Salah satu fakta mengenai kelapa tua yang dilaporkan olrh Berita Harian (BH) yang bertajuk 'Memanfaatkan air kelapa tua' wajar dirujuk dan ditulis semula. Buah Kelapa tua sudah sememangnya sinonim dengan penggunaan isinya yang mana ia menghasilkan santan atau kerisik dalam makanan. Malahan penulis blog sudah menulis lebih dari 250 artikel mengenai kelapa dan produknya dimana memang ada juga menjadikan isi kelapa tua sebagai pemanis termasuk jeli pejal. Jika bercerita mengenai air kelapa pula, biasanya air kelapa muda menjadi pilihan kerana rasanya yang lebih sedap untuk diminum berbanding air kelapa tua. Air kelapa tua biasanya menjadi bahan buangan apabila isinya digunakan untuk dijadikan bahan makanan seperti dinyatakan di atas. Melihat kepada pembaziran air kelapa tua dilaporkan kumpulan penyelidik tempatan yang diketuai Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Mohd Izwan Mohd Lazim mencetuskan idea untuk menjadikan air kelapa tua sebagai minuman bermanfaat kepada manusia atau minuman berfungsi. Penulis blog sebenarnya sudah lebih dulu menulis pada tahun 2014 bagaimana sebuah syarikat di Batu Pahat Johor yang penulis blog membuat tinjauan teknologi kekilang yang menghasilkan jutaan kotak air kelapa tua dengan jenama antarabangsa. Pembaca blog yang ingin mengetahui kisahnya boleh membuat pautan dengan link berikut (Sila klik disini). Produk air kelapa tua dengan jenama 'Vita Coco' ini semakin diminati diseluruh dunia kerana kandungan khasiatnya yang berkhasiat. Penulis blog sering meminum air kelapa tua jenama ini setelah disejukkan didalam peti sejuk. Menyentuh dengan aktiviti kajian atau penyelidikan berkenaan yang dijalankan dalam tempoh tiga tahun bermula 2018 hingga 2020 itu didakwa berjaya menghasilkan produk air kelapa tua sebagai minuman berfungsi yang diberikan nama air kelapa difermentasi. Hasil kajian yang dilaksanakan kumpulan penyelidik tersebut telah mendapati air kelapa tua sebenarnya mampu menjadi air minuman tenaga semula jadi.
Dilaporkan dimana penggabungan dua jenis kultur mikroorganisma dan ramuan formulasi memberi nilai tambah air kelapa tua dengan peningkatan kandungan sebatian bioaktif seperti asid organik serta asid amino melalui proses fermentasi bakteria asid laktik. Mohd Izwan menyatakan dimana proses fermentasi ini menghasilkan kandungan asid laktik yang tinggi dan bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi dalam produk tanpa menggunakan bahan pengawet sintetik (Sila lihat foto disebelah). Dia dakwa dimana formulasi yang dihasilkan juga meningkatkan rasa produk yang lebih astringen dan sedap. Oleh itu kumpulan penyelidik membangunkan satu proses fermentasi yang optimum dan terkawal bagi menghalang berlakunya kontaminasi daripada bakteria yang tidak diingini. Bercerita mengenai potensi produk berkenaan, katanya, di Malaysia terdapat sekitar 15 hingga 20 kilang memproses buah kelapa untuk dijadikan pelbagai produk terutama berasaskan isinya. Kini bekalan kelapa diperoleh dari Indonesia melalui permit import yang dikawal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Dianggarkan kuota import tahunan kelapa tua kira-kira 120 hingga 150 juta biji. Bakinya dianggarkan 38 juta pula diperoleh daripada pembekal tempatan. Kebanyakan kilang atau industri memproses buah kelapa tua untuk menghasilkan santan dan produk asas lain seperti minyak kelapa dara serta kerisik. Dianggarkan sebanyak 180,000 liter air kelapa tua dibuang industri ini dan tidak banyak kajian dilakukan untuk nilai tambah air kelapa tua selain daripada penghasilan produk jeli serta cuka sahaja. Daripada kajian yang mereka temui juga mendapati air kelapa tua mempunyai nilai khasiat yang tinggi sesuai untuk menghasilkan produk minuman baharu. Bagaimanapun, terdapat cabaran dalam pembangunan produk ini kerana air kelapa mudah berubah sifatnya dan cepat rosak. Teknologi fermentasi ia membantu meningkatkan kandungan sebatian bioaktif dan memanjangkan tempoh jangka hayat produk berkenaan. Air kelapa tua difermentasi yang dibangunkan ini boleh dipelbagaikan formulasi mengikut cita rasa dan keperluan pengguna. Bagi tujuan membuktikan air kelapa tua mampu menjadi produk air tenaga baharu, pihaknya juga akan menjalankan kajian kepada mereka yang menjalankan gaya hidup aktif terutama dalam bidang sukan. Dilaporkan ketika ini, mereka sudah memberi uji rasa kepada pengguna di pasaran dan sebanyak 93 peratus pengguna bersedia untuk menjadi pembeli. Dari segi keupayaannya sebagai air tenaga, menerusi kajian yang dilaksanakan sememangnya air kelapa tua mempunyai tahap upaya sama seperti produk air tenaga yang ketika ini berada di pasaran.
Fakta lain di petik dari Bakri, Muar, Johor juga menarik kerana 'Idea kreatif guna kelapa tua' dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian. Lazimnya buah kelapa yang sudah tua akan ditanam untuk dijadikan benih kelapa baru selain sabutnya dimanfaatkan khususnya bagi projek kitar semula dan bahan api. Ia berbeza pula bagi pesara polis bernama Zainal Ahmad (61tahun) yang menghasilkan 'bonsai kelapa' menggunakan kelapa tua bagi hiasan tanaman dan kediaman (Sila lihat foto disebelah). Dakwa Zainal dimana hasil kraftangan itu kini menjadi rutin hariannya apabila kebanyakan masa tertumpu dengan gubahan itu setelah mempelajarinya sejak Ogos 2021 lalu dimana dia ada banyak masa duduk dirumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PLP) dan Lockdown disebabkan pandemij covid19. Penulis blog yang pernah bertugas sebegai Pegawai Pertanian Muar juga seronok akan inisiatif beliau kerana Muar merupakan salah satu kawasan terutama di sepanjang pantai yang ada menanam pokok kelapa. Dia dakwa ilmu bonsai itu diperoleh daripada abangnya dikenali Mashud Ahmad (67tahun) yang mempelajari secara sendiri di internet. Dia mula bersara dan mempunyai banyak masa lapang dan mencari satu aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang sebelum tertarik dengan bonsai kelapa setelah melihatkan hasil itu di kediaman abangnya di Kluang. Boleh dikatakan hiasan ini masih janggal di Malaysia kerana ia belum begitu popular. Pembuatannya bukanlah sukar namun sangat remeh dan memerlukan tempoh masa panjang. Perkembangannya juga harus dipantau setiap masa sebelum ia benar-benar kukuh. Mungkin itu menyebabkan tanaman hiasan ini tidak dimanfaatkan oleh mereka yang lain kerana penjagaannya sangat rapi. Bagaimanapun ini semua bukanlah penghalang untuk saya kerana sebaik melihatkan hasilnya yang cantik ia memberikan kepuasan berganda kepadanya kepada wartawan Sinar Harian. Dakwanya lagi dia mengambil masa lebih sebulan dalam proses pembuatan bonsai kelapa dimana tiada jenis buah kelapa khas diperlukan selain buah yang tidak bertunas untuk tujuan tumbesaran. Melalui buah kelapa yang telah tua ini dia hanya bukakan kulit dan sabut hingga tempurung ini licin. Gosokkan dengan kertas pasir dan sebolehnya kita cat tempurung kelapa bagi mengelakkan ia pecah jika cuaca terlalu panas. Proses ini memakan masa beberapa jam sahaja. Dan selepas licin maka dia akan tanam tempurung di tanah untuk proses pertumbuhan tunas dan akar. Kedudukan ketika tanam adalah bergantung kepada kita sama ada nak lihat tunas tumbuh menegak atau condong itu terpulang kepada kreativiti. Pertumbuhan akar memakan masa selama sebulan sebelum menjalani proses terakhir iaitu memindahkan tanaman tempurung di dalam takungan air bagi memastikan akar dan tunas kukuh. Ketika tunas mulai tumbuh ia merupakan waktu dipantau perkembangannya bagi ianya mengelakkan ia menjadi besar. Selepas semuanya selesai, barulah tempurung ini dihiaskan di pasu kecil dengan sedikit tanah. Pastikan tanah sentiasa bersuhu lembab, jika mulai kering siramkan sedikit air. Dalam seminggu sekali harus dibersihkan tunasnya dan periksa suhu tanah. Meskipun baru lagi berjinak dalam kraftangan ini namun Zainal sudah berjaya menghasilkan lebih 50 biji bonsai kelapa yang memenuhi sudut kediamannya sama ada di dalam dan laman luar. Ada juga tetamu yang datang berminat nak beli bonsai ini namun saya belum bercadang untuk jual kerana masih lagi belajar. Sejak Ogos 2021 hampir 10 tempurung pernah rosak ketika membuat proses tanaman. Namun kini perhiasan ini dah mulai sebati dengan dirinya. Cuma bila ada yang berminat hendak beli dia letakkan syarat agar mereka sediakan sendiri buah kelapa tua. Pernah juga terlintas hendak jadikan hasil seni ini sebagai pendapatan sampingan namun mungkin akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Fakta ke 3 adalah mengenai 'Ribuan kelapa tua terapong' di Kuala Nerus, Kedah yang menarik dikongsikan kali ini. Akhbar BH juga melaporkan dimana ada lebih 200,000 biji kelapa tua terapung dan terdampar di pesisir Pantai Tok Jemba apabila sebuah kapal kargo dari Indonesia, karam selepas melanggar batu benteng pemecah ombak (Sila lihat foto disebelah). Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi dimana sebuah kapal kargo dari Pelabuhan Tambilahan Sumatera, Indonesia membawa 180 metrik tan kelapa tua itu dalam perjalanan ke Narathiwat, Thailand. Kapal itu dikatakan bocor di bahagian bawah sebelum dimasuki air dan pecah selepas melanggar benteng pemecah ombak iaitu kira-kira 20 batu nautika dari perairan Kuala Nerus. Bagaimanapun dilaporkan tujuh kru termasuk seorang nakhoda warga Indonesia yang menaiki kapal kargo itu terselamat selepas mereka mengesan masalah dan turun menaiki sampan ke pesisir pantai Kuala Nerus. Menceritakan detik cemas seorang mangsa bernama Rudi Hartono (37 tahun) dakwa sebaik menyedari kejadian berpunca daripada masalah di bahagian bawah kapal kargo berkenaan maka semua berusaha menyelamatkan diri. Melihat keadaan laut bergelora dengan tiupan angin dan hujan lebat maka semua mangsa bertindak turun daripada kapal dengan menaiki sampan menuju ke pantai berdekatan. Selepas berjaya menyelamatkan diri di Pantai Tok Jembal maka mereka melihat kapal kargo mereka pecah akibat perlanggaran dengan batu benteng pemecah ombak lalu karam mengakibatkan semua muatan termasuk lebih 200,000 biji kelapa tua bertaburan di perairan berkenaan. Dalam pada itu dilaporkan lima anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Daerah Maritim 9 (DM9) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi pantai Tok Jembal untuk bantuan. Sebaik tiba di tempat kejadian didapati semua mangsa berusia 20 hingga 43 tahun selamat dan dibawa ke pejabat DM9 untuk siasatan lanjut. Semuga artikel mengenaii fakta kelapa tua ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

AIRNYA DIPROSES... ENAK RASANYA...
DIBUAT BONSAI... JADI HOBI PESARA...
KAPAL PECAH... DILAUT HANYUT PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.