Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan komoditi penting dan di gelar sebagai 'Raja Segala Buah'. Saya mempaparkan teknologi rawatan proses pengekspotan buah durian di Pusat Rawatan Durian di Chantaburi, Thailand untuk dikongsi bersama pembaca berdasarkan kepada lawatan teknikal yang dibuat pada Bulan Mei 2012 dahulu. Buah durian untuk ekspot dari Thailand adalah di petik daripada pokok dan bukan buah yang gugur sendiri seperti di Malaysia. Foto diatas juga ada menunjukkan bagaimana buah durian yang kebabanyakanya di petik menggunakan tangga buloh dan dipotong tangkai dengan pisau tajam diterima di pusat rawatan. Buah durian ini akan digred di ladang atau pusat pengumpulan hasil mengikut kualiti. Buah durian yang dihantar ke pusat ekspot akan terus dihantar dengan menggunakan kenderaan pick-up dan lori kecil diubahsuai dengan dinding pick-up ditinggikan. Buah ini ditutup dengan kanvas didalam perjalanan untuk elakkan daripada rosak akibat sinaran panas matahari. Buah durian ini diturunkan setiap biji dengan mencampak dari atas pick-up dan disambut oleh dua orang pemeriksa buah. Pemeriksa yang pertama akan meneliti kualiti buah dengan mengetuk-ketuk buah dan memeriksa rupabentuk. Pemerisa kedua pula lihat buah durian yang digredkan tersebut dan ia kemudian dimasukan kedalam 3 bakul berlainan iaitu Bakul untuk ekspot, Bakul tidak sesuai untuk ekspot (jualan domestik) dan Bakul untuk buah 'reject'. Kelompok bakul untuk pasaran eksport adalah dari buah durian kualiti premium diproses bagi pengeksportan. Kelompok bakul tidak sesuai eksport akan di edarkan untuk pasaran tempatan sahaja manakala kelompok bakul durian 'reject pula akan dihantar kepada beberapa pengusaha memproses durian di Thailand bagi dijadikan pelbagai produk berasaskan buah durian.
Support My Blog
Sunday, September 26, 2021
PROSES BUAH DURIAN EKSPORT DITHAILAND
NEGARA THAILAND merupakan pengeksport buah durian segar terbesar didunia terutama ke China sejak lama dulu. Bukan sahaja buah durian mereka dihantar kebanyak negara tetapi juga ke Malaysia dan Indonesia yang mana kita ada menanam luas pokok durian. Saya ada menulis lebih dari 600 artikel mengenai durian dalam blog Anim Agro Technology semenjak 13 tahun lalu dan banyak dirujuk oleh ramai orang. Terkini dimana minat China yang tinggi terhadap durian Thailand kekal kukuh dan tidak terjejas walau pun berlaku kes pandemik Covid-19 apabila negara itu mengimport durian bernilai RM2.56 bilion dari Thailand dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2020. Merujuk kepada Kementerian Perdagangan Thailand yang melaporkan dimana jumlah eksport durian negara Asia Tenggara ke China dari Januari hingga April tahun 2020 telah meningkat sebanyak 78.05% dari segi tahun ke tahun. Dalam pada itu eksport durian sejuk beku ke China dalam tempoh itu turut meningkat kepada RM127 juta daripada RM94.05 juta dalam tempoh sama dari tahun sebelumnya. Kenyataan dari Pengerusi Persatuan Pengeksport Durian dan Manggis Thailand iaitu Panuwat Maikaew menyatakan kadar permintaan yang semakin meningkat terhadap durian Thailand adalah dari produk durian segar dan durian beku. Permintaan yang amat menggalakkan pada tahun 2020 ini kerana popularitinya yang luar biasa di pasaran China dimana pandemik Covid-19 gagal memutuskan rantaian bekalannya. Kadar pertumbuhan permintaan yang kukuh terhadap ‘Raja Buah’ itu telah menaikkan harga durian untuk dieksport kepada antara RM18 dan RM21 sekilogram (kg) pada tahun 2020 ini berbanding hanya sekitar RM11 hingga RM15 sekilogram pada tahun 2019. Thailand asalnya semakin bimbang dari kesan pandemik tersebut yang akan menjejaskan eksport durian. Bagaimanapun apa yang berlaku bukan hanya ia memberi impak yang kecil malahan jumlah eksport ddurian turut meningkat. Dilaporkan di Thailand dimana ramai petaninya telah menanam sebanyak 80 peratus daripada durian premium iaitu varieti Durian Monthong dimana ia juga dikenali sebagai 'Bantal Emas' di Thailand kerana isinya yang tebal, rasa manis berkrim dan ia kurang aroma. Dilaporkan seterusnya dimana sekitar 20 peratus lagi durian yang ditanam adalah jenis durian lain seperti Durian Chanee, Durian Kanyao, Durian Kradum dan Durian Puang Manee. Berdasarkan persaingan yang sengit dimana ada pemborong durian segera membuat pesanan untuk tujuan mengeksport ke China dimana terkini jumlah pemborong durian telah meningkat daripada 100 orang - 300 orang kepada kira-kira 700 orang berbanding tahun 2019. Pejabat Ekonomi Pertanian Thailand menjangka pengeluaran durian di negara ini akan mencecah sebanyak 1.15 juta tan metrik pada tahun 2020 berbanding hanya sebanyak 1.02 juta tan metrik pada tahun lepas. Penulis blog telah merujuk data di Malaysia iaitu pada tahun 2020 Malaysia mempunyai seluas 70,356 hektar dengan pengeluaran sebanyak 405,536 metrik tan (35% dari penghasian durian di Thailand) dimana hanya varieti Durian Musang King yang telah di eskport ke China (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Lima wilayah utama di Thailand yang berjaya menanam durian adalah disekitar kawasan Chantaburi, Chumporn, Rayong, Nakhon Si Thammarat dan Yala yang menghasilkan sebanyak 766,000 tan metrik durian pada tahun 2019 dengan Chanthaburi sahaja menghasilkan 339,292 tan metrik durian untuk menjadi wilayah pengeluar durian terbesar di Thailand. Pekebun durian dari wilayah Chumporn di Selatan Thailand bernama Raveewat Kittisuppamongkol (38 tahun) beritahu wartawan dimana dia telah menanam durian jenis Monthong kerana popularitinya dalam kalangan rakyat China. Penanaman durian Monthong berpotensi untuk menjana lebih banyak pendapatan dengan satu pokok menghasilkan 10 hingga 20 buah durian atau 40 kg hingga 80 kg untuk kali pertama selepas empat tahun dan lebih banyak buah akan dihasilkan apabila pokok mencapai 10 tahun dan ke atas. Durian Thailand memasuki era kegemilangan dimana ia mempunyai masa depan cerah berikutan permintaan yang meningkat di China. Pada tahun 2019 Thailand menghasilkan kira-kira 1.02 juta tan metrik durian dimana sebanyak 80 peratus daripadanya dieksport dan 20 peratus lagi dijual di pasaran tempatan. Penanaman durian di Thailand meliputi 115,957 hektar pada 2019 dan ia dijangka meningkat kepada 120,120 hektar tahun 2020. Bagaimana pun sebenarnya proses rawatan buah durian Thailand untuk eksport adalah merupakan salah satu faktur penyumbang kejayaan industri durian di Thailand. Artikel pada pagi sempena cuti Hari Malaysia 2021 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira paparkan bagaimana proses buah durian untuk dieksport dari Thailand hasil tinjauan penulis blog ke Chantaburi, Thailand pada 2012 dahulu untuk di jadikan bahan rujukkan semua.
Kotak-kotak yang siap di isikan dengan buah durian eksport ini dan diseal akan disusun mengikut kumpulan dan ditandakan dengan kod yang mempunyai maklumat diperlukan. Kotak-kotak ini disusun dimana dibahagian tengah akan dikosongkan (Sila lihat foto diatas) bagi tujuan pengudaraan. Biasanya ia hanya diletakkan beberapa jam sahaja sebelum dimasukkan setor berhawa dingin sebelum dimasukkan kedalam treller. Kotak-kotak yang telah siap ini telah sedia untuk di ekspot.
Kotak yang mengandungi buah durian segar ini akan di bawa dengan conveyor dan trolli untuk dimasukan kedalam trailer kontena yang berhawa dingin (Sila lihat foto diatas). Lori ini biasanya akan terus menghantar kotak durian ini ke lapangan terbang bagi dihantar terus kenegara pengimpot. Proses dokumentasi yang lengkap dengan sistem 'bar code' yang disedikan mempercepatkan proses pihak kastam dalam mengeksport buah durian di Thailand. Ini kerana lagi cepat proses penghantaran ke negara destinasi maka lebih berkualiti buah durian sampai kepad pengguna. Saya difahamkan yang konsaimen semasa tinjauan kali ini banyak dihantar ke Hong Kong, China dan Jepun. Buah durian eksport ini akan masak apabila tiba kepada pengguna dengan bau dan kesegaran seperti kita makan buah durian masak baru gugur di negara kita.
Pemilik pusat rawatan eksport sempat menghidang kepada kami untuk ujirasa buah durian Munthong dan durian Chanee. Pada penulis blog yang melihat dan ujirasa durian ini memang rasanya tidaklah begitu manis seperti durian kita yang gugur apabila masak diatas pokok (Sila lihat foto diatas). Walau pun saya hanya mampu makan 2 ulas sahaja durian Munthong dan Chanee akan tetapi mendapati yang memang isinya tebal dan bijinya juga kesep. Sebelum ke pusat rawatan eksport durian ini sebenarnya saya meninjau proses bagaimana memetik buah durian dipokok di atas poko dikebun. Walau pun buah ini memang dipetik atas pokok akan tetapi rasa dan baunya juga sesuai untuk dimakan.
Paling menarik dari dari tinjauan dilakukan dimana sejenis Alat Khas Mengesan Buah Matang telah direkacipta pengusaha pusat pengumpulan dan digunakan di kebun durian. Sila baca kisah tersebut dengan pautan disini (Sila klik disini). Alat simple buatan sendiri ini memang praktikal bagi pemeriksa buah untuk menggreddkan. Alat mudah ini dibuat dari batang rotan dengan dibubuh getah jernin sesalur air aquarium untuk diketuk kepada kulit buah durian (Sila lihat foto diatas). Alat ini yang perlu diketuk pada kulit buah durian yang baru dipetik atau gugur dari pokok pertama sekali digunakan petani di kebun. Semasa diketuk apa yang perlu dilakukan adalah dengan mendengar bunyi yang dikeluarkan. Jika bunyinya 'kosong' bermakna buah adalah buah durian telah masak untuk dipasarkan akan tetapi jika bunyinya 'padu' atau 'padat' sahaja maka buah tersebut adalah muda atau mengkal. Alat ini berharga RM 1.00 (10 Baht) sahaja dan ia meluas digunakan oleh pekebun, pemborong dan peruncit buah durian di Thailand.
Buah durian yang turun dari kebun atau pusat pengumpulan di lokasi dan diperiksa dengan alat mengesah kemasakan buah durian dan didapati sesuai untuk diekspot dimasukkan dalam bakul plastik pertama untuk di eksport (Sila lihat foto diatas). Apa yang saya lihat dari ciri fizikal buah durian ini dimana bentuk dan saiznya memang dipilih yang seakan seragam dari segi berat, warna, bentuk dan juga varietinya. Apa tidaknya kerana varieti Durian Munthong, Kanyou dan Chanee memang mudah dikenali semasa tiba di pusat rawatan untuk eksport ini. Kelompok bakul-bakul buah durian premium ini memang masih segar dan disusun rapi untuk proses berikutnya iaitu merawat buah durian segar.
Bakul yang mempunyau gred premium ini perlu menjalani proses rawatan merendam buah durian dalam 'Larutan Kuning' atau mereka kata sebagai 'Yellow Solution' dalam bekas tong untuk selama 10 minit dibuat bagi setiap buah untuk diekspot (Sila lihat foto diatas). Larutan berwarna kuning ini memang disediakan untuk membolehkan kemasan buah untuk pasaran ensport lebih berkualiti dan tahan lama. Walau pun pengusaha tidak menjelaskan secara jelas akan apa bahan digunakan akan tetapi ia mudah di kenalpasti. Mereka dakwa larutan kuning ini sebenarnya mengandungi Kunyit (Turmeric) dan bahan-bahan lain yang tidak diberitahu kepada saya (ada 6 jenis bahan yang digunakan). Larutan ini didakwa mampu untuk memberikan warna kulit buah durian lebih kuat warna kuning dan agar lebih berkilat. Selain itu fungsinya bertujuan untuk membunuh segala pathogen pada kulit buah dengan meresap kepada ronga-ronga pada kulit buah. Larutan ini dilaporkan akanmempastikan buah akan masak apabika tiba kepada konsumer dan memberikan ketahanan serta faktur ketahanan kepada buah durian.
Proses seterunya selepas merendam buah durian adalah buah tersebut tadi disusun diatas para kayu atau plastik dengan bentuk susunan seperti piramid setinggi 6-7 lapisan sehingga betul-betul kering secara semulajadi (Sila lihat foto diatas). Ada beberapa kelompok dipasang kipas angin agar cepat mengering jika jumlah buahnya banyak. Lazimnya buah akan kering selepas 3-5 jam selepas direndam untuk betul-betul kering secara semulajadi. Jika ada sisa larutan masih melekat akan di letakan kipas angin agar dapat dikeringkan sepenohnya. Bergantung kepada musim dan jumlah buah dimana pusat rawatan eksport buah ini beroperasi 24 jam setiap hari dimana susunan piramid buah durian yang telah dirawat ini memang banyak sekali kelihatan.
Buah durian yang telah menjalani proses rawatan dengan larutan kuning dan dikeringkan kemudian di timbang didalam bakul plastik. Setiap bakul akan diisikan dengan memilih beberapa biji buah durian untuk mendapatkan berat 20 kg satu bakul bertujuan unti diisikan bagi setiap satu kotak pembungkusan (Sila lihat foto diatas). Pekerja dibahagian ini kritikal kerana mereka perlu ada kepakaran untuk memilih buah yang besar dengan buah sederhana bagi mengenapkan satu set buah seberat 20 kg yang lazimnya hanya sebanyak 3 biji sahaja dalam satu kotak. Bagaimana pun disebabkan buah yang terpilih untuk dieskport ini menjalani beberapa proses pemilihan diperingkat awal maka kerja ini dapat dilakukan dengan cepat.
Buah durian dipilih semestinya ada tangkai yang msih melekat. Buah durian yang telah sesuai dirawat dan dikeringkan tadi dikumpulkan sebanyak 20 kg akan di letakkan diatas para untuk di potong bahagian atas tangkai buah beberapa cm (untuk meratakan pangkal tangkai buah) dan disapu dengan bahan khas bagi menghalang kerosakan cedera potongan oleh kuat dan sebagainya. Cra potong dengan menggunakan pisau tajam dan permukaan potongan rata. Proses berikutnya adalah penting iaitu melekatkan label khas Sijil Akreditasi berwarna kuning di lekatkan pada tangkai durian setiap biji buah (Sila lihat foto diatas). Ia dilekat kuat pada tangkai buah yang mengandungi maklumat asas akreditasi yang telah pun disahkan oleh Jabatan Pertanian Thailand.
Buah durian yang siap dilabel ini kemudian perlu disusun dalam kotak yang disusun dengan purata berat 20 kg diatas conveyor dengan jumlah 3 biji (90% buah durian dalam kotak kardus ini adalah 3 biji) atau ada juga dilihat mengandungi sebanyak 4 biji setiap kotak (Sila lihat foto diatas). Setiap buah durian didalam kotak akan di lapikkan dengan kertas tebal untuk mengelakan berlaku kes kecederan pada kulit buah. Setiap kotak ini di tutup rapat dan di seal dibahagian atasnya dengan tali tape yang kuat. Setiap kotak mempunyai banyak lubang dikeliling kotak kardus tersebut bagi tujuan untuk pengudaraan. Kotak yang digunakan adalah tebal dengan ada lubang pemegang dikiri dan kanan untuk mudah diangkat.
Pada penulis blog yang dapat membuat tinjauan bagaimana proses rawatan durian untuk eksport di Thailand ini memang satu pengalaman unik. Walau pun ada banyak buah durian pada musim kali ini memang tidak dapat dinafikan akan kualiti buahnya. Semasa tinjauan dilaporkan ada lebih dari 10,000 biji buah premium yang telah dikumpulkan disini dan pekerja dibahagikan syif untuk memproses buah durian bagi pasaran ekspot selama 24 jam. Kejayaan buah durian untuk pasaran eksport oleh Thailand amat membanggakan kerana mungkin Malaysia juga menerima durian dari negara tersebut setiap musim. Negara lain seperti Indonesia, Malaysia mungkin boleh menggunakan teknologi ini dengan meningkatkan lagi R&D dan memperkenalkan varieti tempatan sesuai lain untuk pasaran ekspot. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasaalam!!!.
MUNTHONG, CHANEE... ITU VARIETINYA...
DIRAWAT TELITI... JAMINAN MUTUNYA....
PERLU DIPELAJARI... SENANG DI CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1443H).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.