Support My Blog

Wednesday, September 22, 2021

KUMBANG TUKANG DAN FAKTANYA

KUMBANG TUKANG
(Xylocopa spp) atau  ada yang panggilnya sebagai 'Lebah Tukang' merupakan sejenis serangga dari keluarga Xylocopidae yang terdapat diseluruh dunia dengan mempunyai lebih daripada 500 spesis. Apa yang mnenarik tentang lebah ini atau lebih dikenali sebagai 'Carpenter bees' adalah kerana sifatnya yang suka mengorek lubang sama ada batang kayu, buloh, papan, beruti, pokok kering, tunggul kayu sehingga merosakan kekuatan struktur. Daripada pengalaman penulis sendiri, saya dapati Lebah boleh dibahagikan kepada 5 keluarga iaitu Keluarga Adrenidae (Lebah liar yang suka tinggal dalam tanah), Megachiledae (Lebah yang suka memotong daun), Bombidae (Bumblebees), Apidae (Lebah Madu) dan akhir sekali adalah dari Keluarga Xylocopidae (Lebah Tukang Kayu). Lebah mempunyai beberapa cara berkomunikasi iaitu melalui bau, getaran dan juga interaksi secara fizikal. Terdalat jenis lebah yang suka bersosial atau berkoloni sementara ada juga yang tidak bersosial. Bagaimana pun kebanyakan dari serangga lebah adalah mengunjungi bunga untuk tujuan bagi mendapatkan makanan dan secara tidak langsung merupakan agen pendebungaan kebanyakan tumbuhan. Lebah lazimnya hanya mengunjungi bunga-bunga yang bersih dan segar dimana terdapat nektar (cairan manis) yang digunakan sebagai sumber makanan untuk membekalkan tenaga. Lebah madu pula mengumpulkan nektar atau gula untuk dibawa balik kesarangnya yang kemudia diproses menjadi madu lebah. Bagaimana pun lebah tukang atau dikampong saya lebih mudah dipanggil sebagai 'kumbang hitam pengorek kayu' ini mempunyai perangai mengorek kayu kering sebagai sarangnya. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta menarik mengenai lebah tukang sebagai bahan rujukkan yang boleh dijadikan bahan panduan pembaca semua.

Seperti kebanyakan jenis serangga lebah, Lebah Tukang juga sering mengunjungi bunga yang terdapat dikawasan keliling habitatnya (Sila lihat foto sebelah). Ia akan terbang mengunjungi bunga yang ada nektar dimana akan ada debunga akan melekat pada bahagian kaki berbulu dan juga badannya. Nektar digunakan sebagai bahan makanan yang membekalkan tenaga untuk ia bergerak. Bagaimana pun ia suka mengunjungi bunga bersaiz sederhana besar dan besar tidak seperti lebah madu yang boleh masuk kedalam kelopak bunga. Tidak banyak penulis dan saintis di Malaysia yang membuat kajian mengenai serangga ini terhadap faedah dan kehebatannya. Ia sering dikaitkan dengan serangga perosak yang menebuk lubang-lubang dalam kayu pada tiang rumah, kuda-kuda rumah, dinding rumah yang akan menjejaskan kekuatan struktur rumah kita. Tidak banyak laporan rumah tradisional dikampong yang runtuk akibat serangan lebah tukang kerana lebah ini jumlahnya sedikit sahaja. Kawalan lazimnya dengan menggunakan racun serangga (Aerosol spray) terus disembur dalam lubang disarangnya. Kaedah lain dengan menggunakan racun serannga jenis sistemik yang disembur terus pada kayu dimana lebah tukang bersarang. Oleh kerana ia suka kayu yang tiada cat, kaedah mengecat kayu atau bubuh minyak kayu (Shellex atau minyak tanah atau minyak lain) akan menyebabkan kumbang tidak suka bersarang pada kayu terawat tersebut.

Sebenarnya lebah tukang tidak makan kayu tetapi ia hanya membuat sarang untuk bertelur dan membesarkan larvanya dalam lubang tersebut. Menggunakan sepasang gigi (mandible) yang kuat ia akan mengigit dan mengeluarkan reja kayu melalui lubang yang ditebuk seberapa jauh yang boleh (Sila lihat foto sebelah). Selepas mengawan, lebah tukang betina akan bertelur didalam ruang dan menjaganya sehingga menetas dan dewasa. Lazimnya selepas dewasa ia akan bersarang dilokasi yang sama selagi kayu tersebut masih ada. Belum ada maklumat keopentingan ekonomi lebah tukang selain merosakkan struktur kayu pada rumah kediaman atau tunggul kayu kering atau sedang mereput. Bagaimana pun belum ada yang mengatakan lebah tukang adalah agen pendebunga yang baik untuk tanaman buah durian belanda yang mana ia menghadapi masaalah kecekapan pendebungaan. Kini dengan teknik gunakan alat 'Muricata Shaker' maka isu asas masaalah ini telah dapat diatasi. Sila baca tulisan saya mengenai teknologi terbaru menggunakan alat ini (Sila klik disini) untuk mendapatkan keteranga lebih lanjut. 
Durian Belanda (Annona muricata) merupakan sejenis pokok buah-buahan tropika yang menghadapi masaalah pendebungaan yang rendah sekitar 6% sahaja. Penulis yang telah menulis lebih dari 15 artikel mengenai durian belanda setakat ini amat berpusahati dengan alat ini yang kini memenangi satu Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian Tahun 2016 sebagai satu temuan inovasi yang amat membanggakan dan sangat membantu didalam industri tanaman durian belanda secara komersil. Masaalah utama didalam industri ini secara asasnya adalah kadar peratus kejayaan proses pendebungaan yang amat rendah secara semulajadi oleh serangga, angin dan sebagainya. Terdapat beberapa kes dimana ada petani yang menebang pokok durian belanda mereka yang matang kerana mendakwa pokoknya tidak berbuah pada beberapa tahun dulu yang penulis jumpa. Mereka nyatakan semua amalan agronomi dilakukan dan keadaan pokok subur serta berbunga tetapi buah yang dituai tidak berbaloi. Kejadian ini adalah disebabkan oleh proses pendebungaan secara semulajadi yang tidak berjaya berlaku kerana waktu puncak reseptif bunga betina adalah bermula sekitar jam 4.00 - 5.00 petang sedangkan waktu aktif puncak bagi bunga jantan yang menghasilkan debunga pada malam hari iaitu bermula sekitar jam 8.00 - 9.00 malam. 

Fakta menyatakan dimana Xylocopa adalah seekor lebah besar mencapai lebih dari 20mm. Lebah betina umumnya berwarna hitam diman apada bahagian thorax adalah dengan bulu kuning tua atau sehingga hampir sepenuhnya kuning kecuali untuk patch hitam kecil di tengah-tengahnya (Sila lihat foto disebeah). Spesies ini cukup luas berada di seluruh Asia Tenggara yang sering dilihat terbang dan berpindah dari satu bunga ke bunga lainnya. Lebah tukan sebenarnya suka untuk mengunjungi setiap bunga dikawasan keliling rumah dan belukar yang ada bunga seperti Bunga Coleus, Bunga Senduduk, Bunga Kacang bersayap, Bunga Rosel dan Bunga Kacang Bendi. Di luar negara sepeti di USA dilaorkan diman adadua jenis lebah ini iaitu spesies Xylocopa virginica dan Xylocopa micans yang hampir semua memiliki bentuk, warna dan ukuran yang sama meskipun bezanya pada abdomen yang berkilat sementara di abdomen lebah biasa adalah terdapat bulu yang lebat. Beberapa spesies lebah tukang ini memiliki warna hitam atau kuning di mana lebah jantan pula sering mempunyai saiz mata jauh lebih besar daripada betina. Lebah jantaj perlu lebih tajam penglihatannya semasa proses mengawan dengan betina. Lebah jantan sering terlihat terbang melayang di dekat sarang dimana ia kenudian mendekati kumbang betina terdekat. Namun lebah jantan tidak berbahaya disebabkan ia memang tidak mempunyai penyengat (stinger). Lebah Tukang ini atau 'Carpenter bee' merupakan lebah yang berukuran besar dan berbulu. Lebah ini dilaporkan memang boleh didapati diseluruh dunia dengan memiliki nama ilmiah sebagai Xylocopa violacea. Di seluruh dunia, ada sekitar 500 spesies Lebah Tukang dikenalpasti dimana ia biasanya akan membuat sarangnya berdekatan dengan manusia. Lebah ini membuat sarang dengan cara menggali lubang pada kayu atau pada batang pokok kayu yang besar. Kebanyakan lebah ini kurang bermasyarakat malahan suka hidup bersendirian dan tidak berkoloni. Antara kerosakan akibat lebah tukang adalah apabila ia sudah membuat lubang besar pada kayu untuk meletakkan telurnya, merawat larva, dan menyimpan makanan maka kekuatan kayu akan rapuh. Walaupun lebah tukanu ini suka melubangi kayu untuk membuat sarang sebenaryna ia tidak suka memakan kayu. Lebah ini membuat sarangnya dengan membuat lubang kecil terlebih dahulu dan membuag habuk kayu dikorek keluar dari batang kayu. Lama kelamaan apabila lubang tersebut akan dibuat menjadi besar akan membentuk lubang terowong yang rumit. Bentuk lubang yang dihasilkan lebah ini sangat unik dengan ukuran lubang sarang dilihat bersaiz besar, jauh kedalam kayu dengan bentuknya hampir bulat sempurna. Belum ada laporan bagaimana lebah tukang ini memberikan nilai ekonomi selain daripada membantu proses pendebungaan sahaja. Lebah tukang dilihat sebagai perosak kayu dan perabut kayu dan sering dimusnahkan kehadirannya. Anda boleh membaca beberapa siri tulisan saya mengenai kaedah kawalan lebah tukang denggan membuat pautan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Semuga tu;isan ini memberikan ikfo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KUMBANG TUKANG... HITAM WARNA...
MENEBUK LUBANG... KAYU PILIHANNYA...
BERSARANG BERTELUR... TUJUANNYA...
PERLU DIKAWAL... PELBAGAI CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya, 
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...