Support My Blog

Wednesday, September 1, 2021

STRUKTUR TULANG PADA DAUN

DAUN (Leaf)
merupakan satu bahagian penting dalam semua tumbuhan yang mana selalunya akan terletak dibahagian atas tumbuhan untuk menjalankan proses FOTOSINTESIS. Daun Hijau yang mempunyai klorofill akan menyerap Karbon Dioksida (CO2) dan Cahaya Matahari untuk memproses nutrien dimana ia dijadikan makanan dan tenaga kepada tumbuhan. Daun adalah tempat berlakunya proses penyejatan air dan gas (Transpiration) tumbuhan dan juga berfungsi sebagai setor penyimpanan makanan serta daunsering di makan oleh manusia sebagai bahan sayuran. Marphologi daun yang lengkap terdiri daripada Tangkai Daun (Petiole), Lai Daun (Lamina) dan Hujung Daun (Stipules). Bagaimanapun tidak semua daun akan mempunyai kesemua ciri tersebut dimana ada yang hanya satu ciri dan ada yang terdiri beberapa kombinasi ciri tersebut. Daun juga merupakan organ tumbuhan yang mempunyai 3 komponen iaitu Lapisan Luar Daun (Epidemis), Lapisan tengah daun (Mesophyll) dan Urat Daun (Vein). Epidermis mempunyai stomata yang mana berfungsi sebagai mengawal keluar-masuk gas CO2 dan air melalui lubang-lubang stomata. Mesophyll menjalankan proses fotosintesis pada daun. Urat daun terdiri daripada Xylem dan Phloem yang membawa air dan unsur makanan dari akar ke daun dan sebaliknya. Daun adalah diantara organ tumbuhan yang digunakan dalam menentukan jenis, varieti atau species pada tumbuhan melalui ciri-ciri marfologinya dengan berasaskan DUS (Distinctness, Uniformity dan Stability). Ciri-ciri penting daun seperti ciri pada rupabentuk, ketebalan, warna, permukaan dan sebagainya akan ditentukan oleh botanis bagi menentukan perbezaan dalam pencirian daun. Rupabentuk Asas bagi penyusunan helaian daun dibahagikan kepada 4 cara iaitu ALTERNATE, OPPOSITE, DECUSSATE dan ROSETTE (Sila rujuk rajah diatas). Susunan ALTERNATE ialah dimana tangkai daun2 tersusun dengan berselang-seli. Susunan Rosette dimana terdapat dua helai daun pada ruas dahan selari. Susunan OPPOSITE dimana dua helai daun diatas selari tetapi dibawahnya 2 helaidaun disisi yang bertentangan. Susunan ROSETTE dimana satu rimbunan daun terbentuk dari satu pangkal pokok. Artikel yang kr 6,500 pada petang Rabu ini sambil melihat kesibukkan orang keluar masuk dari rumah berhampiran dengan Pantai Hospital Air Keroh (PHAK) Melaka saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa struktur tulang pada daun untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Mengenali struktur tulang dan urat pada daun merupakan salah satu bidang ilmu pengetahuan yang pentin untuk pembaca semua. Daun merupakan salah satu kompponen penting kepada tumbuh-tumbuhan selain daripada bahagian batang, akar, bunga dan buahnya. Daun mempunyai banyak bentuk yang bervariasi serta fungsi yang berlainan akan tetapi paling utama adalah untuk melakukan proses fotosintesis dan menghasilkan tenaga kimia.
 Salah satu cara untuk mengenali bermacam jenis daun adalah dari struktur tulang dan corak uratnyanya.  Daun tumbuhan juga adalah merupakan bahagian tumbuhan yang berperanan sebagai tempat fotosintesis dan pelbagai fungsi lain seperti transpirasi, pengudaraan hasilkan oksijan dan sebagainya. Kepelbagaian bentuk dan warna daun serta tulangnya memberi bentuk yang khas dan unik dimana ia selalunya akan memiliki struktur yang tersusun daripada bahagian Pelepah, Tangkai dan Helaian daun. Daun tumbuhan merupakan diantara bahagian yang paling senang dilihat berbanding dengan bahagian akar, bunga, buah dan batang tumbuhan. Ia adalah salah satu bahagian tanaman yang paling terlihat dan dikenali kerana terletak dibahagian atas tumbuhan. Antara fungsi daun yang bermacam jenis adalah seperti ia dapat menyimpan makanan dan air, memberikan perlindungan serta melakukan banyak fungsi lain untuk membantu tanaman bertahan terus hidup.

Adalah baik untuk pembaca mengenali apa dia bahagian-bahagian daun pada tumbuhan. Secara u
mumnya bahagian tersebut adalah terdiri dari Pangkal daun, Tangkai daun dan Lamina dimana ia juga bersama-sama membentuk bagian utama daun. Pangkal Daun adalah bahagian di mana daun menempel pada batang. Pangkal daun memiliki dua struktur mirip daun kecil yang juga ia disebut dengan ketentuan dimana kepada tumbuhan seperti padi, gandum, dan monokotil lainnya iaitu pangkal daun ini lebar dan menutupi batang. Kedua adalah Tangkai Daun iaitu  tangkai panjang, tipis seta bahagian yang selalunya menghubungkan bilah daun kepada batang tumbuhan. Komponen ketiga adalah  Lamina Daun yang juga dikenali sebagai 'bilah daun'. Lamina adalah permukaan daun yang hijau dan rata dimana ia terdiri dari veina (vein) dan veina bercabang kecil. Veina yang membentang di tengah lamina disebut pelepah. Pelepah daun akan membagi permukaan lamina menjadi dua. Pembuluh daun dan urat daun ini memberikan kekakuan atau kekerasan struktur kepada helai daun dan membantu pengangkutan air dan zat lainnya. Terdapat jenis Daun Tirus atau Daun Menyirip  dimana jenis ini mempunyai struktur tulang berbentuk menyirip seperti susunan tulang ikan. Pada daun ada sistem pertulangan daun menyirip iaitu ibu tulang daun bercabang ke kiri dan ke kanan sehingga mirip dengan tulang ikan. Daun menyirip ini tersusun rapi bermula dari tangkai hingga hujung helai daunnya. Apa pun diantara contohnya adalah daun mangga, daun jambu, daun nangka, daun rambutan, kacang-kacangan dan sebagainya. Jenis ke 2 adlah bentuk Daun Jejari (finger) dimana bentuk tulangny ada beberapa tulang cabang besar bermuara/bertemu pada ujung tangkai daun. Macam-macam daun berjejari memiliki tulang berbentuk seperti susunan jari-jari tangan iaitu dari hujung tangkai daun keluar beberapa tulang yang kelihatan seperti susunan jari-jari tangan. Apa pun jumlah tulang ini lazimnya unik dimana yang di tengah yang paling besar dan paling panjang, sedang ke samping semakin pendek. Antara contoh dari daun jejari adalah daun pepaya, daun ubikayu dan daun jarak, daun timun, daun labu dan lain jenis daun tumbuhan.

Bentuk tulang jenis D
aun Melengkung  berbentuk seperti garis-garis melengkung dengan hujung-hujung tulang daun yang terlihat menyatu. Pada pertulangan daun melengkung dimana ada beberapa tulang cabang memanjang dan melengkung menuju hujung daun. Daun jenis ini mempunyai beberapa tulang yang besar, satu di tengah yaitu yang paling besar, sedang lainnya mengikuti jalannya tepi daun. Jadi tulang daun yang semula memencar kemudian kembali menuju ke satu arah yaitu ke ujung daun ujung-ujung tulang daun melengkung terlihat menyatu. Contohnya bentuk daun ini adalah daun sirih, daun kiambang daun pokok daun setawar dan sebagainya. Seterusnua bentuk Daun Sejajar mempunyai bentuk tulangnya bergaris-garis yang sejajar. Pada setiap hujung tulang pada daun sejajar akan menyatu. Umumnya, terdapat pada daun-daun bangun garis pita dan bangun garis iaitu yang memiliki satu tulang daun besar membujur di tengah. Sedangkan tulang-tulang lainnya lebih kecil dan semuanya terlihat mempunyai arah sejajar dengan tulang utama. Biasanya daun jenis ini mempunyai sistem tulang daun sejajar ada tulang-tulang daun kecil yang sejajar (dari pangkal sampai ujung) dengan tulang tengah daun yang besar. Contohnya adalah daun tebu, jagung, padi dan semua jenis rumput. bagi jenis Daun Dikotom dimana sistem pertulangan daun dikotom memiliki tulang cabang daun bercabang dua dimana cabang tersebut dapat bercabang dua lagi dan seterusnya. Pada daun dikotom, susunan tulang-tulang daun yang berasal dari ujung tangkai daun kemudian terentang, dan setiap tulang daun tersebut bercabang dua. Jenis tulang daun seperti ini untuk pohon hanya terdapat pada pokok ginko (Ginko biloba). Bagi jenis Daun Berduri dimana duri ini termasuk ke dalam macam tanaman jenis konifera seperti pinus, cemara, pohon salam, dan lain sebagainya. Tanaman dengan daun berduri biasanya memiliki stomata yang cekung. Dimana fungsinya untuk membantu mencegah kekeringan.  Berdasarkan pada besar kecilnya tulang daun, maka tulang-tulang daun ini dapat dibedakan menjadi tiga macam iaitu Ibu Tulang, Tulang cabang dan juga Urat Daun.  Ibu Tulang (costa) adalah tulang daun yang biasanya terbesar, merupakan terusan dari tangkai daun dimana terdapat di tengah-tengah membujur dan membelah daun. Oleh tulang daun ini helaian daun umumnya dibagi menjadi dua bahagian yang setangkup atau simetrik. Namun ada pula tumbuhan yang tidak mempunyai ibu tulang tepat di tengah helaian, sehingga kedua bahagian daun di kanan kiri ibu tulang menjadi tidak setangkup atau asimetrik. Seterusnya Tulang-tulang Cabang (nervus lateralis) merupakan tulang-tulang yang lebih kecil daripada ibu tulang dan berpangkal pada ibu tulang atau cabang- cabang tulang daun ini. Akhirnya adalah apa yang dikatakan Urat-urat Daun (veina) iaitu tulang-tulang cabang tetapi lebih kecil atau lembut antara satu dan yang lainnya dan membentuk seperti jala. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wsallam!!!.
TULANG DAUN... BANYAK BENTUKNYA...
MEMEGANG LAMINA...IA KUKUANNYA...
BERJENIS BENTUK...BEZA TULANGNYA...
URAT DAUN... PALING BANYAK ADANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(5 Zuhijjah 1432H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...