Support My Blog

Thursday, February 6, 2020

SEHARI MEMANCING UDANG DI ROMPIN

MEMANCING UDANG GALAH atau nama saintifiknya  (Macrobrachium rosenbergii) merupakan satu aktiviti yang memang menarik minat mereka yang ada hobi memancing udang galah dibeberapa sungai terpilih iaitu apabila tiba musimnya. Bagi penulis blog yang berkesempatan untuk memancing udang galah di beberapa sungai di Pahang termasuk Sungai Rompin memang satu ulang tahun ke 19 selepas memancing udang galah terakhir saya lakukan di sungai ini adalah pada tahun 2001 dahulu. Walau pun hasil tangkapan 'biasa-biasa' sahaja dari beberapa jenis ikan dan udang galah tetapi memuaskan juga dapat mengilap bakat lama yang masih ada. Lazimnya udang galah pada kebiasaannya akan hidup di sungai, saliran, tasik dan di muara sungai. Ianya merupakan udang yang amat digemari kerana isinya yang lebih enak jika dibandingkan dengan udang-udang jenis-jenis lain yang ada di perairan Malaysia. Harga udang galah segar biasanya akan dijual di dipasaran dimana ia kini mencecah RM 40 ringgit - RM60 sekilogram. Beberapa sungai di Malaysia masih sesuai dijadikan lokasi untuk memancing udang gakah apabila tiba musimnya dimana peminat dan kaki pancing udang galah ini sanggup menyewa dan bermalam dirakit untuk memancing udang gakah. Industri menternak udang galah di Malaysia tetap jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara Thailand, Indonesia, Taiwan dan Vietnam dalam beberapa aspek teknikal dan pengeluaran. Di negeri Pahang ada bandar mana ia sering menghasilan udang galah iaitu Daerah Rompin. Ini kerana banyak sungai-sungai didaerah ini merupakan 'syurga' kepada pemancing dan nelayan sungai untuk mencari udang galah. Udang galah mudah dijumpai di Sg Rompin, Sg Pontian dan Sungai Endau banyak lagi sungai yang ada habitat udang galah mengikut musim,  Tangkapan udang galah liar di sungai-sungai didaerah ini telah menjadikan beberapa restoran dan gerai khusus memasak udang gsalah untuk peminatnya. Seekor udang galah berukuran sedang dimasak sambal dijual dengan harga RM12 - RM15 seekor. Bagaimana pun penulis lebih suka saiz udang galah saiz sedernana yang masih segar. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" sayakongsikan info mengenai aktiviti memancing udang galah di Sungai Rompin sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Keperluan asas bagi aktiviti memancing pastinya kelengkapan memancing udang, perahu dan umpan serta skill untuk mengendali bot dan memancing udang. Memancing udang galah ini memerlukan skill tertentu dimana ia amat berbeza dengan teknik memancing ikan disungai atau di laut. Peralatan penting pertama adalah set untuk memancing terdiri daripada Joran Pancing Udang, Kekili, Tali Nylon (20 kg), rerambut, pemberat dan juga mata kail. Satu set dijual dengan harga RM16 iaitu RM10 untuk kekili dan RM16 untuk joran pancing udang. Pemberat dan rerambut minta dari kawan-kawan begitu juga dengan umpan cacing hidup dan umpun-umpun. Penulis blog yang pentingkan keselamatan membeli jaket keselamatan berharga RM25 yang berwarna oren dipakai semasa memancing. Ada beberapa kes dimana pemancing udang mati lemas disungai akibat bot karam dan tidak memakai pelamppong keselamatan. Oleh itu pastikan sentiasa memakainya. Bot berinjin muatan 5 orang dengan injin 30 kuasakuda mampu bergerak dengan pantas dikendalikan oleh rakan yang biasa dengan mengendalikan bot fiber ini. Setelah hampir 3.6 km belayar diatas sungai maka tiba dilokasi dimana ada ramai pemancing sedang memancing. Apa lagi sauh dipasang dan bermula memancing menggunakan mata no 6 dan udang mula memakannya kemudian. Hasil tangkapan 'biasa-biasa' sahaja walau sama ada menggunakan umpan cacing atau umpun-umpun. Tidak banyak udang sepit biru dapat dinaikan kali ini (Sila lihat foto disebelah). Fakur cuaca mendong, air agak kurang baik menyababkan hasil tangkapan biasa-biasa sahaja.



Setelah 4.5 jam memancing dan sudah petang maka kami terus balik ke jeti memulangkan bot dan membayar kos sewaannya. Hasil tangkapan udang galah dihantar kesebuah restoren dan dimasak mee hailam udang galah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun jumlah udang tangkapan kami perlu ditambah dengan stok udang galah yang ada pada restoren tersebut bagi menikmati keenakan udang galag sungai ini yang memang enak dan manis. Aktiviti memancing udang galah ini macam tengok nasib juga dimana kadang-kadang apabila masa 'mengena' memang amat menyeronokan akan tetapi kadang-kadang hasil tangkapan amat tidak berbaloi dengan kos dikeluarkan. Apa pun bagi peminat memancing udang ia merupakan satu keseronokkan yang tersebdiri memancing udang di Sungai Rompin ini. Mereka bukan sahaja dari kalangan penduduk tempatan akan tetapi datang daripada sejauh Putrajaya (penulis blog dan rakan-rakan) dan dari Johor Bahru, Kuantan dan juga ada rakan yang menetap di Rompin. Bila musim memancing udang galah tiba, kena awal-awal buat tempahan bot atau sampan berinjin oleh ramau usahawan tempatan disepanjang sungai terlibat. Selalunya pada hari Cuti Am, Sabtu dan Ahad pada musim udang ni banyak sampan yang habis digunakan kaki pancing. 

Penulis blog merujuk Akhbar MyMetro dengan artikel bertajuk "Udang Galah Mabuk" sebagai rujukkan. Akhbar tersebut laporkan dimana penduduk dekat Sungai Linggi di sini, bimbang dengan fenomena ‘udang galah mabuk’ yang dipercayai berpunca daripada pencemaran air sungai. Ada juga penduduk mendakwa kejadian itu adalah dipercayai disebabkan pencemaran racun tuba yang digunakan oleh pencari udang galah selain kesan pencemaran kilang dari hulu Sungai Linggi. Seorang wakil penduduk, Md Isa Adam, 56 mendakwa kejadian itu merisaukan penduduk rata-ratanya nelayan yang menjadikan udang galah di sungai itu sebagai sumber pendapatan harian. Dakwanya sejak kebelakangan ini, memang air sungai keruh dimana dia tidak pasti apa punca sebenarnya akan tetapi difahamkan mungkin disebabkan aktiviti perkilangan yang melepaskan bahan kimia ke dalam sungai. Sikap tamak nelayan sendiri yang menggunakan racun tuba untuk mendapatkan hasil yang banyak menyebabkan air sungai tercemar dan mempunyai kesan toksik. Dia pernah mengambil udang galah dari sungai dan meletakkannya ke dalam kolam. Saya terkejut apabila melihat air kolam bertukar menjadi hitam dan terpaksa menukar air beberapa kali sebelum ia betul-betul jernih. Dia sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan dan bertemu pemimpin tempatan untuk tujuan mencari penyelesaian bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini namun tiada tindakan diambil. Dia berharap pihak berkenaan tolong periksa dan pantau jika betul ada aktiviti seperti didakwa kerana membabitkan sumber pendapatan dan bekalan air penduduk. Beliau juga tidak mahu kejadian yang berlaku kepada Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang terjadi di sini. Dia amat bimbang udang galah yang dijual itu tercemar dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan pengguna. Kesannya mungkin tidak nampak sekarang ini tetapi pada jangka panjang siapa akan tahu. Dalam pada itu meurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan iaitu Norhazni Mat Sari mengesahkan menerima aduan terbabit dan menjalankan siasatan. Data pengawasan Sungai Linggi kelmarin menunjukkan sungai itu mengalami pencemaran kelas tiga. Berkaitan pencemaran sungai dari kawasan industri, setakat ini ia dalam kawalan JAS dan tiada pengeluaran (bahan kimia dari kilang) secara langsung kepada kes kematian ikan atau udang.


Berita Harian melaporkan dengan artikel bertajuk "Senang sahaja dapat 2 kg udang galah'' dimana pemancing memang seronok memancing udang di sungai ini. Mana tidaknya mengikut pemanncing tempatan pada setiap hari senang saja dapat lebih dua kilogram udang galah. En Muhamad Khairul adalah antara pemancing udang dari Kampung Mak Chili yang ditemui Harian Metro di Sungai Rompin, Pahang. Ketika pertama kali memancing udang galah di sungai itu, dia tekejut kerana terlalu banyak udang galah boleh dibawa pulang. Setiap tiga hingga lima minit umpan pasti dimakan udang, bergantung kepada kemahiran masing-masing. Apa yang paling seronok udang di sungai ini bersaiz besar dan amat berbaloi bagi kami memancing dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari hampir tiap hari. Sebelum ini dakwanya dia hanya memancing di kolam dan pengalaman memancing di sungai terbuka memberi pengalaman baru kepadanya.  Memang tidak dinafikan Sungai Yak Yah terkenal kerana didiami buaya, namun keseronokan melayan udang yang memakan umpan pancing membuatkan kerisauan kami hilang. Dakwanya kira-kira 20 kaki pancing datang ke sungai ini setiap hari menjadikan keadaan meriah walaupun masing-masing hanya berdiam melayan joran dan ia juga membuatkan kami hilang rasa takut terhadap ancaman haiwan liar. Rakannya Yatim Abdullah dari Kampung Lebai Chindong, Rompin pula datang ke sungai itu untuk mencari hasil sungai antaranya menangkap ikan baung, selain udang galah. Dia yang sudah biasa datang ke sungai ini sejak remaja mendakwa diantara bulan Januari hingga Mac memang ramai kaki pancing kerana waktu itu udang galah memang banyak. Pada bulan lain udang galah ada tapi tidak banyak seperti sekarang yang boleh dikatakan masa terbaik untuk nelayan sungai menjana pendapatan tambahan hasil jualan udang galah. Pemancing menggunakan pelbagai jenis umpan antaranya umpun-umpun dan cacing untuk mereka memastikan udang memakan umpan mereka. Beliau sendiri menggunakan umpun-umpun dan cacing, selain udang beras yang dicampur dengan putih telur. Pada kebiasaannya pemancing tidak akan pulang dengan tangan kosong menyebabkan mereka datang lagi. Harga pasaran udang galah sekitar RM60 hingga RM70 sekilogram, malah boleh mencecah RM90 sekilogram bergantung jumlah penawaran dan permintaan.

Dalam artikel lain di BH dinyatakan dimana diantara bulan Januari hingga April biasanya adalah musim udang galah di beberapa sungai di Pahang dan sepanjang tempoh itu berduyun-duyun pemancing udang berulang-alik di Sungai Endau, Rompin, Merchong dan Kuantan seolah-olah berpesta. Selalunya pada  setiap hujung minggu seawal jam 7 pagi sudah ada  beberapa bot fiber yang membawa dua atau tiga pemancing udang, sama ada bot yang disewa daripada penduduk atau milik kaki pancing kelihatan bergerak ke lokasi masing-masing. Semua bot itu hanya akan pulang ke jeti dengan hasil tangkapan masing-masing mulai jam 6.30 petang hingga 7.30 malam. Ada di antara mereka yang membawa pulang lebih 10 kilogram (kg) udang galah pelbagai saiz dann ada sesetengah pemancing udang sama ada penduduk tempatan dari luar yang tidak tahan dengan cuaca panas akan keluar memancing pada sebelah malam dari jam 7 malam hingga jam 6.30 pagi keesokannya. Ketika kaum Cina di seluruh negara sibuk menyambut Tahun Baharu Cina, pada 19 dan 20 Februari lalu, lima pemancing udang dari Segamat Johor memancing udang di Sungai Rompin.  Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri, Nazri Hassan dan Ramlah Isa ditemani tiga rakan, Khairul Hazadin Amri, Mat Kecik dan Yusof mencipta rekod kerana berjaya menewaskan 15 si jenggo yang juga disebut 'atuk', 'jokong' dan 'galah saka'. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
MEMAND=CING UDANG GALAH... BILA...
JANUARI HINGGA MARCH... ITU MASANYA...
PANCING DIBELI... DAN UMPAN DISEDIA...
DAOAT UDANG... PAKING HATI SUKANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Satelit, Muadzam Shah,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(8 Jamadilakhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...