Support My Blog

Sunday, September 12, 2021

CICAK - PETUA MENGHALAU

HAIWAN CICAK
merupakan sejenis reptilia daripada keluarga Gekkonidae yang berdarah sejuk dan bertelur dimana ia mudah kita jumpai didalam rumah kita. Haiwan dari kumpulan reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin dengan cekap dan tidak jatuh kerana struktur kakinya yang ajaib membolehkan ia melekat kepada dinding. Didalam industri perfileman Malaysia, KRU Production telah menghasilkan satu filem yang sangat berjaya berjudul 'Cicak Man' begitu juga sisi kartoon mengenainya. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam musuh atau diganggu dimana ia akan menyebabkan pemangsa hanya tumpukan perhatian atau makan ekor cicak tersebut. Ekor cicak akan tumbuh semua beberapa lama kemudian. Kejadian ini menjadikan permainan cicak semasa kecil dagulu menarik dikampong. Pada masa ekor tercabut, musuhnya akan jadi terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri. Pada penulis blog ini mendapati haiwan cicak mempunyai 5 sub-keluarga iaitu keluarga Aeluroscalabotinae, Eublepharinae, Gekkoninae, Teratosnidae dan Iplodactylinae. Peranan cicak didalam dunia adalah ia memakan serangga disekelilingnya dimana jika banyak memakan serangga yang menyebabkan penyakit kepada manusia dimana haiwan sebenarnya ia membantu mengurangkan populasinya. Cicak adalah haiwan yang mesra aam kerana ia tidak mengigit dan tidak mengancam kehidupan manusia.  Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai apakah beberapa kaedah atau pun petua untuk menghalau cicak didalam rumah sebagai panduan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Pada penulis blog memang beberapa kali melihat cicak dirumah berdekatan dengan lampu di malam hari untuk memangsa serangga terutama dirumah kampong. Jika ada banyak serangga yang datang kekawasan mentol lampu (terutama waktu hendak hujan) dan banyak serangga datang maka cicak keluar dan makan serangga sehingga habis. Lazimnya dilihat dimana walapun cicak bersaiz kecil akan tetapi apabila sudah banyak sangat kesannya adala ia memang menganggu keselesaan penghuni rumah. Sebabnya apabila cicak banyak maka ia akan 'berak' dan tahinya yang mereka keluarkan merata-rata di lantai dan seluruh kawasan rumah dan ini menyebabkan gangguan untuk kesihatan dan beribadah. Ramai yang mungkin pernah melihat cicak dimana cicak ini adalah sejenis reptilia berdarah sejuk yang boleh panjat lekat di dinding yang tegak dan licin. Secara sainsnya pada tapak kaki cicak ada rerambut halus yang memberikannya daya lekatan yang sangat kuat. Apa pun dilaporkan di Malaysia umumnya ada 3 jenis cicak yang sering dilihat dan dikenali iairu jenis Cicak Rumah, Cicak warna gabungan hijau (Cameleon) dan coklat dan juga Cicak Kobeng atau Kubing.Dalam pada itu ada juga cicak yang digelar 'Cicak Tokek' yang mana ia dilaporkan mempunyai harga mahal kerana didakwa boleh merawat beberapa penyakit dalam teknik perubatan tradisional. Ramai kalangan manusia terutama wanita yang sama geli atau 'takut' dengan cicak sehingga menyebabkan fobia apabila melihatnya. Bagaimana pun 'melastik' dan membunuh cicak merupakan satu permainan tradisional dizaman kanak-kanak dahulu dikampong dengan cara lama iaitu menggunakan peluru getah atau 'karet' yang dibuat lastik. Ini kerana orang-orang tua beritahu membunhuh cicak di malam jumaat adalah baik.

Ramai kalangan pembaca yang pernah melihat teur cicak sebelum ini. Haiwan reptilia ini memang cara membiaknya dengan bertelur. Biasanya cicak akan mengawan dan mengeluarkan bunyi bising selepas kejar mengejar beberapa minit. Setelah mengawan maka apabila sampai masanya maka cicak betina akan bertelur selalunya di celah-celah kawasan sempit yang selamat seperti tepi dinding rumah, dalam soket suis lampu, dalam almari baju dan sebagainya. Walau pun saiznya kecil akan tetapi sebenarya telur cicak ini menyerupai bentuk dan warna teur ayam yang putih krim warnanya (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya memang agak senang untuk semua menghapuskan cicak dengan mencari sarangnya dan boleh membuang telurnya setelah dipecahkan. Bagaimana pun saya percaya tidak ramai yang mahu melalukan kerja mencari telur cicak dikawasan sempit yang tersembunyi. Sebenarnya jika ada banyak cicak dirumah maka perlu ada kaedah untuk menghalaunya. Kali ini saya paparkan beberapa kaedah atau petua menghalau cicak dirumah walau pun ada banyak cara yang pernah anda tahu. macam-macam cara menghalau cicak yang anda boleh jumpa di luar sana, tetapi anda mungkin tak akan tahu bagaimana halau cicak yang sesuai jika tak cuba dulu. Pertama adalah dengan menggunakan Bulu Ayam yang ada dikawasan rumah. Didakwa dimana c
icak memang sangat takut dengan burung. Disebebkan itu maka ambil bilu ayam atau bulu burung dan di sangkut atau letak bulu ayam tersebut di tempat cicak masuk dan di sekitar rumah. Kesannya dimana cicak akan pergi jauh kalau nampak bulu ayam itu.  Kedua adalah dengan menggunakan Kulit Telur Ayam yang telah digunakan dikawasan laluan cicak yang sesuai diletakannya. Ini keran secara semulajadi cicak memang tidak suka dengan bau kulit telur. Boleh juga melatakkan kulit telur ini di ruang kosong yang menjadi laluan cicak seperti tepi tingkap atau pintu. Bau daripada telur itu dapat mengelakkan dari cicak masuk ke rumah. Sebagai petua sebaiknya mengantikan kulit telur baru selepas tiga minggu.

Petua ke 3 adalah dengan menggunakan Lada Hitam (black pepper) dengan cara memasukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air ke dalam satu bekas dan kacau sebati. Kemudan ramuan ini diletakkan ke dalam botol semburan (spray bottle) untuk sembur di dinding, pintu dan tingkap supaya cicak tidak dapat masuk dan merayap dalam rumah. Cicak memang tak tahan dengan rasa pedas. Ada sesetengan orang yang menggunakan Perangkap Tikus untuk menghalau cicak. Sebaiknya menggunakan perangkap tikus yang dawainya rapat dimana cicak tidak boleh keluar. Masukkan umpan dengan makanan agar cicak masuk digantung dan apabila cicak makan maka pintunya akan tertutup. Penting untuk mengeluarkan cicak yang terperangkap didalam perangkap tersebut. Petua yan ke 5 adalah dengan menggunakan Bawang Putih atau Bawang Merah dengan menggantung bawang tersebut di pintu atau tingkap yang sering menjadi laluan cicak. Didakwa dimana cicak memang sangat tidak suka dengan bau bawang. Cara lain dimana boleh dikisar dulu bawang tersebut dengan air dan selepas itu masukkan dalam botol semburan dan disembur pada sekeliling rumah. Ke 6 adalah dengan cara menggunakan cuka yang disemburkan dikawasan strategik laluan cicak. Digalakan untuk anda mencampurkan 1/3 cuka makan, 1/3 air dengan 1/3 cecair pencuci pinggan dan masukkan kesemuanya dalam botol spray. Selepas itu boleh sembur pada semua kawasan yang selalu ada tahi cicak dan tempat cicak selalu sembunyi. Dalam pada itu amalan menggunakan Tembakau untuk menghalau cicak guna tembakau boleh jadi sangat berkesan sebab cicak kurang gemar dengan bau tembakau. Letakkan tembakau pada tempat cicak selalu bersembunyi dan bau yang tajam dan pekat daripada tembakau tersebut akan membuatkan cicak tidak selesa dan lari dari situ.

Teknik yang paling popular dan dianggap moden adalah dengan menggunakan Kertas Perangkap Melekat (Ada Gam). Kertas Pelekat ni boleh beli dikedai runcit dan banyak outlet lain yang memang sudah siap ada penutup belah atas dan sesetengahnya dibubuh umpan makanan. Biasanga lalat atau cicak melekat pada gam dan apabila penuh boleh dilipat semua dan dibuang. Kertas pelekat ini dijual dalam lipatan dua dimana boleh dibuka dan diletakkan dilokasi yang serng ada cicak. lalat atau serangga merayap yang lain. Apabila haiwan ini melalui kertas pelekat ini memang sukar untuk melepaskan didi lagi. Petua yang ke 9 adalah dengan menggunakan bahan campuran serbuk kopi dan tembakau. Campuran serbuk ini sebenarnya salah satu cara bunuh cicak. Letakkan sedikit kopi dalam bekas dan campur sekali dengan serbuk tembakau dimana disapukan juga gam pada hujung pencungkil gigi atau batang mancis dan lalukan pada serbuk yang telah dicampur tadi. Pastikan serbuk tersebut melekat pada batang tersebut dan letakkan di tempat cicak masuk dan belakang almari. Apabila cicak memakan serbuk ini maka cicak akan mati. Apa pun proses semburan ini perlulah dilakukan di celah ruang yang cicak selalu masuk. Ramai yang berfikir sama ada adakah menggunakan racun cicak berkesan.  Ini kerana sebaiknya jika sekiranya semua petua di atas tidak boleh membendung masalah cicak di rumah maka kaedah ke 10 adalah boleh dicuba produk semburan penghalau cicak atau ‘lizard repellent.’ Selalunya pproduk semburan penghalau ni mengandungi bahan toksik yang boleh membasmi cicak. Ia boleh didapati dengan mudah di kedai runcit, pasaraya, malah kedai online yang khas menjual barang hardware dan keselamatan rumah. Sebaiknya sebelum meyembur produk penghalau cicak kena pastikan yang produk ini selamat digunakan oleh manusia. Jika ada yang tidak berapa gemar untuk guna produk semburan maka cara ke 11 adalah boleh juga boleh cuba alat penghalau cicak jenis elektronik yang menghalau cicak melalui cara frekuensi sonik (bunyi). Harga alat ini memang agak mahal akan tetapi teknologi ini paling selamat untuk digunakan dan mesra alam. Memang ada  pelbagai cara untuk menghalau cicak rumah tetapi penting juga untuk kita memastikan yang rumah sentiasa bersih supaya tidak mengundang cicak untuk beranak pinak di rumah kita. Sebaiknya dipastikan semua pinggan mangkuk yang kotor terus dicuci dan jangan biarkan sisa makanan bersepah di kaunter dapur ataupun lantai. Kekotoran dalam rumah akan menyebabkan serangga datang dimana apabila ada serangga maka inin akan terus menarik perhatian cicak untuk mereka menangkap bekalan makan mereka itu. Digharap pembaca blog semua terus mengamalkan kebersihan sambil amalkan semua petua-petua di atas agar dapat membantu anda menyelesaikan masalah cicak di rumah anda. Semuga pembaca semua mendapat info berguna selepas memmbaca artikel anim agro technology kali ini. Wasallam!...
CICAK MERAYAP... DIMANA-MANA...
IA BERAK... NAJISNYA ADA MERATA...
BILEH DIKAWAL... BANYAK PETUA...
BACA ARTIKEL... AMAL SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...