah menetapkan harga bawang tersebut dijual pada harga RM7.50 sekg sahaja. Akan tetapi buat masa ini ia dijual dengan harga RM20 sekg walaupun ramai kalangan para pengguna yang mengadu harganya mahal tetapi mereka masih membeli dalam kuantiti yang mencukupi untuk kegunaan hari-hari. Bagi pengguna bernama Pn Charlene Johnny dimana dia agak jarang membeli bawang merah kerana keluarga-nya banyak menggunakan bawang putih yang turut menampakkan kenaikan tetapi tidak banyak. Apa pun pada pengguna diman isu ini membebankan pengguna secara keseluruhan. Mereka minta agar pihak KPDNHEP memantau harga bawang merah kerana ia merupakan jenis rempah ratus yang digunakan masyarakat setiap hari. Ada laporan lain menyatakan dimana pasaraya pula mungkin tidak mendapat keuntungan yang banyak dan berkemungkinan menyebabkan harga barang keperluan itu dinaikkan. Jika harga bawang merah dikurangkan ia menjadi lebih baik buat konsumer dan sekiranya harganya terlampau mahal lebih baik kita tidak membeli. Malaysia mengimport bawang dari negara luar dan pihak KPDNHEP memantau kenaikan harga bagi barang tersebut. Bagi pembeli yang juga pemilik restoren makanan dimana dia  rasakan kenaikan harga itu memberi bebanan buat perniagaan menjual makanan sepertinya. Ini merupakan kali kedua harga bawang merah naik selepas tahun lepas di mana ia pernah naik sehingga mencecah RM19 sekg. KPDNHEP nyatakan kenaikan harga bawang merah adalah kerana berlaku fenomena ekoran daripada kekurangan bekalan. Bekalan bawang di negara ini diimport dari 29 negara dengan lima negara adalah pengeskport terbesar iaitu India (36 peratus), Pakistan (23 peratus), China (19 peratus), Belanda (9 peratus) dan Thailand (7 peratus). India merekodkan jumlah pengeksportan bawang berjumlah 149,54 metrik tan ke negara yang bersandarkan permintaan tinggi yang dipengaruhi cita rasa dan trend pemakanan rakyat tempatan. Dilaporkan Kerajaan India pada 14 September 2023 lepas mengeluarkan arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang kecuali jenis Bangalore Rose dan Krishnapuram bagi menampung keperluan domestik mereka susulan banjir yang berlaku di negara itu.


Pengguna di Malaysia perlu waspada kerana 'Harga bawang dijangka lebih mahal' di masa akan datang. Rakyat Malaysia mungkin terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan bekalan bawang apabila Kerajaan India memutuskan untuk mengehadkan eksport bawang dengan menetapkan harga eksport minimum sebanyak USD$800 (RM3,823) setan. Apa pun isu ini berkait dengan tindakan mengehadkan eksport disebabkan oleh berlaku kekurangan bekalan akan berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini dari beberapa negara pengeluar. Pengurangan pengeksportan bawang dilakukan oleh negara India bagi tujuan memastikan bekalannya mencukupi bagi kegunaan dalam negara mereka dimana isu ini menyebabkan harga bawang merah  akan meningkat berbanding dengan harga lama yang munasabah selepas harga bawang meningkat sejak akhir-akhir ini. Beberapa laporan media antarabangsa dan tempatan menyatakan dimana di India juga mereka meramalkan harga bawang dijangka meningkat lebih 40 peratus pada bulan depan daripada paras semasa. Sehubungan itu kesan dari langkah negara India menghadkan eksport bawang yang menjadi komoditi penting dalam hidangan harian memang ia sudah nyata memberi kesan terhadap pasaran bawang di peringkat global. Di Kangar Perlis dilaporkan media tempatan dimana 'Harga bawang India naik, pengguna boleh tukar kepada bawang Pakistan Dan China' juga berkait dengan isu ini. Kini ramai pengguna tidak perlu bimbang dengan peningkatan mendadak harga bawang yang diimport dari India kerana boleh membeli bawang dari Pakistan dan China yang jauh lebih murah harganya. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis Khairul Amin Talib berkata pemeriksaan terhadap 58 premis di sini mendapati purata harga bawang India di negeri ini meningkat mendadak daripada RM5 sekilogram kepada RM10.93 dalam tempoh dua bulan ini berikutan gangguan bekalan dari negara pengeluar. Kenaikan harga bawang besar dan bawang ros (bawang kecil) India berlaku secara mingguan sepanjang awal September hingga Disember 2023.  Namun begitu masyarakat tidak perlu bimbang kerana terdapat alternatif lain dengan membeli bawang yang diimport dari Pakistan atau China yang masing-masing dijual pada harga RM4 sekilogram semasa tinjauan dan pemeriksaan skim kawalan harga kawalan maksimum musim perayaan krismas di Pasar Sena, Kangar. Kurang aduan orang ramai terhadap kenaikan harga ini lagi mungkin kerana bawang tidak termasuk dalam senarai harga barang kawalan. Apa pun dilaporkan ada sebanyak 23 kes dibuka kertas siasatan sepanjang tahun 2023 ini bagi kesalahan kenaikan harga harga barang kawalan berjumlah RM28,130.30 dengan RM86,065 nilai rampasan kenderaan serta RM39,200 kompaun yang telah dikutip mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Seorang peniaga barang dapur, K.Karan dakwa dia hanya mampu mendapatkan stok bawang Pakistan daripada pembekal dan harganya agak murah berbanding bawang India.


Dilaporkan oleh bhnews.com laporan bertajuk '
Harga bawang naik lebih 30 peratus sejak bulan lalu' dimana dilaporkan hasil tinjauan di sebuah kedai runcit mendapati harga bawang naik sehingga RM8 sekilogram sesuai dirujuk.  Dilaporkan harga bawang India di pasar naik lebih 30 peratus daripada RM6 kepada RM8 sekilogram sejak bulan lalu berikutan bekalan terhad selain harga tidak menentu daripada pembekal. Tinjauan BH di Pasar Sungai Besi mendapati bekalan bahan import itu terhad dan kebanyakan peniaga menjualnya sehingga RM8 sekilogram. Menurut peniaga runcit, Muhammad Shaharizan Mat Alwi (43 tahun) dimana bahan mentah termasuk bawang dan sayur diperoleh daripada pembekal semakin mahal. Harga bawang merah kini bergantung pembekal dimana dia tidak boleh menetapkan harga. Di pasar borong pula isunya adalah peniaga tidak boleh menetapkan harga apa lagi sekiranya pembekal yang berikan bekalan menaikkan harga dan peniaga tidak boleh mencari pembekal yang lain. Kini sekilogram bawang di pasar raya boleh dijual pada harga RM6 tetapi di pasar ini penjual terpaksa menjual sekurang-kurangnya RM6.50. Stok bawang merah ini juga agak terhad walaupun peniaga memesan lima guni tetapi hanya tiga guni yang dihantar pembekal. Bekalan bawang yang sampai kepada saya hari ini adalah RM6.90, dimana peniaga bawang merah terpaksa jual pada harga RM7.30 sekilogram. Stok bawang yang dijual ada yang datang daripada India dan China tetapi bawang daripada India ini lebih laris kerana bentuk yang cantik dan kemas dan ini menyebabkan pengguna suka memeblinya dan ia dikatakan agak tahan lama. Harga bawang mula meningkat ketika masa pandemik COVID-19 sehingga kini dimana ada pernah sseekali keadaan kembali normal dimana para pembekal masih mengekalkan harga sama tetapi tidak sehingga artikel ini ditulis pada tahun 2024. Dilaporkan ada berapa minggu lalu harga bawang meningkat sehingga RM7.60 sekilogram daripada pembekal dilama lazimnya setiap kali akhir tahun akan berlaku kenaikan harga 'menggila'. Isu ini akan reda semula pada awal tahun dimana peniaga masih menjual bawang dan sayur-sayuran pada harga berpatutan. Walaupun rata-rata ada peniaga menjual bawang dengan harga RM8 akan tetapi ada sesetengah peniaga prihatin yang masih menjualnya dengan harga RM5 sekilogram sebelum ini. Kini harga barang makanan semakin dirasai kenaikannya oleh rakyat Malaysia apabila hampir kesemua bahan mentah naik harga pada tahun 2024. Menyentuh juga mengenai isu cili tempatan yang kurang bekalan dimana dipasar ini penjual terpaksa menjual cili import daripada Thailand dan Vietnam. Apa pun kalau dulu sekotak cili merah dijual dengan harga RM30 tetapi hari ini ia mencecah lebih RM70 sekotak. Asasnya dimana harga sayuran tidak dijual mengikut pasaran tetapi mengikut permintaan dimana lazimnya jika ada banyak permintaan daripada peniaga harga sayur akan meningkat. Semuga isu harga bawang merah ini tidak menyebabkan rakyat menanggung bebanan sama seperti kenaikan barang mekanan mentah yang lain. Diharap artikel ini emberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HARGA BAWANG MERAH... MAHALNYA...
KEGUNAAN HARIAN... MASAKAN MALAYSIA...
NEGARA PUNCA... BANYAK DARI INDIA...
TIDAK ADA BAWANG...ISU BAGAIMANA?..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Rejab 1445H).

Wednesday, February 28, 2024

PERIA KATAK - INFO SANA SINI (Part 1)

TANAMAN PERIA KATAK
 (Momordica charantia) dari order Cucurbitaceae atau 'Bitter Gourd' adalah sejenis tanaman yang menjalar dimana kini ia semakin mempunyai permintaan yang baik terutama digunakan sebagai ulaman untuk pesakit diabetes oleh dikalangan masyarakat tempatan. Peria katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri pada kulit yang mengerutu dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (tumbuh liar) ada penulis blog jumpa ia tumbuh dikawasan yang mendapat sinaran matahari dan mengeluarkan buah yang kecil dengan buahnya berwarna hijau gelap serta sedikit kecil saiznya. Jenis Peria Katak Komersial pada masa ini ditanam selalu  menggunakan benih hybrid seperti Jenis Taiwan No 321 atau Hup Nong yang lebih komersial. Peria Katak di tanam diatas batas yang di bubuh lapisan plastik silvershine jika ditanam secara konvensional akan tetapi kini ia sudah banyak ditanam secara fertigasi. Batas tanaman konvensional lazimnya ia disediakan perlu digaul dengan baja organik (lazimnya tahi ayam) dengan kadar 2 tan satu hektar. Bubuh 2 biji benih setiap lubang dan jarak penanaman sebaris sejauh 1.5 meter dalam barisan. Kalau terlalu rapat maka penghasilan adalah tinggi tetapi pokok cepat mati berbanding jika ditanam dengan jarak lebih jauh. Baja vegetatif NPK 15:15:15 dan baja organik tahi ayam dibubuh peringkat awal penanaman. Baja buah jenis diberikan dengan baja NPK 12:12:17:2 mengikut kadar disyorkan. Penyiraman dijalankan 2 kali sehari dan kerja-kerja kawalan rumpai dijalankan. Kawalan rumpai dengan cara manual (menajak , mencabut) atau gunakan racun kimia secara terkawal. Perbezaan antara peria katak dengan peria biasa ialah peria katak dikawasan terpencil tidak perlu dibalut. Kajian penulis jika kawasan tersebut "isolated" daripada kawasan tanaman sayuran jenis cucurbitaceae yang lain lebih baik. Bagaimanapun pastikan yang Lalat Buah (Daucus spp) sentiasa dipantau dan check kehadirannya. Bagaimana pun pada masa ini ramai petani mengubah penanaman peria katak secara sistem fertigasi dengan para yang kukuh. Amalan agronomi penanaman peria katak secara fertigasi sama dengan teknologi penanaman sayuran buah yang lain. Buah Peria Katak yang matang dituai menggunakan pisau tajam dan di kumpulkan mengikut gred. Antara perosak tanaman peria katak ialah Ulat Pengorek Buah, Lalat Buah dan boleh di kawal jika kadar serangan tidak serious dengan perangkap methyl eugenol. Terdapat serangan Penyakit Layu Bakteria (Penyebab Fusarium spp) merupakan masaalah utama peria katak. Petani mungkin tidak dapat hasil jika serangan layu fusarium berlaku pada peringkat awal. Kawalan rumpai hanya pada peringkat awal penanaman dan tidak menjadi masaalah jika pokok telah menutupi keselurohan kanopi. Harga sayur peria katak boleh dikatakan stabil akan tetapi jumlah permintaan tidak tinggi berbanding dengan jenis syur peria biasa di pasaran diman peria katak hanya dibeli oleh orang tertentu sahaja kerana ia pahit berbanding dengan peria biasa yang manis. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 7,790 mengenai peria katak yang viral disana sini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dikalangan pembaca blog ini mungkin ada ramai yang tidak suka atau tidak pernah ujirasa ulam peria katak segar yang rasanya pahit. Pada penulis blog ada juga membeli dan makan peria katak ini sebagai ulam atau pun di goreng tumis. Apa pun penulis blog lebih suka membeli jenis peria katak liar yang bersaiz kecil dengan warna hijau gelap yang ada dijual di pasar tani atau pasar malam. 
Peria Katak ini mempunyai saiz yang lebih kecil sekurang-kurangnya sekali ganda lebih kecil berbanding peria biasa. Apa pun ia mempunyai rasanya yang lebih pahit berbanding peria yang biasa didapati dijual di beberapa premis termasuk di kedai runcit dan pasaraya. Apa pun lazimnya peria katak ini sering dibuat sebagai ubat berbanding peria biasa yang sering digunakan dalam cara masakan lauk pauk dimakan bersama nasi putih. Resepi popular sama ada masakan peria katak atau peria biasa adalah dengan mencampurkan telur ayam dan cili serta ramuan lain. Peria katak juga dikenali sebagai bitter gourd, balsam pear, balsam apple, wild cucumber dan bitter cucumber dalam bahasa Inggeris atau 'karela' jika di India. Ia merupakan sayuran buah yang unik yang boleh digunakan sebagai makanan dan juga sebagai ubat. Buahnya adalah bahagian yang boleh dimakan daripada tumbuhan yang bernama Momordica Charantia, yang merupakan sejenis pokok memanjat daripada keluarga Cucurbitaceae. Buahnya dianggap sebagai buah yang paling pahit daripada kalangan semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di Malaysia yang pernah penulis blog ujirasa. Selain di Malaysia dimana pokok peria katak tumbuh dengan baik di kawasan yng beriklim tropika dan subtropika. Apa yang viral disana-sini adalah kehebatan periaa katak yang didakwa ia berfungsi dengan baik terhadap masaalah diabetes. Selain ia berfungsi sebagai antara bahan makanan dimana peria katak ini juga telah lama digunakan sebagai ubat herba untuk pelbagai jenis penyakit dan termasuklah diabetes jenis 2 yang merupakan penyakit nombor satu di Malaysia dimana ada seprang bagi setiap 5 penduduk di negara ini memang ada diabetis.


Melihat kepada bentuk buah peria katak dimana ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat-sifat anti-diabetes, termasuklah 'charantin' yang telah disahkan mempunyai kesan dalam menurunkan glukosa darah, selain 'vicine' dan 'sebatian insulin' yang dikenali sebagai polipeptida-p. Apa pun charantin adalah sejenis bahan berpotensi yang mengandungi sifat-sifat antidiabetes. Charantin boleh digunakan untuk merawat diabetes dan ia merupakan campuran dua sebatian yang dikenali sebagai sitosteryl glucoside dan stigmasteryl glucoside. Bahan Vicine pula adalah sebatian glycol alkaloid yang diasingkan daripada biji-biji buah peria ini. Semantara itu bahan Polipeptida-p pula adalah ia juga dikenali dengan nama p-insulin iaitu bahan yang merupakan protein hipoglisemik yang menyerupai insulin. Bahan ini telah ditunjukkan dalam menurunkan tahap gula darah dalam tubuh manusia selain 'gerbil' dan 'langur' apabila disuntik dibawah permukaan kulit. P-insulin bertindak dengan cara mengajuk tindakan seperti mana yang dilakukan oleh insulin tubuh manusia. Zat-zat ini juga berfungsi dan bertindak sama ada secara individu atau bersama untuk membantu mengurangkan kadar gula darah. Apa pun apa yang penulis blog rujuk beberapa blog mengenai kesihatan dimana peria katak juga diketahui mengandungi kandungan bahan 'lektin' yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekan selera makan. Cara tindakannya adalah sama dengan kesan insulin di bahagian otak. Bahan Lektin juga ia dianggap sebagai faktor utama di sebalik kesan hipoglisemik yang berkembang selepas seseorang individu memakan peria katak. Bagaikana laporan kajian cara peria katak mampu menurunkan gula darah dimana sudah ada beberapa kajian telah mengesahkan peranannya dalam mengawal gula darah. Dalam satu kajian dilaporkan kajian yang telah dijalankan selama 3 bulan terhadap 24 individu dewasa yang mempunyai diabetes menunjukkan bahawa dengan mengambil 2,000 mg peria ini setiap hari boleh menurunkan gula darah dan juga hemoglobin A1c. Selain itu dierikan suplemen peria ini telah mengurangkan fructosamine secara ketara. Fructosamine ialah penanda lain bagi kawalan gula darah jangka panjang. Apa pun peria katak ini dianggap memperbaiki cara gula digunakan dalam tisu badan manusia dan mempromosikan rembesan hormon insulin, iaitu hormon yang sebenarnya ia bertanggungjawab untuk mengawal paras gula darah. Apa pun dilaporkan dimana penyelidikan yang dijalankan terhadap manusia adalah masih terhad. Di Malaysia sebaiknya boleh dilakukan lebih banyak kajian yang lebih besar dan berkualiti tinggi diperlukan untuk memahami bagaimana peria ini boleh memberi kesan kepada kadar gula darah dalam populasi kepada umum.


Kepada ramai takyat Malaysia yang obes atau gemuk maka mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk kurangkan berat badan termasuk mengambil makanan tertentu. Ini kerana sudah ada kajian dimana sesiapa yang mengambil peria katak memang ia boleh mengurangkan berat badan. Cara mudah adalah dengan mencuba untuk menukarkan bahan makanan yang tinggi kalori dengannya dimana sayur peria terutama peria katak didakwa ia juga dapat membantu meningkatkan pengambilan serat dan mengurangkan kalori untuk menggalakkan lagi penurunan berat badan. Laporan kajian juga menunjukkan bahawa peria katak ini boleh memberi kesan yang baik terhadap pembakaran lemak dan penurunan berat badan. Dalam kes lain dimana ada kajian mendapati bahawa dengan memakan kapsul yang mengandungi 4.8 gram ekstrak peria katak setiap hari boleh mengurangkan lemak perut secara signifikan. Dilaporkan dimana secara puratanya individu yang terlibat dengan kajian telah kehilangan sebanyak 0.5 inci (1.3 cm) dari lilitan pinggang mereka selepas tujuh minggu tempoh masa kajian. Benarkah ada kesan sampingan makan peria katak jika sudah berminat untuk menambahkan peria katak ini ke dalam hidangan harian mereka. Apa pun sebagai salah satu peringatan dimana sebaiknya dipastikan agar sentiasa menghadkan diri semua agar tidak memakannya lebih daripada 57 gram peria ini atau tidak lebih daripada dua biji dalam sehari. isu ini disebabkan penggunaan buah ini secara berlebihan boleh ia menyebabkan sakit perut ringan atau cirit-birit. Dalam kes ini sekiranya seseorang memakan peria katak dengan jumlah yang terlalu banyak iaitu sama ada sebagai makanan atau suplemen dimana dilaporkan mereka boleh mendapat simptom seperti akan ada masalah gastrousus termasuklah kes cirit-birit, muntah dan cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak. bagi wanita hamil pula memang mereka tidak boleh memakan peria ini dalam apa jua bentuk kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan, kontraksi, dan keguguran. Apa pun sekiranya seseorang itu mempertimbangkan untuk menggunakan peria ini bagi kawalan glisemik sebaiknya dia harus berjumpa dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat untuk digunakan bersama ubat diabetes anda yang telah ditetapkan. Ini kerana terdapat risiko jika anda mengambil peria ini bersama-sama dengan ubat diabetes atau insulin yang boleh menyebabkan hipoglisemia (gula darah yang sangat rendah). 
Kandungan rasa pahit peria katak dipercayai secara klinikal dapat membantu mengawal penyakit kencing manis dan dipercayai dapat hindarkan HIV. Selain itu didakwa bahawa peria katak dikenali sebagai "INSULIN TUMBUHAN" yang kawal kandungan gula dan kencing manis. Selalunya sayuran peria katak kini telah dikomersilkan dengan kaedah penghasilan produk 'ready to eat' seperti dalam bentuk kapsul, pil, serbuk dan juga dalam bentuk larutan cecair. Produk tersebut dikategorikan sebagai makanan suplement kesihatan yang mudah didapati di farmasi-farmasi dan juga syarikat jualan terus. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERIA KATAK... PAHIT RASANYA...
ADA DIJUAL... DIMANA SAHAJA...
DIJADIKAN ULAM... ENAKKAH DIA...
BERKHASIAT... BETUL MAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 1, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 JamadilAwal 1445H).

Tuesday, February 27, 2024

PERIA KATAK - INFO SANA SINI (Part 2)

TANAMAN PERIA KATAK
(Momordica charantia) dari order Cucurbitaceae atau 'Bitter Gourd' adalah sejenis tanaman yang menjalar dimana kini ia semakin mempunyai permintaan yang baik terutama digunakan sebagai ulaman untuk pesakit diabetes oleh dikalangan masyarakat tempatan. Peria katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri pada kulit yang mengerutu dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (tumbuh liar) ada penulis blog jumpa ia tumbuh dikawasan yang mendapat sinaran matahari dan mengeluarkan buah yang kecil dengan buahnya berwarna hijau gelap serta sedikit kecil saiznya. Jenis Peria Katak Komersial pada masa ini ditanam selalu menggunakan benih hybrid seperti Jenis Taiwan No 321 atau Hup Nong yang lebih komersial. Peria Katak di tanam diatas batas yang di bubuh lapisan plastik silvershine jika ditanam secara konvensional akan tetapi kini ia sudah banyak ditanam secara fertigasi. Batas tanaman konvensional lazimnya ia disediakan perlu digaul dengan baja organik (lazimnya tahi ayam) dengan kadar 2 tan satu hektar. Bubuh 2 biji benih setiap lubang dan jarak penanaman sebaris sejauh 1.5 meter dalam barisan. Kalau terlalu rapat maka penghasilan adalah tinggi tetapi pokok cepat mati berbanding jika ditanam dengan jarak lebih jauh. Baja vegetatif NPK 15:15:15 dan baja organik tahi ayam dibubuh peringkat awal penanaman. Baja buah jenis diberikan dengan baja NPK 12:12:17:2 mengikut kadar disyorkan. Penyiraman dijalankan 2 kali sehari dan kerja-kerja kawalan rumpai dijalankan. Kawalan rumpai dengan cara manual (menajak , mencabut) atau gunakan racun kimia secara terkawal. Perbezaan antara peria katak dengan peria biasa ialah peria katak dikawasan terpencil tidak perlu dibalut. Kajian penulis jika kawasan tersebut "isolated" daripada kawasan tanaman sayur jenis cucurbitaceae yang lain lebih baik. Bagaimanapun pastikan yang Lalat Buah (Daucus spp) sentiasa dipantau selalu akan kehadirannya. Bagaimana pun pada masa ini ramai petani mengubah penanaman peria katak secara sistem fertigasi dengan para yang kukuh. Amalan agronomi penanaman peria katak secara fertigasi sama dengan teknologi penanaman sayuran buah yang lain. Buah Peria Katak yang matang dituai menggunakan pisau tajam dan di kumpulkan mengikut gred. Antara perosak tanaman peria katak ialah Ulat Pengorek Buah, Lalat Buah dan boleh di kawal jika kadar serangan tidak serious dengan perangkap methyl eugenol. Terdapat serangan Penyakit Layu Bakteria (Penyebab Fusarium spp) merupakan masaalah utama peria katak. Petani mungkin tidak dapat hasil jika serangan layu fusarium berlaku pada peringkat awal. Kawalan rumpai hanya pada peringkat awal penanaman dan tidak menjadi masaalah jika pokok telah menutupi keselurohan kanopi. Harga sayur peria katak boleh dikatakan stabil akan tetapi jumlah permintaan tidak tinggi berbanding dengan jenis syur peria biasa di pasaran diman peria katak hanya dibeli oleh orang tertentu sahaja kerana ia pahit berbanding dengan peria biasa yang manis. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 7,791 mengenai peria katak yang viral disana sini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam portal berita bharian.com dengan kisah bertajuk '
Peria katak penawar penyakit' wajar di kongsikan kali ini. Dilaporkan dimana peria atau nama saintifiknya Momordica charantia adalah sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia. Dalam perubatan Ayurveda misalnya, masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam. Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes. Sebenarnya, sejak zaman purba, peria banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian. ia dilaporkan membantu rawat diabetes dimana kalangan para penyelidik mendapati peria memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah. Cara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria setiap pagi. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren. Apa pun khasiat peria katak didakwa ia membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga. Ia juga melewatkan pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa. Dalam pada itu peria yang mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan. Ia juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli. Apa pun ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser. Bagaimana pun dilaporkan ada sisi keburukan peria katak kerana cara penyediaan penting dimana ia perlu dimasak dengan betul bagi mengelak kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti kesan cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut. Peria juga sesuai dimakan bagi mengawal masalah diabetes tetapi perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu. Bagi penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia. Ia tidak boleh dicampur dengan ubat moden.


Dalam portal mediaprima.com pula dilaporkan dimana '
Peria katak, belimbing penawar luka diabetes' sesuai dikongsikan juga. Kisah dari Serdang dimana ada beberapa penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan penyembuh luka diabetes menggunakan gabungan peria katak dan belimbing rosak. Penyembuh dalam bentuk gel itu berupaya menyembuhkan luka dalam tempoh kurang 48 jam atau dua hari berbanding lebih 48 jam menggunakan penyembuh lain yang diimport dari Amerika Syarikat dan Filipina. Ketua Penyelidik, Prof Dr Rosfarizan Mohamad berkata inovasi berkenaan dihasilkan menggunakan teknologi hijau dengan kos rendah, menawarkan penyembuh luka pada harga lebih murah iaitu 40 sen setiap satu gram berbanding produk lain berharga RM2 satu gram (Sila lihat foto disebelah). Produk penyembuh ini berasaskan penggunaan nanoselulosa yang dihasilkan oleh bakteria dalam buah rosak seperti belimbing. bahan seperti Nanoselulosa digabungkan dengan bahan nano yang disintesis daripada peria katak untuk menghasilkan produk baharu dikenali sebagai bahan komposit selulosa bakteria nano partikel perak atau komposit 'hijau'. Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan penemuan itu di UPM. Dr Rosfarizan yang juga Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, berkata komposit hijau adalah produk baharu dan 'novel' untuk bahan penyembuh serta pencucian luka kronik. Inovasi ini juga menunjukkan proses dan ciri ekonomik, mesra alam serta memiliki ciri penting anti mikrob. Antara kelebihan produk ini boleh digunakan secara terus pada luka sebagai gel penyembuh. Juga boleh disediakan sebagai lapisan dalam balutan luka atau dijadikan sebagai cecair penyembur. Selain lebih ekonomik kerana dakwanya ia menggunakan sisa dan bahan buangan daripada buah-buahan, dihasilkan dengan melalui prosedur mudah, tidak mengandungi bahan toksik, mempunyai ciri penyembuhan anti mikrobial. Penggunaannya dipercayai lebih berkesan serta berpotensi digunakan pada luka kronik dan traumatik dengan mengurangkan jangkitan kuman sesuai dengan rawatan luka pesakit kencing manis. Inovasi itu dihasilkan menerusi geran daripada UPM berjumlah RM50,000 dan berjaya memenangi pingat emas di International Invention, Innovation dan Technology Exhibition, Malaysia (ITEX) 2019.


Memang dilihat buah peria mendpat perhatian beberapa pusat pengajian tinggi termasuk di beberapa universiti. Penulis blog merujuk kepada utusan.com dengan kisahnya '
UTHM kaji khasiat halia hitam, peria katak' wajar untuk dikongsikan. Ia dinyatakan dalam upacara pertukaran fail selepas menandatangani MoU antara UTHM dengan Fatman Group Sdn Bhd di Pasir Puteh di Pasir Puteh, Kelantan (Sila lihat foto disebelah). Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Johor menerima dana RM250,000 sumbangan Fatman Group Sdn. Bhd. (Fatman) bagi melakukan penyelidikan terperinci berkaitan ekstrak halia hitam dan peria katak sebagai makanan kesihatan. Provos UTHM Kampus Pagoh iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamarulzaki Mustafa nyatakan kerjasama pelajar bersama penyelidik Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) itu turut melibatkan penerbitan kedua-dua belah pihak. Projek penyelidikan tersebut difokuskan kepada pokok halia hitam atau nama botaninya, Kaempferi parviflora dan peria katak atau Momordica charantia yang merupakan herba warisan negara namun masih kekurangan data kajian. Halia hitam digunakan secara tradisional sebagai ubat rangsangan lelaki, selain menjadi penambah tenaga serta merawat penyakit kronik tanpa kesan sampingan manakala peria katak dikatakan dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dalam kalangan pesakit diabetes. Namun tiada lagi kajian mendalam berkaitan fungsi ekstraknya itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana sumbangan dan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Fatman Group Sdn. Bhd. dengan UTHM di sini semalam. Yang turut hadir, Pengarah Bersama Fatman Group Sdn. Bhd., Azman Mohamad dan Ahmad Fathi Muhamad Hanafi, Dekan FAST, Prof. Dr. Hashim Saim dan ketua projek penyelidikan, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar.  Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERIA KATAK... IA PAHIT RASANYA...
ADA DIJUAL... DIMANA-MANA SAHAJA...
DIJADIKAN ULAM... ENAKKAH RASA...
BERKHASIAT... BETUL MEMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 1, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 JamadilAwal 1445H).

Monday, February 26, 2024

PERIA KATAK - INFO SANA SINI (Part 3)

TANAMAN PERIA KATAK
(Momordica charantia) dari order Cucurbitaceae atau 'Bitter Gourd' adalah sejenis tanaman yang menjalar dimana kini ia semakin mempunyai permintaan yang baik terutama digunakan sebagai ulaman untuk pesakit diabetes oleh dikalangan masyarakat tempatan. Peria katak berbeza dengan peria biasa dengan ciri-ciri pada kulit yang mengerutu dan berwarna hajau gelap. Peria katak asli (tumbuh liar) ada penulis blog jumpa ia tumbuh dikawasan yang mendapat sinaran matahari dan mengeluarkan buah yang kecil dengan buahnya berwarna hijau gelap serta sedikit kecil saiznya. Jenis Peria Katak Komersial pada masa ini ditanam selalu menggunakan benih hybrid seperti Jenis Taiwan No 321 atau Hup Nong yang lebih komersial. Peria Katak di tanam diatas batas yang di bubuh lapisan plastik silvershine jika ditanam secara konvensional akan tetapi kini ia sudah banyak ditanam secara fertigasi. Batas tanaman konvensional lazimnya ia disediakan perlu digaul dengan baja organik (lazimnya tahi ayam) dengan kadar 2 tan satu hektar. Bubuh 2 biji benih setiap lubang dan jarak penanaman sebaris sejauh 1.5 meter dalam barisan. Kalau terlalu rapat maka penghasilan adalah tinggi tetapi pokok cepat mati berbanding jika ditanam dengan jarak lebih jauh. Baja vegetatif NPK 15:15:15 dan baja organik tahi ayam dibubuh peringkat awal penanaman. Baja buah jenis diberikan dengan baja NPK 12:12:17:2 mengikut kadar disyorkan. Penyiraman dijalankan 2 kali sehari dan kerja-kerja kawalan rumpai dijalankan. Kawalan rumpai dengan cara manual (menajak , mencabut) atau gunakan racun kimia secara terkawal. Perbezaan antara peria katak dengan peria biasa ialah peria katak dikawasan terpencil tidak perlu dibalut. Kajian penulis jika kawasan tersebut "isolated" daripada kawasan tanaman sayur jenis cucurbitaceae yang lain lebih baik. Bagaimanapun pastikan yang Lalat Buah (Daucus spp) sentiasa dipantau selalu akan kehadirannya. Bagaimana pun pada masa ini ramai petani mengubah penanaman peria katak secara sistem fertigasi dengan para yang kukuh. Amalan agronomi penanaman peria katak secara fertigasi sama dengan teknologi penanaman sayuran buah yang lain. Buah Peria Katak yang matang dituai menggunakan pisau tajam dan di kumpulkan mengikut gred. Antara perosak tanaman peria katak ialah Ulat Pengorek Buah, Lalat Buah dan boleh di kawal jika kadar serangan tidak serious dengan perangkap methyl eugenol. Terdapat kes-kes serangan Penyakit Layu Bakteria (Penyebab Fusarium spp) merupakan masaalah utama peria katak. Petani mungkin tidak dapat hasil jika serangan layu fusarium berlaku pada peringkat awal. Kawalan rumpai hanya pada peringkat awal penanaman dan tidak menjadi masaalah jika pokok telah mula ia menutupi keseluruhan kanopi. Harga sayur peria katak boleh dikatakan stabil akan tetapi jumlah permintaan tidak tinggi berbanding dengan jenis syur peria biasa di pasaran diman peria katak hanya dibeli oleh orang tertentu sahaja kerana ia pahit berbanding dengan peria biasa yang manis. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 7,792 mengenai peria katak yang viral disana sini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Banyak sudah laporan testimoni disana sini yang menyatakan bahawa p
eria katak mempunyai khasiat alternatif bagi merawat masaalah kepada Kencing Manis.  Peria Katak atau nama saintifiknya Momordica charantia adalah ramuan utama dalam produk Kapsul Peria Anugerah iaitu salah satu produk tempatan yang juga  merupakan herba tradisional yang mampu merawat penyakit kencing manis (diabetes). Dalam testimoni yang penulis blog rujuk dimana Pengamal Perubatan Dalam Herba Tradisional iaitu Dr Abdul Ghani Hussain berkata khasiat peria katak mengandungi bahan semula jadi 'phyto-insulin' yang berupaya mengurangkan paras gula dalam darah. Dakwanya herba tradisional Melayu banyak khasiatnya dimana kalau dikaji dengan lebih mendalam maka semua akan terkejut dengan manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada herba tersebut tinggalan nenek moyang kita. Sebagai contoh, peria katak. Ia adalah penawar kepada penyakit kencing manis di kalangan masyarakat Melayu setelah sekian lama dakwanya  pada majlis pelancaran Kapsul Peria Anugerah dimana peria katak juga berkhasiat mengurangkan masalah obesiti kerana penyakit itu sering dikaitkan dengan masalah gula berlebihan di dalam badan. kalau orang luar sudah mula nampak kehebatan peria katak ini  sepatutnya ada usahawan di Malaysia yang mengambil peluang untuk mengkaji dan mengamalkan penggunaan khasiat ini sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kencing manis. Dinyatakan kehebatan peria katak dalam memulihkan penyakit kencig manis secara semula jadi turut diperakui Pengerusi Herba Perubatan Tradisional Universiti Oxford, United Kingdom, Gerard Bodeker. Bodeker berkata selain mengandungi 'phyto-insulin', peria katak juga menghasilkan Vacin, Charantin dan Polypeptide-P yang bertindak sebagai anti-diabetik untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Selain mempunyai sifat anti-diabetik, peria katak juga kaya dengan potassium yang bertindak balas dengan sodium (garam) di dalam badan/ Garam adalah salah satu punca tekanan darah tinggi yang juga antara pembunuh dalam senyap di kalangan masyarakat pada hari ini. Kapsul Anugerah yang dihasilkan berasaskan kombinasi herba tradisional dan perubatan moden ini menggabungkan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa Syifa sebagai ikhtiar dan tawakal dalam usaha untuk memulihkan kesihatan. Kapsul ini hanya berharga RM58 sebotol dimana ia dilaporkan boleh didapati dari pengedar sah dan kedai toko kesihatan kecantikan diseluruh negara.


Dalam portal bh.com ada kisah menarik bertajuk '
Manisnya peria katak miliki 1,001 manfaat kesihatan' apabila dilaporkan peria mengandungi komponen momordicin glikosida bukan toksik yang memberikan kepahitan dan bermanfaat untuk kesihatan. Pembaca blog semua jangan salah telahan domana buah peria katak atau nama saintifiknya Momordica charantia sememangnya pahit namun ada 'manisnya' kerana mempunyai 1,001 manfaat kesihatan. Apa pun merujuk perubatan Ayurveda India dimana peria katak dianggap sebagai sejenis 'insulin tumbuhan' yang dikatakan ia disyorkan untuk pesakit kencing manis. Dinegara Filipina pula apa yang penulis blog pernah ujirasa dimana teh peria katak digunakan untuk mengawal diabetes bagi orang miskin yang tidak mampu mendapatkan perubatan. Apa pun disebalik pahit peria ini ia kaya dengan vitamin C dimana ada kelebihan lain boleh membantu dalam pencegahan penyakit, kesihatan tulang dan penyembuhan luka. Selain ia tinggi dengan vitamin A untuk membantu meningkatkan kesihatan kulit dan penglihatan. Tambahan pula dilaporkan ia rendah kalori dan tinggi serat, selain lapan peratus daripada keperluan serat harian dalam satu hidangan. Mengenai dengan beberapa jenis peria sememang ada beberapa jenis iaitu varian Cina dan India adalah yang paling biasa. Kulit jenis peria Cina berkedut dan menyerupai timun hijau pucat dan dibezakan peria India dimana permukaannya dilitupi dengan rabung yang tajam dan bersudut dan mempunyai hujungnya sempit dan tirus. Kenapa rasanya pahit? dimana ia adalah disebabkan buah peria mengandungi momordicin glikosida bukan toksik yang memberikan kepahitan dan bermanfaat untuk kesihatan. Peria dikatakan rasa pahit itu baik untuk perut. Ini kerana pengambilan peria mengaktifkan perut untuk merembeskan enzim pencernaan dan melegakan sakit perut disebabkan makan berlebihan. Ia sesuai dimakan kerana ia adalah tinggi dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Ia mengandungi nutrien seperti zat besi, kalium, dan vitamin A dan C. Ia juga mengandungi dua kali ganda kalsium yang terdapat dalam bayam dan dua kali ganda beta-karotena yang terdapat dalam brokoli. Ia mengandungi sejumlah antioksidan dan sebatian antiradang. Walaupun mengandungi pelbagai khasiat penting, peria adalah sayuran yang sering dielakkan kerana rasa pahitnya. Menurut kajian, ia mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi berbanding labu dan timun kerana kandungan mineral dan vitamin yang tinggi. Apa pun khasiat peria selain penampilannya yang unik dimana peria mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Ini termasuk ia akan mengurangkan gula darah dan sesuai digunakan untuk merawat diabetes sejak sekian lama. Beberapa kajian dijalankan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membuktikan kepentingannya dalam pengawalan gula darah. Peria sepatutnya memperbaiki gula digunakan dalam sel dan meningkatkan rembesan insulin iaitu sejenis hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal paras gula dalam darah.  Bagaimanapun, penyelidikan terhad dan diperlukan untuk menentukan bagaimana peria mempengaruhi paras gula darah. 


Dilaporkan peria m
ungkin boleh melawan kanser dimana hasil kajian ia mengandungi bahan kimia yang mempunyai kesan antikanser. Kajian dijalankan di makmal mendedahkan ekstrak labu pahit berkesan membunuh sel-sel penyebab kanser dalam perut, kolon, paru-paru dan nasofaring, kawasan hidung dan tekak. Peria didakwa ia boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol. Hasil dari beberapa kajian menunjukkan paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan plak lemak terbentuk dalam arteri, menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Faedah peria didapati dalam paras magnesium, kalsium dan kalium yang tinggi, membantu menurunkan paras kolesterol jahat dan lipoprotein dengan berketumpatan tinggi (LDL) sambil mengekalkan paras HDL yang baik. Berkaitan dimana peria mampu kurangkan berat badan boleh dilakukan dengan memasukkan peria ke dalam diet anda boleh membantu dalam mengurangkan berat badan. Ini kerana ia rendah kalori dan tinggi serat. Serat dalam peria bergerak perlahan melalui saluran penghadaman, membuatkan anda kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar dan selera makan. Oleh itu dengan menggantikan item berkalori tinggi dengan peria boleh membantu anda meningkatkan pengambilan serat sambil mengurangkan kalori untuk menggalakkan penurunan berat badan. memang didakwa dimana peria adalah baik untuk kulit dan rambut sebab ia ada sumber yang kaya dengan antioksidan dan vitamin A dan C. Ia membantu mengurangkan jerawat dan cela kulit. Juga membantu menyembuhkan beberapa jangkitan kulit seperti kurap, psoriasis dan gatal-gatal. Jusnya juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur, rambut gugur hujung rambut bercabang. Peria didakwa baik untuk kesihatan mata dan tulang kerana peria yang tinggi dengan nutrien baik seperti magnesium, kalsium, fosforus dan ia membantu meningkatkan kesihatan tulang iaitu secara keseluruhan dan memudahkan pertumbuhan jisim tulang. Sifat antiradang ditunjukkan untuk membantu dengan gangguan sendi. Vitamin A, salah satu daripada banyak vitamin dan mineral yang terdapat dalam sayur-sayuran meningkatkan penglihatan dan mencegah masalah mata. Memang kebanyakan jenis sayur adalah ia memperbaiki sistem penghadaman dan dapat membantu dalam penghapusan radikal bebas berbahaya daripada sistem pencernaan. Tambahan pula peria sebagai sayuran beralkali dimana ia akan mengeluarkan asid berlebihan dari perut, memberikan kelegaan segera semasa refluks asid dan meningkatkan. 


Terkini penyediaan makanan peria dan peria katak semakin bagus dengan adanya produk Peria Katak Goreng sebagai snek yang enak dimakan dan berkhasiat. Apa pun peria katak sangat sinonim dengan rasa pahit yang sangat kuat dan ia adalah paling pahit dikalangan sayuran dan buahan lain. Petua orang dahulu dimana mereka selalu ada yang menggunakan peria katak ini untuk penyakit kencing manis yang mana ia dipercayai rasa pahit yang kuat itu adalah penawar bagi kencing manis. Pada penulis blog memang amat simpel untuk menyediakan produk peria goreng kerana ia mudah dan sedap. Cara untuk menyediakan peria katak ini boleh dibuat oleh mereka yang berminat dan tidak kira untuk pesakit kencing manis atau untuk dimakan demi kesihatan. Mudah untuk memahami resepi peria katak goreng tepung rangup dengan gunakan bahan-bahan 2 biji peria katak bersaiz sederhana, 2 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar tepung beras, 1 sudu besar tepung jagung, 1 sudu teh serbuk kari, garam secukup rasa dan juga 1 biji telur. Apa pun cara-cara menyediakan dengan menghiris nipis peria katak. Kemudian cuci bersih, tos dan keringkan dengan kain sesuai dan di dalam mangkuk lain boleh di satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk kari dan garam, gaulkan sehingga rata. Kemudian di dalam mangkuk lain dipecahkan telur sebiji dan kacau hingga rata. Seterusnya diambil peria yang sudah dikeringkan, golekkan ke dalam tepung, kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekali ke dalam tepung semula. Ini untuk mendapatkan rasa yang rangup. Setelah minyak dikuali dudah panas maka digorengkan peria yang sudah disalut tadi. Masak sehingga kekuningan dangkat dan di toskan. Enak dimakan semasa suam panas dan sebaiknya ia disimpan dalam bekas yang kedap udara. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERIA KATAK... PAHIT RASANYA...
ADA DIJUAL... DIMANA SAHAJA...
DIJADIKAN ULAM... ENAKKAH DIA...
BERKHASIAT... BETUL CARA AMBILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 1, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 JamadilAwal 1445H).

Sunday, February 25, 2024

RAHSIA TANAM BAWANG PUTIH

APAKAH DIA RAHSIA MENANAM BAWANG PUTIH
(Allium sativum) sehingga bolh dii tuai sendiri?. Pada penulis blog dimana Bawang Putih atau Garlic ini merupakan satu aktiviti yang agak mudah dilakukan sama ada ditanam dikebun biasa atau pun didalam bekas disekeliling rumah. Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang yang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang daun dan kucai. Bawang putih apa yang penulis blog lihat memang ada ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu sebagai ramuan masakan dan juga ada dijadikan untuk perubatan dan komestik. Bawang putih agak mudah dikenali umbisinya kerana ia berwarna putih kulitnya. Tumbuhan yang mempunyai daun yang panjang dan juga bebawang yang berada dalam tanah yang cetek mudah dihasilkan dengan teknik tanaman yang betul. Ia berbeza dengan bawang besar yang selalunya hanya mempunyai sebiji bebawang tetapi bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang. Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afghanistan dan Pakistan dimana sudah dibiakbaka menjadi pelbagai jenis daripada pokok liar. Penulis blog merujuk rekod di Jabatan Pertanian Malaysia dimana tiada maklumat mengenai wujud tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia sejal lama dulu adalah seperti negara China dengan 10.5 juta metrik tan setahun (kira-kira 77% penghasilan dunia) dan ia diikuti oleh negara India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Sejak dulu memang Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih untuk kegunaan domestik. Asasnya bawang putih ialah tanaman semusim yang mempunyai ciri-ciri morfologi sama seperti sayuran Allium yang lain iaitu mempunyai bebawang, daun terubah, berakar cetek serta mempu mengeluarkan bau yang kurang enak semasa segar. Bawang putih ditanam sepanjang tahun sama ada musim bunga, musim panas, musim luruh dan juga musim sejuk. Bagi penanaman komersil dinegara pengeluar umumnya benih bawang putih yang telah dipilih dimasukkan sedalam 1 cm di dalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Dilaporkan dimana memang tidak banyak serangan serangga perosak dan penyakit kepada tanaman bawang putih kecuali serangan oleh cacing nematod dan penyakit akar putih. Serangga perosa yang menganggu hanya seperti Kutu trip dan hamama. Kawalan menggunakan minyak putih lebih berkesan dimana sebaiknya penanaman bawang putih memerlukan baja organik yang banyak. Umumnya ada terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di negara pengeluar utama iaitu varieti bawang putih tangkai keras dan tangkai lembut. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim sejuk manakala jenis tangkai lembut sesuai ditanam pada musim panas dan kawasan yang mana ia berhampiran dengan khatulistiwa. Bebawang bawang putih mengeluarkan bau yang kuat ketika dimasak dan memberikan rasa yang enak dalam masakan. Penuaian sering dijalankan apabila daun mulai kering dan dicabut menggunakan tangan. Tanah yang tertinggal pada akar dibuang dengan tangan dan kemudian setiap rumpun diikat untuk dijemur. Bawang putih komersial selalunya akan dibuat penggredan dengan 10 kg seikat mengikut saiz iaitu kecil, sederhana dan besar. Apa pun potensi dan anggaran hasil bawang putih ialah antara 6 - 8 metrik tan satu hektar bagi kebun komersil. Penyimpanan bawang putih sangat penting untuk memastikan bawang berada dalam keadaan rehat (dorman) untuk suatu tempoh tertentu dengan suhu lebih dari 18 °C dan di kawasan yang berkelembapan udara rendah. Dilihat dimana pada masa biasa (musim panas) bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani secara tradisional. Bawang putih dilaporkan memang ia tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana kelembapan udara yang tinggi boleh mempercepatkan penguraian bawang putih oleh bakteria dan bawang menjadi rosak. Artikel subuh ini di Melaka dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa rahsia penanaman bawang putih untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca blog setia.


Memang agak jarang dilihat kalangan petani menanam bawang putih di Malaysia secara komersial dilakukan. Ini kerana bawang putih yang ada di jual di Malaysia dimana kebanyakannya adalah diimport. Bagaimana pun ada beberapa tips atau rahsia untuk m
enanam bawang putih  sendiri sentiasa menarik. Bawang Putih sebenarnya memberikan rasa pedas jika dimakan segar dan dalam masakan ia menambah rasa enak kepada banyak resipi dimana memang menyihatkan. Bawang putih adalah salah satu daripada beberapa tanaman yang boleh ditanam sendiri jika ada minat. Cara m
enghasilkan bawang putih segar di rumah dilakukan sebagai salah satu dari kegiatan yang boleh memuaskan dan menjimatkan belanja dapur. Apalagi jika sesiapa yang berminat ini ingin mendapatkan hasil yang cepat dengan belbagai cara termasuk kaedah yang akan di bentangkan dalam artikel ini. Apa yang penting pembaca blog sudah mempunyai pengetahuan asas bagaimana untuk menanam bawang putih dirumah dengan baik. Dilaporkan dimana dengan menanam guna cara ini dimana benih bawang putih yang sudah siap disemai dalam 2 hari sahaja sudah sedia ditanam dan diperbanyakannya umbidi dalam polybag dalam  masa14 hari sahaja. Sebaiknya dapatkan benih bawang putih daripada kedai atau mana-mana sumber belilah yang berkualiti baik. Walau pun ada yang dakwa bawang putih yang dijual kurang elok untuk dijadikan benih akan tetapi [emilihan dari pembekal yang sesuai dengan meeliiti ciri-ciri kesesuaian untuk dijadikan benih perlu dilakukan. Keperluan menanam bawang putih lain di rumah termasuk Bahan Benih, Polibeg, Tanah atau media tanaman, Bekas SemaianTray), Sumber air dan kawasan sesuai yang menerima sinaran matahari. Sediakan polibeg dengan zsaiz berukuran sedang hingga besar untuk menanam bawang putih dimana sebaiknya jenis yang tebal. Media tanaman pula boleh gunakan tanah campuran yang subur dan campuran kompos atau cocopeat untuk mengisi polibeg. Dalam pada itu dulang semaian juga perlu disediakan untuk tujuan menyemai benih bawang putih. Kenalpasti lokasi untuk menyusun polibeg tanaman bawang putih yang sesuai dimana pastika akan menerima cahaya matahari yang banyak.


Perlu dapatkan benih bawang putih yang berkualiti dan vigorous untuk kemudian ia mendapatkan pertumbuhan terbaik. Benih yang diipih perlu di pisahkan setiap umbisi sebelum menyemai di dulan semaian. Kerja awalan yang perlu dilakukan adalah dengan kerja mnemisahkan siung-siung bawang putih dari umbinya. Kemudian siung ini perlu diletakkan dalam bekas semaian (tray) dimana ia perlu disiram dengan sedikit air dan dulang semaian ini disyorkan untuk diletakkan di tempat yang terkena sinaran matahari langsung. Jika benih baik dan di pilih dengan teliti lazimnya siung-siung bawang putih tersebut akan tumbuh dengan mengeluarkan akar dan tunas dalam 2 hari. Dalam masa sama polibeg tanaman perlu disediakan dengan mengisi campuran tanah atau kompos atau cocopeat sesuai yang subur hingga setengah penuh. Sebaiknya di tambahkan baja organik yang sesuai. Pastikan ada dibuat lubang kecil di bahagian bawah dan tepi bawah tanah polibeg untuk mempastikan air akan keluar jika disiram. Buatkan lubang kecil di tengah permukaan tanag polibeg untuk tujuan menanam benih bawang putih yang sudah tumbuh akarnya. Lazimya benih bawang putih yang disemai selama 3 hari akan berakar dan ia sudah siap untuk ditanam dalam lubang yang disediakan dalam polibeg. Disyorkan agar jarak antara benih tersebut sesuai sehingga kelak tanaman bawang putih ini boleh tumbuh dengan baik. Perlu disiram dengan rutin agar kelempapan tanah dalam keadaan sesuai untuk proses pertumbuhan awal (tetapi jangan sampai terlalu banyak air). Periksa setiap polibeg agar diletakkan di lokasi sesuai dengan mendapat cukup cahaya matahari. Jika hujan pula periksa agar tidak ada benih bawang putih yang tenggelam atau terendam dalam air untuk jangkamasa lama kerana ia akan busuk. Sentia periksa jika ada tanda serangan oleh serangga perosak dan penyakit. Hasil beberapa kajian dilaporkan penuaian hail menanam bawang putih dengan cara ini boleh dibuat selepas 14 hari menanam. Mula-mula digali dengan hati-hati bawang putih ini dalam polibeg bertujuan untuk mengelakkan ia merosakkan umbi. Kemudian dibiarkan umbi bawang putih tersebut mengering sebelum digunakan.


Pada 3 Febuari 2024 akhbar Berita Harian laporkan perkara berkaitan 'Hasil bawang tempatan dijangka mula dituai 2026' yang berkaitan dengan tulisan kali ini. BH laporkan dimana usaha penanaman bawang di negara ini dijangka berupaya memenuhi keperluan 30% daripada jumlah permintaan tempatan apabila tanaman itu mengeluarkan hasil besar-besaran mulai 2026 atau 2027. Dilaporkan pada masa ini, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang sedang melakukan projek menggandakan tanaman itu. Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi berkata dimana setiap hektar tanaman bawang mampu menghasilkan sehingga 200,000 pokok dan penanamannya boleh dilakukan tiga kali setahun. Dalam cara memenuhi matlamat pengurangan import sebanyak 30% maka pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan seluas 1,447 hektar kawasan penanaman setahun. Setiap penanaman bawang mengambil masa 65 hari dimana sudah dimulakan projek upskilling tanaman ini di kawasan seluas satu hektar yang terletak di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak. Jabatan Pertanian bersama agensi lain di bawah KPKM akan melaksanakan pemantauan agronomi tanaman termasuk pembajaan, sistem pengairan, kawalan penyakit dan perosak dan kesesuaian mekanisasi ladang. Selain pemerhatian intensif dimana peluasan penanaman kawasan baharu akan dilakukan di seluruh negara dan penyampaian teknologi penanaman ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. MARDI diarah memantau rapat pertumbuhan dan pengeluaran Bawang Merah MARDI BAW-1 bagi memenuhi matlamat pengurangan import bawang (Tidak pula disebut varieti Bawang Putih pula). Data yang akan diperolehi kelak dilaporkan mampu membantu kementerian merangka pelan penanaman bawang merah tempatan secara besar-besaran. Penyelidikan yang dijalankan pada tahun lalu menghasilkan tiga jenis bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3. Kini krisis bekalan bawang yang berlaku pada 2020 akibat bencana banjir besar di India menyebabkan kenaikan harga bawang di pasaran lebih 30% daripada RM6 kepada RM8 sekilogram. Selain fasa untuk upskilling dilaporkan pada masa sama MARDI sedang menjalankan penyelidikan lanjutan bagi memastikan biji benih dihasilkan berkualiti supaya projek penanaman bawang negara ini berjaya. Malaysia mempunyai daya tarikan aspek gastronomi unik dan kepelbagaian makanan di negara ini memerlukan bawang sebagai ramuan penting masakan. Tanaman Bawang dilihat sebagai komoditi yang strategik untuk dibangunkan dan selama ini negara kita tidak menghasilkan bawang tetapi mengimport sepenuhnya dari India, Belanda dan Thailand. Pada 2022 sahaja, jumlah import bawang adalah 685,400 tan dengan nilai RM1.58 bilion. Apa pun krisis bekalan bawang pada 2020 akibat bencana banjir besar di India mengakibatkan kenaikan harga jualan bawang sebanyak tiga kali ganda. Pada tahun 2023 dilaporkan dimana India menaikkan duti eksport bawang sebanyak 40%. Pada Disember l2023 India mengumumkan sekatan eksport bawang yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2024. Faktor tersebut dilaporkan di India yang menyebabkan harga bawang import ini meningkat sehingga 105%. Perlu dijalankan kajian adaptasi penanaman bawang merah bagi pengeluaran dan penghasilan tempatan melalui penghasilan tiga jenis bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3. Peranan MARDI dan Jabatan Pertanian bertanggungjawab melaksanakan inisiatif dalam penanaman bawang pada skala besar melalui kolabrasi dan usaha sama strategik bersama kerajaan negeri dan usahawan yang berpotensi di kawasan bersesuaian. Penanaman bagi bawang bergantung kepada cuaca dimana masa penuaiannya memerlukan cuaca kering untuk mengelakkan umbisi bawang rosak. Hasil penyelidikan MARDI mendapati bawang sesuai ditanam di kawasan jenis tanah bris iaitu tanah saliran (beach ridges interspersed with swales), tanah pasir dan tanah mineral. Sebagai permulaan dikenalpasti kawasan perintis bawang dilaksanakan di Kampung Ladang Bikam dalam keluasan tiga hektar. Masa ini penanaman bawang masih ia dilakukan menggunakan biji benih selain daripada umbisi. Semuga artikel ini memberi sedikit info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
BAWANG PUTIH... 'GARLIC' ITU SAMA...
DALAM MASAKKAN... BANYAK GUNA...
MALAYSIA IMPORT... BANYAK JUMLAHNYA...
PERLU DI TANAM... STRATEGI PERLU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Rejab 1445H).

Saturday, February 24, 2024

POKOK DAN BUAH BERUAS - APA DIA?

POKOK BERUAS (Garcinia hombroniana) adalah sejenis tumbuhan yang berbuah dalam kategori Buah Nadir yang mana ia selalu terdapat di hutan Malaysia serta beberapa negara-negara ASEAN yang lain. Apa yang penulis blog tahu dimana kebetulan ada tempat bernama Beruas yang terletak di Negeri Perak yang dipercayai oleh pakar sejarah dimana nama ini berasal dari pokok Beruas. Pekan Beruas ini berasal daripada satu kawasan yang bernama Belukar Sambang dimana dilaporkan ia adalah terdiri daripada satu kawasan yang dinamakan Kampung Kilang. Dilaporkan dimana akibat dari pembinaan Pekan Beruas maka kemudian Kampung Kilang telah terbahagi dua dimana satu kamppong adalah menghala ke Jalan Taiping dan satu lagi kampong adalah yang menuju Ulu Beruas. Dalam pada itu merujuk kepada beberapa sumber dimana pokok beruas juga dikenali sebagai 'Manggis hutan' atau 'Luli' yang mana ia merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan-hutan pesisiran tanah besar Asia Tenggara termasuk di Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam. Memang tidak ramai genesari sekarang pernah melihat atau kenal akan pokok beruas kerana semakin jarang di jumpai. Apa pun pokok ini jenis tumbuhan berkayu dengan jenis malar hijau yang boleh tumbuh setinggi 18 meter dalam keadaan liar. Pokoknya mempunyai bentuk bahgaian daun bujur mudah yang berkulit tebal serta tersusun secara bertentangan. Selalunya daun pokok beruas ini berdiamensi antara 6.5 15.5 cm panjang dan 3.5 - 7.6 cm lebar dengan warna hijau gelap. Dalam pada itu bunga jantan dan betina ia berputik secara berasingan di mana pendebungaan dilakukan dengan agen serangga. Tekstur bunga ini mempunyai empat kelopak tampak berwarna merah jambu di bahagian luar dan kuning air pucat di dalam. Buah Beruas berbentuk bulat yang berukuran 5 cm lebar dengan kulit pauh serat berwarna merah mawar apabila masak. Selalunya buah beruas mengeluarkan bau seperti epal serta memberi rasa agak masam berbanding buah manggis. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat mengenai apakah dia pokok dan buah beruas untuk dijadikan bahan rujukkan  semua.


Dilaporkan agak sukar untuk melihat pokok beruas kerana pokok ini tidak di komersilkan oleh petani walau pun di Negeri Perak sendiri. Penulis blog beberapa kali dapat melihat pokok beruas di tanam di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian Perak dan juga di Taman Botani Putrajaya. Laporan nilai ekonomi tumbuhan ini pun penulis blog belum pernah dapat jumpa begitu juga degan laporan hasil penyelidikan. Apa pun pernah terbaca laporan dimana bahagian akar dan daunnya pernah ia dimanfaatkan dalam kaedah perubatan tradisional kerana dipercayai mampu melegakan masaalah gatal-gatal. Bagaimana pun tidak ada sebarang testimoni dapat dirujuk mengenai perkara ini. Dalam merujuk laporan dari Perak ada dinyatakan dimana pokok ini diberi nama kepada sebuah pekan iaitu Pekan Beruas yang berkaitan dengan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Melayu Beruas dimana ia ada dikisahkan di dalam Muzium Beruas. Pusat kerajaan yang paling awal diketahui ini terletak di negeri Perak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (menjadi darah Manjung pada hari ini). Dalam muzeum tersebut dinyatakan dimana pokok beruas atau manggis hutan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia dan negara ASEAN lain. Pokok beruas mudah hidup di tanah berpasir dan berbatu dimana ia memang ada banyak terdapat di pantai timur Semenanjung termasuk di negeri Pahang, Terengganu serta Kelantan. Ramai yang juga dakwa sekilas pandang dimana pokok beruas seakan-akan sama dengan pokok manggis akan tetapi getahnya berwarna putih, bunga dan buahnya lebih kecil daripada buah manggis. Selalunya buah beruas yang sudah matang kelihatan seperti buah manggis kecuali isinya berwarna kuning, nipis dan masam. Bagaimana pun kenas awas kerana getahnya boleh memabukkan jika termakan. Buah beruas juga mempunyai nilai perubatan tradisional yang tersendiri walau pun tidak dijelaskan secara saintifik. Bagaimana pun dilaporkan buah beras ini selain dari sedap dimakan segar isinya yang nipis, beraroma serta rasa masam itu dimana ia juga boleh diproses dan dijadikan jus dan agar-agar. Buah Beruas juga didakwa ia mempunyai nilai perubatan tradisional yang tersendiri.  


Dalam laporan oleh hmetro.com ada artikel bertajuk 'Buah beruas masam tapi sedap' dimana sesuai dijadikan bahan rujukkan. Pokok beruas atau manggis hutan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia dan negara ASEAN lain. Akhbar tersebut laporkan dimana pokok beruas ini mudah hidup di tanah berpasir dan berbatu. Banyak terdapat di pantai timur Semenanjung iaitu seperti di Pahang, Terengganu serta Kelantan. Ia berbunga dan berbuah, tapi tidak mengikut musim. Kadang-kadang pada pokok yang sama terdapat bunga dan buah yang sudah masak. Pokok beruas membiak secara semula jadi iaitu dengan bijinya. Pokoknya bersaiz kecil dan mencapai ketinggian 4 hingga 6 meter (m). Batang pokok ini lurus tegak dengan dahan yang banyak bercabang. Kulit batangnya berwarna kelabu dan tanggal seperti kepingan nipis berbentuk bujur memanjang.  Pokok beruas seakan-akan sama dengan pokok manggis, tetapi getahnya berwarna putih, bunga dan buahnya lebih kecil daripada buah manggis. Buah beruas berbentuk bulat iaitu lebarnya berukuran hingga 5 sentimeter (cm). Buahnya berwarna merah atau jingga cerah. Buah yang sudah matang kelihatan seperti buah manggis kecuali isinya berwarna kuning, nipis dan masam, namun sedap dimakan. Ia sedap dimakan segar. Isinya yang nipis, beraroma dan masam juga boleh diproses untuk dijadikan jus serta agar-agar. Buah beruas juga mempunyai nilai perubatan tradisional yang tersendiri. Bahagian yang digunakan ialah buah, akar dan daun. Nama pekan Beruas, Perak diambil daripada nama pokok ini. Pekan Beruas pada awalnya bermula dari satu kawasan bernama Belukar Sambang.


Dalam bharian.com pula di laporkan bagaimana 'Kelebihan buahan nadir kurang didedahkan' ada kaitan dengan pokok beruas. Mungkin anda selalu mendengar kiasan orang lama seperti 'sayang-sayang buah kepayang, dimakan pahit, dibuang sayang' tetapi berapa ramai yang pernah melihat atau mengetahui kegunaan buah berkenaan.  Buah kepayang adalah satu tumbuhan yang dimasukkan dalam kategori pokok nadir yang bermaksud spesies tumbuhan yang hanya tinggal sedikit atau kini jarang ditemui. Apa pun dalam erti kata lain, pokok nadir ini jarang dijumpai dan kelebihannya juga tidak didedahkan kerana baunya yang kurang menyenangkan, rasa yang sangat kuat dan sedikit masam membuatkan ia kurang digemari masyarakat. Para pengumpul tumbuhan nadir di Taman Botani Putrajaya Mohd Nor dakwa buah kepayang banyak digunakan dalam masakan manakala daunnya digunakan sebagai penghalau serangga. Dari segi penyediaan pula ia perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya apabila dimakan, ia tidak memudaratkan atau mengakibatkan kesan sampingan seperti pening kepala. Jika di Sarawak, buah kepayang ini dihiris dan dibiarkan pada air mengalir semalaman untuk membuang racun yang ada pada buah berkenaan. Selepas racunnya hilang, barulah buah ini digoreng dan rasanya sama seperti ubi manakala di Melaka pula, kaum baba dan nyonya menggunakan biji buah kepayang ini dalam masakan mereka seperti asam pedas sebagai penambah perisa. Daunnya pula digunakan untuk menghalau serangga. Dulu kita tidak mempunyai peti ais untuk menyimpan makanan. Jadi, ikan yang sudah dikeringkan atau disalai akan dibungkus menggunakan daun kepayang kerana serangga tidak akan mendekati makanan yang dibalut menggunakan daun kepayang. Taman Botani Putrajaya mempunyai koleksi buahan nadir yang lengkap di negara ini, yang mengambil masa hampir 10 tahun untuk mengutip setiap biji benih spesies pokok berkenaan. Dari utara hingga selatan dan masuk ke segenap pelosok kampung semata-mata bagi mendapatkan biji benih pokok nadir tertentu untuk disemai di sini. Mereka turut mencari biji pokok nadir ini di Sabah dan Sarawak, malangnya pokok yang disemai tidak berbuah, berkemungkinan besar berpunca daripada persekitaran yang berlainan. Antara pokok nadir yang terdapat di Taman Botani Putrajaya ialah tampoi, belimbing, pokok riang, riang dot, buah mentega, buah bidara, mempisang, gajah beranak, rokam dan kerkup. Dari segi khasiat dia tidak berani untuk mengesahkan, tapi jika dilihat pada zaman dulu pokok gajah beranak ini ada juga digunakan sebagai ubat selepas bersalin bagi memulihkan rahim. Salah satu yang ada termasuk Buah Beruas iaitu salah satu tumbuhan di bawah kategori buah nadir yang terdapat di Taman Botani Putrajaya. Bagaimana pun kebanyakan buahan nadir ini boleh dimakan, ada yang makan bersama kuah rojak atau diletakkan dalam sambal belacan kerana rasanya yang masam. Selain buah kepayang, penulis turut berpeluang melihat dan merasa buah mentega yang juga dikenali sebagai 'Velvet Apple' kerana permukaan kulitnya seperti baldu. Kalau pada mulanya, bau yang keluar dari buah mentega itu kurang menyenangkan, seolah-olah ia sudah busuk tetapi apabila dimakan, rasanya agak manis dan sedikit berlemak. Buah mentega itu juga didakwa mempunyai manfaat tersendiri iaitu mujarab untuk mengelakkan mata daripada rabun dan penyakit selaput mata. Dilaporkan buah mentega juga baik untuk sistem pencernaan kerana kandungan serat yang tinggi di dalamnya dapat menyembuhkan sembelit. Bagi mereka yang mengalami kekurangan darah atau anemia, buah mentega sesuai untuk dimakan kerana kandungan zat besi di dalam buah itu dapat mengatasi masalah berkenaan. Bagi mereka yang sukakan kecantikan, buah mentega dapat membantu menghalus dan mencerahkan kulit secara semula jadi serta melambatkan proses penuaan. Buah Nadir Asam Gelugur selalu dijadikan kepingan yang dikeringkan dapat mengurangkan berat badan, mengatasi obesiti dan menurunkan tahap kolestrol. Jus daunnya boleh diminum untuk mencuci bahagian peranakan serta mengurangkan tekanan darah. Daun dan akarnya diguna untuk merawat sakit telinga, daun dan buah ditumbuk halus serta ditampal pada perut wanita selepas bersalin. Dalam pada itu dilaporkan Pokok Beruas dimana buahnya seakan manggis tetapi lebih kecil, dengan isi lebih nipis dan masam. Akar dan daun digunakan secara perubatan untuk melegakan gatal-gatal. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH POKOK BERUAS... BUAH NADIR DIA...
MEMANG TIDAK KENAL... JARANG JUMPA...
KURANG DIKETAHUI... APA KEGUNAANNYA...
MEMBACA ARTIKEL.. DAPATLAH INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Syaaban 1445H).