Support My Blog

Monday, February 3, 2020

BAHAYA MAKAN DAUN SIREH

ADAKAH BAHAYA MAKAN DAUN SIREH?. Ini merupakan satu persoalan yang selalu diajukan kepada penulis blog semasa berjumpa dengan pembaca. Tabiat memakan Daun Sireh (Piper betle) dan buah pinang daripada keluarga Piperaceae sebenarnya boleh mengundang bahaya sekali gus menyebabkan kanser mulut dan kerongkong. Penulis blog merujuk kepada kenyataan oleh Ketua Koordinator Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya (UMCAS) Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin yang mengakui dimana ada kandungan arekolin dalam sirih dan pinang boleh membuatkan seseorang ketagih. Dakwanya sama seperti tembakau bahan nikotin yang terkandung di dalamnya adalah penyebab kepada faktor ketagihan. Sama juga dengan sirih dan pinang yang mengandungi bahan iaitu arekolin. Bahan Arekolin adalah alkaloid yang toksik dan bertindak sebagai agonis ke atas sistem saraf. Akibat daripada pengambilan yang berlebihan menjadi risiko kepada kanser dan sudah dikategorikan sebagai karsinogen (bahan yang membentuk kanser) kepada manusia. Ada laporan dimana penggunaan sirih dan pinang kini semakin meluas di rantau Asia Pasifik seperti India, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Taiwan, Kemboja dan Malaysia. Penulis blog yang berkunjung ke Yangoon, Myanmar untuk menghadiri persidangan antarabangsa terkejut apabila melihat ramai lelaki Muanmar manjdikan makan sireh dan kapor sebagai amalan harian dimana-mana beberapa tahun dulu. Mereka menjual, membeli dan menyentel daun sireh dan kemudian meludah dimana-mana sahaja dijalan dan juga laluan kedai. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" menulis mengenai bahaya memakan daun sireh kepada peminatnya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Berbalik kepada di Malaysia didakwa masih terdapat 10.3 peratus rakyat pemakan sirih dan pinang. Daripada angka ini didakwa pengguna teramai adalah daripada golongan wanita iaitu sekitar 32.1 peratus berbanding lelaki pula sebanyak 10.3 peratus. Apa yang membimbangkan hasil kajian di India membuktikan semua kes kanser mulut berlaku dalam kalangan mereka yang makan sirih dan pinang. Beliau yang juga Pakar Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok di Pusat Pakar Universiti Malaya berkata dimana ada risiko mendapat kanser mulut akibat mengambil sirih dan pinang lebih tinggi berbanding pengguna tembakau. Katanya dianggarkan risiko keputihan di bahagian pipi dalam (oral lichen planus) terjadi 15.8 kali ganda kerana makan sirih dan pinang manakala kebonjolan (nodular leukoplakia) adalah 3,243.1 kali ganda kesannya. Perkara ini juga adalah menjadi punca atau faktor pada peringkat awal untuk seseorang mendapat kanser mulut. Sebenarnya tabiat memakan daun sirih dan buah pinang juga dikaitkan dengan kesan kesihatan kepada jantung, saraf, perut atau usus, pernafasan dan sistem reproduktif. Bagi mereka pengguna tembakau, konsep dan model menerangkan proses karsinogen didokumentasikan dengan baik bagi tujuan untuk mengelakkan masalah kesihatan lain. Namun begitu bagi pemakan sirih dan pinang, model atau konsep sama tidak dibangunkan sehingga mereka tidak tahu kesan yang akan diperoleh.

Pada masa dahulu dan pada sesetengah masyarakat aktiviti memakan sireh menjadi kebudayaan dan menunjukkan kehebatan seseorang. Ia juga terkenal sebagai ‘snek’ yang boleh dimakan bersama kapur, gambir dan buah pinang di beberapa buah negara seperti India dan Thailand dimana daun sirih turut digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan di banyak negara. Bagaimana pun seperti dinyatakan diatas di Malaysia penanaman pokok sirih banyak digunakan terutamanya dalam masyarakat Melayu dan India, sama ada dari sudut perubatan hingga dijadikan sebagai bahan dalam upacara tradisi. Daun sirih telah lama digunakan dalam perubatan Melayu lama yang tertulis dalam Kitab Tibb bagi mengubati pelbagai penyakit. Antaranya adalah untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser dimana dilaporkan ekstrak daun sirih mempunyai potensi sebagai agen merencatkan pertumbuhan sel kanser. Hasil kajian fitokimia telah menemukan hidroksichavikol iaitu salah satu sebatian yang terdapat dalam ekstrak daun sirih. Ia dapat merencat beberapa jenis sel kanser seperti payudara, paru-paru, kolon dan pankreas. Daun sireh juga didakwa sebagai agen antibakteria dimana ekstrak daun dan minyak daripada daun sirih berupaya menentang beberapa jenis bakteria seperti Escherichia coli, Streptococcus pyogenes, Staphylococcus aureus dan Candida albicans dalam dos yang rendah. Ia juga berfungsi sebagai penyembuh luka dimana untuk satu formulasi minyak yang mengandungi 10 peratus ekstrak daun dan batang sirihnya dapat memberi kesan penyembuhan luka lebih bagus daripada larutan iodin. Dilaporkan sifat antioksidan dan vitamin C ada padanya mampu meredakan masalah kulit terbakar. Caranya hancurkan beberapa helai daun sirih campur dengan dua sudu teh madu dan letak pada kulit terbakar. Daun Sireh juga mampu mengurangkan ulser perut berdasarkan kepada kajian menunjukkan penyakit ulser perut mampu dikurangkan sebanyak 93.4 peratus setelah diberi rawatan tujuh hari kepada tikus makmal dengan allpyrocatechol iaitu salah satu sebatian tulen yang terdapat pada ekstrak daun sirih. Daun sirih turut boleh menyembuhkan sakit perut dengan minum rebusan air daun sirih sebanyak tiga kali sehari. Ia juga didakwa mampu untuk menghalau serangga dimana ekstrak metanol daun sirih yang diletakkan pada perangkap serangga berupaya menghalau serangga perosak ostrinia furnacalis pada persekitaran ladang jagung. Kandungan metanol membuatkan serangga tersebut tidak berani berada di kawasan ladang. 

Bagaimana pun perlu diingat dimana kes makan sireh yang berterusan akan kanser mulut yang merbahaya. Makan pinang bersama daun yang dibubuh kapur sangat merbahaya apabila bertindakbalas dengan mulut yang mengalami luka. Walaupun makan sirih adalah satu kebiasaan bagi sesebuah keluarga terutama di Sabah, tidak ramai yang sedar akan bahaya memakan sirih pinang berkapur ditambah lagi dengan menguyah tembakau. Ada kalangan mereka yang merupakan pemakan sirih yang tegar sehinggakan tidur pun sirih pinang masih berada dalam mulutnya. Memakan sirih ni mungkin seperti merokok atau minum kopi dimana membuatkan seseorang menjadi ketagih.  Bagi sesetengah masyarakat Dusun di Sabah memakan sirih pinang adalah seperti hidangan makanan yang wajib ada ketika menyambut tetamu dan rakan-rakan. Berbual dan berbincang sambil memakan sirih adalah satu kebiasaan yang sebenarnya mengeratkan tali persaudaraan. Tapi masalahnya dimana daun pinang yang dibubuh dengan sirih ini didakwa sangat merbahaya. Mereka akan membuat sendiri kapur dengan membakar kulit kerang dalam api yang membahang sehingga kulit kerang tersebut menjadi putih. Ia kemudian ditumbuk sehingga hancur menjadi kapur sirih tanpa menyedari kapur tersebut akhirnya meragut dirinya. Aktiviti memakan sirih pinang berkapur dengan cara yang salah. Pihak Kementerian Kesihatan sendiri banyak mengeluarkan amaran tentang bahaya makan sirih berkapur tetapi ia juga seolah-olah tidak diendahkan pengamalnya yang sudah bertahun ketagihan walaupun statistik memang menunjukkan kebanyakan kanser mulut di Sabah disebabkan oleh kegemaran masayarakat memakan sirih pinang berkapur. Kini walaupun tidak dinafikan banyak khasiat daun sirih dan pinang, cara pemakanan yang salah akan memudaratkan mereka yang memakan sirih pinang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!... 
MEMAKAN SIREH... AMALAN MERBAHAYA...
KANSER MULUT... KESANNYA JUGA NYATA...
MASYARAKAT LAMA... EMGAMALKANNYA...
BACA ARTIKEL... KESEDARAN BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...