Support My Blog

Wednesday, May 28, 2025

SEMBANG BUAH HUTAN BOLEH MAKAN (Part 3)

BUAH HUTAN
atau lebih di kenali sebagai Buah-buahan Nadir Malaysia adalah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui. Bahi penulis blog dimana kebanyakkannya jika ada yang ditanam ianya hanya bercampur dengan buah-buahan popular lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Selain itu lazimnya dimana buah-buahan Nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada juga yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kampong yang dekat dengan hutan. Perkataan iaitu 'Nadir' bagi penulis blog sendiri membawa maksud 'sedikit' atau 'jarang'. Semasa bertugas di Jabatan Pertanian Bahagian Hortikuktur, Putrajaya penulis blog ada menerbitkan beberapa risalah mengenai buah-buahan nadir yang selelu di edarkan kepada orang ramai. Dalam maklumat tersebut ada dinyatakan terdapat tiga (3) kategori mengikut asal buah Nadir tersebut iaitu Buah Nadir Tempatan ( Semenanjung Malaysia), Buah Nadir yang dibawa masuk dari Luar Negara (Eksotik) dan Buah Nadir Sabah dan Sarawak. Sebagai penjelasan dimana buah hutan atau buah nadir ini merupakan jenis buah-buahan yang mana ia tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretum atau bank janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai kepentingan buah hutan yang boleh di makan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(7) BUAH SENTUL

Buah Sentul (Sandoricum koetjape) ianya merupakan sejenis tumbuhan yang ada terdapat di Malaysia daripada keluarga Meliaceae. Pokok sentul dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Laos, Filipina, Vietnam dan Indonesia serta Kemboja. Pokok Sentul adalah pokok saka yang sederhana besar dengan ketinggian mencapai 30 meter (hampir 100 kaki) terutama yang tumbuh dikawasan hutan. Batangnya adalah jenis kayu keras dengan pokok dewasa mempunyai ukurlilit batang sehingga 90 cm serta kulitnya mempunyai getah putih. Daun sentul berwarna hijau gelap berkilau dan bahagian bawahnya berwarna hijau pucat. Bentuk daun adalah majmuk ‘Trifoliate’ dimana sehelai daun mempunyai 3 anak daun dengan susunan berselang seli. Pemerhatian saya mendapati yang panjang tangkai daun sekitar 18-20 cm dengan 5-25 cm panjang dan lebarnya 3-14 cm. Bunga sentul berwarna hijau kekuning-kuningan dengan sifat dwijantina (Hermaprodite) berukuran 10-25 cm panjang dalam jambak pada ketiak daun. Buah sentuk berbentuk berry dengan ukuran garispusat 5-7 cm yang berwarna kuning keemasan serta berbulu lembut. Kulitnya tebal dan berisi serta liat. Rasa buahnya adalah kelat manis dengan isi warna putih yang lembut mengelilingi bijinya. Kegunaan tanaman sentul adalah untuk menghasilkan buah segar yang boleh di makan. Batang kayu yang keras adalah kategori ‘kayu balak’ yang boleh dijadikan Tiang Rumah, Papan lantai dan dinding rumah, Perabot dan banyak lagi. Saya ada merujuk beberapa buku seperti tulisan oleh Ong Hean Chooi yang mengatakan akar pokok sentul yang direbus boleh diminum dan memberikan rawatan cirit birit, disentri, bengkak usus besar, kejang otot, tonik melegakan perut dan sesuai dijadikan tonik untuk ibu selepas bersalin. Buahnya pula dijadikan jus sangat baik untuk rawatan disenteri. Daun segar boleh dijadikan ubat rawatan gatal-gatal kulit, dicampur dengan daun lain untuk dijadikan ramuan mandian bagi meredakan demam panas. Orang Asli ada yang menggunakan kulit kayu pokok sentul dijadikan serbuk bagi rawatan kurap pada kulit.


(8) BUAH ASAM RENDA

Buah Asam Renda atau Asam Kerandas atau Asam Kerenda (Carissa caranda) juga nama Inggrisnya Caranda plum, Nam Phrom, Perunkila dan Cu Huang Guo agak unik. Pokok ini dipercayai berasal dari India. Ia merupakan sejenis pokok renek separa menjalar. Biasa jumpai di kampung sebagai tanaman hiasan halaman rumah. Pokok Asam Kerenda mempunyai bunga berwarna putih dan berbau wangi. Buahnya boleh dimakan mentah atau boleh juga dijadikan jem. Rasa buahnya yang masam menjadi kegemaran kanak-kanak kampung. Dilaporkan iaitu dimana diantara khasiat perubatan tradisional pokok Asam Kerenda seperti bahagian buahnya boleh digunakan untuk mengubati seriawan dan demam, mengubati sembelit, mengawal tekanan darah tinggi, mengubati kegatalan akibat kes seperti digigit serangga. Buah ini juga kaya dengan Vitamin C dan Zat Besi yang baik di gunakan sebagai bahan Anti-inflamasi. Penulis blog ada beberapa kali ujirasa buah ini dimana buah asam renda ialah sejenis buah tropika yang kurang dikenali tetapi popular di kalangan masyarakat tempatan. Buah asam renda berbentuk bulat kecil dan ia menyerupai bentuk buah manggis tetapi lebih kecil. Warna buah ini berwarna merah ketika muda dan berubah menjadi ungu kehitaman apabila buaah ini masak sepenuhnya. Buah asam renda mempunyai rasa masam yang tajam asam keping atau asam jawa dimana disebabkan oleh ciri rasa masamnya yang kuat maka ia jarang dimakan segar dan lebih sering digunakan dalam masakan.


(9) BUAH ROKAM
Buah rokam (Flacourtia rukam) adalah sejenis buagh hutan atau buah nadir yang rami tidak kenali. Pokok ini hidup liar didalam hutan atau di tanam dimana selalu daunnya yang berselang-seli, bertangkai. Buahnya yang bertangkai adalah bujur hingga bujur tertekan atau berbentuk titis dan akan bertukar merah jambu atau merah tua apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Selain buah dimana daun muda dan pucuk muda merah dimakan mentah dalam salad dan ulam. Kalau hendak makan buah rokam boleh digolek buah di antara tapak tangan sebelum dimakan yang bertujuan mengurangkan kekentalan semula jadi buah. Buah rukam elok dimakan dan boleh dimakan segar sendiri atau bersama buah-buahan lain dalam salad sebab ia ada rasa istimewa yang boleh digambarkan sebagai manis dan sedikit masam yang mana sebaiknya dimakan segar. Ia boleh di awetkan dengan dijadikan jem, jeli dan jenis pengawet lain. Apa pun buahnya secara semula jadi manis dan masam iaitu satu ciri yang menjadikannya bahan yang bagus untuk membuat sapuan yang boleh dimakan pada roti, roti bakar, atau sebagai hidangan tambahan. Ia boleh dijadikan minuman dimana jika dibuat minuman yang sejuk memang ia enak. Jus buah-buahan boleh dikeluarkan dan digunakan sebagai asas untuk minuman, smoothie, atau tumbukan buah. Juga, jus boleh dicampur dengan air atau cecair lain untuk membuat minuman dengan rasa yang berbeza. Buah ini boleh di buat sos dan Perasa: Buah rukam boleh dimasak dan dijadikan sos atau chutney yang sesuai dengan pelbagai jenis makanan. Sos boleh digunakan sebagai sos pencicah, perapan, atau untuk membuat makanan berperisa lebih enak. Ia juga sesuai untuk dijadikan gula-gula dan makanan ringan iaitu dijadikan snek manis atau topping atau sesuai dikeringkan. Paling selalu di buat Acar Buah Rukan dimana ia boleh dijeruk untuk kemudian ia dijadikan sos yang masam dan sedap. Menjeruk buah rukan adalah proses mengawet buah dalam campuran cuka, garam, dan rempah ratus. Ini menjadikan rasa buah lebih enak dan membiarkannya bertahan lebih lama. Apa pun ia adalah buah sesuai untuk dijadikan pencuci mulut yang berikan rasa manis yang berbeza dan menarik. Ia boleh digunakan dalam salad buah-buahan, tart buah-buahan, pai, dan gula-gula berasaskan buah-buahan seperti hancur buah-buahan dan tukang kasut. Terkini dilaporkan yang buah rukan boleh dijadikan Aiskrim dan Sorbet kerana ia masam manis pada masa yang sama sesuai untuk membuat hidangan sejuk beku yang lazat dan menyegarkan dengan mencampurkan buah dengan krim atau jus buah. Memang enak meminuk siram buah rokan dicampur dengan jus limau berperisa. Ia boleh menambah rasa uniknya pada minuman yang akan membuatkan anda berasa lebih baik dan menghilangkan dahaga. Kulit Buah Rukam boleh dicampur menjadi puri, kemudian diratakan nipis dan dikeringkan untuk dijadikan kulit buah. Snek yang kenyal dan sihat ini ialah pilihan yang bagus untuk menggulung buah-buahan yang dibeli di kedai, dan mudah untuk disimpan untuk kemudian. Pokok rukam kayunya keras dan digunakan untuk membuat alu atau aci di Filipina. Daun rukan ada digunakan secara tradisional sebagai bahan penghalau serangga semulajadi untuk menyingkirkan pepijat dan perosak. Kulit kayu atau gentian batang boleh digunakan untuk membuat kraf tradisional seperti bakul dan benda lain untuk rumah. Produk pewarna asli yang diperbuat daripada buah rukam atau bahagian lain tumbuhan boleh digunakan untuk mewarnakan kain dan kraf. Daun atau buah tumbuhan Rukam boleh digunakan dalam bunga rampai atau penyegar udara kerana ia mempunyai bau yang harum. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH HUTAN... BUAH NADIR SAMA...
JARANG DI JUMPAI... DI HUTAN ADA...
ADA BOLEH DI MAKAN... ENAK RASA...
ADA YANG BERACUN...IA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1446H).

Tuesday, May 27, 2025

SEMBANG BUAH HUTAN BOLEH MAKAN (Part 2)

BUAH HUTAN atau lebih di kenali sebagai Buah-buahan Nadir Malaysia adalah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui. Bahi penulis blog dimana kebanyakkannya jika ada yang ditanam ianya hanya bercampur dengan buah-buahan popular lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Selain itu lazimnya dimana buah-buahan Nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada juga yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kampong yang dekat dengan hutan. Perkataan iaitu 'Nadir' bagi penulis blog  sendiri membawa maksud 'sedikit' atau 'jarang'. Semasa bertugas di Jabatan Pertanian Bahagian Hortikuktur, Putrajaya penulis blog ada menerbitkan beberapa risalah mengenai buah-buahan nadir yang selelu di edarkan kepada orang ramai. Dalam maklumat tersebut ada dinyatakan terdapat tiga (3) kategori mengikut asal buah Nadir tersebut iaitu Buah Nadir Tempatan ( Semenanjung Malaysia), Buah Nadir yang dibawa masuk dari Luar Negara (Eksotik) dan Buah Nadir Sabah dan Sarawak. Sebagai penjelasan dimana buah hutan atau buah nadir ini merupakan jenis buah-buahan yang mana ia tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretum atau bank janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai kepentingan buah hutan yang boleh di makan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(4) BUAH KEMUNTING
 
Spesis Buah Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa) merupakan salah satu jenis buah hutan yang semakin pupus di Malaysia. Dilaporkan dimana jenis buah kemunting rasanya manis dimana kalangan peminatnya ia sesuai untuk dibuat jem atau jus minuman. Didalam alam bebas dimana buah kemunting amat di sukai dan di makan oleh haiwan liar seperti burung, tupai dan sebagainya sebab ia enak dan manis. Penulis blog ada beberapa kali ujirasa buah ini dimana selalunya buah kemunting yang sudah masak warnanya ungu tua iaitu dengan permukaan seperti berkabut. Setelah bahagian kepalanya dibuang dimana buah kemunting sedia untuk dimakan bersama kulit-kulitnya sekali jika mahu. Dalam beberapa tinjauan di laporkan dimana dikawasan Selatan Thailand ada jenis buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimana ia sering dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam seakan memakan buah mangga dengan pulut sahaja. Pokok dan batang kemunting mampu tumbuh dan mencapai tinggi dua meter dimana selalunya ia mempunyai ciri batang kayunya yang sangat keras dimana di kalangan penduduk kampong zaman dulu akan menjadikannya sebagai kayu api. Pokok kemunting mampu di jdikan tumbuhan hiasan juga dengan sedikit ilmu tanaman ornamental yang menarik. Ini kerana dilihay yang bunganya yang berwarna merah muda dengan benang sari menawan memang ia layak dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah. Bagi penulis blog dimana selain dari rasa buahnya yang enak didakwa dimana bahagian akar pokok kemunting boleh di rebus untuk tujuan dalam merawat kes muntah darah. Beberapa testimoni menyatakan jika cara mereka merawatnya adalah dengan meminum air rebusan akarnyanya (kuantiti lebih kurang 150 ml) yang perlu diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Didakwa ia juga sesuai untuk merawat sakit perut iaitu mengambil bahagian pucuk daunnya dan mesti di rebus dan airnya di minum. Petua kehebatan pokok ini dimana bagi kalangan wanita bersalin di amalkan iaitu memgambil bahagian pucuk daunnya kemudian di rebus bersama daun inai dan daun jambu dan kemudian airnya akan diminum bagi tujuan membantu mengecutkan rahim. Petua lain kehebatan pokok ini dimana bagi tujuan merawat kes-kes keputihan dimana pucuk dan akarnya dan diminum airnya.


(5) BUAH TARAP HUTAN
Buah Tarap Hutan (Artocarpus odoratissimus) yang juga dikenali sebagai Buah Terap, Buah Marang, Oak Johey, Green Pedalai, Madang, Tarap atau Timadang merupakan buah nadir yang semakin popular. Pokok dan buah ini dipercayai memang ia berasal dari Borneo, Palawan dan Pulau-pulau sekitar Mindanao, Filipina. Buah ini juga didakwa amat berkait rapat dengan pokok-pokok nangka, cempedak dan sukun yang semua tergolong dalam genus yang sama iaitu grup Artocarpus. Bagaimana pun ia dikenali juga dengan buah Kiran di Sarawak. Pada penulis blog yang pernag bertugas di Jabatan Prtanian Sarawak amat bertuah kerana sepat mengenali dan membuat ujirasa buah tarap di kawasan pendapaman di Long Atip, Long Semadoh, Long Lellang dan beberapa lokasi lain. Penulis masa itu dari kejauhan di Long Pasia selepas turun kapalterbang dimana ia mempunyai ciri iaitu kelebaran daunnya seakan sudah dari jauh kenal akan pokok ini dilokasi dan akan merasa teruja apabila ia berbuah. Bagi kalangan penduduk dipendalaman mereka tahu dimana daunnya yang kasar seperti dawai pencuci periuk itu dahulu memang ada dilaporkan ia digunakan untuk menggilap muka nascaya tidak akan ada ruang di wajah yang nampak serinya untuk tempoh paling kurang tiga bulan. Bagaimana pun kini ianya sudah kurang dilakukan kerana banyak berlaku kemodenan budaya. Daun pokok ini memang kasar ketika di pokok mahupun ketika daun ini telah gugur ke tanah. Sebab itu kadangkala daun tarap digunakan untuk melicinkan kayu dalam hasil kerja seni ukiran kayu masa dahulu. Ketika buah tarap tersentuh ke mulut maka selalu baharulah kita menyedari betapa bertuahnya kita yang tinggal di Asia dan Borneo ini kerana adanya buah tarap yang rasa manisnya lain daripada rasa manis yang ada pada buah-buahan lain. Lemak dan lembut yang segar bagaimana pun pengalaman penulis blog kena berhati-hati dengan getahnya (latex) yang terkena dimana ia boleh menyebabkan kehilangan dan kegatalan tekak. Terdapat pelbagai spesis pokok tarap yang dikenalpasti Jabatan Pertanian akan tetapi ianya boleh dibezakan oleh saiz buah dan ketebalan isinya. Belum ada pendaftaran rasmi akan varieti buah tarap di lakukan sehingga kini didalam senarai pendaftaran varieti tanaman Malaysia. Ada juga isi buah ini yang berwarna oren. Buah ini bagaimana pun masih dikategorikan sebagai sejenis buah nadir yang mana belum banyak menanamnya secara komersl. Buah ini juga masih belum menembusi pasaran meluas seperti durian, mangga dan papaya. Pokok ini ada ditanam dibeberapa stesyan pertanian di Sabah dan Sarawak untuk dibuat penelitian dan penyelidikan seterusnya.


(6) BUAH JENTIK-JENTIK

BUAH JENTIK-JENTIK (Baccaurea polyneura) adalah sejenis buah hutan atau buah nadir yang natif di Malaysia daripada famili Euphobiaceae (ada yang kata ia famili Phyllanthaceae). Kali pertama saya jumpa buah ini ialah semasa lawatan ke Kampong Jeram Ulu, Mukim Bakri, Muar bersama-sama dengan rombongan Pegawai Daerah Muar masa itu iaitu Tn Hj Mislan. Ketika dihulur buah kecil yang isinya merah menyala (lihat foto diatas),saya memang teruja hendak makan kerana buah yang telah masak pada tangkai ini akan pecah apabila 'dijentik' iaitu pada tahun 2009. Ada dua spesis jentik-jentik yang saya rujuk iaitu jenis Baccaurea Polyneura yang sering juga dipanggil jentik-jentik merah dan Baccaurea hookeri dipanggil jentik-jentik hutan. Seingat saya setangkai buah jentik ini mengandungi beratus biji dimakan oleh 3 orang ketua jabatan sehingga habis semua tapi tidak rasa kenyang. Didalam saya merujuk kepada laporan rasmi Jabatan Pertanian, tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan, lokasi dan pengeluaran hasil buah jentik ini memang tidak direkodkan. Kalau mengikut anggaran saya, mungkin keluasan pokok ini sekitar bawah 20 hektar CHE sahaja kerana kebanyakannya ditanam oleh 'orang lama' dan sebahagian lagi didalam hutan. Tanaman ini yang saya jumpa di Kampong Jeram, ada 2 pokok yang berumur lebih dari 15 tahun dan berbuah lebat. Pokok buah jentik-jentik adalah natif dari Malaysia, Sumatera hingga ke Borneo dan tumbuh dikawasan tanah yang bercampur dengan tanaman lain. Pada saya, mengenali keunikannya buah ini adalah apabila sudah masak dan apabila dijentik terus terbuka (asal usul namanya) dan bijinya yang berjus biasanya dimakan terus. Daripada tinjauan saya di Pameran MAHA semanjak MAHA International 2012, Jabatan Pertanian ada mempamerkan buah ini dimana sebilangan besar pengunjung terutama gulungan muda sekarang ini mungkin tidak pernah melihat buah jentik-jentik dan bertanya kepada kami. Ramai mereka memang tidak pernah jumpa apa lagi memakannya. Apabila tiba musim pengeluaran hasil (ia buah bermusim), lazimnya kanak-kanak gemar memakan buahnya dan terus menelan bijinya. Pokok ini mungkin tidak mempunyai nilai ekonomi dimana banyak pokok ini telah banyak ditebang tanpa memikirkan akan kepunahan habitat pokok ini untuk genarasi akan datang. Ciri umum buah jentik-jentik adalah ia berbentuk bulat kecil dimana ia menyerupai saiz anggur atau buah rambai. Warna buah ini ada;ah kuning kehijauan atau oren muda apabila sudah masak dimana kulitnya agak keras dan tebal namun ia mudah dikupas dengan cara dijentik. Rasa buah jentik-jentik adalah manis-masam dan sesuai dimakan segar sebagai kudapan kerana rasanya yang menyegarkan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH HUTAN... BUAH NADIR SAMA...
JARANG DI JUMPAI... DI HUTAN ADA...
ADA BOLEH DI MAKAN... ENAK RASA...
ADA YANG BERACUN...IA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1446H).

Monday, May 26, 2025

SEMBANG BUAH HUTAN BOLEH MAKAN (Part 1)

BUAH HUTAN
atau lebih di kenali sebagai Buah-buahan Nadir Malaysia adalah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui. Bahi penulis blog dimana kebanyakkannya jika ada yang ditanam ianya hanya bercampur dengan buah-buahan popular lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Selain itu lazimnya dimana buah-buahan Nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada juga yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kampong yang dekat dengan hutan. Perkataan iaitu 'Nadir' bagi penulis blog  sendiri membawa maksud 'sedikit' atau 'jarang'. Semasa bertugas di Jabatan Pertanian Bahagian Hortikuktur, Putrajaya penulis blog ada menerbitkan beberapa risalah mengenai buah-buahan nadir yang selelu di edarkan kepada orang ramai. Dalam maklumat tersebut ada dinyatakan terdapat tiga (3) kategori mengikut asal buah Nadir tersebut iaitu Buah Nadir Tempatan ( Semenanjung Malaysia), Buah Nadir yang dibawa masuk dari Luar Negara (Eksotik) dan Buah Nadir Sabah dan Sarawak. Sebagai penjelasan dimana buah hutan atau buah nadir ini merupakan jenis buah-buahan yang mana ia tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat untuk menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini agar dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Memang ada dibuat pemerhatian dimana penulis blog dapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Melihat dimana pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir kawasan hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga ada yang berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk ianya dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan ia hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan aboretum atau bank janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai kepentingan buah hutan yang boleh di makan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(1) ⁠BUAH KERANJI

Buah keranji (
Dialium indum) merupakan sejenis buah hutan atau buah nadir yang amat ia jarang dijumpai dimana saja. Bagi penulis blog yang pernah beberapa kali uijrasa mendapati dimana bentuk buah keranji bulat atau bujur dan bersaiz kecil. Kulitnya agak keras dan berwarna hitam atau coklat tua apabila masak. Lazimnya bahagian isi buah keranji berwarna kuning atau coklat kekuningan dimana ia mempunyai tekstur yang kering dan sedikit berserabut. Rasanya manis-masam dan ada sedikit seakan-akan asam jawa. Selalunya buah keranji boleh dimakan terus sebagai kudapan terutamanya oleh masyarakat tempatan di kampong atau oleh orang asli tempatan. Kulit luarnya yang keras perlu dipecahkan dahulu dan mesti dibuang bertujuan mendapatkan isi di bahagian dalam. Memang enak apabila buah ini di makan cukup masak dan banyak khasiatnya.


(2) BUAH CERMAI MERAH

Buah cermai mer
ah (Eugenia uniflora) bagi penulis blog memang unik sebab bentuk dan rasanya. Buah hutan ini juga ada yang memanggilnya sebagai Cermai Belanda, Cermai Pantai atau Cermai Mekah dimana dalam bahasa Inggeris pula ia di panggil sebagai Surinam Cherry, Brazilian Cherry atau Cayenne Cherry. Buah hutan ini berbentuk bulat kecil seperti anggur mini tetapu penulis blog yang sudah ujirasa mendapati buah cermai jenis ini memang ia mempunyai rasa masam dan sedikit pahit. Bagaimana pun buah ini jarang dimakan secara segar dan lebih digunakan dalam masakan sebagai pengganti asam jawa. Buah cermai merah kaya dengan vitamin C dan mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Dikalangan peminat dilaporkan ada yang rasanya kelat ketika hijau dan masam ketika ia berwarna merah tetai mendakwa apabila sudah berwarna hitam maka dilaporkan ia akan berikan rasa masam masam manis. Buah ini siapa yang suka akan boleh memakan begitu sahaja (tetapi penulis blog terpejam mata di buatnya). Pernah makan buah ceri merah yang di buat jem (ada bubuh banyak gula) untuk di makan dengan roti. Kalangan penduduk kampong ada yang menprosesnya menjadi Halwa dan Jeruk. Pokok Cermai Merah ini akan mula berbunga dan berbuah selepas 2-3 tahun di tanam. Dilaporkan diantara khasiat dan manfaat buah hutan ini yang kaya dengan zat vitamin C yang dipercaya akan dapat meredakkan berbagai penyakit. Bahagian daunnya apabila ditumbuk akan mengeluarkan minyak dimana ia digunakan sebagai pengusir serangga dan berfungsi sebagai bahan anti nyamuk. Daunnya ada digunakan sebagai ubat mengatasi sakit perut serta boleh bertindak meredakan demam, dapat bantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dan tekanan darah, cirit birit dan beberapa lagi. Apa pun ciri pokok dan rantingnya yang sudah tua sangat kuat dan liat untuk dipatahkan dimana dilaporkan ia sesuai dibuat tongkat atau ada juga yang membuat menjadi kayu tasbih yang baik. Dalam pada itu ramai jug amemilih pokok cermai merah ini untuk di jadikan Pokok Bonsai.


(3) BUAH NAM-NAM
BUAH NAM-NAM (Cynometra cauliflora) merupakan sejenis buah yang dihasilkan oleh pokok Nam-nam daripada keluarga Leguminosae yang jarang dijumpai atau kurang dikenali oleh masyarakat kita. Penulis blog buat kali pertama terjumpa pokok buah Nam-nam ini atau juga dipanggil Buah Katak Puru ketika membuat lawatan kerja di Kg Orang Asli Peta di Mersing, Johor iaitu pada tahun 2001 dimana pada masa itu bertugas disana. Sila baca tulisan saya dalam artikel sebelum ini (Sila Klik DIsini). Pada mulanya saya menyangka ia adalah buah dari Hutan Endau iaitu sejenis buah agak pelik kerana tidak pernah nampak. Apa pun seterusnya saya ada membuat pertanyaan kepada salah seorang penduduk disitu (En Lamson - terkini dimaklumkan dia sudah meninggal dunia) yang mana dia kata ia sejenis buah nadir. Pada masa itu saya masih kurang pakar dalam hal tanaman tidak seperti sekarang. Memang setelah dibuat semakan didapati bahawa buah tersebut adalah sebenarnya pokok katak puru atau pun pokok buah nam-nam yang dipercayai berasal daripada Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai. Pokok katak puru mempunyai ketinggian yang sederhana iaitu kira-kira 3 - 4 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk ia mencapai ketinggian 2 meter ia mengambil masa lebih kurang selama 20 tahun. Pokok ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun terutama jika berada pada tanah tepi sungai yang subur. Bunganya akan keluar secara berjambak pada bahagian pangkal batang, batang dan dahan. Semasa peringkat muda atau bersaiz kecil, buahnya berwarna hijau gelap dan setelah masak ia menjadi warna hijau kekuningan. Apabila buah nam-nam masak lazimnya ia akan gugur sendiri diatas tanah dan bijinya yang baik akan bercambah. Daripada kajian ujirasa yang dijalankan didapati buah ini mempunyai rasa masam manis dan sesuai dimakan dengan cicah garam atau makan begitu sahaja. Buah nam nam berbentuk tidak sekata dan menyerupai bentuk buah badam. Buah berwarna hijau ini akan berubah menjadi coklat kekuningan atau coklat tua apabila sudah masak. Rasa buah nam nam mempunyai adalah masam manis dan boleh dinikmati secara terus atau dijadikan jeruk. Buah nam nam jarang ditemui di pasar tetapi sesetengah pekebun kampung ada menanamnya. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH HUTAN... BUAH NADIR SAMA...
JARANG DI JUMPAI... DI HUTAN ADA...
ADA BOLEH DI MAKAN... ENAK RASA...
ADA YANG BERACUN...IA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1446H).

Sunday, May 25, 2025

CARI TAHU PROJEK TERNAKAN KAMBING (Pt 3)

PROJEK MENTERNAK KAMBING merupakan salah satu dari akriviti penternakan yang mampu mendatangkan pendapatan agak lumayan jika dijalankan dengan baik. Kini menternak kambing merupakan ternakan ruminan yang tergolong dalam klasifikasi ternakan dari keluarga Bovidae. Pecahan keluarga (sub-family) bagi kambing adalah daripada genus Caprinae (kambing) dan genus Capra (kambing). Penulis blog merujuk beberapa buku dimana ada 5 spesis kambing yang popular diternak iaitu species iaitu Capra hirus (Capra aegagrus), Capra ibex, Capra pyrenaica, Capra caucasia dan juga spesis Capra falconeri. Bagaimana apun dilaporkan cara membuat klasfikasi kambing ada 4 keadaan iaitu Tempat Asal (seperti Asia, Afrika, dan lain-lain), Rupabentuk Anggota (seperti telinga panjang, pendek, tegak atau berjuntai), Jenis Kegunaan (samada untuk daging, susu, bulu, kulit dan lain-lain) serta Ukuran Besar Badan dan Tinggi (seperti ukuran berat dan besar, sederhana atau pun saiz kerdil). Penulis blog juga kini tahu satu lagi cara yang digunakan sekarang ialah ciri seperti ukuran “Height at withers” iaitu ukuran dari kaki sampai ke tulang bahu (skapula). Dilaporkan dimana cara ini mempunyai kaitan dengan saiz besar badan. Kalau bentuk badan besar begitu juga dgn ukuran tinggi dijadikan panduan dalam pengkelasan kambing. Apa pun dilaporkan dengan cara ini maka haiwan kambing boleh dibahagi kpd 3 kumpulan iaitu jenis Kambing Kerdil (ukuran tingginya dibawah 50 cm atau berat 18-25 kg), Kambing Sederhana (ukuran tinggi 51-65 cm atau beratnya antara 19-27 kg) dan Kambung Besar (ukuran tinggi di atas 65 cm (20-53 kg). Merujuk kepada beberapa sumber yang dilaporkan dimana populasi kambing di dunia dianggar lebih kurang 400 juta ekor dimana sekitar 22% darinya terdapat dikawasan negara beriklim temperate sementara 78% di kawasan tropika dan subtropika. Penulis blog juga dapati dimana populasi kambing berada dikawasan kering di mana sukatan hujan kurang dari 45 cm. Taburan populasi kambing yang banyak sekali ialah di Afrika dan India. Dalam pada itu antara baka-baka kambing yang terkenal di dunia boleh dibahagikan kepada 7 kawasan. Bagi kawasan Afrika terdapat jenis baka kambing Nubian, Sahle, Maradi (Red Sokoto), kambing kerdil (Dwarf goat), south Sudan Dwarf, Somali, Boer, Somali Arab dan Small East African Goat. Sementara itu di kawasan Timur Tengah dan Timur Dekat ada jenis baka kambing seperti Angora, Damanscus dan Syrian Mountain. Bagi kawasan India Dan Pakistan popular dengan baka kambing seperti Jamnapari, Beetal, Barbari, Black Bengal, Malabar, Bari, Osmanabad dan Kamori. Bagi kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia popular dengan baka seperti Kambing Katjang dan di Kawasan Negara China dan Tibet popular dengan baka Kambing Ma’Tou, South China Dwarf Goat, Cahsmere Goat. Di kawasan Amerika Selatan pula ada baka Maxoto dan Marota sementara di kawasan Eropah ada baka kambing Saanen, Toggenburg, British Alpine dan lain-lain. Penulis blog kongsikan beberapa keterangan baka Kambing Katjang yang berasal dari Malaysia dan indonesia. Kambing ini digunakan untuk daging dengan mempnyai warna bulu biasanya hitam atau coklat kadang-kadang terdapat tompok putih dikaki dan badan. Ia mempunyai telinga tegak disisi dengan purata ketinggian adalah sekitar 50- 60 cm. Kambing Katjang juga dilaporkan mempunyai berat lahir sekitar 1 - 2 kg dan apabila dewasa manjadi 20 - 25 kg untuk dipasarkan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai ilmu asas untuk mula projek ternakan kambing untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana kejayaan dan kegagalan projek dalam penternakan kambing adalah bergantung kepada keupayaan untuk menyediakan makanan ternakan yang cukup kandungan nutriennya dan murah daripada sudut kos pengurusan. Ini adalah kerana lebih dari 70% daripada jumlah kos pengurusan datang dari kos makanan ternakan. Kenaikan harga bahan makanan ternakan kesan dari kenaikan harga bahan bakar dunia menyukarkan pengusaha projek ternakan untuk meletakkan pergantungan ke atas sumber makanan ternakan komersil. Memang sangat penting agar pengusaha projek ternakan untuk membangunkan sendiri pengeluaran sumber makanan ternakan atau mengenalpasti sumber hasil sampingan pertanian yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber makanan ternakan. Trnakan kambing dilaporkan ia  juga memerlukan makanan seimbang yang mengandungi zat-zat nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian. Kekurangan zat-zat ini di dalam makanan ternakan akan membawa kepada masalah kesihatan di dalam jangka masa panjang. Secara tidak langsung menjejaskan prestasi ternakan dan projek ternakan secara amnya. Setiap zat-zat nutrien mempunyai fungsinya yang tertentu. Zat protein diperlukan oleh badan untuk membina otot-otot yang kuat selain menjadi elemen penting di dalam proses pemulihan. Karbohidrat diperlukan sebagai bekalan tenaga. Demikian juga dengan lemak selain daripada berfungsi sebagai penebat haba dimana ia juga berfungsi sebagai elemen simpanan untuk digunakan apabila berlalu kekurangan karbohidrat. Vitamin merupakan zat nutrien yang penting walaupun ia cuma diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan beberapa fungsi sel dan organ terjejas yang mana membawa kepada berlakunya penyakit kepada haiwan. Garam galian yang penting seperti kalsium dan fosforus diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihat. Kekurangan garam seperti natrium boleh ketidakseimbangan tekanan bendalir di dalam badan. Berbanding zat-zat lain yang boleh didapati pada sumber makanan ternakan seperti rumput dan dedaun hijau, pemberian garam jilat boleh membantu menampung kekurangan yang mungkin berlaku pada sumber makanan tersebut.


Keperluan bahan air adalah antara komponen terbesar di dalam badan ternakan dimana dilaporkan yang 70% daripada badan kambing adalah terdiri daripada air. Sebaiknya ternakan kambing ini sentiasa diberikan sumber air minuman bersih sepanjang masa dengan terjamin kecukupannya dan kualitinya. Sumber makanan kambing secara amnya boleh dibahagi kepada 2 iaitu makanan utama iaitu Jenis Rumput atau pun Jenis Dedaunan hijau dan Makanan Tambahan. Penternak selalu digalakkan untuk memperuntukkan sebahagian daripada kawasan untuk tanaman makanan ternakan terutamanya Rumput Napier atau Jagung. Ini adalah kerana 2 tanaman ini mempunyai pengeluaran yang tinggi dan sangat sesuai ditanam untuk kawasan yang kecil. Walaupun pun demikian ada terdapat tanaman lain yang sesuai ditanam dan dijadikan sebagai makanan ternakan. Di antaranya ialah seperti Tanaman Rumput Guinea, Rumput Humidicola, Rumput Setaria, Rumput Centrosema (tanaman kekacang). Pokok Petai Belalang (Leucaena leucocephala), Daun nangkadan pokok Glyridisia.  Selain daripada itu digalakkan agar semua penternak kambing ini boleh juga menggunakan bahan-bahan makanan seperti hampas kacang soya, mil kacang, mil ikan sebagai sumber protein. Penggunaan hampas sagu rumbia, dedak padi, lebihan makanan seperti nasi juga boleh diberikan sebagai sumber tenaga kepada kambing agar cepat membesar dan sihat. Ada juga penternak yang membeli dedak komersil dan di berikan kepada ternakan kambing bersama juga dengan garam mineral yang akan membenatu menambah selera kambing memakannya.


Cabaran utama menternak kambing sebenarnya kepada bagaimana cara pengurusan Ternakan Kambing kerana ia memang sangat kritikal. Umumnya kitaran pengurusan bagi ternakan kambing akan bermula dengan kelahiran kepada pembiakan seterusnya kebuntingan dan beranak kembali. Ia boleh di bahagikan kepada beberapa peringkat pengurusan ternakan. Pertama adalah di Peringkat Kelahiran dimana selepas kelahiran maka anak kambing mesti diberikan susu awal ataupun kolostrum. Pemberian susu ini adalah penting kerana susu awal kambing yang dihasilkan di sepanjang 3 hari pertama selepas kelahiran mengandungi antibodi yang diperlukan bagi melindungi dari serangan penyakit. Selain daripada itu kolostrum mengandungi zat protein yang tinggi diperlukan oleh badan untuk tumbesaran. Selalunya anak kambing akan menghisap sendiri. Sekiranya anak kambing lemah atau tidak berbuat sedemikian, tindakan memerah dan menggunakan botol susu atau syringe perlu dilakukan bagi memastikan anak kambing kolostrum secukupnya. Selain daripada memastikan anak kambing mendapat kolostrum, talipusat anak kambing yang didapati panjang perlulah dipotong sekurang-kurangnya setengah inci dari badan. Iodin perlu disapukan pada pusat berkenaan bertujuan mengelakkan menjadi sumber laluan kepada agen penyakit. Di masa awal peringkat kelahiran dalam tempoh 4 - 6 minggu pertama dimana makanan yang secukupnya perlu disediakan secara potong angkut kepada ibu kambing. Ini membolehkan induk berkenaan berehat dan memulihkan diri untuk bersedia pada peringkat seterusnya. Peringkat kedua adalah Peringkat Cerai Susu dimana ia dilihat peringat anak kambing dipisahkan daripada ibunya. Namun demikian, peringkat ini perlu dilakukan secara beransur-ansur. Pada ketika anak kambing berusia menghampir 3 atau 4 bulan, sumber makanan seperti rumput atau dedaunan hijau boleh diberikan secara sedikit demi sedikit. Selalunya pada usia ini anak kambing sudah mulai belajar memamah dedaun hijau. Pada lingkungan usia selewat 4 bulan, anak kambing sepatutnya sudah dipisahkan dari ibunya. Selalunya kelewatan melakukan cerai susu kepada anak kambing menyebabkan prestasi kambing berkenaan seperti berat badan dewasa, tempoh kematangan dan pembiakan akan terjejas. Anak-anak kambing jantan yang mencapai usia 9 bulan perlu dipisahkan daripada anak-anak kambing betina. Ini adalah kerana umur ini adalah untuk yang mana kambing jantan mula mencapai kematangan seksual dan berkebolehan untuk membiak.


Seterusnya adalah Peringkat Penjagaan Kambing Dewasa dimana selalunya kambing-kambing dewasa dikandangkan mengikut jantina. Kambing jantan dan betina dicampurkan hanya apabila hendak dibiakkan. Nisbah kambing jantan kepada kambing betina ialah satu ekor jantan untuk 20 hingga 25 ekor kambing betina. Pada ketika tidak dibiakkan, kambing jantan perlu diletakkan di dalam kandang individual dan tidak dicampurkan dengan kambing jantan yang lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan pemangsaan akibat dominasi kambing jantan yang lain. Salah satu proses yang penting di dalam penternakan ialah proses pemilihan. Proses ini adalah bertujuan menentukan ternakan yang berprestasi tinggi sentiasa berada di dalam ladang. Kambing-kambing yang gagal menunjukkan prestasi yang baik selalunya dikeluarkan dari ladang dan dijual sama ada sebagai ternakan hidup atau disembelih untuk daging. Pemilihan dilakukan berdasarkan pemerhatian dan pengamatan terhadap ternakan dan dibantu oleh data-data yang telah direkodkan seperti berat lahir, berat cerai susu, kenaikan berat badan harian yang tinggi, jarak kelahiran yang singkat, sentiasa beranak kembar dan berat matang yang dicapai dalam masa singkat. Apabila kambing cukup umur dan sedia dijual di perlukan kaedah Pemasaran yang menguntungkan. Bagi pnenulis blog yang ber[engalanan menternak kambing dimana secara amnya, permintaan terhadap daging kambing adalah bermusim dan ini dapat dilihat meningkat terutamanya ketika perayaan-perayaan seperti Hari Raya dan Deepavali. Hasilnya pada ketika musim-musim perayaan, berlaku kekurangan daging kambing dalam negara dan menyebakan fenomena peningkatan sementara pengimportan kambing hidup untuk sembelihan dan daging kambing sebagai makanan. Selain daripada musim perayaan, permintaan terhadap daging kambing tetap ada walaupun harga borong daging kambing agak mahal iaitu di antara RM 15 hingga 25 sekilo. Penggunaan perkapita daging kambing di Malaysia masih berada di tahap rendah iaitu 0.8 hingga 0.9kg. Ini berkemungkinan besar didorong oleh persepsi orang ramai tentang perkaitan di antara pemakanan daging kambing dan kesihatan. Namun demikian, kajian yang dilakukan oleh USDA mendapati daging kambing kurang daripada segi kandungan kolestrol dan lain-lain parameter yang dipercayai boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Daging kambing mendapat permintaan oleh dipasarkan melalui pasar raya besar atau hypermart seperti TESCO, JUSCO dan Giant. Selain daripada itu boleh dibekalkan untuk memenuhi permintaan hotel dan restoran. Cabaran utama di dalam industri ini ialah berkemampuan untuk membekalkan di dalam kuantiti yang besar dan berterusan. Namun demikian dengan minat, usaha dan sabar serta menyusun atur strategi yang bersesuaian pasti mampu mengatasi cabaran seterusnya memberi hasil dan pulangan yang lumayan. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MENTERNAK KAMBING...BAGAIMANA...
BAKA TERPILIH... DIPASTIKAN ADA...
MAKANAN SIHAT... RAWAT SAKITNYA...
BOLEH DIJUAL... UNTUNG AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka.
(Malaysia).
(17 Zulkaedah 1446H).

Saturday, May 24, 2025

CARI TAHU PROJEK TERNAKAN KAMBING (Pt 2)

PROJEK MENTERNAK KAMBING
merupakan salah satu dari akriviti penternakan yang mampu mendatangkan pendapatan agak lumayan jika dijalankan dengan baik. Kini menternak kambing merupakan ternakan ruminan yang tergolong dalam klasifikasi ternakan dari keluarga Bovidae. Pecahan keluarga (sub-family) bagi kambing adalah daripada genus Caprinae (kambing) dan genus Capra (kambing). Penulis blog merujuk beberapa buku dimana ada 5 spesis kambing yang popular diternak iaitu species iaitu Capra hirus (Capra aegagrus), Capra ibex, Capra pyrenaica, Capra caucasia dan juga spesis Capra falconeri. Bagaimana apun dilaporkan cara membuat klasfikasi kambing ada 4 keadaan iaitu Tempat Asal (seperti Asia, Afrika, dan lain-lain), Rupabentuk Anggota (seperti telinga panjang, pendek, tegak atau berjuntai), Jenis Kegunaan (samada untuk daging, susu, bulu, kulit dan lain-lain) serta Ukuran Besar Badan dan Tinggi (seperti ukuran berat dan besar, sederhana atau pun saiz kerdil). Penulis blog juga kini tahu satu lagi cara yang digunakan sekarang ialah ciri seperti ukuran “Height at withers” iaitu ukuran dari kaki sampai ke tulang bahu (skapula). Dilaporkan dimana cara ini mempunyai kaitan dengan saiz besar badan. Kalau bentuk badan besar begitu juga dgn ukuran tinggi dijadikan panduan dalam pengkelasan kambing. Apa pun dilaporkan dengan cara ini maka haiwan kambing boleh dibahagi kpd 3 kumpulan iaitu jenis Kambing Kerdil (ukuran tingginya dibawah 50 cm atau berat 18-25 kg), Kambing Sederhana (ukuran tinggi 51-65 cm atau beratnya antara 19-27 kg) dan Kambung Besar (ukuran tinggi di atas 65 cm (20-53 kg). Merujuk kepada beberapa sumber yang dilaporkan dimana populasi kambing di dunia dianggar lebih kurang 400 juta ekor dimana sekitar 22% darinya terdapat dikawasan negara beriklim temperate sementara 78% di kawasan tropika dan subtropika. Penulis blog juga dapati dimana populasi kambing berada dikawasan kering di mana sukatan hujan kurang dari 45 cm. Taburan populasi kambing yang banyak sekali ialah di Afrika dan India. Dalam pada itu antara baka-baka kambing yang terkenal di dunia boleh dibahagikan kepada 7 kawasan. Bagi kawasan Afrika terdapat jenis baka kambing Nubian, Sahle, Maradi (Red Sokoto), kambing kerdil (Dwarf goat), south Sudan Dwarf, Somali, Boer, Somali Arab dan Small East African Goat. Sementara itu di kawasan Timur Tengah dan Timur Dekat ada jenis baka kambing seperti Angora, Damanscus dan Syrian Mountain. Bagi kawasan India Dan Pakistan popular dengan baka kambing seperti Jamnapari, Beetal, Barbari, Black Bengal, Malabar, Bari, Osmanabad dan Kamori. Bagi kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia popular dengan baka seperti Kambing Katjang dan di Kawasan Negara China dan Tibet popular dengan baka Kambing Ma’Tou, South China Dwarf Goat, Cahsmere Goat. Di kawasan Amerika Selatan pula ada baka Maxoto dan Marota sementara di kawasan Eropah ada baka kambing Saanen, Toggenburg, British Alpine dan lain-lain. Penulis blog kongsikan beberapa keterangan baka Kambing Katjang yang berasal dari Malaysia dan indonesia. Kambing ini digunakan untuk daging dengan mempnyai warna bulu biasanya hitam atau coklat kadang-kadang terdapat tompok putih dikaki dan badan. Ia mempunyai telinga tegak disisi dengan purata ketinggian adalah sekitar 50- 60 cm. Kambing Katjang juga dilaporkan mempunyai berat lahir sekitar 1 - 2 kg dan apabila dewasa manjadi 20 - 25 kg untuk dipasarkan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai ilmu asas untuk mula projek ternakan kambing untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dari aspek teknikal dimana p
rojek penternakan kambing dibahagikan kepada 5 komponen utama iaitu Komponen Perancangan projek, Komponen Pembangunan Perumahan dan Kandang kambing, Komponen Makanan ternakan, Kpmponen Pengurusan ternakan dan Komponen Pemasaran. Komponen asas yang pertama iaitu PERUMAHAN DAN KANDANG KAMBING sebenarnya ada terdapat pelbagai jenis, bentuk dan rupa rumah serta kandang kambing. Setiap sesuatu rekaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun demikian, setiap binaan berkenaan perlu memberikan persekitaran yang selesa untuk didiami oleh semua ternakan kambing. Di samping itu bahan binaan rumah berkenaan juga sebaiknya membantu didalam mempermudahkan kerja-kerja pengurusan harian ternakan dilakukan. Awalnya perlu disediakan susunatur rumah rumah kambing perlu mengikuti susunatur memanjang yang bertentangan dengan arah pergerakan matahari. Sebaik-baiknya cahaya matahari di waktu pagi dan petang boleh mencecah di bahagian tengah rumah. Ini bertujuan merendahkan kadar kelembapan dan menjadikan rumah kambing sentiasa kering. Jarak minima perumahan kambing di antara satu sama yang perlu ada  sekurang-kurangnya 30 kaki atau sama dengan lebar rumah kambing berkenaan. Ini bertujuan memberi ruang aliran udara di antara perumahan yang baik dan berguna bagi dapat merendahkan perpindahan atau penularan jika ada penyakit melalui udara dari satu rumah ke rumah lain. Jenis ATAP bagi kandang ada terdapat pelbagai jenis atap yang terdapat di pasaran seperti zink, asbestos dan aluminium. Namun apa yang penulis blog tahu pemilihan bahan sebagai atap dalam perumahan kambing perlu mengambil kira daripada segi kos dan keupayaan untuk tidak menyimpan haba. Kawasan keliling kandang secara keseluruhannya sebaik-baiknya dilitupi atap yang dapat melindungi ternakan dari hujan dan panas terik matahari. Jarak minima di antara atap bahagian tengah rumah dengan lantai ialah 12 kaki. Sementara itu di bahagian tepi rumah kambing perlu ada jarak minima di antara atap dan lantai ialah 8 kaki. Adalah baik sekiranya di antara atap rumah kambing yang biasa, diletakkan atap yang bersifat tembus cahaya(translucent). Ini bertujuan memberikan pencahayaan semulajadi ke dalam kandang di samping membantu dalam usaha merendahkan kadar kelembapan di dalam kandang


Aspek membina Lantai Kandang Kambing unik sebab sebaiknya bahan yang digunakan sebagai lantai kandang kambing sama ada plastik ataupun kayu perlu bersifat tahan lama, tidak mudah rosak, tidak mudah melekit dan cepat kering. Lantai kandang kambing perlu mempunyai ruang di antara 1 hingga 1.5 cm bagi membolehkan tinja kambing jatuh ke bawah. Sebaik-baiknya batang kayu atau plastik yang digunakan sebagai lantai tidak terlalu lebar (1” X 2”). Ruang keluasan batang kayu atau plastik yang kecil memudahkan kerjakerja pembersihan dilakukan. Jarak di antara lantai kandang dan lantai bawah di permukaan tanah sebaikbaiknya di antara 5 – 5.5 kaki. Jarak yang lebih rendah akan memungkinkan kambing menghadapi masalah kesihatan seperti mata berair, batuk dan sukar bernafas berpunca dari tinja yang terkumpul di bawah kandang. Bagi jenis Lantai Bumi dimana perlu ada ruang lantai bumi sebaik-baiknya disimen dan mempunyai kecerunan lebihkurang 2%. Ini bertujuan menjadikan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tinja di bahagian hujung kandang lebih mudah kerana dibantu oleh perbezaan titik graviti. Baja organik yang dihasilkan dari tinja yang dikutip dari lantai bersimen adalah lebih berkualiti berbanding lantai bumi yang cuma dilapisi pasir atau tanah. Membina Tangga Rumah Kambing yang kebiasaanya tangga rumah kambing diperbuat dari kayu yang sesuai dan memudahkan lambing naik kekandangnya. Sebaiknya ia menjadi alternatif baik ialah dengan cara menggunakan tangga yang diperbuat dari konkrit kasar dan kesat dimana cara ini amat berguna terutama sekiranya penternak mengamalkan penternakan sistem semi intensif yang menyebabkan ternakan sentiasa menggunakan tangga untuk turun dan naik ke kawasan kandang. Akan berlaku kes pergeseran di antara tangga konkrit yang kasar dan kesat dengan kuku kaki kambing secara pasifnya dimana cara ini akan membantu mengurangkan masalah kepada bahagian kuku panjang bagi kambing. 


Disyorkan dimana kandang kambing perlu mempunyai keluasan yang bersesuai untuk seekor kambing betina dewasa ialah di antara 12 - 15 kaki persegi. Bagi kegunaan 25 ekor kambing betina dan seekor jantan, sebanyak 312 kaki persegi kawasan diperlukan. Setiap kandang perlu disediakan palong bagi makanan dan palong minuman. Terdapat pelbagai jenis bahan binaan yang boleh digunakan sebagai palong makanan. Di antaranya ialah dengan cara menggunakan penakung air hujan plastik, tong plastik dan palong buatan yang diperbuat dari kayu dimana paras ketinggian palong makan sebaik-baiknya tidak lebih tinggi dari paras dada kambing dan bersekat. Ini bertujuan menggelakkan kambing dari memasuki tempat makanan dan mengotorinya. Palong minuman adalah lebih kurang sama dengan palong makanan. Biasanya kambing mempunyai sifat untuk tidak menggunakan air minuman dari takungan atau palong air yang kurang bersih. Alternatif terbaik kepada palong minuman ialah penggunaan Jenis Paip Minuman Automatik (automated water drinker). Penggunaan paip minuman jenis automatik ini bukan sahaja menjaga kebersihan minuman ternakan tetapi juga mampu mengurangkan pembaziran air. Perkara asas lain didalam projek menternak kambing adalah isu Keperluan Memasang Pagar. Kawasan seperti projek penternakan adalah perlu dipagar bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingin seperti kehilangan ternakan akibat kecurian atau pemangsaan haiwan lain dan kemasukan agen yang berpotensi membawa penyakit. Jenis pagar perimeter yang boleh digunakan ialah pagar jenis cyclone tightlock high tensile. Alternatif kepada pagar ini ialah penggunaan pagar jenis chain link atau kawat duri. Namun demikian, penggunaan 2 jenis pagar ini kurang efektif berbanding penggunaan pagar jenis cyclone tightlock high tensile. Terdapat 3 jenis tiang pagar yang boleh digunakan iaitu jenis besi galvani (G.I pipe), angle iron dan kayu. Setiap tiang perlu berukuran 7 kaki keseluruhannya. Dipasang jenis tiang berkenaan akan ditanam sedalam 2 kaki dan meninggalkan ketinggian 5 kaki untuk tujuan pemagaran dengan jarak di antara tiang ialah 10 kaki. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK KAMBING...BAGAIMANA...
BAKA TERPILIH... DIPASTIKAN ADA...
MAKANAN SIHAT... RAWAT SAKITNYA...
BOLEH DIJUAL... UNTUNG AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka.
(Malaysia).
(17 Zulkaedah 1446H).

Friday, May 23, 2025

CARI TAHU PROJEK TERNAKAN KAMBING (Pt 1)

PROJEK MENTERNAK KAMBING
merupakan salah satu dari akriviti penternakan yang mampu mendatangkan pendapatan agak lumayan jika dijalankan dengan baik. Kini menternak kambing merupakan ternakan ruminan yang tergolong dalam klasifikasi ternakan dari keluarga Bovidae. Pecahan keluarga (sub-family) bagi kambing adalah dari genus Caprinae (kambing) dan genus Capra (kambing). Penulis blog merujuk beberapa buku dimana ada 5 spesis kambing yang popular diternak iaitu species iaitu Capra hirus (Capra aegagrus), Capra ibex, Capra pyrenaica, Capra caucasia dan juga spesis Capra falconeri. Bagaimana apun dilaporkan cara membuat klasfikasi kambing ada 4 keadaan iaitu Tempat Asal (seperti Asia, Afrika, dan lain-lain), Rupabentuk Anggota (seperti telinga panjang, pendek, tegak atau berjuntai), Jenis Kegunaan (samada untuk daging, susu, bulu, kulit dan lain-lain) serta Ukuran Besar Badan dan Tinggi (seperti ukuran berat dan besar, sederhana atau pun saiz kerdil). Penulis blog juga kini tahu satu lagi cara yang digunakan sekarang ialah ciri seperti ukuran “Height at withers” iaitu ukuran dari kaki sampai ke tulang bahu (skapula). Dilaporkan dimana cara ini mempunyai kaitan dengan saiz besar badan. Kalau bentuk badan besar begitu juga dgn ukuran tinggi dijadikan panduan dalam pengkelasan kambing. Apa pun dilaporkan dengan cara ini maka haiwan kambing boleh dibahagi kpd 3 kumpulan iaitu jenis Kambing Kerdil (ukuran tingginya dibawah 50 cm atau berat 18-25 kg), Kambing Sederhana (ukuran tinggi 51-65 cm atau beratnya antara 19-27 kg) dan Kambung Besar (ukuran tinggi di atas 65 cm (20-53 kg). Merujuk kepada beberapa sumber yang dilaporkan dimana populasi kambing di dunia dianggar lebih kurang 400 juta ekor dimana sekitar 22% darinya terdapat dikawasan negara beriklim temperate sementara 78% di kawasan tropika dan subtropika. Penulis blog juga dapati dimana populasi kambing berada dikawasan kering di mana sukatan hujan kurang dari 45 cm. Taburan populasi kambing yang banyak sekali ialah di Afrika dan India. Dalam pada itu antara baka-baka kambing yang terkenal di dunia boleh dibahagikan kepada 7 kawasan. Bagi kawasan Afrika terdapat jenis baka kambing Nubian, Sahle, Maradi (Red Sokoto), kambing kerdil (Dwarf goat), south Sudan Dwarf, Somali, Boer, Somali Arab dan Small East African Goat. Sementara itu di kawasan Timur Tengah dan Timur Dekat ada jenis baka kambing seperti Angora, Damanscus dan Syrian Mountain. Bagi kawasan India Dan Pakistan popular dengan baka kambing seperti Jamnapari, Beetal, Barbari, Black Bengal, Malabar, Bari, Osmanabad dan Kamori. Bagi kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia popular dengan baka seperti Kambing Katjang dan di Kawasan Negara China dan Tibet popular dengan baka Kambing Ma’Tou, South China Dwarf Goat, Cahsmere Goat. Di kawasan Amerika Selatan pula ada baka Maxoto dan Marota sementara di kawasan Eropah ada baka kambing Saanen, Toggenburg, British Alpine dan lain-lain. Penulis blog kongsikan beberapa keterangan baka Kambing Katjang yang berasal dari Malaysia dan indonesia. Kambing ini digunakan untuk daging dengan mempnyai warna bulu biasanya hitam atau coklat kadang-kadang terdapat tompok putih dikaki dan badan. Ia mempunyai telinga tegak disisi dengan purata ketinggian adalah sekitar 50- 60 cm. Kambing Katjang juga dilaporkan mempunyai berat lahir sekitar 1 - 2 kg dan apabila dewasa manjadi 20 - 25 kg untuk dipasarkan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai ilmu asas untuk mulakan projek ternakan kambing untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penternakan kambing adalah salah satu perniagaan dalam bidang ternakan ruminan yang menjanjikan. Ia merupakan salah satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan. Bagi penulis blog dimana disetiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran tersendiri. Antara kegunaan komponen kambing yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi untuk dipasarkan adalah Jualan Kambing Hidup sebagai baka atau untuk produk daging sebagai makanan atau jualan sebagai haiwan peliharaan. Menternak kambing boleh hasilkan produk Susu Kambing, Kulit dan bulu kambing untuk di biat hasil kraftangan atau tekstil, Produk Tanduk Kambing juga boleh dioleh menjadi kraftangan. Selain itu bahagian Usus Kembing sesuai di jadikan bahan benang jahitan pembedahan dan juga Tahi Kambing merupakan sejenis baja organik. Bagi penulis jika hendak dibandingkan dengan aktiviti 
penternakan lembu, penternakan kambing tidak memerlukan keluasan kawasan yang besar. Keluasan kawasan minima yang ideal ialah 3 ekar atau bersamaan 1.2 hektar. Kawasan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kawasan perumahan kambing sekitar seekar dan selebihnya boleh digunakan sebagai kawasan pengeluaran makanan ternakan iaitu sama ada sebagai foder (sistem potong dan angkut) atau menjadi kawasan ragutan berpusingan (sistem bebas lepas). Menyentuk prospek isu industri industri penternakan kambing di Malaysia adalah kecil berbanding komoditi-komoditi ternakan lain. Jika dibandingkan dengan ayam (122%), telur (114%) dan lembu (25%) akan tetapi dolaporkn dimana tahap saradiri (SSL) pengeluaran sektor kambing dan daging kambing hanya mencapai 9% sahaja.  Penulis blog dapati dimana Malaysia masih banyak lagi bergantung kepada pengimportan kambing dan daging kambing daripada luar negara seperti dari Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan dan Thailand. Berikut adalah jadual perangkaan pengimportan kambing dan daging. Data menunjukkan dimana berlaku kadar peningkatan import di antara 3 - 5% pada setiap tahun dengan tahap sara diri hanya mencapai 9% pada dimana dilihat yang aktiviti dalam penternakan kambing adalah industri yang sentiasa terus ia mempunyai permintaan yang tinggi. Sesiapa yang ingin memluakan projek ternakan kambing sesuai membaca artikel ini semuanya.


Sebenarnya di Malaysia dimana aktiviti pe
nternakan kambing adalah satu bidang usaha yang mencabar. Ia bukan sahaja menuntut keupayaan penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran sesuai tetapi juga memerlukan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini untuk sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan aset hidup bernilai ini. Secara saintifiknya kambing (Capra hircus) adalah haiwan ruminan kecil yang diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kaki berkuku dua ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan. Namun demikian ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca yang panas berbanding sejuk. Berbeza berbanding ternakan ruminan lain seperti lembu dan bebiri, kambing lebih cenderung untuk memilih dan memamah pucuk serta daun-daun yang muda berbanding meragut di padang rumput. Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia selalunya berkemampuan untuk hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan. Kambing mempunyai sifat unik yang kurang terdapat pada haiwan gerompok lain iaitu kecenderungan untuk meneroka kawasan. Sifat ini adakalanya memberi masalah pengurusan terutama sekiranya kambing diternak di dalam sistem semi intensif atau ekstensif. Paling asas mengenali jenis atau baka kambing yang hendak diternak sebab semuanya perlu di rancang dengan betul dan tepat sesuai dengan kawasan, makanan dan risikonya. Sebenarnya setiap baka kambing mempunyai ciri-ciri yang unik dan secara am dimana baka kambing boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu Jenis Kambing Pedaging (Seperti kambing Boer, Kambing Kacang, Kambing Black Bengal, Kambing Savanna, Kambing Kalahari Red dan Kambing Jermasia. Jenis kedua adlah Baka Kambing Susu (Kambing Alpine, Kambing Saanen, dan Kambing Toggenburg dan ketiga adalah Baka Kambing Dwi Fungsi (diternak bertujuan mendapatkan susu dan daging) seperti jenis Kambing Jamnapari Anglo-Nubian. Bagaimana pun bakal penternak perlu mendapatkan ilmu menternak kambing daripada pihak JPV atau pihak swasta yang ada menganjurkan kursus asas menternak kambing. Baka kambing yang hendak di ternak dipastikan ada sumber untuk membelinya, mudah di jaga, cepat membesar dan mempunyai nilai harga apasaran yang baik.


Semua balak penternak kambing yang baru ingin memasukki industri ini perlu hadir kursus penternakan kambing. Ini kerana akan di ajar jika haiwan kambing sebenarnya ia  boleh dikategorikan kepada 3 jenis sistem berdasarkan kaedah pengurusan dan penjagaan ternakan. Sistem ini adalah Kaedah Penternakan Secara Intensif, Sistem Semi Intensif dan juga Sistem Ekstensif. Setiap sistem penternakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Sistem penternakan intensif menekankan penternakan kambing di dalam kandang. Konsep ini menyamai konsep penternakan lembu fidlot. Ternakan yang dikurung diberikan makanan menggunakan kaedah potong dan angkut. Secara tidak langsung dimana ia menambahkan beban kerja kepada tenaga buruh. Walaupun bagaimanapun, penggunaan sistem ini boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah kecacingan (helmintiasis) dan keracunan makanan. Di samping itu selalunya ternakan lebih mudah dijaga dan dipantau berbanding dengan sistem penternakan secara bebas lepas. Sistem penternakan semi intensif pula ia bermakna ternakan dilepaskan untuk tujuan meragut pada masa ditentukan di kawasan yang ditetapkan. Ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja pembersihan kandang tetapi juga mengurangkan stress atau tekanan kepada ternakan. Sistem penternakan ekstensif adalah sistem penternakan yang paling kurang dipraktikan oleh ladang-ladang komersil. Sistem ini lebih diamalkan oleh penternak kecil-kecilan atau yang menjalankan aktiviti ternakan sebagai satu hobi. Sifat kambing yang gemar meneroka menyukarkan pengurusan, pengawalan dan pemantauan ternakan. Di antara masalah-masalah yang dihadapi di bawah penternakan sistem ini termassuk isu seperti berlaku kehilangan ternakan, ancaman kepada penyakit parasit (kecacingan), isu keracunan makanan dan berlaku isu kekurangan nutrien. Apa pun amalan perladangan campuran atau ringkasnya perladangan secara integrasi ternakan dan tanaman merupakan salah satu konsep kaedah pengoptimaan tanah bagi mengatasi banyak masalah kekurangan tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan. Bagi penulis blog dimana di dalam konsep ini iaitu ternakan menggunapakai sumber bahan makanan yang tumbuh melata di antara tanaman utama. Di samping itu selalunya banyak bahan-bahan sampingan pertanian seperti daun sawit di dalam perladangan kelapa sawit boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Hubungan duahala ini memberikan lagi aspek kelebihan dan keuntungan. Selain ia mengurangkan kos mendapatkan makanan ternakan dimana pada masa yang sama rumput rumpai dibersihkan secara biologi serta tanah diberikan baja dan bahan organik darpada sisa najis ternakan. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK KAMBING...BAGAIMANA...
BAKA TERPILIH... DIPASTIKAN ADA...
MAKANAN SIHAT... RAWAT SAKITNYA...
BOLEH DIJUAL... UNTUNG AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka.
(Malaysia).
(17 Zulkaedah 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...