Support My Blog

Tuesday, September 14, 2021

CILI HABANERO - APA FAKTANYA

CILI HABANERO
merupakan sejenis cili terpedas didunia yang mana perkataan 'Habanero' adalah berasal dari bahasa Sepanyol. Kumpulan cili habanero ini (Capsicum chinese) dari keluarga Solanaceae mempunyai buahnya yang muda adalah berwarna hijau dan apabila matang bertukar menjadi  warna  oren dan merah walau puna ada spesis yang berwarna se[erti putih, coklat, kuning dan merah jambu bila matang. Penulis blog ada membuat tinjauan jenis cili ini ditanam di TKPM Rampangi, Kuching, Sarawak dengan nama cili tersebut dipanggil sebagai 'Cili Granong'. Dari segi kepedasan cili ini mempunyai skor kepedasan diantara 200,000 - 350,000 SHU (Scoville Heat Unit - yang mengukur sifir kepedasan). 
Cili habanero berasal dari rantau Amazon dimana kemudian ia disebarkan melalui Mexico oeh penjajah keseluruh dunia.  Spesis cili habanero domestik didakwa telah digunakan oleh manusia semenjak 8,500 tahun apabila ia ditemui di sebuah tapak penggalian arkeologi di Peru. Habanero kemudiannya dibawa utara ke Caribbean melalui Colombia. Setelah diketahui oleh orang Sepanyol kemudian dimana cili habanero dengan pantas disebarkan ke lain-lain kawasan iklim sederhana di dunia, ke tahap abad ke-18 apabila dikalangan ahli taksonomi tumbuhan  tersalah anggap ia berasal ddaripada China (dimana nama chinese diberikan) menjadikan namanya adalah Capsicum chinense yang bermakna sebagai 'Lada China'. Bagaimana pun pada hari ini dilaporkan dimana pengeluar terbesar cili ini adalah di Semenanjung Yucatan di Mexico. Habanero merupakan sebahagian daripada makanan masyarakat Yucatecan di Mexico yang memakan makanan amat pedas.  Bagaimana pun beberapa negara lain juga dilaporkan mengkomersilkan cili habanero seperti negara Belize, Panaman, Costa Rica, Colombia dan Equador yang mempunyai iklim yang sama seperi iklim di Malaysia. Negara  Mexico kini adalah pengguna terbesar bahan pedas ini dengan rasa dan aromanya telah menjadi semakin popular di seluruh dunia dalam pelbagai jenama dan produk. Saya ada menulis mengenai cili habanero dalam blog ini dengan pautan berikut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa fakta cili habannero seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua,

Akhbar BH dengan tajuk 'Cili paling pedas dunia ada di Melaka' wajar dijadikan bahan rujukkan. Berita dari Melaka menyatakan dimana minat kepada kepelbagaian spesies cili, mendorong sepasang suami isteri dari Jasin di sini, mengumpul benih tanaman itu dari seluruh dunia. Sejak memulakan usaha itu empat bulan lalu, pasangan Kamarul Ariffin Abdullah, 38, dan isteri, Siti Zubaidah Zainnudin, 28, sudah mengumpul lebih 80 spesies cili di Laman Segar, milik mereka dekat Kampung Pernu, Jasin (Sila lihat foto disebelah). Usaha mereka masih jauh kerana semakan mereka mendapati ada lebih 3,000 spesies cili di seluruh dunia dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz. Jenis  cili yang ditanan dengan pelbagai warna antaranya Royal Black, Bullet, Cherry Bomb, Chinese Ornamental, Cedrino, Cuepetinho, Purple Tiger, Red Bhut Jolokia, Peter Papper, Trinidad Congo Red, Carolina Reaper, Rainbow Full Sky, Putih Daun Batik dan Sentil Pedas. Idea untuk menanam cili itu bermula apabila beliau dan isteri melakukan carian dalam internet mengenai sayuran pedas yang berasal dari benua Amerika Selatan dan Asia. Kini mereka sudah mengumpul lebih 80 spesies cili dimana diantara yang menarik perhatian ramai adalah cili pelangi dikenali sebagai Rainbow Full Sky atau New Mix Twilight iaitu spesies pokok cili yang mampu mengeluarkan buah pelbagai warna. Perubahan warna cili ini bergantung pada tahap kematangannya. Pada sebatang pokok, ada beberapa warna cili iaitu hijau, kuning, jingga, ungu dan merah. Cili Chinese Ornamental mempunyai buah berwarna-warni, manakala warna yang pelik pula dihasilkan Royal Black dan Purple Tiger, yang mana ia mempunyai buah berwarna hitam dan ungu. Selain warna, spesies pokok cili yang ditanam di situ juga mempunyai bentuk yang unik, seperti Black Pearl yang mempunyai buah bulat umpama butir mutiara hitam. Memang ramai yang salah sangka dengan cili warna-warni terbabit iaitu disangka tidak boleh dimakan ekoran penggunaan bahan kimia. Terdapat juga pokok cili yang jarang ditemui di negara ini iaitu Carolina Reaper, oaotu spesies habanero yang berasal dari Amerika Syarikat yang mempunyai tahap kepedasan paling tinggi. Carolina Reaper dianggap cili paling pedas di dunia kerana mencapai lingkungan 1.5 hingga 2.2 juta unit Scoville (unit digunakan untuk mengukur tahap pedas cili). Tahap kepedasan cili terbabit sebanyak 50 kali ganda, berbanding spesies cili padi biasa di negara ini yang unit Scovillenya adalah 30,000.

Dalam akhbar Harian Metro pula berita '
Dek mahu popular' dengan makan pedas cili habanero yang amat pedas menyebabkan remaja sesak nafas dan memerukan bantuan. Laporan daripada Bandaraya Mexico City ini menyatakan dimana seorang selebriti YouTube terpaksa menerima rawatan di hospital akibat tercekik selepas memakan cili Habanero yang dikenali sebagai antara cili paling pedas di dunia. Hugo Lara yang pada mulanya merakamkan satu cabaran memakan cili berkenaan bersama dua kakaknya sebelum tindakan itu juga hampir meragut nyawanya. Dalam video berkenaan menayangkan bagaimana Lara memasukkan dua cili berkenaan ke dalam mulutnya manakala dua kakaknya hanya berpura-pura mahu memakan sayuran itu. Tidak lama selepas memakan cili itu, Lara batuk tanpa henti dan kelihatan seperti tercekik. Dia kemudiannya duduk di sofa dan mula mengalami masalah untuk bernafas. Kemudian beberapa rakannya cuba memberi bantuan dengan menepuk-nepuk belakangnya tetapi keadaan Lara semakin teruk dan dia terpaksa dikejarkan ke hospital. Cili habanero  dikenali sebagai antara cili paling pedas di dunia. Kakaknya yang dikenali sebagai Yazmin mengeluarkan satu kenyataan memberitahu keadaan Lara semakin baik tetapi dia masih perlu mengambil ubat. Keadaan Hugo Lara kini stabil dimana mereka memang tidak menjangkakan cabaran itu menjadi di luar kawalan dan mereka menyiarkan video itu supaya ramai yang dapat melihat sendiri apa yang berlaku. Video yang dimuat naik di saluran YouTube Hugo Lara itu ditonton lebih 500,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Walau pun akhirnya dia gembira mendengar Lara tidak apa-apa tetapi insiden ini menakutkan. 

Artikel tentang 'Makan pedas biar berpada' ditulis semula dari BH bagi tujuan  mengelak dan memudaratkan kesihatan. Makanan yang tidak pedas kepada sesetengah orang memang boleh juga menyebabkan kurang berselera.  Inilah yang biasa kita dengar dan disebabkan itu juga ramai memilih hidangan pedas. Ada dakwa dimana makanan lagi pedas sehingga 'berasap' telinga maka semakin enak meskipun selepas itu mereka perlu menanggung akibatnya. Jadi tidak mustahil mengapa banyak restoran dan produk makanan menawarkan menu pedas 'menyengat' untuk memberi kepuasan dan kehendak pelanggan. Bagi pakar perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCM), Dr Wong Zhiqin nyatakan menikmati hidangan pedas tidak ada salahnya kerana ada kebaikan dan keburukannya. Memang tiada masalah makan pedas, tetapi perlu berpada-pada bagi mengelak dan memudaratkan kesihatan. Kesan seperti mudah mendapat cirit-birit kerana badan tidak boleh menampung makanan pedas yang agak melampau. Setiap individu patut tahu tahap kepedasan boleh diterima dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dari segi kesihatan. Makanan bercili sebagai bahan utama seperti capsaicin boleh memberi rasa pedas. Tahap bagi kepedasan boleh menimbulkan rasa pedas di mulut dan panas di dalam perut jika terlebih makan. Namun begitu biasanya ia bergantung kepada ketahanan tubuh seseorang kerana masing-masing berbeza, jika banyak makan pedas lagi banyak rasa akan timbul. Kesan makan pedas yang diambil berlebihan boleh menyebabkan individu muntah dan boleh mengalami sakit perut yang amat sangat. Apabila muntah keterlaluan akibat daripada makan makanan pedas ada juga kemungkinan ia boleh mencederakan saluran makanan dari tekak hingga ke perut disebabkan gerakan yang berlaku di dalamnya. Perkara ini boleh menyebabkan mudah mendapat cirit-birit kerana badan tidak boleh menampung situasi pedas yang melampau. Ramai pembaca mungkin pernah dengar dimana makan cili pedas menyebabkan seseorang itu mudah dapat gastrik. Bagi individu yang mempunyai penyakit radang usus menyebabkan kesakitan dirasai mungkin akan lebih teruk. Lebih teruk jika terlalu kerap mengamalkan corak pemakanan seperti ini dimana mangsa berupaya menghidap penyakit gastrik. Bagi penghidap penyakit 'irritable bowel syndrome' dimana sebaiknya mereka lebih mudah mendapat kesan sampingan kerana kurang daya tahan terhadap tahap kepedasan cili berkenaan. Bercerita mengenai manfaat makanan pedas dinyatakan berdasarkan kajian capsaicin ini tidak menyebabkan masalah ulser di dalam perut atau menipiskan dinding usus serta tiada kaitan penyebab kepada penyakit kronik lain. Cili mempunyai khasiat tersendiri iaitu mempunyai banyak vitamin C, vitamin E dan pro vitamin A, selain mengandungi banyak mikro zat yang penting seperti zat besi. Makan cili mampu meningkatkan kadar metabolisme seseorang dan anti oksida. Namun, untuk mendapat khasiat semua itu, makan perlu dalam jumlah yang sederhana. Walau pun setakat ini tiada kajian yang tepat dan dianggap mitos makanan pedas mampu merawat kanser dan menurunkan paras lemak. Individu bebas makan pedas akan tetapi mereka juga tidak digalakkan mengambil secara berlebihan bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
CILI HABANERO... TERPEDAS DIDUNIA...
CILI GRANONG... DI SARAWAK JUGA ADA...
BOLEH DITANAM.. DI NEGERA KITA JUGA...
SIAPA MEMBACA... KENA BUAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior GAronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...