Banyak sudah laporan testimoni disana sini yang menyatakan bahawa peria katak mempunyai khasiat alternatif bagi merawat masaalah kepada Kencing Manis. Peria Katak atau nama saintifiknya Momordica charantia adalah ramuan utama dalam produk Kapsul Peria Anugerah iaitu salah satu produk tempatan yang juga merupakan herba tradisional yang mampu merawat penyakit kencing manis (diabetes). Dalam testimoni yang penulis blog rujuk dimana Pengamal Perubatan Dalam Herba Tradisional iaitu Dr Abdul Ghani Hussain berkata khasiat peria katak mengandungi bahan semula jadi 'phyto-insulin' yang berupaya mengurangkan paras gula dalam darah. Dakwanya herba tradisional Melayu banyak khasiatnya dimana kalau dikaji dengan lebih mendalam maka semua akan terkejut dengan manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada herba tersebut tinggalan nenek moyang kita. Sebagai contoh, peria katak. Ia adalah penawar kepada penyakit kencing manis di kalangan masyarakat Melayu setelah sekian lama dakwanya pada majlis pelancaran Kapsul Peria Anugerah dimana peria katak juga berkhasiat mengurangkan masalah obesiti kerana penyakit itu sering dikaitkan dengan masalah gula berlebihan di dalam badan. kalau orang luar sudah mula nampak kehebatan peria katak ini sepatutnya ada usahawan di Malaysia yang mengambil peluang untuk mengkaji dan mengamalkan penggunaan khasiat ini sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kencing manis. Dinyatakan kehebatan peria katak dalam memulihkan penyakit kencig manis secara semula jadi turut diperakui Pengerusi Herba Perubatan Tradisional Universiti Oxford, United Kingdom, Gerard Bodeker. Bodeker berkata selain mengandungi 'phyto-insulin', peria katak juga menghasilkan Vacin, Charantin dan Polypeptide-P yang bertindak sebagai anti-diabetik untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Selain mempunyai sifat anti-diabetik, peria katak juga kaya dengan potassium yang bertindak balas dengan sodium (garam) di dalam badan/ Garam adalah salah satu punca tekanan darah tinggi yang juga antara pembunuh dalam senyap di kalangan masyarakat pada hari ini. Kapsul Anugerah yang dihasilkan berasaskan kombinasi herba tradisional dan perubatan moden ini menggabungkan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa Syifa sebagai ikhtiar dan tawakal dalam usaha untuk memulihkan kesihatan. Kapsul ini hanya berharga RM58 sebotol dimana ia dilaporkan boleh didapati dari pengedar sah dan kedai toko kesihatan kecantikan diseluruh negara.
Dalam portal bh.com ada kisah menarik bertajuk 'Manisnya peria katak miliki 1,001 manfaat kesihatan' apabila dilaporkan peria mengandungi komponen momordicin glikosida bukan toksik yang memberikan kepahitan dan bermanfaat untuk kesihatan. Pembaca blog semua jangan salah telahan domana buah peria katak atau nama saintifiknya Momordica charantia sememangnya pahit namun ada 'manisnya' kerana mempunyai 1,001 manfaat kesihatan. Apa pun merujuk perubatan Ayurveda India dimana peria katak dianggap sebagai sejenis 'insulin tumbuhan' yang dikatakan ia disyorkan untuk pesakit kencing manis. Dinegara Filipina pula apa yang penulis blog pernah ujirasa dimana teh peria katak digunakan untuk mengawal diabetes bagi orang miskin yang tidak mampu mendapatkan perubatan. Apa pun disebalik pahit peria ini ia kaya dengan vitamin C dimana ada kelebihan lain boleh membantu dalam pencegahan penyakit, kesihatan tulang dan penyembuhan luka. Selain ia tinggi dengan vitamin A untuk membantu meningkatkan kesihatan kulit dan penglihatan. Tambahan pula dilaporkan ia rendah kalori dan tinggi serat, selain lapan peratus daripada keperluan serat harian dalam satu hidangan. Mengenai dengan beberapa jenis peria sememang ada beberapa jenis iaitu varian Cina dan India adalah yang paling biasa. Kulit jenis peria Cina berkedut dan menyerupai timun hijau pucat dan dibezakan peria India dimana permukaannya dilitupi dengan rabung yang tajam dan bersudut dan mempunyai hujungnya sempit dan tirus. Kenapa rasanya pahit? dimana ia adalah disebabkan buah peria mengandungi momordicin glikosida bukan toksik yang memberikan kepahitan dan bermanfaat untuk kesihatan. Peria dikatakan rasa pahit itu baik untuk perut. Ini kerana pengambilan peria mengaktifkan perut untuk merembeskan enzim pencernaan dan melegakan sakit perut disebabkan makan berlebihan. Ia sesuai dimakan kerana ia adalah tinggi dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Ia mengandungi nutrien seperti zat besi, kalium, dan vitamin A dan C. Ia juga mengandungi dua kali ganda kalsium yang terdapat dalam bayam dan dua kali ganda beta-karotena yang terdapat dalam brokoli. Ia mengandungi sejumlah antioksidan dan sebatian antiradang. Walaupun mengandungi pelbagai khasiat penting, peria adalah sayuran yang sering dielakkan kerana rasa pahitnya. Menurut kajian, ia mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi berbanding labu dan timun kerana kandungan mineral dan vitamin yang tinggi. Apa pun khasiat peria selain penampilannya yang unik dimana peria mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Ini termasuk ia akan mengurangkan gula darah dan sesuai digunakan untuk merawat diabetes sejak sekian lama. Beberapa kajian dijalankan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membuktikan kepentingannya dalam pengawalan gula darah. Peria sepatutnya memperbaiki gula digunakan dalam sel dan meningkatkan rembesan insulin iaitu sejenis hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal paras gula dalam darah. Bagaimanapun, penyelidikan terhad dan diperlukan untuk menentukan bagaimana peria mempengaruhi paras gula darah.
Dilaporkan peria mungkin boleh melawan kanser dimana hasil kajian ia mengandungi bahan kimia yang mempunyai kesan antikanser. Kajian dijalankan di makmal mendedahkan ekstrak labu pahit berkesan membunuh sel-sel penyebab kanser dalam perut, kolon, paru-paru dan nasofaring, kawasan hidung dan tekak. Peria didakwa ia boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol. Hasil dari beberapa kajian menunjukkan paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan plak lemak terbentuk dalam arteri, menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Faedah peria didapati dalam paras magnesium, kalsium dan kalium yang tinggi, membantu menurunkan paras kolesterol jahat dan lipoprotein dengan berketumpatan tinggi (LDL) sambil mengekalkan paras HDL yang baik. Berkaitan dimana peria mampu kurangkan berat badan boleh dilakukan dengan memasukkan peria ke dalam diet anda boleh membantu dalam mengurangkan berat badan. Ini kerana ia rendah kalori dan tinggi serat. Serat dalam peria bergerak perlahan melalui saluran penghadaman, membuatkan anda kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar dan selera makan. Oleh itu dengan menggantikan item berkalori tinggi dengan peria boleh membantu anda meningkatkan pengambilan serat sambil mengurangkan kalori untuk menggalakkan penurunan berat badan. memang didakwa dimana peria adalah baik untuk kulit dan rambut sebab ia ada sumber yang kaya dengan antioksidan dan vitamin A dan C. Ia membantu mengurangkan jerawat dan cela kulit. Juga membantu menyembuhkan beberapa jangkitan kulit seperti kurap, psoriasis dan gatal-gatal. Jusnya juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur, rambut gugur hujung rambut bercabang. Peria didakwa baik untuk kesihatan mata dan tulang kerana peria yang tinggi dengan nutrien baik seperti magnesium, kalsium, fosforus dan ia membantu meningkatkan kesihatan tulang iaitu secara keseluruhan dan memudahkan pertumbuhan jisim tulang. Sifat antiradang ditunjukkan untuk membantu dengan gangguan sendi. Vitamin A, salah satu daripada banyak vitamin dan mineral yang terdapat dalam sayur-sayuran meningkatkan penglihatan dan mencegah masalah mata. Memang kebanyakan jenis sayur adalah ia memperbaiki sistem penghadaman dan dapat membantu dalam penghapusan radikal bebas berbahaya daripada sistem pencernaan. Tambahan pula peria sebagai sayuran beralkali dimana ia akan mengeluarkan asid berlebihan dari perut, memberikan kelegaan segera semasa refluks asid dan meningkatkan.
Terkini penyediaan makanan peria dan peria katak semakin bagus dengan adanya produk Peria Katak Goreng sebagai snek yang enak dimakan dan berkhasiat. Apa pun peria katak sangat sinonim dengan rasa pahit yang sangat kuat dan ia adalah paling pahit dikalangan sayuran dan buahan lain. Petua orang dahulu dimana mereka selalu ada yang menggunakan peria katak ini untuk penyakit kencing manis yang mana ia dipercayai rasa pahit yang kuat itu adalah penawar bagi kencing manis. Pada penulis blog memang amat simpel untuk menyediakan produk peria goreng kerana ia mudah dan sedap. Cara untuk menyediakan peria katak ini boleh dibuat oleh mereka yang berminat dan tidak kira untuk pesakit kencing manis atau untuk dimakan demi kesihatan. Mudah untuk memahami resepi peria katak goreng tepung rangup dengan gunakan bahan-bahan 2 biji peria katak bersaiz sederhana, 2 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar tepung beras, 1 sudu besar tepung jagung, 1 sudu teh serbuk kari, garam secukup rasa dan juga 1 biji telur. Apa pun cara-cara menyediakan dengan menghiris nipis peria katak. Kemudian cuci bersih, tos dan keringkan dengan kain sesuai dan di dalam mangkuk lain boleh di satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk kari dan garam, gaulkan sehingga rata. Kemudian di dalam mangkuk lain dipecahkan telur sebiji dan kacau hingga rata. Seterusnya diambil peria yang sudah dikeringkan, golekkan ke dalam tepung, kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekali ke dalam tepung semula. Ini untuk mendapatkan rasa yang rangup. Setelah minyak dikuali dudah panas maka digorengkan peria yang sudah disalut tadi. Masak sehingga kekuningan dangkat dan di toskan. Enak dimakan semasa suam panas dan sebaiknya ia disimpan dalam bekas yang kedap udara. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.