Support My Blog

Friday, November 22, 2024

TEKNOLOGI MEMPROSES KULIT KAMBING

KULIT KAMBING
(Goat Skin) merupakan salah satu hasilan daripada ternakan kambing atau bebiri atau yang seumoama dengannya dan banyak kegunaannya. Ternakan kambing selalu menghasilkan daging, susu, kulit, bulu dan tanduj yang ada kegunaannya tersendiri. Penukis blog nemang ada pengalaman menternak kambing di kampong dizama muda dahulu sehingga mencecah lebih daripada 45 ekor didalam kandang di beakang rumah. Kambing inni selain daripada ia dijual sebagai pendapatan keluarga selalu juga di sembelih semasa majlis kenduri dan dimana selalu kuitnya akan dikeringkan. Baga mertua penulis blog yang juga pengusaha membuat kompang memang sentiasa menyediakan ribuan kulit kambing untuk dijadikan kompang berkualiti yang didapatkan daripada pemborong kulit kambing di seluruh negara. Kulit kambimg merupakan bahan utama membuat alat seperti kompang dan jidur di bengkel di rumah bapa mertua dahulu. Kulit kambing adalah bahan atau material kulit yang didapatkan dari seekor kambing yang disembelih diambil dagungnya dan kulit kambingnya. Dari segi sejarh dilaporkan dimana kulit kambing sudah digunakan untuk pelbagai kegunaan sejak dahuulu diseluruh dunia. Di USA ada laporan dimana kulit anak kambing (kidskin) ada digunakan untuk membuat sarung tangan, sepatu dan pelbagai aksesori hiasan lainnya bersaa dengan kulit bebiri, lembu, kangaroo dan haiwan lain (termasuk haiwan liar yang diburu). Biasanya kulit samak yang kering dari kulit kambing adalah sangat tahan lama dan selalunya ia digunakan untuk membuat produk seperti tikar permadani dan untuk penjilidan karpet di beberapa bahagian dunia. Bahan ini sering juga ia digunakan untuk sarung tangan, kasut but dan produk kegunaan lain yang memerlukan kulit lembut. Di beberapa negara timur tengah dan asia tengah dimana kulit kambing di buat untuk menyimpan atau membawa air selain daripada untuk memproses susu menjadi produk makanan. Sudah lama kulit kambing menjadi bahan utama untuk penjilidan buku kulit selama berabad-abad. Peralatam muzik tradisional dan juga peralatan muzik moden masih menggunakan kulit kambing untuk menhasilkan bunyi-bunyian sebagai alat muzik yang signifikan. Artikel pada subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulus mengenai teknologi asas dalam memproses dan merrawat kulit kambing untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.


Penting dijelaskan akan beberapa ciri khas produk kulit yang berkualiti untuk dijadikan rujukkan. Lazimnya produk bulu yang diambil daripada kulit kambing adalah bersifat ringan, hangat serta ia adalah cantik. Perbezaan antara kambing dan kulit biri-biri pada penulis blog adalah terletak pada ciri struktur dermis. Sebagai penjelasan dimana lazimnya kulit mamalia terdiri daripada 3 lapisan iaitu Lapisan Epidermis, Lapisan Dermis dan juga Lapisan Lemak. Dermis dibentuk oleh serat kolagen dan tisu penghubung dimana ia terdiri daripada 2 lapisan iaitu Lapisan Papillary dan Lapisan Reticular. Kekuatan dan keanjalan kulit bergantung pada keadaan dermis. Dilaporkan pada pada kulit kambing ianya agak berbeza dengan kulit biri-biri dimana lapisan papilernya adalah lebih padat dan lapisan retikular juga adalah lebih tebal. Serat kolagen tahap papillary akan ia membentuk rangkaian yang padat yang memberi kekuatan pada dermis. Bungkusan kolagen lapisan mesh selalunya ia bersifat saling bersilang dimanainilah yang mempengaruhi keanjalan kulit. Penulis blog kongsikan info mengenai bagaimana pengelasan kulit kambing dijalankan. Secara teorinya dimana berat basah kulit segar hanya kira-kira 6% sahaja daripada jumlah keseluruhan berat haiwan. Kemudian dengan ketebalan dimana kulit berpasangan dibahagikan pula kepada 4 subkumpulan. Sub-kumpulan tersebut adalah dari 1.8 mm hingga 2.5 mm khusus bagi kambing dewasa; dari 2.2 mm hingga 3.5 mm adalah merupakan kambing dewasa; dari 0.9mm  hingga 1.4 mm pula kategori kambing anak berumur 2-3 bulan dan dari 1.3 mm hingga 2.2 mm adalah kulit anak kambing berumur 5 - 6 bulan. Bagaimana pun pengelasan ini hanya digunakan untuk kambing tempatan yang berkualiti dan sihat sahaja. Manarik kategori ini di fahami agar semua pembaca vlog anim agro technology manjadikan asas dalam sistem pemasaran atau pebelian kelak.


Lazimnya kualiti kulit kambing sebagai bahan mentah bergantung pada tempoh penyembelihan dan berbeza diantara jenis kambing diternak dari negara 4 musim dengan kambing di kawasan tropika. Bagi negara 4 musim lazimnya amalan menyembelih dibahagikan kepada Kambing Musim Sejuk dimana ia dilakukan pada bulan November - Januari untuk penghasilan bulu, produk bulu, kasut dan barang-barang hiasan rumah. Kemudian penyembelihan kambing pada musim bunga pada bulan Februari - Jun dimana ia tidak digunakan dalam pengeluaran kulit dan bulu kerana lazimnya ada banyak kecacatan pada dermis, masa penumpahan. Penyembeihan kambing pada musim panas (Jun-Julai) adalah bertujuan untuk membuat chevro dan lapisan untuk pakaian luar. Akhirnya dimana penyembelihan kambing pada musim luruh (Ogos-Oktober) bertujuan bagi pengeluaran lapisan chevro dan kulit berkualiti tinggi. Di negara tropika seperti Malaysia isu tersebut tidak timbul dimana penyelbelihan kambing banyak jumlahnya pada hari raya dan untu aqiqah sepanjang tahun. Dari segi pengkelasan dimana mengikut ukuran dan usia haiwan selalunya kulit dikelaskan kepada Kambing Bulu Kecil (yang berumur sehingga 1.5 bulan), Kambing Sangat Kecil (yang berumur sehingga 3 bulan), Kambing Kecil hingga Sederhana (yang berumur 3-6 dan 6-10 bulan) serta Kambing Besar (dari haiwan muda sehingga kambing dewasa). Cara mengambil kulit kambing ada pelbagai teknikk daripada yang mudah kepada yang rumit. Sebaiknya kulit dikeluarkan dalam satu lapisan sahaja iaitu dari atas ke bawah. Bahagian kulit yang rapat ke badan kambing perlu di potong dengan pisau tajam tanpa merosak atau ada lubang atau terputus kulitnya. Lazimnya kemudian bahagian lemak dan daging yang masih melekat perlu dipotong sehingga tinggal kulit. Bergantung kepada kemahiran seseeorang dimana alat yang diperlukan dalam kerja ini termasuk pisau kulit, pengikis logam, sudu untuk membuang lemak, pengapit, tukul (kayu dan logam), sisir atau sikat logam dan berus. Di samping itu diperlukan juga alat untuk meregangkan dan membersihkan kambing yang sesuai digunakan untuk melakukan kerja mengambil kulit kambing. 


Sebaiknya kulit kambing yang dikeluarkan disejukkan dulu dengan meletakkan kulitnya terbalik selama 30 minit. Cara untuk mengawet kulit dimulakan dengan membuang sisa daging dan lemak yang melat. Kemudian kulit kambing disapu dengan garam (1.5 - 2.0 kilogram seekkor) dan boleh dilipat dalam karung dan dibiarkan di dalam bilik yang sejuk selama 3 hari sehingga garam menyerap kelembapan dari daging. Apa pun garam tersebut kemudian mesti dikikis dan kulit ditarik ke atas bingkai untuk dikeringkan. Kulit nipis kambing muda sebaiknya dikeringkan tanpa garam (kaedah kering-segar). Keringkan kulit di ruangan kering yang bersuhu panas dengan sistem pengudaraan untuk selama 2 minggu. Perlu diketahui dimana jika ada k
ulit yang keras dan kering untuk berpakaian mesti dilembutkan dahulu dengan rendaman sebelum ia digunakan. Teknik terbaik adalah gunakan untuk 1 kulit diperlukan kuantiti sekurang-kurangnya 10 liter air. Untuk mempercepatkan proses perendaman dan bagi mengelakkan kerosakan dan gris (kelembapan berlebihan dalam daging) sebaiknya digunakan air bersuhu air 25 - 30 Celcius bersama serbuk sabun basuh (2 gram per 1 liter), bahan antiseptik (1 gram per 1 liter), garam yang boleh dimakan (30/50 gram per 1 liter) dan di kacau dengan sebati. Bagi kulit kering cecair cuka boleh ia ditambahkan ke dalam larutan pada kadar 2 gram per 1 liter. Jangka masa rendaman antara 20 - 48 jam untuk kulit kambing lembut dimana ia juga bergantung pada keadaan kulit kambing setelah dikeringkan. Kulit kambing boleh disimpan dalam larutan selama 24 jam pada suhu tetap dan kacau. Kemudian ia dibasuh dalam air bersih selama 30 minit, digantung untuk mengalirkan air. Akhirnnya proses dalam pengawetan kulit kambing diperiksa. Kult kambing yag berkualiti dan kering boleh disimpan atau dijual kepada pemborong mengikut gred dan kuantiti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KULIT KAMBING... BAGAIMANA AMBILNYA...
GUNA PISAU TAJAM... MULA MELAPAHNYA...
KULIT DIBERSIHKAN... ADA TEKNIKNYA...
KULIT DI SIMPAN... DIJUAL MAHAL HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(20 Muharram 1445H).

Thursday, November 21, 2024

BAGAIMANA VANILLA CEPAT BERBUAH?

TANAMAN VANILLA
(Vanilla fragrans) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia. Baru-baru ini ada beberapa laporan media mengenai ada usahawan yang menanam pokok vanilla di Pahang dan mendapat banyak respon pembaca. Pada penulis blog ada beberapa orang yang penanam pokok vanilla ini memang cukup berani berisiko dan diharap mereka akan berjaya membangunkan tanaman vanilla di Malaysia. Pada penulis blog apabila menyebut vanilla rupanya ia terdapat lebih 20,000 spesis didalam keluarga orkid diseluroh dunia dimana tumbuhan orkid ada yang tumbuh sebagai pokok, renek, herba, parasitk dan sebagainya. Pengeluaran vanilla dunia adalah sekitar 7,508 metrik tan setahun dengan 50% dari jumlah pengeluaran adalah di Indonesia sebagai pengeluar vanilla terbanyak didunia. Pengeluaran vanilla juga daripada Madagascar (1,587 mt) dan China (1,385 mt). Negara lain yang ada menanam vanila adalah Kepulauan Seychelles, Fiji, Tahiti, Mexico, Malawi, Grenada dan Sri Lanka dimana dilapor ia kebanyakannya adalah negara berpulau (Islands). Vanilla perlukan iklim yang tinggi kelembaban, suhu tinggi, kurang hujan pada musim berbuah dengan keperluan hujan antara 2,000 -2,500 setahun. Penanaman vanilla di negara kita pernah dipromosikan oleh beberapa syarikat swasta dan juga terdapat agensi kerajaan yang membuat kajian kesesuaian tanaman, varieti dan amalan teknologi. Dalam pada itu penanaman pokok vanilla bagaimana pun kurang berjaya disebabkan oleh kurang minat daripada petani, teknologi yang kurang pasti, kesesuaian amalan pengurusan tanaman, varieti yang kurang sesuai dan ketidaktentuan pasaran. Walau pun pernah diujudkan sistem pasaran kontrak (Contract Farming) dalam usaha untuk memajukan tanaman vanilla tetapi ianya masih gagal. Tanaman vanila memerlukan lindungan cahaya antara 30-50% seperti ditanam dibawah struktur naungan dengan jaring hitam. Jadi persekitaran di kebun kelapa dewasa sesuai untuknya. Jarak tanaman yang disyorkan untuk vanila sebagai tanaman selingan di kebun kelapa ialah 1.5 m di antara baris dan 1.0 - 1.5 m di antara pokok dalam baris. Dengan jarak ini kepadatan tanaman ialah 3,300 - 5,000 pokok /hektar. Bagi memulakan tanaman vanila, tapak perlu dibersihkan daripada pelbagai pokok-pokok besar yang tidak sesuai. Penanaman mula dimulakan dengan membina batas selebar 60 cm x tinggi 30 cm. Pada bahagian batas akan disediakan lubang untuk penanaman pokok tumpang atau pelindung. Biasanya pokok baja (glyceridia) ditanam kerana ketinggian 4-5 kaki sesuai sebagai pokok tumpang atau pelindung sebelum tanaman vanila ditanam. Lubang penanaman vanila adalah diposisi sebelah timur dengan keluasan dan kedalaman bersesuaian dengan saiz anak pokok. Jarak antara lubang untuk tanaman vanila dan pokok tumpang adalah 10-15 cm. Artikel tengahari Sabtu ini dirumh Melaka saya meneulis dalam "Anim Agro Technology" mengenaiteknologi bagaimana cara sesuai dilakukan kepada tanaman vanilla agar ia cepat berbuah untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Merujuk beberapa bahan kajian teknikal bagaimana cara amalan agronomi betul sehingga membolehkan tanaman vanilla cepat berbuah dari negara jiran. Berbalik kepada penanaman vanilla dari negara Indonesia jenis vanila (
Vanilla planifola) adalah salah tanaman yang mampu untuk menghasilkan buah vanilla (pod atau polong) yang memiliki aroma harum dan manis. Tanaman vanilla ini memilik bentuk buah penghasilkan bijinya didalam 'pod' yang berbentuk menyerupai lengai kacang. tanaman vanilla dilporkan sesuai untuk hidup di iklim tropika dengan jumlah curahan hujan 1,000 sampai 3,000 mm setahun dan suhu udara optimal sekitar 20 - 25 darjah Celcius. Selain itu perlu akan kelembapan udara sekitar 60 - 80% dan ketinggian kawasan penanaman diantara 300 - 800 meter dari paras laut (mdpl). Tanah yang sesuai digunakan sebagai media tanam vanilla ini disyorkan jenis yang yang gembur, liat berpasir dan berkerikil, mudah menyerap air dengan nilai pH tanah sekitar pH5.7 sampai pH7.0. Tanaman vanilla memerlukan tiang kayu atau konkrit dipasang menegak sebagai tempat pokok vanilla ini menjalar. Tiang ini dikampong tradisional di Indonesia ada yang dibuat dari buluh yang diikatkan pada pokok yang berhubungan diantara satu dengan pokok yang lain. Apa pun kini cara menanam di Malaysia sudah moden menggunakan tiang kayu konkrit yang kukuh atau tiang besi yang dilekatkan dengan sabut kelapa disekelilingnya sama seperti kaedah menanam bunga anggerik atau bunga orkid. Dilaporkan dimana kandungan khasiat atau nutrisi vanilla sangat tinggi kandungan serat, mineral, vitamin A, B, E. Selain aromanya yang dapat digunakan sebagai bahan mampu meningkatkan citarasa makanan dan selera makan, aroma vanilla juga dijadikan sebagai 'ubat penenang' yang dicampurkan kedalam essential oil. Selain itu dalam vanilla juga perlu diketahui akan terdapat fakta dari beberapa kajian yang menyatakan bahawa dengan mengambil bahan vanilla secara rutin dipercayai dimana ia akan dapat mengatasi dan menghindari masaalah tekanan berat (depression) seseorang dengan baik. Disebebkan dimana dalam vanilla ia mempunyai bahan iaitu antioksidan tinggi maka sesiapa mengambilnya akan dapat menghindari penyakit kanser. Manfaat lainnya hasil kajian dilaporkan disebabkan oleh kandungan Vitamin E yang tinggi maka ia dapat membuat kulitnya menjadi lebih ketat dan ini akan menjadi lebih awet muda. 


Persiapan kawasan untuk menanam vanilla yang mana ia merupakan salah satu jenis tanaman tropika sehingga sangat sesuai adalah perlukan bajet cukup dan lokasi sesuai. Terkini ada kaedah penanaman vanilla di Malaysia yang menggunakan kaedah moden dimana ia di usahakan didalam rumah khas berbumbung, lantai simen, tiang khas dan bahan media cocopeat serta sistem pengairan moden. Tanaman vanilla memerlukan naungan kerana ia tudak tumbuh dengan baik dibawah sinaran matahari langsung atau terdedah dengan hujan lebat (terutama semasa pokok berbunga). Pilih kawasan yang rata dan di tabur dengan batu chipping atau ada sesetengah petani yang menyimen konkrit lantai. Kemudian dipasang kerangka untuk di pasang bumbung dengan netting hitam di bahagian atas dan tepinya dan dipasang pintu keluar masuk. Sebaiknya ada sambungan bekalan eletrik untuk sistem pencahayaan, alat pam air bagi siraman dan sebagainya di lokasi tanaman vanilla. Paling penting adalah menyediakan tiangnya dimana beberapa batang besi membuat bangunan di ikat sebagai tiang sebekum di curah simen ditenganya atau dibubuh batu chipping ditengahnya (Sila lihat foto disebelah). Di sekeliling tiang pula akan di pasang dengan sabut kelapa dengan kukuh. Anakbenih vanilla di tanam di bahagian bawah tiang dan diajar untuk menjalar keatas. Pastikan selalu di buat penyiraman, pembajaan, kawalan rumpai, pendebungaan dan lenuaian dengan sistematik. Di negara Indonesia disyorakan agar pemilihan tapak penanaman vanilla ini di kawasan kebun yang ada
 pencahayaan cukup namun tidak terlalu panas. Jika ingin menanam vanilla disekitar pekarangan rumah perlu diperiksa kadar kelembapan serta tekstur tanahnya. Tanah yang baik bagi pertumbuhan vanilla adalah tanah yang agak lembap dengan tekstur yang gembur. Sebelum menanam sebaiknya jika keadaan tanah kurang gembur ataupun kering maka perlu dilakukan kerja penggemburan serta memberi baja organik dan menyiramnya dengan sedikit air agar tekstur serta kelembapannya sesuai ditanam. Petani boleh menggunakan baja tahi ayam atau kompos agar tanahnya subur dan ia tak mengubah tekstur tanah. Jika tempat tapak tanaman vanila agak panas maka petani di Indonesia ini akan menanam beberapa jenis tumbuhan yang dapat tumbuh tinggi agar udara ada naungan dan di sekitar jadi lebih sejuk. Penyediaan abak benih vanilla keratan (cutting) atau dalam polibeg iaitu dengan membeli dari pembekal yang sudah diperiksa kualiti dan varietinya sebelum itu. Mungkin jika ada yang ingin menanam dengan bijibenih maka pilihlah biji vanili yang sudah tua dan dijemur terlebih dahulu. Akan tetapi menggunakan biji vanilla sebagai bahan tanaman agak susah menjaga dan peratus kejayaannya dan ia akan memakan waktu lebih lama. Maka sebaiknya membeli benih keratan sahaja yang berkualiti. Periksa setiap keratan benih vanilla ini tidak cacat atau rosak dan sesuai ditanam. Panjang keratan anakbenih vanilla sekitar 30 - 40 cm.  


Menjaga tanaman vanilla perlukan jadual pengurusan yang betul. Aktiviti p
enyiraman tanaman vanili merupakan langkah penting dalam merawat tanaman vanilla. Tanaman vanilla ini harus disiram secara rutin agar memiliki buah yang berkualiti. Perhatikan terlebih dahulu kondisi tanah pada lokasi tanaman dimana aktivit penyiraman dilakukan sesuai tahap kekeringan tanah. Usahakan tanah tidak terlalu kering namun juga tidak terlalu basah. Pada masa menyiram tanaman vanilla perlu disesuaikan drngan keadaan cuaca. Jika sedang hujan maka hanya perlu menyiramnya sekali sahaj atau tidak perlu menyiram lagi sebaliknya disiram 2 kali sehari dalam keadaan cuaca normal. Penjagaan tanaman vanilla meliputi kerja mengawal rumpai, berikan sungkupan, latihan menjalarkan pokok, pemangkasan dan pembajaan serta kawalan musuh dan penyakit. Kawalan rumpai dilakukan sebulan sekali dan pada musim kemarau tidak diperlukan membuang rumpai. Lakunan cabut rumput dengan dibuat di sekitar akar tanaman iaitu dilakukan dengan tangan dan berhati-hati agar akar pokok vanilla tidak rosak..Tanaman vanili tidak tahan keadaan yang kering sehingga diperlukan sungkupan khas atau bahan organik lain di musim panas. Sebaiknya bagi dapat mengatasi bahaya genangan air sebaiknya perlu dibuat parit-parit kecil untuk pengaliran air di sekitar tanaman vanilla yang mudah rosak jika tenggelam air. Pengaliran air ini akan selalunya mempergiatkan lagi proses pertumbuhan tanaman dan mempercepatkan pengeluaran bunga atau buah sehingga mutu buah akan lebih baik. Kerja menimbun tanah dipangkal pokok vanilla sangat digalakkan agar tumbesaran lebih baik tetapi awas agar tidak merisakkan sistem pengakaran pokok vanilla. Ukuran busut (mounting) ini perlu dipertahankan dengan cara mengikis tanah di sekitarnya dan krmudian tahan topsoil ini di kumpulkan di perdu pokok vanilla. Semasa petani melakukan kegiatan di kebun diusahakan pastikan dia tidak melukakan bahagian tanaman vanila ini. Menjelang musim sebaiknya diperbaiki sistem saliran di kebun agar tidak berlaku kes air bertakung dan tanaman tidak digenangi air. Amalan agronomi [enting lain termasuk Aktiviti Pemangkasan tanaman vanila dimana ia termasuk membentuk percabangan dengan memotong 15 cm bahagian hujung tanaman vanila yang sudah dilengkungkan dan ditinggalkan hanya tiga cabang yang baik untuk dipelihara. Tanaman vanila pada umumnya mulai berbunga pada umur 24 - 36 bulan setelah ditanam. Bgsimsns pun lszimnys pengeluaran bunga ini perlu untuk ia dirangsang terlebih dahulu dengan cara pemangkasan. Apabila hendak menuai perlu di potong 2 atau 3 ruas pucuk tanaman menjelang musim berbunga (dua sampai empat bulan sebelumnya) dimmana cara melakukannya juga melalui pemotongan pucuk setelah berbunga untuk menyempurnakan pembuahan. Proses pemangkasan peremajaan tanaman pokok vanilla boleh dilakukan segera setelah tanaman selesai dituai dimana caranya dengan memotong cabang-cabang yang telah selesai berbuah. Ini juga merupakan teknik sesuai untuk merangsang keluarnya tunas baru. Dengan demikian tanaman vanilla sudah menjadi remaja semula dan berpotensi untuk kembali tumbuh seterusnya dengan baik.


Amalan agronomi lain adalah Pembajaan Vanilla dimana kaedah terbaik adalah pengurusan pembajaan secara organik.  Pembajaan tanaman vanila sebaiknya dilakukan secara organik dengan kaedah memberikan baja organik sesuai seperti baja tahi haiwan lembu, kambing ayam dan baja kompos lain yang sesuai. Jika menggunakan najsi lembu atau tinja kambing maka sebaiknya kadar sesuai diberikan adalah  sebanyak 5 hingga 10 kg sepokok iaitu diberikan semasa pada peringkat awal dan akhir musim hujan. Bagaimana pun jika kekurangan baja organik semulajadi maka kaedah pembajaan sesuai ditambah dengan baja jenis bukan oragnik seperti semburan terus kepada daun atau di bubuh diatas permukaan tanah tanaman vanilla. Pemberian baja dun sesui di berikan secara semburan (foliar fertilizer) yang diamalkan agar diberikan setiap satu hingga dua minggu sekali. Apa pun ia perlu disesuaikan menyembur baja daun pada musim hujan kerana akan berlaku pembaziran sahaja. Apa pun baja butir seperti nbaja NPK sesuai di bubuh pada awal pagi semasa musim hujan agar cepat diambil oleh akar tumbuhan. Baja ini juga sesuai di bubu pada waktu petang semasa cuaca tidak hujan dengan kadar disyorkan adalah 
8 -10 gram per liter air tergantung keadaan tanaman vanlilla tersebut. Amalan memberi baja melalui tanah sesuai dijalankan sejak pada awal penanaman atau semasa akhir musim hujan. Pemberian baja ini dilakukan dengan di tabur secara merata disekeliling pokok vanilla diman akemudiannya akar vanila ini kemudian ditutup dengan lapisan tanah. Dos pemberian baja bagi sepokok tanaman vanilla yang berumur kurang dari dua tahun adalah sebanyak antara 20 -40 gram Baja UREA, 35 - 70 gram baja TSP dan sebanyak 40 - 80 gram baja KCl untuk selama satu tahun. Disyorkan pula bagi tanaman vanilla yang berumur lebih dari dua tahun maka kadar atau dos baja diberikan adalah sebanyak 40 - 80 gram baja UREA, 70 -140 gram baja TSP dan 80 - 160 gram baja KCl bagi tempoh setahun. Apa pun selalunya penuianan vanilla ini dilakukan apabila dilihat pod vanilla sudah matang dimana selalunya mengambil masa selama 2 - 3 tahun selepas di tanam dan dijaga baik. Kajian menyatakan dimana jangkamasa menuai tanaman vanilla selaluny dalam masa selama 3 bulan. 


Dalam laporan media bertajuk ''
Potensi Eksport dengan Harga Jutaan, Petani Temanggung Kembali Budidaya Vanili'' sesuai di kongsikan seperti dalam liputan6.com. Di Tamanggung, Jawa Tengah dimana dilaporkan dimana pihak kerajaan dan swasta dimana mendorong petani untuk mengembangkan industri penanaman vanilla kerana potensi pasaran eksport komoditi ini masih terbuka dan harganya menjanjikan agak mahal. Seorang pengusaha bernama  Tommy yang telah mengeksport produk vanila sejak 2016 kini mendakwa kawasan Temanggung amat sesuai untuk dikembangkan lagi tanaman vanila. Dilaporkan pengeksportan vanilla dari Indonesia masih sangat kecil iaitu cuma sekitar 5% dari jumlah permintaan sedia ada. Selama ini dia mengeksport vanilla paling banyak ke USA diikuti oleh negara seperti Perancis, Jerman, Rusia, Spanyol dan Belanda. Asalnya ada dirancang untuk mengeksport vanilla ke Jepun dan Thailand akan tetapi pasaran Eropah sangat besar. Syarikatnya dilaporkan mampu untuk mengeksport vanilla sebanyak 10 metrik tan dimana bekalan diperolehi daripada selurug Indonesia. Antara lokasi yang ada membekalkan buah vanilla termaduk bekalan dari kawasan Nusa Tenggara Timur (NTT), Sulavesi, Sumatera dan juga dari Papua. Bagaimana pun terkini dilaporkan bekalan vanilla ini paling masih banyak adalah vanilla dari Sulawesi dan NTT. Ia disebebkan dimana para petani di duaa lokasi tersebut sangat konsisten dimana walau pun harga dipasaran untuk vanilla jatu (atau murah) akan tetapi mereka tetap menanamnya sedangan para [etani dari kawasan lain sudah menebang atau membuangnya dan menanam tanaman lain yang lebih cepat memberikan nilai pulangan serta menguntungkan. Merujuk kepada akhbar tersebut dilaporkan dimana harga vanili pernah jatuh pada tahun 2003-2004 dimana nilai vanili kering waktu itu hanya dihargai Rp30,000 per kilogram (RM9.17/kg) sehingga banyak petani enggan menanamnya. Namun begitu kemudian dilaporkan dimana pada tahun 2016-2017 dilaporkan harga vanila sudah naik tinggi (booming) di mana harga vanila yang masih dipetik basah mencapai Rp700 ribu per kilogram (RM214/kg). Kini dalam tiga tahun terakhir dilaporkan harga vanilla cenderung stabil dimana harga vanilla kering adalah sekitar Rp1 juta (RM305.60) hingga Rp1.5 juta (RM458.50) sekilogram. Kemudian tanaman dan hasil vanila menjadi salah satu lambang kebangaan atau logo Kabupaten Temanggung sebab sejak lama Temanggung pusat bagi menghasilkan pod vanilla. Berlaku turun-naik keluasan penanaman vanilla di kawasan ini disebabkan faktur harga. Semuga artikel  ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN VANILLA... LUAS DI INDONESIA...
TANAMAN DIJAGA...3 TAHUN ADA BUAHNYA...
HARGA TIDAK MENENTU...PENENTU UTAMA...
MEMBACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Syaaban 1445H).

Wednesday, November 20, 2024

LIPAN DAN PERIHAL PENTING

LIPAN
atau Centipedes merupakan sejenis serangga berkaki banyak yang ramai takut terhadapnya kerana ada spesis lipan seperti lipan bara yang berbisa apabila mengigit bila ia menusukan venomnya kepada manusia dan mangsa lipan yang lain. Lipan ialah artropod tergolong dalam kelas Chilopoda dalam sub-filum Myriapoda. Lipan ialah haiwan panjang dengan sepasang kaki untuk setiap segmen badan dimana lazimnya lipan boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 hingga melebihi 300. Lipan mempunyai bilangan pasang kaki yang ganjil iaitu contohnya berjumlah 15 atau 17 pasang kaki (30 atau 34 kaki) tetapi bukan 16 pasang kaki (32 kaki). Lipan merupakan sejenis serangga pemangsa atau Karnivor yang memakan serangga lain untuk kehidupannya. Penulis blog dapati dimana dianggarkan terdapat lebih dari 8,000 spesis lipan di seluruh dunia dimana 3,000 spesis lipan telah pun dikenalpasti. Penulis blog merujuk kepada wikipedia dimana terdapat 5 order lipan dengan ada 14 famili lipan disenaraikan untuk dijadikan bahan rujukkan. Bagi Order Scutigeromorpha ada 3 famili iaitu Pselliodidae, Scutigeridae dan Scutigerinidae semantara bagi order Lithobiomorpha ada dua famili iaitu Henicopidae dan Lithobiidae. Bagi order Craterostigmomorpha hanya satu famili sahaja iaitu famili Craterostigmidae. Bagi order Scolopendromorpha pula dilapor ada 3 famili iaitu Cryptopidae, Scolopendridae dan Scolopocryptopidae. Akhirnya bagi order Geophilomorpha ada 5 famili iaitu famili Mecistocephalidae, Neogeophilidade, Geophilidae, Geophilidae dan Linotaeniidae. Di Malaysia pula terdapat spesis Lipan Bara (Scolopendra subspinipes) yang amat ditakuti kerana sengatannya dikatakan amat berbisa menyebabkan kesakitan yang luarbiasa dan dalam kes tertentu boleh menyebabkan kematian. Lipan bara yang berwarna coklat hitam gelap dengan kakinya kemerahan memang kelihatan amat garang dan mengerikan (Sila lihat foto diatas sekali). Artikel pagi  ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai perihal lipan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Lazimnya mungkin ramai pembaca blog ini apabila 
ternampak kelibat lipan di dalam rumah mestinya dia tidak lena tidur. Rasa takutl akan kalau tengah-tengah tidur tiba-tiba ada lipan merayap apa lagi kalau lipan masuk dalam kain ke seluar. Dalam bilik air pun kekadang akan ada lipan diman ramai akan ketakutan melihatnya dan lari keluar. Apa pun lazimya tanda lipan masuk rumah adalah bila nampak ada lipan merayap di kawasan yang lembap selalunya di dalam bilik air. Apa pun sebenarnya tidak perlu cemas sangat kalau ternampak lipan akan tetapi perlu ada ilmu bagaimana cara untuk cepat-cepat menghalau dan membasmi serangga merbahaya ini. Sebenarnya serangga lipan tidak mempunyai taring atau penyegat akan tetapi lipan menggunakan dua kaki depan yang berbentuk seperti penyepit bernama Forcipules untuk menyepit dan menyuntik bisanya kedalam kulit. 
Apa pun dilaporkan dimana kesan tersebut seakan kena gigitan ular iaitu tanda ada dua bintik halus merah akan tetapi sakit bisanya memang tidak sama. Kalau kena patuk ular memang lebih merbahaya kerana ia memang boleh membawa maut. Bila kena sengat atau gigitan lipan menyebabkan akan jadi bengkak dan rasa gatal-gatal. Untuk kurangkan rasa tidak selesa sebelum mendapatkan rawatan doktor, adalah di syorkan agar dibasuh bahagian disengat dengan sabun antibakteria dan bilas dengan air yang banyak. Sebaiknya janga di picit untuk mengeluarkan bisa kerana luka boleh dijangkiti kuman. Jangan risau sebab bisa lipan tidak merebak. Jika membengkak boleh juga direndam di dalam air panas (35-40 darjah Celcius) selama 30 minit dan diulang-ulang. Seterunya boleh juga disapu krim steroid untuk kurangkan gatal dan kemerahan (contoh Hydrocortisone). Dilaporkan juga cuba makan ubat tahan sakit (seperti Ibuprofen atau Diclofenac) sebab lepas kena sengat kesan sakitnya boleh melarat sampai 48 jam lamanya. Sebenarnya ada banyak jenis lipan yang perlu di kenali pembaca blog semua. Ini kera ada lipan yang berbisa dan ada lipan yang tidak berbisa juga.


Paling di geruni di Malaysia adalah jenis LIPAN BARA. Saya ada menulis artikel mengenai lipan bara dalam blog ini dan boleh di baca dengan pautan (Sila klik disini). Apa pun dilaporkan yang l
ipan yang selalu dijumpai ni boleh mencapai sehingga 20cm panjang dan badannya berwarna merah atau coklat kemerahan. Tahap berbisanya lipan ni bergantung pada saiz. Kalau yang kecil macam anak lipan mungkin tak terasa sangat sakitnya akan tapi kalau lipan besar memang lagi berbisa. 
Kedua adalah jenis LIPAN HITAM dimana sekali lihat anatominya seakan lipan bara akan tetapi warna hitamnya memang sangat ketara. Lipan ini juga sangat berbahaya jadi jangan ambil sambil lewa jika terkena bisa sengatannya. Ketiga adalah jenis LIPAN LAUT dimana ia kelihatan seakan ukat buru sahaja sekali pandang. Ulat bulu laut beracun yang pernah diviralkan pada tahun 2018 sebenarnya ia mangeluarkan racun berbisa. Seeloknya jangan lah tunggu melaratkan bila kena sengat tersebut segera pergi pemeriksaan doktor. Dapatlah juga ubat-ubatan yang mana ia sepatutnya untuk merawat gigitan lipan. Makanan Lipan yang dikenalpasti termasuk serangga lain seperti anai-anai, lalat, labah-labah, semut yang ada dalam habitatnya. Selain itu lipan makan lipas, pepijat katil dan cacing tanah dan uniknya lipan juga memakan lipan lain sebagai mangsanya. Apa pun lipam memang hanya akan gigit manusia jika ia rasa terancam atau tersepit atau apa juga yang menyebabkan ia mengigit. Bahagian anggota manusia yang paling sering di gigit lipan adalah bagagian kaki atau tangan serta sesekali pada badan. Bergantung kepada jenis, saiz dan jumlah racun yang masuk dalam tubuh manusia akan menentukan tahap kebisaan atau kesakitan serta tahap allergi seseorang.


Perihal penting tentang lipan yang perlu dikongsikan adalah bagaimana kaedah menjauhkan dan petua menghalau lipan dari kediaman pembaca semua. Asasnya adalah ilmu dengan cara menghalau akan serangga yang dimakan oleh lipan seperti anai-anai, lipas dan lalat di rumah. Kehadiran makanan lipan akan menjemput kehadiran lipan dirumah. Beberapa petua mudah yang boleh diamalkan dengan menggunakan GARAM (salt) yang ditaburkan d
i kawasan dan laluan yang anda rasa ada lipan. Biarkan saja garam di situ dan tambah jika perlu dan sebaiknya ia diulang sehingga ada dirasakan memang sudah tidak ada lagi lipan dikawasan rumah. Cara kedua yang mudah adalah meletakkan KAPUR BARUS kerana kapur barus memang tidak di uskai oleh serangga sebab bahan Naftalin. Kapor barus ini diletakkan dikawasan yang lembab dan gelap dimana kemungkinan akan ada serangga bersembunyi termasuk lipan. Ada pula petua menggunakan bahan murah dan mudah selain memberikan aroma yang wangi iaitu DAUN PANDAN. Letakkan daun pandan dikawasan didalam rumah dimana lipan selalunya tidak suka dengan aromanya dan akan menjahuhkan. Apa pun jika daun pandan sudah kering dan tiada aroamanya pula boleh menjadi tempat perlindungan disukai oleh lipan pula. Cara lain gunakan daun pandan dengan menghiris daun pandan daun pandan dan perahkan kedalam air dimana cecair ini kemudian disiram ke kawasan lembap yang kemungkinan akan ada lipan. Air pandan ini di percayai boleh menghalau lipan dan serangga lain. Kalau petua-petua ini sudah di lakukan akan tetapi lipan masih juga datang maka kena ada cara lain iaitu membunuhnya jika terjumpa. Apa pun cara yang paling cepat boleh cuba untuk bunuh lipan adalah sembur saja dengan racun serangga perosak (aerosol) yang khas untuk lipan. Gunakan dengan mudah dan elakkan kesan lain kepada kesihatan jika menyembur dalam rumah. Kalau sudah buat semua usaha akan tetapi lipan masih datang maka di syorkan untuk memanggil perkhidmatan syarikat swasta menghalau serangga lipan ini yang professional sahaja dengan tanya berapa kos dan keberkesanannya. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!!..
NAMANYA LIPAN... TAKUT LIHATNYA...
PELBAGAI JENIS...BANYAK KAKINYA...
GIGITAN BERBISA..RAWAT SEGERA...
MENGHALAU.. ADA BANYAK PETUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1446H).

Tuesday, November 19, 2024

MEE SEGERA - APA PERLU TAHU?

MAKANAN MEE SEGERA
(Instant noodle) ialah sejenis makanan mee separuh masak yang dikeringkan dan dicampur dengan bahan seperti minyak dan ramuan khusus lain dimana ia juga biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 - 5 minit. Mee segera ini menjadi makanan penting bagi sesetenagh kumpulan masyarakat seperti pelajar, mahasiswa dan juga orang bujang serta mereka yang meminati makanan seperti ini. Kalau di Korea dan Jepun makanan mee segera atau lebih popular dipanggil sebagai ''Ramen'' menjadi makanan penting disana dimana didalam drama-drama korea makanan ini menjadi sa;ah satu hidangan dalam drama tersebut. Mee segera lazimnya disediakan sekali dengan bahan bungkusan perencah pelbagai perasa dan ia selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mee segera. Mee segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang pembuatnya dan ia biasanya dengan menggoreng. Idea menyediakan mee (atau mi) segera sudah pun berakar umbi sejak zaman Dinasti Qing di China dimana semasa itu mi yimian akan digoreng yang membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Di Malaysia diantara jenama mee segera yang paling terkenal adalah produk keluaran Nestle dengan jenama MAGGIE MEE sehinggakan masyarakat umum nyatakan semua produk mee segera dipanggil sebagai "Mee Maggie" sahaja. Jenama lain yang agak popular seperti Mamee, Vit dan banyak lagi. Saya ada menuis artikel mengenai mee segera dan sejarahnya dalam blog ini dan boleh dibaca dengan pautan (Sila Klik Disini) yang di publish pada tahun 2019 dulu dan menarik di rujuk. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai apakah yang perlu semua tahu tentang fakta segera sebagai info penting yang perlu pembaca semua tahu untuk di baca.


Apa yang pembaca blog ini perlu tahu bagaimana didalam k
alam kehidupan serba pantas masa ramai sudah terbiasa dengan makanan sejuk beku, makanan segera atau mudah dimasak dalam tempoh kurang 5 minit termasuklah makanan seperti instant noodle atau mi segera. Penulis blog juga sentiasa ada stok makanan mee segera di rumah untuk waktu kecemasan dan dijadikan hidagan yang mengenyangkan perut atau selalu menjadi 'alas perut'. Apa pun bagi penulis blog dimana ia adalah salah satu tarikan utama makanan ini adalah kerana harganya yang murah dan mudah untuk disediakan. Merujuk kepada laporan oleh World Instant Noodle Association iaitu pada tahun 2015 didakwa negara China, Indonesia dan Jepun merupakan antara negara pengguna makanan segera yang tertinggi didunia. Bagaimana pun ada juga dilaporkan dimana bagi setiap hirupan dan sedutan mi segera yang dimakan iaitu sama ada di pejabat atau rumah atau turut dikongsikan juga bersamakanak-kanak yang memang suka sebenarnya berisiko mengundang masalah kesihatan yang perlu di ketahui. Pada penulis blog wajar mengetahui akan apa sebenarnya mi segera ini?. Sebenarnya ia merupakan sejenis mi yang sudah dimasak dan ia biasanya dijual dalam paket individu dalam bungkusan plastik atau didalam cawan mahupun mangkuk. Menyentuh bahan asas yang digunakan di dalam mi segera ini termasuklah tepung, garam dan minyak sawit. Manakala paket perasanya pula dilaporkan mengandungi garam, perasa dan bahan Monosodium Glutamat (MSG). Setiap bungkusan akan mengandungi mi kering serta sebungkus perasa dan atau pun bahan minyak. Selalunya kebanyakan produk atau jenama mi segera ini adalah rendah kalori dan protein, serta tinggi lemak, karbohidrat, natrium dan beberapa mikronutrien. Apa pun semua ini ada di tuliskan pada label kebanyakan produk mi segera berjenama dis eluruh dunia. 


Umum dan pembaca mungkin sudah dimaklumkan akan isu k
andungan MSG punca masalah kesihatan. Apa pun sama seperti yang dinyatakan tadi didakwa dimana mi segera mengandungi bahan dikenali sebagai MSG. Ia adalah bahan tambahan makanan yang biasa dan selalu digunakan untuk meningkatkan rasa pada makanan diproses. MSG juga boleh dijumpai secara semula jadi dalam protein sayuran yang dihidrolisis, ekstrak yis dan soya, tomato serta keju. Hasil rujukkan dari beberapa kajian telah menghubungkan penggunaan MSG yang sangat tinggi dengan kenaikan berat badan, bahkan peningkatan tekanan darah, sakit kepala dan loya.  Dalam pada itu hasil penyelidikan juga menunjukkan monosodium glutamat boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan otak. Bagaimana perasaan semua pembaca blog anim agro mengenai kenyataan ini?. Apa pun sebgai tambahan dimana berdasarkan satu kajian tabung uji mendapati MSG boleh menyebabkan pembengkakan dan kematian sel-sel otak yang matang. Dilaporkan juga dimana terdapat sesetengah individu mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti kepekaan (sensitif) terhadap MSG dan harus untuk mereka kurangkan atau mengehadkan jumlah pengambilan mi segera. Jika berlaku kejadian atau situasi seperti ini ia dikenali sebagai simptom kompleks MSG. Selalunya bagi mereka yang mengalami keadaan itu mungkin berdepan gejala seperti sakit kepala, kekejangan otot, kebas dan kesemutan.


Dalam pada itu isu bagaimana t
inggi kandungan sodium dalam mi segera menjadi perbincangan seterusnya. Apa pun bagi mereka yang tidak tahu akan apakah itu sodium dimana ia adalah nama lain bagi Natrium atau Garam. Hasil kajian menunjukkan dimana dalam satu hidangan mi segera ini mengandungi 861 miligram (mg) sodium. Dalam beberapa laporan di nyatakan dimana sesiapa makan keseluruhan paket individu mi segera (sebungkus) maka dianggarkan jumlah sodium meningkat menjadi 1,722 mg. Memang hasil kajian mendapati dimana ada terdapat bukti menunjukkan bahawa pengambilan natrium yang tinggi mungkin memberi kesan negatif kepada individu dengan kepekaan terhadap garam. DIlaporkan juga dimana mereka ini lebih terdedah atau makan makanan segera ini mendapat kesan sodium. Selalunya pengambilan bahan ini dalam jumlah tinggi boleh mengakibatkan keadaan seperti berlakunya peningkatan tekanan darah. Kajian juga ada menunjukkan bahawa mengurangkan pengambilan natrium bermanfaat bagi mereka yang sensitif terhadap garam. Makanan mi segera memang sinonim sebagai sejenia makanan yang mana kualiti diet tidak sihat. Hasil dari beberapa penyelidikan mendapati bahawa pengambilan mi segera ini secara berkala mungkin dikaitkan dengan kualiti diet pemakanan keseluruhan yang buruk. Sememangnya ramai kalangan pembaca blog ini dan penggemar makanan mi ini akhirnya akan mengalami peningkatan pengambilan beberapa mikronutrien terpilih. Apa pun dilaporkan dalam masa yang sama mereka mengalami penurunan pengambilan protein, kalsium, vitamin C, fosforus, zat besi, niasin dan vitamin A secara signifikan. Penulis blog sering juga makan 'Maggi Goreng Mamak' di rantaian restoren Restoren Mamak yang mana ia mungkin menjadi pilihan ramai.


Setelah dijelaskan dalam 3 perenggan diatas masihkan pembaca blog semua masih 
ingin makan mi segera?. Apa pun bila di tanya secara formal ramai akan geleng kepala akan tetapi sebenarnya semua mereka ini memang amat sukar untuk menolak pengambilan makanan ini terutama murid sekolah di asrama dan siswa di universiti atau pusat pengajian tinggi. Penulis blog pun kalau travel keluar negara untuk masa lebih 3 hari pastinya akan membawa makanan mi segera bagi di jadikan 'penyelamat' sepanjang perjalanan tersebut. Ini kerana ia merupakan makanan paling mudah untuk disediakan dimana lebih-lebih lagi semasa atau waktu kesempitan wang saku. Apa pun timbuk keadaan dimana sekiranya sekali-sekala anda ingin menikmati secawan mi ini maka memang ada cara untuk menjadikannya lebih sihat. Sebagai contoh pembaca blog ini disarankan untuk memilih jenis  mi segera yang diperbuat daripada bijirin. Ia juga dilaporkan akan dapat meningkatkan pengambilan serat, sekali gus membuatkan anda berasa kenyang. Pembaaca juga akan boleh menggunakan instant noodle ini sebagai asas dan menambahkan beberapa bahan makanan sihat untuk menjadikannya sebagai makanan yang lebih lengkap. Sebagai contoh dimana boleh ditambahkan ke dalam mi segera iaitu pelbagai jenis sayur-sayuran dan sumber protein yang baik untuk meningkatkan profil pemakanan makanan segera ini. Perlu juga di kongsikan maklumat bagaimana cara terbaik memasak mi segera sendiri. Apa pun selain daripada dengan cara menambah sayur-sayuran dan protein ke dalam mi bagi menjadikannya makanan sihat dimana sebenarnya cara memasak yang betul juga penting untuk diamalkan. Pertama sekali adalah merebus mi seperti biasa di dalam periuk berisi air dan kemudian apabila mi sudah masak maka disyorkan perlu dibuang air rebusan dan toskan mi. Ia perlu dilakukan kerana air tersebut yang mana ia mengandungi semua bahan pengawet daripada mi agar manjadi makanan sihat. Jika mi segera yang ingin dimakan adalah jenis bersup adalah disyorkan agar merebuskan seperiuk air dalam bekas lain sehingga mendidih. Masukkan mi segera dan matikan api dimana selepas api dimatikan dan air masih panas maka boleh masukkan serbuk perasa ke dalam periuk tersebut. Sebaiknya ia dikacau rata dan sedia untuk dinikmati semasa suam panas. Sekiranya mi segera ini adalah jenis bergoreng maka setelah di rebun dan di toskan bioleh meletakkan mi yang ditos di atas pinggan dan taburkan serbuk perisa dan ia sedia untuk dimakan. Sebaiknya memakan mi segera diambil secara sederhana dan berpatutan sebab ada risiko untuk mengalami masalah kesihatan adalah rendah jika berlebihan atau sebagai makanan rutin. Dalam pada itu pastikan semua agar ia boleh menjadikannya sebagai pilihan yang lebih sihat dan seimbang dengan menambah protein serta pelbagai sayuran kegemaran dalam hidangan mi. Semuga tulisan ini memberi info dan bahan rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PILIHAN RAMAI.. IA MEE SEGERA...
CEPAT DIMASAK...MUDAH DI SEDIA...
ANAK-ANAK SUKA...DAN ORANG TUA....
MEMBACA ARTIKEL... MANJADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 518, Zenith Hotel Putrajaya,
Precint 3, WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Safar1446H).

Monday, November 18, 2024

DILLEMA NELAYAN KETAM NIPAH

DILEMA NELAYAN KETAM NIPAH
(Scylla serrata) kini dilihat ia semakin di viralkan dalam media tempatan di Malaysia. Ketam nipah merupakan sejenis haiwan yang sesuai diternak secara komersial dan ia memberikan keuntungan dan mampu menjana pendapatan. Kini telah ada teknologi ternak ketam nipah yang semakin dipertingkatkan. Pada penulis blog ketam nipah adalah haiwan dari jenis krustacea iaitu bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut. Menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Lazimnya kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini sebenarnya akan memerlukan kawasan yang luas berbeza dengan teknologi menggunakan bakul plastik yang mana ia lebih mudah diuruskan. Lazimnya teknoligi untuk proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor. Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah. Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa masaalah atau dilema menternak ketam nipah ini boleh dijadikan satu bidangusaha yang menjana pendapatan.


Merujuk kepada beberapa artikel dan tinjauan peribadi di kawasan penternakan ketam nipah di Pahang, Kedah dan Perak dimana sesuai untuk dikongsikan akan masaalah atau dilema nelayan ketam nipah yang dihadapi. Salah satu lokasi adalah bagaimana nelayan ketam di Kuala Gula di Perak dan kawasan Kuala Kulau yang sesuai di kongsikan. Kajian ini di lakukan dalam beberaapa kawasan bermula dari 2018 sehingga 2020 dimana tumpuan dibuat
di jeti nelayan iaitu Kampung Tersusun Kuala Gula, di persisir pantai utara Perak, kira-kira 50 kilometer (km) dari barat laut bandar Taiping dan 80km dari sempadan Pulau Pinang. Apa pun kajian ini melibatkan beberapa pihak antaranya Jabatan Perikanan, LKIM, Pejabat Dawrah, Persatuan Nelayan Tempatan dan juga nelayan dan penternak ketam nipah yang mana ada yang bergantung kepada aktiviti ini untuk menyara keluarga. Dilaporkan dimana Kampung Tersusun ini adalah sebuah penempatan nelayan yang dikelilingi hutan bakau serta pantai berlumpur iaitu ia berada di daerah Kerian, Perak dimana ia adalah sebahagian daripada hutan simpan paya Larut Matang yang disempadani Sungai Selingsing menghala ke muara. Dilihat dimana dari segi geografi iaitu kedudukan beberapa penempatan nelayan di situ amat strategik terutama kepada nelayan pantai yang lebih bertumpu kepada kegiatan menangkap spesis Ketam Nipah (Scylla serrata), siput, kerang dan ternakan ikan dalam sangkar selain mencari pendapatan menjadi nelayan laut dalam. Dikawasan berdekatan kampung nelayan ini ada tiga buah pulau utama iaitu Pulau Gula, Pulau Kalumpang dan Pulau Selinsing yang mana ia membentuk benteng utama menghadap muara sungai dan dianggap 'syurga' bagi nelayan kerana di situlah setiap keringat yang menitis dibayar dengan upah lumayan hasil tangkapan hidupan marin, terutama ketam nipah. Apa pun hasil kajian dan rintihan nelayan dimana sejak lebih dua tahun lalu dilaporkan yang semua rekod gemilang dengan pendapatan bersih minimum RM70 sehingga lebih RM200 seorang untuk sehari dilaporkan ia sudah menjadi sejarah.


Dilaporkan hasil tinjauan bersama nelayan di kawasan ini dimana terk
ini pendapatan RM70 sehari itu sudah dianggap sangat maksimum dimana ia belum ditolak kos petrol, kos umpan dan nilai untung bersih yang dibahagi dua atau tiga orang yang mencari rezeki atau mengikut bot. Ini juga bermakna dimana mereka cuma meraih purata RM15 seorang sehari dan jumlah itu semakin merosot. Apa pun memang tidak mustahil dalam tempoh beberapa tahun lagi dijangka sudah tiada lagi bot nelayan ditambat di jeti atau sudah tiada lagi pukat atau bubu dijemur di tebing dan tiada lagi orang yang bekerja sebagai nelayan di kampung nelayan. Ini kerana keadaan persekitaran dilihat ia sudah berubah. Dalam satu laporan dimana Malaysia kini hanya sembilan kawasan yang dikategorikan sebagai lokasi ketam nipah iaitu Kuala Kurau; Kuala Trong; Kuala Sepetang dan Kuala Selinsing (Perak); Semantan dan Sarikei (Sarawak); Kampung Sungai Melayu (Johor); Lagun Kuala Semerak (Kelantan) dan Kampung Permai, Sungai Petani (Kedah). Tahun berganti tahun dimana ada laporan kajian menyatakan dahulu kawasan ini memang ia popular dengan hasil ketam nipah yang manjadi sumber pendapatan baik kepada para nelayan tempatan. Kesemua kawasan ini berlainan perubahan persekitaran dimana dahulu ada kawasan di Perak ini pada setiap petang antara jam 3 hingga 5 petang (bergantung kepada paras air pasang surut) maka di jeti di situ riuh rendah dengan suara peraih dan para nelayan yang baru pulang menangkap ketam. Apa pun dilihat wajah nelayan yang terbakar dek panas matahari tetap akan mengukir senyum kerana berjaya membawa pulang hasil lumayan membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya turut berbangga melihat limpahan rezeki mereka. Pernag dilaporkan ada kalangan nelayan ini terdapat 15 orang nelayan wanita turut bersaing merebut peluang mencari rezeki. Perbezaan jantina dan kudrat tidak menjadi ukuran, sebaliknya siapa yang berusaha, akan menerima nikmatnya. Terkini dilaporkan kisah ini semuanya cukup mengecewakan. Bagi nelayan pantai yang menggunakan bot kecil dilaporkan yang mereka tidak boleh melepasi had 30 batu nautika untuk menangkap ketam atau ikan dan ini bermakna mereka juga mempunyai pilihan terhad dan gugusan tiga pulau itu pilihan terbaik mencari rezeki.


Dilihat kini dip
ersekitaran jeti sunyi sepi tidak seperti dahulu apabila kira-kira jam 3.30 petang dimana dipersekitaran jeti itu sunyi sepi dan yang ada cuma beberapa nelayan yang sedang membersihkan bot dan ada yang baru pulang menangkap ketam. Ada seroang nelayan wanita bernama Norasyikin yang sedang mengikat ketam nipah dalam bot kecil miliknya. Dia yang bersendirian tanpa teman kelihatan seperti cepat-cepat mahu menyelesaikan kerja. Dia bersahaja dimana ramai nelayan temptan yang sudah tidah turun mencari ketam seperti dulu sebab hasil tak seberapa akan tetapi penat yang lebih. T Dalam pada itu lebih banyak bot yang di tambat di kawasan jeti nelayan yang dahulu kosong kerana mencari rezeki. Ada beberapa bot yang tidak terurus dimana ini menunjukkan dimana pemiliknya tidak turun menangkap ketam atau mungkin sudah bekerja lain. Apa pun lokasi paling mudah untuk menilai hasil tangkapan ialah jika menjenguk di jeti peraih iaitu tempat nelayan menjual hasil tangkapan. Di situlah peraih akan melonggokkan hasil di lantai sebelum diasingkan mengikut jenis dan gred sebelum dijual kepada pemborong atau pembeli di jeti. Kelihatan ad beberapa orang sedang bekerja mengasingkan hasil tangkapan udang yang msih lagi ia bercampur dengan anak ikan dan anak ketam. Kalau dulu dilihat ada longgokan udang dianggap sebagai bukit akan  tetapi kini longgokan hasil yang mahu dianggap anak busut pun belum tentu layak. Melihat bagaimana tong ketam nipah dikeluarkan cuma ada empat tong ketam nipah mengikut saiz yang siap diikat akan tetapi isinya cuma paras lantai tong sahaja. Hasil itulah yang akan dijual kepada pembeli dan pemborong yang sudah menempahnya beberapa hari lebih awal di lokasi. Zaman dulu datang sahaja ke jeti di sebelah petang dimana pasti pembeli tidak akan pulang dengan tangan kosong. Mahu atau tidak dimana itulah senario yang berlaku sekarang dan kepahitan yang mesti ditelan nelayan pantai. Menyentuh dakwaan dimana kini 'pendapatan tidak berbaloi' memang menepati jangkaan. Dilaporkan kini memang harganya lebih mahal berbanding dahulu akan tetapi apa guna harga mahal kalau kuantiti tangkapan mereka kini sangat kecil. Margin keuntungan terlalu rendah bahkan seperti tidak berbaloi bagaimanapun bagi nelayan akan terus berusaha bagaikan 'yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang'. Dalam diri mereka dilihat masih tiada istilah putus asa kerana itulah sumber untuk mencari sesuap nasi. Jika situasi itu masih berlarutan perlu di bantu oleh pihak berwajib apakah yang akan terjadi dengan nasib kira-kira 1,000 nelayan di Selinsing, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Kuala Gula dan Bagan Tiang. Mereka adalah sebahagian daripada 3,000 ahli Persatuan Nelayan Kerian termasuk nelayan laut dalam. Dulu sekitar tahun 2013 ada laporan dimana nelayan pantai di Kerian menyumbang kepada RM214 juta hasil tangkapan tahunan, manakala nelayan sekitar Larut Matang merekodkan pendapatan RM429 juta. Kini paling terjejas pastinya kira-kira 100 nelayan pantai di pesisir Kalumpang, Selingsing, Kuala Gula, Sungai Pinang, Sungai Baru, Sungai Plotan, Sama Gagah dan Kampung Dew yang berkongsi lokasi sama menangkap ketam di sekitar Pulau Gula, Pulau Kalumpang dan Pulau Selingsing. Zaman ini dilihat sudah tiada anak muda menjadi nelayan lagi disini dimana ada yang bekerja sebagai pemandu pelancong dan kerja lain yang lebih terjamin. Menarik kata-kata seperti 'Dulu  orang akan tanya berapa kilogram dapat akan tetapi hari ini, mereka tanya berapa ekor dapat?'. Dilaporkan juga pernah ada nelayan yang kini cuma dapat sembilan ekor ketam dan yang paling teruk dua ekor dimana isu ini berkait macam mana nak cari makan. Dulu dii lokasi ini memang ada lima pelantar (jeti) nelayan dengan ada anggaran 30 bot kecil akan tetapi sekarang lebih separuh tidak aktif.  Apa akan jadi kepada mereka jika situasi itu berlarutan dan tiada sebarang tindakan proaktif dilakukan mana-mana pihak untuk membantu dalam menyelesaikan masalah dengan merangka pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Kajian lebih mendalam dilema nelayan di situ serta cadangan dan penyelesaian segera yang menjadi impian mereka dalam siri laporan akan datang. Semug artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim aagro technology kali ini. Wasallam!!!...
NELAYAN KETAM... ADA DILEMA....
KETAM BERKURANG...DI SANA...
PERUBAHAN IKLIM... DAN CUACA...
SEMAKIN PUPUS... BAGAIMANA IA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Safar 1446H).

Sunday, November 17, 2024

SEMBANG AIR KELAPA TUA - APA HEBATNYA (Pt 2)

AIR KELAPA TUA
merupakan satu komponen penting dalam biji kelapa yang sudah matang dan selalunya ia gugur sendiri dsri pokok. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh di kawasan pesisir pantai atau di tanam secara komersial terutama di kawasan kepulauan tropika di seluruh dunia digelar sebagai 'tree of life'. Memang kesemua bahagian tumbuhan kelapa mempunyai kegunaannya tersendiri untuk dijadikan sebagai bahan asas makaan, bahan bakar, bahan binaan, bahan ktaftangan dan banyak lagi. Malaysia mempunyai sekitar 82,000 hektar kawasan tanaman kelapa dimana mampu menghasilkan sekitar 600 juta biji kelaa setahun. Kawasan utama yang ada menanam dan menghasilkan kelapa adalah di Negeri Johor, Selangor, Perak, Sarawak dan Sabah. Air kelapa di Malaysia sejak dahulu merupakan sejenis minuman berkhasiat yang telah di komersialkan terutama AIR KELAPA MUDA. Ini kerana air kelapa muda mempunyai aroma wangi (seperti air kelapa panda), lebih manis dan menyegarkan setelah diminum (setelah disejukkan). Bagaimana pun dikalangan rakyat Malaysia mereka masih kurang mengetahui akan kehebatan air kelapa tua. Bagi penulis blog memang agak unik meminum air kelapa tua pada kali pertama meminumnya kerana seakan ada 'bau minyak' pula rasanya. Sebenarnya air kelapa baik yang muda maupun tua sebenarnya memiliki manfaat alam aspek kesihatan yang sama. Perbezaannya hanya kepada jumlah kandungan air dalam kelapa dan rasanya. Kelapa tua biasanya memiliki sedikit air dan lebih banyak daging isi berwarna putih. Apa pun daging isinya juga selalunya ia mempunyai tekstur yang lebih keras. Ciri air minuman kelapa tua selalunya kandungan gula akan berkurangan semasa berada ditahap kematangan kelapa bertambah. Bagi kalangan pengguna dan peminat air kelapa jika lebih suka minuman yang tidak terlalu manis maka meminum air kelapa tua bolej ia menjadi pilihan minuman sihat. Kajian saintis mendapati kandungan butrisi pada Air Kelapa dalam secawan (berat 245 gram) menyediakan tenaga sebanyak 44 kkal, lemak (0), Natrium (64 miligram), Karbohidrat (10.4 gram), Serat (0 g), Gula (9.6 gram), Protein (0.5 gram), Vitamin C (24.3 miligram), Kalium atau potasium (404 miligram). Secara umumnya minuman air kelapa dapat menurunkan kadar gula darah pada pengidap diabetis jika diminum segar terus dari buahnya dan ia adalah merupakan sumber magnesium yang baik. Unsur Magnesium dapat meningkatkan insulin dan menurunkan kadar gula darah. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta yang penting mengenai kehebatan air kelapa khususnya air kelapa tua untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Air kelapa tua yang diminum di laporkan ia akan 
Mencegah Kejadian Batu Ginjal sebab selalunya batu karang dalam buah pinggang ini akan terbentuk ketika terjadi penumpukan zat-zat sisa dalam tubuh yang membentuk kristal atau batu-batuan kecil. Jika tidak dikeluarkan melalui urine maka batu kristal-kristal tersebut akan membesar dan menyubat ginjal maupun saluran kencing. Meminum air kelapa tua dapat mencegah pembentukan batu dalam urine sebab selalunya air kelapa tua juga akan meningkatkan frekuensi buang air kecil sehingga ini akan membantu pengeluaran zat-zat sisa dari badan maka prosea atau pembentukan batu ginjal pun dapat dicegah. Selain itu dilaporkan minum air kelapa tua akan Mengawal Gula dalam Darah terutama kepada pesakit kencing manis (diabetis). Ada dijelaskan jika kandungan Magnesium (Mg) yang ada didalam air kelapa tua akan dapat meningkatkan sensitiviti insulin dalam tubuh sehingga kadar gula darah bagi kalangan pesakit diabetes terkawal dengan lebih baik. Kehebatan seterunys yang ke lima dimana air kelapa tua akan bantu Menurunkan Kolesterol terutamanya jenis Kolesterol Jahat (LDL) dan bahan Trigliseride dalam badan serta akan meningkatkan kadar Kolesterol Baik (HDL). Manfaat ini berpunca dari bahan kandungan Asid Amino, Asid Askorbat, Kalsium dan Kalium dalam air kelapa tua yang tinggi. Nutrisi-nutrisi tersebut dari kajian didakwa ia membantu mengurangkan bahan kolesterol. Ada kajian dikaitkan dimana manfaat air kelapa tua ini bahkan dikatakan sama efektifnya dengan efek Ubat statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol. Paling unik dengan meminum air kelapa tua adalah ia mampu Menurunkan Kes Tekanan Darah yang menganggu kesihatan seseorang. INi kerana unsur Kalium yang tinggi dalam air kelapa tua adalah dapat menurunkan tekanan darah pada penderita yang ada masaalah Tekanan Darah Tinggi. Kalium dapat merelakkan akan organ dinding pembuluh darah sehingga tekanan darah kemudian akan menurun. Apa pun dilaporkan dimana kalium dalam air kelapa tua juga bermanfaat untuk membantu dalam mengeluarkan jumlah natrium berlebih dalam tubuh. Natrium berlebihan ini didakwa ia akan menyebabkan tekanan darah meningkat. Apa pun amalan minum air kelapa tua akan bantu tekanan darah akan turun. Bagaimana pun orang yang sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi moden sebaiknya tidak mengambil air kelapa tua secara berlebihan. Kajian mendapati dimana mengambil air kelapa tua berlebihan dan ubat tekanan darah secara bersamaan dapat menyebabkan penurunan tekanan darah terlalu drastik yang akan membahayakan kesihatan.


Paling kurang mungkin di percayai akan dakwaan jika minum air kelapa tua akan 
Mencegah Serangan Sakit Jantung sebab ia kan menurunkan tekanan darah dengan minum air kelapa tua. Perkara ini boleh berlaku kerana bila berlaku kes tekanan darah tinggi yang mana ia merupakan salah satu faktor yang selalu meningkatkan risiko terjadinya serangan jantung. Selain itu aspek kandungan kalium dalam air kelapa tua yang cukup tinggi juga dapat membantu irama jantung berdetak lebih teratur. Kedua manfaat ini akan membantu menjaga tekanan darah tetap normal sehingga membantu menurunkan risiko terkena serangan jantung. Benarkan dakwaan jika minum air kelapa tua akan dapat Mencegah Timbulnya Jerawat pada bahagian kuit?. Manfaat air kelapa tua juga didapat dari kandungan antimikrobe dimana di dalamnya yang dapat membantu mencegah timbulnya jerawat. Sebaiknya untuk mendapatkan manfaat ini pembaca blog ini boleh sapukan air kelapa tua ke kulit yang berjerawat. Dakwaan selanjutnya adalah dimana air kelapa tua juga Mencegah Kedut Muka sebab bahan radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dapat merosakkan sel-sel dalam tubuh. Ketika sel-sel dalam tubuh sudah rosak makan keadaan ini seterusnya akan dapat mempercepatkan berlaku proses penuaan awal dari biasa seperti ujud kedutan pada kulit muka. Kandungan antioksidan dalam air kelapa tua efektif mencegah terjadinya kedut-kedut kulit dan ia juga membantu tubuh melawan kerosakan sel-sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan ini maka kulit akan tetap sihat pengguna akan kurang atau lambat berkedut, tiada kes flek hitam atau pun tanda berlaku tanda penuaan yang lainnya. Apa pun minum air kelapa tua akan membantu  Menurunkan Risiko Terkena Kanser kerana air kelapa tua efektif melindungi tubuh dari paparan radikal bebas yang menyebabkan akan timbulnya berbagai penyakit dan salah satunya adalah kanser. Manfaat air kelapa tua ini didapat dari kandungan bahan antioksidan di dalamnya yang dapat mencegah terjadinya radikal bebas. Ia kan kes kerosakan sel-sel tubuh dapat dicegah dan risiko terkena kanser pun dapat dikurangkan. Sesiapa yang ingin minum air kelapa tua memang caranya cukup mudah iaitu ambil kelapa yang baru dikupas. Sebaiknya semua pengguna tidak menambahkan sirap atau gula untuk mencegah penambahan kalori. APa pun manfaat air kelapa tua untuk kesihatan tubuh memang sangat banyak jasil banyak kajian saintis dilaporkan. Dilaporkan dimana air kelapa tua mempunyai kandungan kalium yang tinggi dan meminumnya terlalu banyak kalium menyebabkan isu Hyperkalemia bagi mereka yang sedang mengambil ubat terkanan darah tinggi. Sesiapa ada masaalah seperti Masaalah Buah Pinggang Kronik atau Sindrom Keradangan Usus Besar sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum meminum air kelapa muda.


Dalam portal mediaprima.com dilaporkan artikel bertajuk '
Memanfaatkan air kelapa tua' yang sesuai untuk dirujuk.  Memang di Malaysia dan sebahagian besar dunia tahu jika kelapa tua sudah sememangnya sinonim dengan penggunaan isinya yang menghasilkan santan atau kerisik dalam makanan. Malah, ada juga menjadikan isi kelapa tua sebagai pemanis termasuk jeli pejal. Jika bercerita mengenai air kelapa pula, biasanya air kelapa muda menjadi pilihan kerana rasanya yang lebih sedap untuk diminum berbanding air kelapa tua. Air kelapa tua biasanya menjadi bahan buangan apabila isinya digunakan untuk dijadikan bahan makanan seperti dinyatakan di atas. Melihat kepada pembaziran air kelapa tua, kumpulan penyelidik yang diketuai Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Mohd Izwan Mohd Lazim mencetuskan idea untuk menjadikan air kelapa tua sebagai minuman bermanfaat kepada manusia atau minuman berfungsi. Katanya, penyelidikan berkenaan yang dijalankan dalam tempoh tiga tahun bermula 2018 hingga 2020 itu berjaya menghasilkan produk air kelapa tua sebagai minuman berfungsi yang diberikan nama air kelapa difermentasi. Hasil kajian yang dilaksanakan kumpulan penyelidik kami mendapati air kelapa tua sebenarnya mampu menjadi air minuman tenaga semula jadi. Penggabungan dua jenis kultur mikroorganisma dan ramuan formulasi memberi nilai tambah air kelapa tua dengan peningkatan kandungan sebatian bioaktif seperti asid organik serta asid amino melalui proses fermentasi bakteria asid laktik. Proses fermentasi ini menghasilkan kandungan asid laktik yang tinggi dan bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi dalam produk tanpa menggunakan bahan pengawet sintetik. Formulasi yang dihasilkan juga meningkatkan rasa produk yang lebih astringen dan sedap. Oleh itu, kumpulan penyelidik membangunkan satu proses fermentasi yang optimum dan terkawal bagi menghalang berlakunya kontaminasi daripada bakteria yang tidak diingini. Bercerita mengenai potensi produk berkenaan, katanya, di Malaysia terdapat sekitar 15 hingga 20 kilang memproses buah kelapa untuk dijadikan pelbagai produk terutama berasaskan isinya. Kini bekalan kelapa diperoleh dari Indonesia melalui permit import yang dikawal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Dianggarkan kuota import tahunan kelapa tua kira-kira 120 hingga 150 juta biji. Bakinya dianggarkan 38 juta pula diperoleh daripada pembekal tempatan. Kebanyakan kilang atau industri memproses buah kelapa tua untuk menghasilkan santan dan produk asas lain seperti minyak kelapa dara serta kerisik. Adalah dianggarkan 180,000 liter air kelapa tua dibuang industri ini dan tidak banyak kajian dilakukan untuk nilai tambah air kelapa tua selain daripada penghasilan produk jeli serta cuka sahaja. Hasil kajian yang ditemui mendapati air kelapa tua mempunyai nilai khasiat yang tinggi sesuai untuk menghasilkan produk minuman baharu. Bagaimanapun kini terdapat cabaran dalam pembangunan produk ini kerana air kelapa mudah berubah sifatnya dan cepat rosak. Menerusi teknologi fermentasi ia membantu meningkatkan kandungan sebatian bioaktif dan memanjangkan tempoh jangka hayat produk berkenaan. Air kelapa tua difermentasi yang dibangunkan ini boleh dipelbagaikan formulasi mengikut cita rasa dan keperluan pengguna. Bagi membuktikan air kelapa tua mampu menjadi produk air tenaga baharu, pihaknya juga akan menjalankan kajian kepada mereka yang menjalankan gaya hidup aktif terutama dalam bidang sukan. Hasil ujian menunjukkan dengan memberi uji rasa kepada pengguna di pasaran dan sebanyak 93% pengguna bersedia untuk menjadi pembeli. Didakwa dari segi keupayaannya sebagai air tenaga, menerusi kajian yang dilaksanakan sememangnya air kelapa tua mempunyai tahap upaya sama seperti produk air tenaga yang ketika ini berada di pasaran. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AIR KELAPA.. POPULAR YANG MUDA...
AIR KELAPA TUA... BAGAIMANA RASA...
BANYAK KHASIAT... BACA SAHAJA...
SUDAH TAHU... KINI MAHU MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Jamadilakhir 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...