Dalam portal berita bharian.com dengan kisah bertajuk 'Peria katak penawar penyakit' wajar di kongsikan kali ini. Dilaporkan dimana peria atau nama saintifiknya Momordica charantia adalah sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia. Dalam perubatan Ayurveda misalnya, masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam. Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes. Sebenarnya, sejak zaman purba, peria banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian. ia dilaporkan membantu rawat diabetes dimana kalangan para penyelidik mendapati peria memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah. Cara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria setiap pagi. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren. Apa pun khasiat peria katak didakwa ia membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga. Ia juga melewatkan pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa. Dalam pada itu peria yang mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan. Ia juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli. Apa pun ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser. Bagaimana pun dilaporkan ada sisi keburukan peria katak kerana cara penyediaan penting dimana ia perlu dimasak dengan betul bagi mengelak kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti kesan cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut. Peria juga sesuai dimakan bagi mengawal masalah diabetes tetapi perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu. Bagi penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia. Ia tidak boleh dicampur dengan ubat moden.
Dalam portal mediaprima.com pula dilaporkan dimana 'Peria katak, belimbing penawar luka diabetes' sesuai dikongsikan juga. Kisah dari Serdang dimana ada beberapa penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan penyembuh luka diabetes menggunakan gabungan peria katak dan belimbing rosak. Penyembuh dalam bentuk gel itu berupaya menyembuhkan luka dalam tempoh kurang 48 jam atau dua hari berbanding lebih 48 jam menggunakan penyembuh lain yang diimport dari Amerika Syarikat dan Filipina. Ketua Penyelidik, Prof Dr Rosfarizan Mohamad berkata inovasi berkenaan dihasilkan menggunakan teknologi hijau dengan kos rendah, menawarkan penyembuh luka pada harga lebih murah iaitu 40 sen setiap satu gram berbanding produk lain berharga RM2 satu gram (Sila lihat foto disebelah). Produk penyembuh ini berasaskan penggunaan nanoselulosa yang dihasilkan oleh bakteria dalam buah rosak seperti belimbing. bahan seperti Nanoselulosa digabungkan dengan bahan nano yang disintesis daripada peria katak untuk menghasilkan produk baharu dikenali sebagai bahan komposit selulosa bakteria nano partikel perak atau komposit 'hijau'. Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan penemuan itu di UPM. Dr Rosfarizan yang juga Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, berkata komposit hijau adalah produk baharu dan 'novel' untuk bahan penyembuh serta pencucian luka kronik. Inovasi ini juga menunjukkan proses dan ciri ekonomik, mesra alam serta memiliki ciri penting anti mikrob. Antara kelebihan produk ini boleh digunakan secara terus pada luka sebagai gel penyembuh. Juga boleh disediakan sebagai lapisan dalam balutan luka atau dijadikan sebagai cecair penyembur. Selain lebih ekonomik kerana dakwanya ia menggunakan sisa dan bahan buangan daripada buah-buahan, dihasilkan dengan melalui prosedur mudah, tidak mengandungi bahan toksik, mempunyai ciri penyembuhan anti mikrobial. Penggunaannya dipercayai lebih berkesan serta berpotensi digunakan pada luka kronik dan traumatik dengan mengurangkan jangkitan kuman sesuai dengan rawatan luka pesakit kencing manis. Inovasi itu dihasilkan menerusi geran daripada UPM berjumlah RM50,000 dan berjaya memenangi pingat emas di International Invention, Innovation dan Technology Exhibition, Malaysia (ITEX) 2019.
Memang dilihat buah peria mendpat perhatian beberapa pusat pengajian tinggi termasuk di beberapa universiti. Penulis blog merujuk kepada utusan.com dengan kisahnya 'UTHM kaji khasiat halia hitam, peria katak' wajar untuk dikongsikan. Ia dinyatakan dalam upacara pertukaran fail selepas menandatangani MoU antara UTHM dengan Fatman Group Sdn Bhd di Pasir Puteh di Pasir Puteh, Kelantan (Sila lihat foto disebelah). Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Johor menerima dana RM250,000 sumbangan Fatman Group Sdn. Bhd. (Fatman) bagi melakukan penyelidikan terperinci berkaitan ekstrak halia hitam dan peria katak sebagai makanan kesihatan. Provos UTHM Kampus Pagoh iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Kamarulzaki Mustafa nyatakan kerjasama pelajar bersama penyelidik Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) itu turut melibatkan penerbitan kedua-dua belah pihak. Projek penyelidikan tersebut difokuskan kepada pokok halia hitam atau nama botaninya, Kaempferi parviflora dan peria katak atau Momordica charantia yang merupakan herba warisan negara namun masih kekurangan data kajian. Halia hitam digunakan secara tradisional sebagai ubat rangsangan lelaki, selain menjadi penambah tenaga serta merawat penyakit kronik tanpa kesan sampingan manakala peria katak dikatakan dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dalam kalangan pesakit diabetes. Namun tiada lagi kajian mendalam berkaitan fungsi ekstraknya itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana sumbangan dan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Fatman Group Sdn. Bhd. dengan UTHM di sini semalam. Yang turut hadir, Pengarah Bersama Fatman Group Sdn. Bhd., Azman Mohamad dan Ahmad Fathi Muhamad Hanafi, Dekan FAST, Prof. Dr. Hashim Saim dan ketua projek penyelidikan, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fadzelly Abu Bakar. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.