UJIRASA MIANG KHAM atau Meang Khum (Piper sarmentosum) merupakan makanan dimana asalnya ia ulam dari daun kaduk bersama ramuannya yang dimakan sebagai pembuka selera bagi orang Thai. Miang Kham @ Thai Leaf Wraps adalah sejenis makanan pembuka selera terutama dimakan bersama masakan Thailand dikenali dengan ada keseimbangan lima rasa asas dalam setiap hidangan. Makanan yang berasal dari Thailand secara keseluruhannya iaitu rasa pedas, masam, manis, masin dan pahit. Penulis blog membuat ujirasa makanan ini di Restoren Hartinie yang beroperasi di Shah Alam, Selangor sebagaii satu usaha mencari jenis makanan yang berlainan. Makanan Thai dan Ala-Thai di Malaysia memang merupakan satu kegemaran rakyat Malaysia dimana terdapat banyak pilihan terutama untuk makan malam. Makanan ini terdiri dari beberapa jenis makanan sedia ada seperti TomYam, Somtam, Ikan Tiga Rasa dan lainnya. Juadah pembuka selera dari negara Thailand seperti makanan 'meang kham' ini atau dikenali sebagai colek daun kaduk di Kelantan semakin diminati penduduk di negeri yang sinonim dengan menu colek tersebut dan kini mudah didijumpai dibeberapa restoren di Lembah Kelang. Keunikan rasa miang kham yang disajikan sebagai menu pembuka selera terutamanya di restoran masakan Thailand telah menambat hati banyak penggemarnya di negara ini. Makanan itu yang diperbuat menggunakan bahan-bahan utama iaitu daun kaduk berserta beberapa bahan lain yang dipotong halus iaitu kelapa goreng, halia muda, bawang merah, cili padi, kacang tanah, limau nipis dan udang kering (geragau) terpilih. Kini trend meminati miang kham juga dilihat semakin berkembang di ibu negeri Kelantan dan Lembah Kelang dengan kemunculan pengusaha-pengusaha makanan unik tersebut. Di Kelantan bahan miang kham dikenali sebagai colek daun kaduk. Uniknya dimana walaupun Kelantan berjiran dengan negara Gajah Putih itu namun ia selama ini bukanlah sajian yang begitu popular di negeri itu melainkan di kawasan-kawasan bersempadan dengan Thailand seperti Rantau Panjang dan Pasir Mas. Penulis blog berpeluang membuat ujirasa di Shah Alam akan makanan tersebut baru-baru ini. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai aktiviti ujirasa makanan pembuka selera iaitu miang kham yang berasal daripada Thailand untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Kalau dahulu untuk mendapatkan makanan Ala-Thai agak sukar akan tetapi kini sudah banyak restoren yang telah menyediakannya. Kunjungan penulis blog ke Restoren Hartinie di Shah Alam yang telah dibuka semenjak tahun 1982 amat teruja melihat hidangan Miang Kham ini adalah salah satu daripada beratus-ratus hidangan di restroren tersebut. Jam baru 10.30 pagi dimana restoren tersebut dipenuhi pelanggan dan sukar untuk mendapatkan meja makan. Melihat paket bungkusan miang kham ini ia dijual didalam 2 saiz iaitu Paket Besar yang dijual RM11.00 dan Paket Kecil yang dijual RM5.50 mencukupi untuk 2-4 orang makan (Sila lihat senarai harga disebelah). Penulis blog juga memilih makanan Laksam yang menjadi kegemaran dimana sesuai juga dimakan selepas makan miang kham. Apa rasanya?. Memang semua ada didalam makanan ini 5 rasa asas yang ada iaitu Rasa Pedas (daripada cilii dan bawang), Rasa Masam (Limau), Rasa Pahit (Daun Kaduk), Rasa Manis (Gula) dan Rasa Masin (Ikan bilis, udang kering dsb). Walau pun ,ula-mula memang tidak biasa dengan semua rasa ini akan tetapi setelah dikunyah beberapa lama baru rasa keenakkan sebenar dapat dinikmati.
Memang rupa-rupanya ramai peminat dan pelanggan disekitar Shah Alam yang suka makan Miang Kham.Bagaimana pun setelah dibuat rujukkan dilaporkan dimana makanan Miang Kham ini adalah makanan pembuka selera ala Thai yang banyak terdapat di restoran atau hotel hotel di serata dunia. Pembuka selera sesuai dimakan atau pun dihidangkan di semua tempat samada di rumah, restoran, hotel atau dihidangkan dalam majlis majlis keramaian seperti majlis persandingan dan sebagainya. Pada penulis blog mendapati dimana makanan “Miang Kham” adalah makanan ringan atau snek bagi orang Thailand dan Laos. Ia telah pun diperkenalkan di Mahkamah Thailand King Rama iaitu oleh Permaisuri Dara Rasamee. Makanan Miang Kham kalau di terjemahkan bermaksud "One bite wrap" dari perkataan Miang (makanan yang dibalut daun) dan Kham bermaksud " one bite". Kalau dialih ke BM mungkin kita boleh sebut sebagai ''Balutan Sekali Gigit'' sahaja. Secara umumnya makanan Miang Kham menggunakan daun kaduk yang diisi dengan beberapa bahan sampingan seperti Bawang kecil yang dipotong dadu, Cili padi yang dipotong kecil, Halia yang dipotong dadu, Limau nipis yang dipotong dadu bersama kulit sekali, Udang kering, Kacang tanah atau gajus, Kelapa yang diparut kasar dan disangai dan juga sejenis sos iaitu Sos Miang Kham. Dilaporkan dimana makanan ini sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan masyarakat kerana dihasilkan dari pelbagai bahan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan seperti kekacang, buah buahan dan daun ulaman.
Membuat sendiri makanan Miang Kham sebagai apertiser dirumah boleh dilakukan sendiri. Mengikut rayauan di internet banyak resepi penyediaan makanan miang kham ini dimana ia adalah megikut kesesuaian rasa yang dikehendakki. Apa yang penting kena cari sos Miang Kham khusus untuk menjadikan ia memberikan rasa sebenar. Bahan untuk membuat sos miang kham ini terdiri daripada 3 ketul besar gula melaka dengan 2.5 cawan air. Sementara itu keperluan bahan tumbuk atau bahan kisar kering terdiri daripada 1/2 cawan udang kering, 1/2 cawan kacang tanah yang telah dibakar atau digoreng, 1/2 cawan kelapa goreng dan juga sedikit garam. Memang mudah untuk kita dirumah menyediakan makanan ini iaitu dengan cara mendidihkan kesemua bahan di atas dengan api perlahan sehingga agak pekat dan sejukkan. Dilaporkan dimana sos Miang kham boleh tahan lama dan sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk. Ambil daun kaduk segar dari pokok dikeliling rumah atau membelinya dari premisyang menjualnya seperti dipasar besar. Ia kemudian perlu direndam sebentar dengan garam, basuh dan toskan. Dalam pada itu kacang tanah tadi boleh digoreng atau dibakar dengan dibuang kulitnya. Kemudian kelapa goreng iaitu daripada sebji kelapa dihiris halus, digoreng atau dibakar. Bahan seterusnya adalah udang kering yang mesti bersihkan dahulu kemudian ia digoreng seketika tanpa minyak hingga kering. Bagi halia sebaiknya dibasuh, dibuang kulitnya dan sipotong dadu kecil. Bahan bawang besar merah pula perlu dipotong dadu. Bahan untuk menjadikan pedas iaitu cili api sebaiknya dihiris halus dan bahan limau nipis perlu dibuang kulitnya dan juga ia boleh dipotong dadu. Cara makan miang tham juga unik dan sebaiknya betul. Ia dimulakan dengan mengmbil daun kaduk dan kemudian ia diisikan dengan sedikit kacang tanah, kelapa goreng, udang kering, halia, bawang besar, cili api dan l;imau nipis. Sudukan sos dengan secukupnya dan kemudian daun iini dilipat dan dimasukkan kedalam mulut untuk menikmatinya. Memang sesekali membuat ujirasa makanan seperti ini akan memberikan satu cabaran dalam menilai aka kualiti makanan tersebut. Semuga anda smua membbuat ujirasa makanan miang tham pada bila-bila masa. Diharap artikel didalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!...
MAKANAN MMIANG THAM... SIAL ASALNYA...
GABUNGA SEMUA RASA... ITU KEUNIKANNYA...
HARGA MAHAL... MEMANG BERBALOI CUBA...
ANDA SUDAH MEBACA... BUATLAH UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,'Malaysia.
(4 Rejab 1441H).
Bersamaan 28 Feb 2020.