Support My Blog

Friday, September 24, 2021

DAGING KERBAU INDIA - FAKTA DI MEDIA

DAGING KERBAU INDIA
merupakan jenis daging import yang banyak dijual dan dimakan oleh rakyat Malaysia dan beberapa negara lain. Ini kerana tahap sara diri bagi daging lembu di Malaysia ketika ini adalah sebanyak 27% bermakna kadar import daging adalah sebanyak 73% (
Sumber: http: //www.mafi. gov. my.web). Pelbagai strategi telah dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran dan tahap sara diri (SSL) daging di Malaysia dengan sasaran lebih 40% menjelang 2025. Bagi menampung keperluan negara kini Malaysia perlu mengimport daging dari luar negara seperti daging beku dari India (80,000 tan metrik atau 80% daripadanya adalah daging kerbau) dan selebihnya diperolehi daripada Australia, New Zealand, Uruguay, Argentina dan Brazil. Sebahagian besar adalah untuk kegunaan domestik manakala sebahagian kecil daging import ini diproses menjadi produk tambah nilai dan dieksport semula. Pengimportan daging kerbau dari India telah lama dijalankan semenjak awal 80-an lagi. Pengimport daging tempatan perlu mendapatkan permit Kelulusan Khas (AP) daripada MAFI untuk mengimport daging. Sehingga kini apa yang penulis blog faham dimana semua proses pengimportan termasuk pengeluaran dokumen seperti Sijil Kesihatan Veterinar, Sijil Halal dan label bagi pembungkusan daging yang dikeluarkan oleh pihak di India jelas menyatakan daging yang diimport adalah daging kerbau. Perkataan 'Buffalo Meat' digunakan dan bukannya Indian Beef memandangkan ia merupakan isu sensitif di India. Di samping itu juga pihak kerajjan yang mengeluarkan permit import jelas mencatitkan perkataan daging kerbau dalam permit yang dikeluarkannya. Lanjutan daripada itu, pemeriksaan bagi tujuan verifikasi juga dijalankan dipintu-pintu masuk negara yang kini dipertanggung jawabkan kepada MAQIS. Isu yang sama ini juga pernah banyak kali dibangkit dan dijelaskan oleh Menteri Pertanian di dalam Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan dari beberapa Ahli Parlimen. Kes penipuan kemasukan daging sejukbeku di Pasir Gudang, Johor yang viral di Malaysia tahun 2020 dan 2021 sehingga melibatkan kes penipuan ini telah dibawa ke mahkamah. Pada masa ini Malaysia membenarkan pengimportan daging dari India dengan mengambil kira beberapa kaedah-kaedah pencegahan penyakit tersebut dari merebak ke dalam negara. Malaysia kini masih tidak bebas daripada Penyakit Kuku dan Mulut (PKM) atau Foot and Mouth disease (FMD) dan berusaha untuk mencapai status bebas penyakit PKM / FMD. Indonesia merupakan sebuah negara di Asean yang tidak membenarkan akan pengimportan daging kerbau dari India untuk mengekalkan status bebas PKM / FMD iaitu sejenis penyakit ternakan yang mudah menular di kalangan ternakan yang berkuku seperti lembu, kambing, unta dan sebagainya. Sebelum pengimportan dibenarkan, pegawai-pegawai dari JPV, JAKIM dan juga pihak Kementerian Kesihatan akan menjalankan pemeriksaan ke atas loji-loji yang memohon untuk eksport ke Malaysia. Hanya loji yang mematuhi syarat-syarat Sanitari dan Pitosanitari (SPS) dan Halal sahaja yang diluluskan. Ini memberi jaminan pengimportan daging kerbau ini tidak akan berlaku sebarang risiko penularan penyakit ke Malaysia dan selamat untuk dimakan. Artikel petang Khamis September 2021 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira menulis semula beberapa laporan fakta mengenai daging kerbau India seperti dalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Berapa media tempatan dan media  antarabangsa melaporkan dimana 'Lembu dan Kerbau di India ada Kad Pengenalan' memang unik dan baik.  Jika selama ini hanya manusia yang memiliki kad pengenalan akan tetapi kini pemerintah India berhasrat melakukan hal yang sama terhadap puluhan juta lembu dan kerbau di negara itu. Idea unik ini datang daripada Perdana Menteri iaitu Narendra Modi yang menginginkan adanya angka pengenalan diri 12 digit standard untuk kesemua kira-kira 88 juta ekor lembu dan kerbau di seluruh India menjelang akhir 2017. Kini seramai 100,000 petugas dikerah untuk memasang label berwarna kuning di telinga haiwan mamalia itu di serata India dalam usaha bagi meningkatkan pendapatan dari industri susu ternakan pada tahun 2022 kelak. Kad identiti binatang ternak itu namun akan dipegang oleh setiap pemilik. Dokumen rasmi tersebut boleh diguna untuk menjejak semua kegiatan haiwan berkenaan dan memberikan informasi berkaitan waktu untuk pemberian vaksin. Bukan setakat itu sahaja malahan kitaran perkahwinan dan waktu kelahiran anak juga dapat dipantau. Tujuannya agar pendekatan secara saintifik mampu untuk diterapkan demi mendapatkan baka terbaik dan peningkatan kualiti pengeluaran susu. Label berkenaan yang dipasang pada telinga ternakan tersebut juga dikatakan kalis terhadap segala bentuk cuaca ekstrim dan ia dirancang supaya mampu bertahan untuk selama beberapa tahun. Berat label itu malah hanya lapan gram agar tidak mengganggu kesihatan haiwan terbabit untuk bergerak bebas yang dianggap sebagai makhluk suci dalam kalangan penganut Hindu di negara majoriti agama berkenaan. Penggunaan kad sebagai satu dokumen tanda pengenalan lembu sebenarnya pernah dilaksanakan di India tetapi untuk tujuan berbeza. Pada 2007 dilaporkan dimana renjer sempadan India merakamkan foto lembu di pelbagai perkampungan perbatasan. Langkah itu kemudian dicontohi pihak berkuasa negeri Bengal Barat yang pernah menerbitkan kad pengenalan bagi identiti setiap lembu sebagai cara mengurangkan kegiatan penyeludupan ternakan ke negara jiran, Bangladesh. Di seluruh India ketika ini pihak berkuasa menganggarkan terdapat 41 juta ekor kerbau dan 47 juta ekor lembu daripada pelbagai jenis yang lazimnya diternak untuk pengeluaran susu. 
Antara sebab diberi kad pengenalan adalah untuk mengelak haiwan itu diseludup keluar ke negara jiran seperti Bangladesh dan Pakistan, khususnya untuk daging. Kerajaan India mahu melindungi lembu dan kerbau di India dengan memberi nombor dan kad pengenalan kepada setiap seekor binatang itu. Setiap lembu akan di”tag” dengan 12 digit nombor memudahkan ia dikesan menggunakan sistem dalam talian. Selain bertujuan mengelak diseludup dimana sistem ini juga bertujuan menjaga lembu-lembu secara sistematik dari aspek vaksin dan meningkatkan produktiviti penyusuan lembu terbabit. Kerajaan India juga berharap tindakan tersebut dapat meningkatkan pendapatan petani kepada lebih 2 kali ganda dari biasa. Tag ini direka supaya tidak menggangu rutin lembu dan tahan lama selain mudah ditanggalkan. Sebaik tag tersebut dipasang, juruteknik akan mengemaskini numbor dalam perakam data talian dan menawarkan pemilik lembu dengan kad penjagaan kesihatan yang dilengkapi dengan nombor UID seperti maklumat pemilik, tarik vaksin dan sebagainya. Setiap tag hanya 8 gram boleh dibeli pada harga 8 rupee atau RM0.54. Terdapat lebih 88 juta lembu dan kerbau di seluruh India dan hanya 800,000 ke sejuta anak lembu mempunyai tag atau direkodkan dan kerajaan menjangkakan semua lembu akan di”tag”.

Beberapa media tempatan melaporkan '
Daging kerbau India bebas virus COVID-19' pada Ogos 2021 menarik perhatian ramai pengguna. Terkini dimana pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) mengesahkan sampel daging kerbau yang diimport dari India dalam tempoh Januari hingga bulan Ogos 2021 bebas daripada virus COVID-19. JPV yang melaksanakan program pemantauan dan pengawasan sejak pandemik COVID-19 menular dalam negara periksa sebanyak 455 sampel haiwan dan produk berasaskan haiwan keluaran tempatan dan import, termasuk daging kerbau dari India dimana didapati negatif daripada virus itu. Selepas tiada virus COVID-19 dikesan pada daging kerbau diimport dari India terkini JPV tidak akan mengenakan sekatan import untuk daging kerbau sejuk beku. Pihak JPV juga mempunyai sistem yang teratur mengenai prosedur kelulusan pengimportan daging sejuk beku yang turut membabitkan daging kerbau India yang akan dibawa masuk ke negara ini. JPV menasihatkan orang ramai tidak bimbang dengan keselamatan daging kerbau sejuk beku yang diimport masakini kerana daging diperoleh dari rumah sembelihan yang mendapat kelulusan Kerajaan Malaysia, selain pusat pengeluaran daging dipantau rapi pihak berkuasa negara pengeksport produk berkenaan.

Bagaimana pun antara berita viral mengenai daging import adalah '
10 kontena daging kerbau dari India dirampas' dimana ia adalah perkara mengejutkan. Jabatan Maqis Pulau Pinang telah merampas 10 kontena daging kerbau sejuk beku dari India di NBCT di Butterworth. Kesemua kontena itu ditahan kerana cuba membawa masuk bahan mentah itu tanpa mematuhi syarat permit import yang ditetapkan Maqis. Sebanyak 10 kontena tersebut mengandungi 13,991 kotak daging kerbau sejuk beku dengan berat anggaran 279,960 kilogram (kg) bernilai RM3.5 jutaHasil pemeriksaan mendapati daging sejuk beku itu juga memaparkan logo halal pada pembungkus (dalam dan luar) berbeza daripada yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Maqis telah mengeluarkan kompaun terhadap syarikat tersebut setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya. Selain itu Maqis juga memberi peringatan kepada individu tersebut atas kesalahan mengimport tanpa mematuhi syarat import yang sah. Daging kerbau sejuk beku yang memaparkan logo halal tidak diiktiraf Jakim. Tindakan mengimport daging kerbau tidak mematuhi syarat permit import Maqis merupakan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)Ia juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2) akta sama dan jika disabit kesalahan boleh didenda iaitu tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Maqis sentiasa mengambil langkah lebih serius bersama dengan agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan isu-isu keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang mana ia boleh mengancam industri pertanian negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DAGING KERBAU...ASAL DARI INDIA...
SEJUKBEKU... IA DI SIMPAN LAMA...
IMPORT AP... DIKAWAL CARANYA...
PENGGUNA AWAS... MASA BELINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...