Penulis blog merujuk kepada portal MetMalaysia yang menyatakan dimana iklim ditakrifkan sebagai cuaca purata atau lebih terperinci sebagai keterangan statistik dalam bab purata dan juga kepelbagaian kuantiti yang berkaitan untuk tempoh masa bermula dari bulan ke ribuan atau jutaan tahun. Tempoh yang biasa digunapakai adalah 30 tahun iaitu sebagaimana ditakrifkan oleh pihak Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO). Kuantiti yang biasa adalah seperti suhu permukaan, jumlah hujan dan angin. Iklim dalam ertikata luas adalah keadaan, termasuk keterangan statistik untuk sistem iklim. Sistem iklim adalah sistem yang sangat kompleks yang terdiri daripada lima komponen utama termasuk komponen atmosfera, hidrosfera, cryosphere, permukaan tanah dan biosfera, dan interaksi di antara mereka. Sistem iklim berubah dengan masa di bawah pengaruh dinamik dalamannya sendiri dan akibat pendorong luaran seperti letusan gunung berapi, variasi sinaran matahari dan kegiatan manusia yang menyebabkan perubahan komposisi atmosfera dan perubahan penggunaan tanah. Apa pun kepada pembaca blog ini penting untuk ketahui asas kepada Iklim Malaysia. Ciri-ciri iklim Malaysia ialah dimana ia mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut. Terdapat tiga keadaan iklim di Malaysia yang semua penduduk Malaysia perlu tahu. Pertama adalah Monsun Timur Laut yang bermula pada bulan November hingga Mac dimana tuipan angin lazimnya adalah dari arah timur laut iaitu dengan tahap kelajuan angin 10-30 knot. Pada masa ini keadaan musim yang lembab (anggaran 4-5 luruan monsoon yang boleh menyebabkan banjir) terutama dikawasan yang rendah dan selalu banjir. Kedua adalah Monsun Barat Daya yang mana ia bermula pada bulan Mei hingga September setiap tahun dengan kadar kelajuan angin Lazim Dari Arah Barat Daya dan kelajuan angin kurang dari 15 knot. Pada masa ini dimana ia adalah musim Yang Relatif Kering dan terkecuali Sabah. Mungkin pada masa inilah katak-katak akan titimpa kemarau. Ketiga adalah Tempoh Peralihan Monsun dimana ia selalu bermula pada hujung bulan Mac hingga awal Mei dan Oktober hingga pertengahan November dimana tiupan angin adalah lemah dari pelbagai arah seperti palung Khatulistiwa merentangi Malaysia diman masa ini kerap berlaku ribut petir pada waktu petang. Apa pun dilaporkan dimana dalam tempoh dari April hingga November bila mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih. Sebagai negara dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan angin adalah besar terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku di mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai.
KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat memang mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan memang tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat iaitu daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga kepada peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak haiwan paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim ia mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk sub-artik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak juga merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun bila sahaja mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', tetapi kini terdapat beberapa spesis katak yang sesuai diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Di Indonesia didapati spesis katak Lembu merupakan yang paling banyak diternak. Kriteria lokasi cara berternak katak lembu dikawasan agak sejuk dengan ketinggian lokasi yang ideal sekitar 1,600 kaki dari paras laut. Keadaan topografi tanag tidak bercuram atau tidak terlalu mendatar asalkan mempunyai sumber air yang jernih atau sedikit tercampur lumpur untuk hidup. Lazimnya punca air yang jernih akan dapat melancarkan proses penetasan telur. Katak atau di panggil Kodok ini dapat hidup di air yang bersuhu 2 - 35 celcius dimana pada waktu penetasan telur adalah sekitar 24 - 27 celcius dengan kelembapan disekeliling sekitar 60–65%. Kualiti air terbaik mengandungi oksigen lebih kurang 5-6 ppm atau minimum 3 ppm dan kandungan untuk karbon dioksida terlarut tidak kian lebih 25 ppm. Sebaiknya kandang ternakan adalah dekat dengan sumber air dan sumber air dapat masuk dan keluar dengan lancar dan bebas dari kekeringan atau elakkan dari kebanjiran.
Merujuk kepada portal bharian.com bertajuk 'Cuaca panas di Malaysia disebabkan fenomena Ayunan Madden-Julian' agak menarik ditulis semula dan di kongsikan selari dengan peribahasa diatas. MALAYSIA tidak terkecuali dilanda gelombang haba yang tinggi sehingga dikejutkan dengan satu kes kematian setakat ini, membabitkan membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Kampung Perupok, Bachok, Kelantan disebabkan keadaan cuaca terlalu panas. Apa yang lebih membimbangkan apabila pusat ramalan iklim APEC Climate Center di Busan, Korea meramalkan dimana El Nino kuat dijangka akan berlaku bermula Jun, sekali gus menyebabkan di Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih kering dan panas bermula Jun hingga Oktober depan. Pakar Klimatologi dan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) iaitu Dr Fredolin Tajudin Tangang ada beritahu cuaca panas di negara ini akan berakhir dalam masa terdekat dengan kadar hujan dan suhu mulai turun. Pada April hingga Mei apabila musim peralihan monsun dengan keadaan cuaca dicirikan oleh kejadian ribut petir dan hujan lebat pada petang, lewat petang dan malam, terutama di bahagian pantai barat Semenanjung dan khususnya di kawasan Lembah Klang. Kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia secara puratanya menerima hujan tertinggi semasa musim peralihan monsun pada April hingga Mei. Kini mekanisme ini dilemahkan oleh fenomena Ayunan Madden-Julian yang merentasi kawasan Malaysia dan Indonesia dari Lautan Hindi ke Lautan Pasifik, menurut ramalan Pusat Ramalan Iklim di Amerika Syarikat iaitu sejak awal April apabila Malaysia di dominasi oleh pusat tekanan tinggi berskala besar yang kesannya mengurangkan perolakan dan pencapahan kelembapan dari Malaysia. Akibatnya kesan cuaca kering dan kurang litupan awan berlaku sejak awal April. Keadaan kurang litupan awan meningkatkan pancaran matahari sampai ke permukaan bumi dan ini meningkatkan penyerapan haba dan suhu meningkat. Ketiadaan hujan yang boleh bertindak sebagai mekanisme penyejukan penyejatan dan keadaan angin yang agak lemah dalam musim monsun peralihan menyebabkan haba tidak dapat diangkut dari kawasan kita dan menyebabkan panas berpanjangan. Cuaca panas disebabkan Ayunan Madden-Julian adalah keadaan dan diramalkanan dikeluarkan 1 Mei lalu menunjukkan Malaysia didominasi sistem tekanan rendah berskala besar yang akan meningkatkan curahan hujan, keadaan atmosfera tidak stabil dan mengukuhkan kejadian ribut petir serta hujan lebat, terutama di pantai Barat Semenanjung Malaysia. Cuaca panas sejak bulan lalu disebabkan fenomena Ayunan Madden-Julian ini dan sebahagian daripada mod keragaman iklim akibat interaksi lautan dan atmosfera. Gelombang haba lebih teruk sejak April, di Thailand, Loas, Pakistan dan India dilihat berbeza dengan Malaysia kerana negara itu menerima hujan paling minimum dan sangat kurang litupan awan. Dari segi perbezaan musim dan kecondongan paksi bumi menyebabkan pergerakan matahari merentasi khatulistiwa ke utara. Pada sekitar 21 Mac berlaku fenomena Equinox yang menunjukkan matahari merentasi Khatulistiwa dimana disekitar April negara seperti Thailand dan Laos menerima pancaran matahari yang maksimum. Hujan di kawasan ini akan bermula pada Jun apabila angin monsun musim panas bertiup dari Lautan Hindi dan keadaan yang panas akan berlaku seperti di Thailand, namun di Malaysia dimana ia tidak didomiansi oleh keadaan cuaca berawan serta ribut petir semasa musim monsun peralihan ini. Akan tetapi Ayunan Madden-Julian yang merentasi kawasan kita merubah keadaan ini dan menjadikan keadaan kurang berawan
Info mengenai Ayunan Madden-Julian. Info asas dimana dengan keadaan ribut petir dan cuaca lembap berlaku disebabkan fenomena dipanggil sebagai 'Madden-Julian Oscillation (MJO)' atau Ayunan Madden-Julian. Fenomena ini sebahagian keragaman iklim dalam musim di kawasan tropika yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20/60 hari. Fenomena MJO sering berlaku ketika ketiadaan fenomena El Nino atau La Nina. Bagaimanapun, fenomena MJO boleh memperkukuhkan proses penjanaan fenomena El Nino. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini berkaitan peribahasa 'Katak ditimpa kemarau' untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Wasallam!!!...
JIKA KELUH KESAH..TAK TAU SEBABNYA...
KATAK SUKA LEMBAB... AIR PERLU ADA...
MUSIM HUJAN,... KEMARAU ADA ISUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(27 RabiulAKhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.