Di Malaysia apa yang penulis blog rujuk kepada laporan Jabatan Pertanian Malaysia dimana dianggarkan masih ada seluas1.6 juta hektar hutan tanah gambut di mana seluas 1.3 juta hektar (81%) berada di Sarawak dan seluas 0.3 juta hektar (13%) dilapor berada Semenanjung manakala selebihnya di Sabah. Kini di banyak negeri yang mempunyai tanah gambut di Semenanjung seperti di Johor, Selangor dan Perak didapati banyak tanah tersebut dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit. Tinjauan penulis blog di Air Hitam Batu 14, Muar mendapati pokok kelapa sawit yang ditanam sudah tumbang dan membengkokk kerana tanah gambut tidak kuat untuk memegang akar pokok (Sila lihat foto disebelah). Beratus ribu ekar ladang sawit kepunyaan estet besar dan pekebun kecil ditanam diatas tanah gambut. Dalam perbincangan saya dengan beberapa pengurus estet sawit mereka menyatakan hasil tandan sawit dari tanah gambut adalah lebih tinggi dari hasil tandan sawit dari tanah mineral dengan amalan agronomi yang betul. Bagaimana pun amalan agronomi untuk kedua-dua tanah mineral dengan tanah gambut adalah sedikit berlainan. Dalam pada itu kekurangan tanah sesuai serta potensi hasil tinggi menyebabkan tanah gambut menjadi pilihan kepada pihak industri penanaman sawit. Sehingga 2010 dilaporkan hampir 25 peratus kawasan tanah gambut dibangunkan dengan tanaman sawit atau dalam erti kata lain dimana sebanyak 13 peratus keluasan tanaman sawit di Malaysia adalah di tanah gambut. Dilaporkan daripada kajian oleh MPOB dimana tanaman penutup bumi iaitu jenis Mucuna bracteata dilaporkan jenis tanaman kekacang penutup bumi terbaik ditanam di tanah gambut. Pada tahun 1960-an apabila usaha penanaman sawit di tanah gambut mula menghadapi kegagalan dengan pengeluaran hasil BTS rendah iaitu kurang 15 tan/hektar setahun serta tempoh hayat ekonomik kurang 15 tahun kini telah berubah. Usaha penyelidikan oleh pelbagai pihak telah mengenal pasti teknologi yang lebih sesuai bagi meningkatkan pengeluaran hasil sawit di tanah gambut terutama di tanah gambut dalam.
Menyentuh mengenaii flora di hutan paya gambut dimana dalam hutan paya gambut amat istimewa kerana mempunyai sistem adaptasi yang efisien bagi mengatasi keadaan kekurangan nutrien seperti beberapa spesis Nepenthis spp (Periuk kera) yang mampu menjerat serangga sebagai sumber makanan dan ia dikutip oleh pengusaha makanan yang gunakan periok kera sebagai makanan eksotik. Anda boleh membaca artikel mengenai periok kera didalam blog ini dengan membuat pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Banyak jenis tumbuhan kayu kayan, unggas dan sebagainya terdapat didalam hutan paya gambut yang bernilai tinggi dan menjana ekonomi. Lazimnya dikawasan pinggiran gambut yang masih menerima sumber air dari kawasan sekitar akan lebih subur dan membolehkan tumbuhan kayu bertapak dan membesar. Perkara ini didakwa boleh menampung hutan paya (mixed swamp forest) yang mengandungi banyak spesis balak yang bernilai tinggi seperti Pokok Meranti (Shorea spp.), Pokok Kapur (Dryobalanops spp.) dan Pokok Ramin (Gonnystylus spp). Oleh kerana paya gambut secara alaminya sentiasa digenangi air maka lazimnya jenis tumbuhan dikawasan ini mengwujudkan sistem adaptasi yang sangat luar biasa bagi menghadapi keadaan yang kurang oksigen (anaerobic), tanah lembut, berasid tinggi dan nutrien rendah. Banyak tumbuhan kayu mempunyai beberapa jenis akar yang berlainan bentuk dan ukuran, seperti akar mekanikal, banir dan perdu untuk mencengkam pada tanah yang lembut, akar pernafasan pnumatopor bagi mengatasi keadaan yang anaerobik.
Kepentingan dan fungsi hutan paya gambut tropika mempunyai beberapa rangkaian fungsi dan perkhidmatan yang penting kepada manusia dan alam sejagat seperti memelihara pelbagai biologi, menyediakan habitat kepada hidupan liar, mengedar putaran hidrologi, menghalang kejadian banjir, hakisan, menstabil iklim, riadah dan pendidikan serta sumber keperluan sosio-ekonomi asas manusia. Fungsi pertama adalah kemampuannya sebagai Penyimpan Karbon yang alami. Ini kerana tanah gambut yang terdiri dari bahan organik berfungsi sebagai menyimpan karbon yang sangat tinggi dan tumbuhan yang tidak reput seperti batang, dahan, ranting, akar dan dedaun. keupayaan hutan ini meyerap karbon dioksida (CO2) dapat membantu menstabilkan iklim dengan memperlahankan proses pemanasan global. Hutan ini juga merupakan kawasan tadahan air dan pencegah banjir. Tanah gambut memiliki peranan hidrologi yang sangat penting, sifat fisiknya dapat menyerap dan mengawal kestabilan bekalan sumber air melalui fungsi alami bahan organik. Ia menyerap air daripada hujan dan bertindak seperti span lalu menyimpannya di pemukaan dan di dalam tanah. Tanah gambut dilaporkan dapat mengawal kenaikan air secara mendadak dan dapat mengelakkan daripada berlakunya banjir dan kekeringan. Ketiga dari segi kpentingan tanah dan hutan paya gambut berkait dengan membekal air dan sumber air bawah tanah. Tanah gambut boleh bertindak sebagai kawasan tadahan yang membekal sumber air bawah tanah kerana sifat fiziknya. Air akan menyerap lalu menyusup masuk ke kawasan takungan air bawah tanah dan mengecaj akuifer air tanah. Air bawah tanah tersebut boleh dibekalkan ke kawasan sekitarnya dan menjadi sumber air mentah kepada kawasan yang jauh dari tanah lembab untuk tempoh yang lama.
Seterusnya kepentingan ke 4 adalah melibatkan kepentingan ekologi dan kepelbagaian biologi. Dalam keadaan alam yang tidak terganggu dimana paya gambut menjalankan fungsi yang sangat penting untuk ekologi sejagat. Ianya merupakan habitat penting pelbagai flora dan fauna yang sebahagiannya sangat unik dan endamik. Terdapat saki baki hutan hujan tanah rendah yang menjadi habitat penting kepada banyak spesis haiwan, tumbuhan yang luar biasa dan terancam malah ianya amat penting bagi sumber genetik yang masih belum ditemui dan diselongkar untuk kegunaan manusia. Ke 5 adalah dimana hutan paya gambut dimana ia memberikan nilai ekonomi kepada negara. Hutan paya gambut ini mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi. Ia bukan sahaja dapat memberi sumber pendapatan kepada penduduk setempat malah mampu menjana ekonomi sesebuah negara jika diurus dengan baik. Misalnya kawasan gambut temperate telah dilombong dan digunakan sebagai bahan bakar dan baja. Kawasan tropika, memyediakan sumber asli iaitu bahan binaan seperti balak, bahan bakar, kulit kayu, makanan dan ubatan. Selain daripada itu, ekosistem gambut juga adalah habitat kepada beberapa spesis ikan air tawar, yang sebahagiannya adalah endemik. Ini termasuk ikan seperti tapah, haruan, dan keli. Binatang seperti babi hutan, payau dan kijang adalah sumber makanan yang berharga bagi menampung kelangsungan sara hidup komuniti setempat. Ke 6 dimana ia memberikan nilai-nilai saintifik, pendidikan, kesedaran awam jika dijaga baik. Di samping mempunyai nilai ekonomi dan komersial, Penyelidikan mengenai hutan paya gambut ini juga membuka peluang bagi mengwujudkan program pendidikan seperti mata pelajaran alam sekitar. Ekosistem paya gambut juga dapat memainkan peranan dalam membangun masyarakat prihatin dan sihat apabila mereka, terutama generasi muda dilibatkan dalam pengurusan seperti penananam pokok, dan kerja-kerja membaikpulih kawasan gambut yang rosak. Dan ke 7 adalah yang paling relevan dengan blog ini tanah gambut iaitu untuk kegunaan pertanian. Tanah gambut cetek telah digunakan sebagai lahan pertanian sejak tahun 1970an, terutama di Semenanjung Malaysia. Ianya telah diusahakan dengan jayanya bagi tanaman yang memerlukan masa pendek untuk membuahkan hasil: seperti sayur-sayuran, jagung dan nenas. Penulis blog sempat bangunkan estet nanas di Pahang seluas 3,000 ekar diatas tanah gambut yang baru dibuka (Sila lihat foto disebelah). Jika pengurusan dan pengelolaan dibuat dengan betul, tanah gambut boleh dijadikan tapak pertanian yang bernilai tinggi. Dilaporkan menjaga dan memelihara hutan paya gambut merupakan salah satu khazanah atau sumber daya alam yang penting dan mempunyai rmultifungsi. Sejak dari dulu hutan paya gambut tropika telah membekalkan keperluan hidup kepada penduduk pribumi: sumber makanan, berburu, memancing, ubat-ubatan, bahan binaan dan bahan bakar. Hutan paya gambut adalah ekosistem yang penting dan mempunyai pelbagai fungsi termasuk membekalkan ekosistem seperti pengawalan air dan penyimpanan karbon. Kebakaran di hutan paya gambut akan memusnahkan kepelbagaian biologi dan melepaskan partikel yang boleh menyebabkan jerebu. Penjagaan dan pemeliharaan hutan paya gambut perlu dilakukan. Penerokaan hutan paya gambut untuk pertanian perlu dikurangkan manakala kawasan tanah gambut pula tidak perlu dibuat terusan atau perparitan. Ini kerana ia akan mengalirkan air yang tersimpan dalam tanah di kawasan berkenaan seterusnya menyebabkan tanah itu menjadi lebih kering. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.