Support My Blog
Thursday, September 30, 2021
VARIETI PADI MR315 - KENALI DIA
Wednesday, September 29, 2021
PENYAKIT HAWAR DAUN KELADI - KAJIAN
Tuesday, September 28, 2021
BURUNG RUAK-RUAK - FAKTA DI MEDIA
Memetik sumber suarasarawak.my dengan tajuk 'Burung wak-wak dan ayam-ayam spesis dilindungi' wajat dirujuk sebagai fakta penting kali ini. Dinyatakan tahukah anda yang burung ruak-ruak atau wak wak dan ayam-ayam diwartakan sebagai spesies hidupan liar yang dilindungi di Malaysia di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Kedua-dua spesies burung liar ini meskipun sering dilihat di kawasan penempatan manusia, namun ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari kehadiran manusia. Burung ruak-ruak atau wak-wak ini atau nama saintifiknya Amaurornis phoenicurus merupakan sejenis burung air. Antara ciri-ciri fizikal burung ini ialah mempunyai sepasang mata hitam, paruh kuning pucat, balung kecil warna merah pada kawasan hidung. Selain itu dilaporkan bulu burung ini berwarna hitam keseluruhan atas kepala hingga ke ekor dan warna putih pada bahagian muka membawa ke dada hingga tengah badan. Manakala bahagian bawah perut hingga ke ekor berwarna perang. Ia juga mempunyai sepasang kaki panjang berwarna kuning dan ekor yang pendek. Dari segi habitat, burung ini biasanya menghuni kawasan yang mempunyai sumber air seperti kawasan tasik, lembah hutan berpaya air tawar, sawah dan kawasan yang mempunyai banyak tali air. Bagi burung ayam-ayam (Gallicrex cinerea) jantan dan betina mempunyai warna fizikal yang berbeza. Antara ciri-ciri burung jantan ialah berbulu badan yang berwarna kehitaman dengan jalur putih, paruh berwarna kuning, bahagian bawah paruh berwarna merah dengan balung merah yang panjang pada bahagian atas kepala. Bagi burung betina pula dilihat bagaimana pada bahagian atas badan berwarna coklat gelap, bahagian hujung bulu berwarna kuning pucat serta bahagian belakang tengkuk, atas belakang badan dan pangkal sayap berwarna kelabu. Apa pun habitatnya di kawasan hutan paya air tawar, kawasan air yang berumput, sawah padi dan ada ketikanya ditemui di kawasan hutan paya bakau sama seperti habitat burung wak-wak. Jika menyimpan tanpa permit atau memakan dua spesies burung ini dan sabit kesalahan maka ia boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun bagi burung jantan. Sementara itu akta nyatakan dimana jumlah denda RM200,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun bagi burung betina atau tidak matang.
Monday, September 27, 2021
IKAN TUNA - IKAN POPULAR
Sunday, September 26, 2021
PROSES BUAH DURIAN EKSPORT DITHAILAND
Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan komoditi penting dan di gelar sebagai 'Raja Segala Buah'. Saya mempaparkan teknologi rawatan proses pengekspotan buah durian di Pusat Rawatan Durian di Chantaburi, Thailand untuk dikongsi bersama pembaca berdasarkan kepada lawatan teknikal yang dibuat pada Bulan Mei 2012 dahulu. Buah durian untuk ekspot dari Thailand adalah di petik daripada pokok dan bukan buah yang gugur sendiri seperti di Malaysia. Foto diatas juga ada menunjukkan bagaimana buah durian yang kebabanyakanya di petik menggunakan tangga buloh dan dipotong tangkai dengan pisau tajam diterima di pusat rawatan. Buah durian ini akan digred di ladang atau pusat pengumpulan hasil mengikut kualiti. Buah durian yang dihantar ke pusat ekspot akan terus dihantar dengan menggunakan kenderaan pick-up dan lori kecil diubahsuai dengan dinding pick-up ditinggikan. Buah ini ditutup dengan kanvas didalam perjalanan untuk elakkan daripada rosak akibat sinaran panas matahari. Buah durian ini diturunkan setiap biji dengan mencampak dari atas pick-up dan disambut oleh dua orang pemeriksa buah. Pemeriksa yang pertama akan meneliti kualiti buah dengan mengetuk-ketuk buah dan memeriksa rupabentuk. Pemerisa kedua pula lihat buah durian yang digredkan tersebut dan ia kemudian dimasukan kedalam 3 bakul berlainan iaitu Bakul untuk ekspot, Bakul tidak sesuai untuk ekspot (jualan domestik) dan Bakul untuk buah 'reject'. Kelompok bakul untuk pasaran eksport adalah dari buah durian kualiti premium diproses bagi pengeksportan. Kelompok bakul tidak sesuai eksport akan di edarkan untuk pasaran tempatan sahaja manakala kelompok bakul durian 'reject pula akan dihantar kepada beberapa pengusaha memproses durian di Thailand bagi dijadikan pelbagai produk berasaskan buah durian.
BUAH GOJI - BEBERAPA FAKTA MENANAM
Tumbuhan beri goji mudah berkembang dimana tumbuhan yang berasal dari pergunungan Himalaya dan kini digunakan untuk kesihatan yang permintaaannya juga semakin meningkat. Jika ada yang ingin menuai beri goji sendiri dan ia bukannya membelinya dari kedai-kedai kesihatan maka kemungkinan apa yang perlu anda lakukan ialah mencuba. Pembaca tidak perlu lagi filir panjang untuk menanam pokok ini sebagai hobi. Langkah pertama adalah mendapatkan benih Goji Berry. Biasanya ada 2 cara untuk mendapatkan benih untuk tumbuhan ini. Cara 1 adalah mendapatkan biji secara langsung dari buah yang masak yang telah di makan akan tetapi kelemahan di sini adalah bahawa anda tidak boleh pasti mengenai varieti atau kualiti genetik buah anda sendiri. Cara ke 2 dimana boleh membeli biji benih berkualiti dari kedai bekalan berkebun atau beli on-line sahaja. Ia adalah cara yang paling mudah dan selamat untuk mendapatkan biji goji yang baik. Kemudian disediakan tanah dan kawasan seauai dari tanah subur dan juga kaya dengan nutrien untuk memastikan bahawa mereka akan tumbuh dan menuai buah-buahan dengan cepat. Boleh juga mendapatkan tanah potting yang mempunyai banyak bahan organik (kompos, vermikulit dan sisa organik) untuk menanam. Bahan orhanik ini akan mengurangkankan kadar keperluan baja untuk meningkatkan nutrien di dalam tanah. Jika menanam pokok goji anda dalam pasu atau polibeg maka pastikan menambah baja organik mengikut jadual minima setahun sekali. Kalau menanam menanam pokok goji di luar rumah hanya sediakan lokasi di taman atau halaman anda yang mempunyai capaian cahaya matahari. Penanaman pokok goji dalam pasu atau polibeg pastikan ada mempunyai saliran yang mencukupi supaya air berlebihan disalurkan selepas disiram. Tanaman pokok goji tidak suka banyak air terutamanya jika mereka sudah dewasa.