Merujuk kepada beberapa risalah teknikal dan hasil tinjauan penulis blog sendiri mendapati dimana sebenarnya varieti Cili Bara ini sesuai di tanam di tanah rendah atau dikawasan tanah tinggi. Ia juga sesuai ditanam diatas tanah, diatas batas, dalam polibeg atau dengan sistem tanaman secara fertigasi. Pokok cili bara yang dijaga dengan baik selalunya akan mempunyai buah berwarna hijau terang dan berkilat sedikit. Bentuk buahnya adalah jenis buah bersegi tiga dengan hujung yang runcing dengan berukuran buah boleh mencapai 3.5cm panjang dan 0.7cm diameter jika pokok sihat. Cili bra juga dilaporkan mempunyai rasa yang pedas (tidak ada rujukkan akan tahap kepedasan yang dapat di rujuk). Kepedasan Cili atau bahan Capsaicin ini boleh diukur dengan unit SHU (Scoville Heat Unit) yang mengukur tahap kepedasan (pugency) dan kepekatan capsaicin dari varieti cili yang berbeza. Pada penulis blog dimana rakyat di Malaysia agak tahan menerima rasa pedas yang tinggi berbanding dengan orang bangsa lain didunia. Malaysia memang mempunyai beberapa jenis cili yang pedas seperti Cili Besar, Cili Padi, Cili Benggala (Bell), Cili Kering, Cili Api, Cili Siam, Cili Hijau, Cili Hiasan dan pelbagai gelaran lagi. Bagi kebanyakan kita pengambilan cilii merah (merujuk kepada cili besar yang telah ranum) dan cili hijau (merujuk kepada cili besar yang belum matang) adalah paling biasa digunakan. Cili Padi (termasuk Cili Bara) di percayai mempunyai tahap kepedasan lebih hebat) iaitu dalam lingkungan 150,000 SHU berbanding dengan jenia Cili Besar (Cili Kulai Tempatan yang masak). Sila baca berkaitan capsaicin dan tahap kepedasan cili dalam artikel tulisan saya dengan pautan berikut (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa artikel lagi. Apa yang penulis blog teliti dimana varieti Cili Bara memang ia mempunyai cabang yang banyak dengan pokok yang rendah dan hasilnya pula sangat produktif jika pokok subur. Biasanya Ciri Bara ini akan menghasilkan buah selepas 115 hari ditanam dimana rekod menunjukkan ia mampu mengeluarkan hasil sehingga 0.5kg - 15.0 kg setiap pokok (banyak bergantung pada cara dan kaedah penanaman yang dijalankan). Kajian di lapangan mendapati dimana cara penanaman cili bara secara fertigasi adalah semakin popular pada masa ini.
Bagaimana pun adalah lebih baik jika lebih ramai orang terutama yang tinggal di kawasan bandar (juga penduduk di kampong) untuk menanam sendiri cili bara ini didalam polibeg yang diletakkan disekeliling rumah. Tips dan cara serta panduan menanam cili dalam pasu atau polybag boleh di rujuk dalam banyak media social termasuk dalam youtube, blog dan tiktok. Apa pun dilihat dimana sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi dalam masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul. Penulis blog kongsikan kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan. Sebaiknya menggunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm daripada permukaan pasu. Kemudian disemai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam. Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan. Seterunysa di tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi. Selalunya hasil tuaian cili ini ia boleh dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 - 15 kilogram sepokok. Bagaimanapun bagi petani yang mampu dan mempunyai tanah yang luas maka tips panduan berikut boleh diikuti. Langkah pertama dengan membajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas untuk tanaman yang berukuran 1.2 meter lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan. Proses menyemai Biji benih Cili Bara dengan menggunakan dulang semaian (seedling tray) semaian atau media semaian seperti bahan jiffy 7 atau cocopeat. Tray semaian akan diisi dengan tanah yang sesuai untuk menyemai benih seperti tanah Holand (peatmoss) atau tanah campuran dengan kadar 2:1 (tanah hitam atau tanah bakar). Selalunya media tanaman bagi percambahan ini mempunyai kadar nutrien yang tinggi yang akan mempercepatkan kadar pertumbuhan anak pokok cili. Susun atau letakkan 1 atau 2 biji benih di dalam lubang tray semaian dan lubang tersebut dikambus sedikit sebelum disiram dengan air bagi menggalakan percambahan biji benih. Apa pun sebaiknya tray semaian seeloknya dibungkus dengan menggunakan plastik hitam atau ditutup dengan surat khabar di bawah rumah semaian. Penyiraman anak benih cili mesti dilakukan setiap hari pagi dan petang selama 2 minggu iaitu dengan menggunakan semburan halus. Dalam tempoh 7 hari, anak pokok cili akan muncul dan membesar di dalam tray semaian. Anak pokok cili akan dibiarkan tumbuh membesar sehingga minggu ke 3 atau minggu ke 4 di dalam rumah semaian sebelum diubah ke ladang untuk disemai. Aktiviti menanam cii bara dimana anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris. Amalan agronomi dilakukan dengan menabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu. Sebaiknya gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai kaedah sungkupan. Perlu dibersihkan batas daripada rumpai iaitu menggunakan tanah, cangkul atau tajak.
Dalam portal bernama di laporkan dimana 'Lumayan Hasil Cili Bara' yang wajar di kongsikan. Kisah dari Muar, Johor tersebut menyatakan dimana seorang bekas jurujual kereta tekad mengeluarkan wang simpanan RM40,000 bagi memulakan projek tanaman cili bara yang kini berjaya membuahkan hasil lumayan walaupun baru terlibat dalam bidang pertanian awal tahun 2023. Bagi Usahawan Hassan Ahmad (30) dimana dia kini sudah boleh tersenyum puas apabila tanaman cili menggunakan sistem fertigasi yang diusahakan sejak Februari lalu kini mampu mengeluarkan hasil sekitar 80 kilogram cili bara setiap hari. Dilaporkan dimana dia yang kekurangan tanah mengambil keputusan menyewa sebidang tanah milik seorang penduduk kampung berkeluasan 0.3 hektar di belakang rumahnya pada awal tahun lalu dan mula terlibat dalam projek tersebut. Dia memang tidak ada pengalaman dalam bidang pertanian dan terpaksa berguru dengan seorang pengusaha tanaman cili bara di Johor dan Melaka. Kemudian dengan wang simpanan yang dikumpul selama tujuh tahun sebagai jurujual kereta dimana dia kemudian ambil keputusan keluarkan kesemua wang tersebut untuk dijadikan modal permulaan. Selepas tiga bulan akhirnya pokok cili saya mula buahkan hasil yang lumayan apabila mampu mengeluarkan hasil melebihi 100 kilogram setiap hari yang mengusahakan di Kg Pt Keroma, Muar. Dia dakwa disebabkan kerana cili bara memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengutip hasil maka dia membayar sebanyak RM3 bagi setiap kilogram hasil cili yang dikutip penduduk kampung. Dia membayar RM3 untuk setiap kilogram kepada jiran-jiran dan penduduk kampung yang tolong kutip cili ini. Mendakwa dimana sejak terlibat dalam bidang ini ada ramai penduduk kampung yang sudah pun mula menunjukkan minat dalam bidang pertanian dimana sekarang Pejabat Pertanian Muar pun sudah mula memantau perkembangan projeknya. Terkini dia menjangkakan hasil tanaman cili pada musim pertama ini mencecah 4.5 metrik tan iaitu bagi tempoh kutipan selama enam bulan. Walau pun ada isu kekurangan tanah menjadi masalah utamanya dimana dia berharap ada pihak membantu bagi menambah bilangan kebun dengan menawarkan tapak tanah baharu.
Terdapat laporan dalam akhbar hmetro.com bertajuk 'Rezeki cili bara' yang menarik untuk di kongsikan. Bagi Roslan dan juga dan Muhamad yang gembira melihat projek tanaman cili api bara menggunakan kaedah fertigasi di Kampung Bolok Hilir Lanchang, Temerloh, Pahang. Apa pun mereka hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada ahli Kelab Bintang Lama Lanchang (LOSG) yang menghulurkan bantuan memulakan projek tanaman cili api bara menggunakan kaedah fertigasi (Sila lihat foto disebelah). Kini ada sebanyak 280 beg tanaman disediakan yang mampu memberikan pendapatan antara RM80 dan RM150 sehari apabila pengeluaran buah bermula awal tahun depan. Roslan yang sudah lama menetap di Kampung Bolok Hilir Lanchang beritahu selepas kematian isteri akibat kanser otak kira-kira tiga tahun lalu dimana dia tidak dapat melakukan kerja kerana terpaksa menjaga dua anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU). Kerja kampung dilakukan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dan kini hanya hidup keluarganya dengan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima anaknya RM300 sebulan. Dia yang menerima bantuan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang RM600 sebulan dalam bentuk baucar. Setiap bulan pelbagai barangan keperluan harian diambil di Pasaraya Darulmakmur cawangan Temerloh. Rumahnya sekeluarga berteduh ini pemberian kerajaan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterima dua tahun lalu. Projek tanaman cili api bara menggunakan kaedah fertigasi diusahakan diharap dapat mengubah taraf hidupnya yang kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan. Walau pun dia tidak pernah menyangka rakan sekampung dalam LOSG tetapi kemudian dia sanggup memberikan bantuan kepadanya memulakan projek pertanian yang mampu memberikan pendapatan tambahan bagi menyara keluarga. Mereka kini bersyukur masih ada pihak prihatin dengan nasib saya sekeluarga, hanya terima kasih saja mampu diberikan kepada mereka yang membantu. Pihak LOSG Muhamad nyatakan dimana pihaknya menyediakan peruntukan bajet RM5,000 untuk menyediakan semua peralatan bagi menjayakan projek pertanian berkenaan. Diharap kelab berusaha memberikan pendapatan sampingan kepadanya (Roslan) yang kini tidak mampu melakukan kerja kerana terpaksa menjaga dua anaknya yang cacat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEJENIS CILI KECIL...CILI BARA....
MUDAH DI TANAM..SUSAH DIJAGA...HARGA MAHAL... PATUT DI TERIMA...
RASANYA PEDAS... RAMAI SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Hang Tuah Jaya, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1445H).
(21 Rejab 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.