Support My Blog

Monday, February 24, 2020

CARA-CARA HALAU LALAT


LALAT adalah sejenis serangga dari order Diptera yang terdapat di negara kita dan di seluroh dunia dimana ianya sering dikaitkan dengan serangga penyebar penyakit. Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang dengan cepat dari pelbagai arah dan sudut iaitu kehadapan, kekiri, kekanan, kebawah, keatas dan sangat aktif pada cuaca panas siang hari. Selepas sahaja kita menghidangkan makanan atau mengeluarkan daging atau makanan dari plastik atau peti sejuk diatas meja biasanya akan ada lalat mungkin merupakan haiwan pertama yang menjamah makanan tersebut sebelum ketibaan ahli keluarga kita jika terdedah. Lalat akan hinggap diatas makanan tersebut (Lagi kuat bau busuk makan atau bau sedap makan) maka lagi cepat 'mamat lalat' atau 'minah lalat' ini datang tanpa ianya dijemput. Semasa Hari Raya Korban dimana aktiviti untuk menyembelih lembu dan melapah dijalankan di kampong penulis blog iaitu di Gersik, Daerah Tangkak, Johor memang menghadapi masaalah 'serangan lalat'. Serangga berwarna kehtaman ini datang beribu-ribu ekor bersama-sama dalam meraikan majlis tersebut tanpa diundang. Bukan sahaja lalat biasa akan tetapi selalu ada juga Lalat Langau yang berwarna kehjauan dan ia bersaiz besar. Lalat ini lazimnya mengerumuni makanannya dan paling dahsyat mereka ini kemudian bertelur diatas makanan. Telur lalat ini berwarna putih denan jumlahnya beribu biji dalam masa singkat sahaja. Memang sakit hati melihatnya dan lalat ii juga mengancam kesihatan dan keselamatan makanan. Kita perlu mendapatkan info bagaimana kaedah atau cara untuk menghalau lalat dan mengurangkan risiko ancaman serangga lalat. Artikel petang ini di tingkat 4 iaitu di Apartment 429, Hotel Copthrone, Cameroon Highland menghadap kebun sayur yang ditanam dilereng gunung dan angin sejuk ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa petua dan kaedah menghalau lalat sebagai bahan rujukkan anda semua.


Apa yang penulis blog faham lalat memang mempunyai banyak keluarga atau kumpulan iaitu beribu-ribu spesis dari lalat yang mudah kita jumpa hari-hari sehingga lalat pembawa penyakit merbahaya kepada manusia. Kajian menunjukkan terdapat pelbagai jenis iaitu Lalat Rumah (Musca domestica) yang paling popular diantara jenis lalat, (Lucilla spp) Lalat Hijau atau Langgau (Phaenincia spp), Lalat Tsetse Hutan (Glossina fusca), Lalat Tsetse Sungai (Glosina palpalis), Lalat Bunga (Syrphidae spp), Lalat Buah (Keluarga Tepthidae - ada sebanyak 500 Genera dengan 5,000 spesis) dan Lalat Askar Hitam (Hermetia illusens). Diantara jenis-jenis tersebut yang menjadi 'saudara rapat' manusia setiap hari adalah jenis Lalat Rumah (Housefly) kerana ianya adalah spesis yang sangat 'PERAMAH' dan suka datang kerumah kita tanpa di jemput asalkan tingkap atau pintu terbuka untuk dia datang bertegur sapa!. Lalat mempunyai kitaran hidup yang sangat cepat membiak dan mampu menyebabkan gangguan kehidupan harian komuniti yang tinggal berhampiran dengan punca pembiakan lalat. Penulis blog dapati reban ayam daging konvensional merupakan antara lokasi pmbiakan lalat yang paling agressif. Di Kg Tiong Baru yang jauhnya 2 km dari rumah kampong penulis blog memang menyakitkan hati penulis kerana ladang ayamini memberikan ribuan dan jutaan lalat.  Memang tidak menang tangan hendak menghalau dan memusnahkan lalat yang seawal subuh sehingga malam mengganggu kehidupan penduduk kampung. Telah banyak komplen terhadap ladang ayamii sejak berbelas tahun dahulu tetapi tidak ada penyelesaiannya. 


Penulis blog dapati jenis lalat rumah (Musca domestica) terdapat banyak di kawasan Asia Tengah yang mempunyai iklim tropika walau pun ada beberapa spesis dapat hidup di kawasan agak sejuk. Lalat Rumah terdapat juga di Kawasan kebun, Ladang atau Kandang Ternakan, Kawasan Bandar dan juga banyak di kawasan pembuangan sampah atau dimana ujudnya najis. Lalat ini hidup dimana ada manusia menjalankan aktiviti hariannya. Umur lalat adalah pendek sekitar 7-25 hari dan mempunyai kitaran hidup yang singkat dan sangat cepat membiak daripada Telur, Larva, Pupa dan Dewasa. Telur lalat yang berwarna putih berukuran 1-2 mm panjang diletakkan oleh induk betina bersusun dalam kumpulan mengandungi sehingga maksimum 500 telur seekor. Kemampuan bertelur seekor adalah sebanyak 75 - 150 biji telur dalam masa 3-4 hari!. Telur lalat menetas menjadi larva berwarna putih berukuran 3-8 mm panjang dan mempunyai sepasang taring berwarna hitam. Selepas 20 jam larva akan jadi 'maggot' yang akan makan unsur apa yang ujud disekelilingnya. Larva akan menjadi lalat dewasa dalam masa 4-13 hari melalui pelbagai peringkat instar (Biasanya 3 instar) bergantung kepada suhu dan kesediaan makanan. Di negara kita yang mempunyai cuaca lembab dan suhu panas cuma perlukan 3-4 jam sahaja bagi lalat untuk lengkap jadi lalat dewasa. Ada 3 perkara asas didalam menghalau lalatiaitu dengan mempastikan tumbuh-tumbuhan yang menolak lalat datang. Didakwa lalat tidak suka aroma beberapa herba tumbuh-tumbuhan seperti selasih dan pudina . Anda oleh menyimpan beberapa herba ini dan letakkannya di mana lalat biasa berkumpul. Perkara kedua yang lazim diamalkan adalah dengan memasang atau hidupkan lilin kerana didakwa lalat memang tidak suka asap lilin. Hidupkan lilin dan letakkan mereka di atas meja makan untuk menghindari lalat. Anda juga boleh mengguna bekas lilin khas untuk mencantikkan lagi meja makan.Ke tiga adalah dengan menggantung beg plastik berisi air atau pun menggantung kepingan CD kilat. kerana dilaporkan pancaran cahaya pada air atau CD menyerupai web labah-labah yang enakutkan lalat datang.


Penulis blog memang pasti ramai kalangan orang risau jika ada lalat-lalat yang masih berkeliaran. Asal bau makanan sahaja maka mulalah lalat akan datang dan jka hendak disembur dengan racun aerosol merbahaya pula kepada makanan. Oleh itu ada pelagai pengamalanatau petua yang dilakukan untuk tujuan menghalau atau pun membunuh lalat ini. Masalah lalat ini memang merimaskan semua orang walau pun selalu sudah menjaga kebersihan akan tetapi masih ada juga lalat yang dapat masuk rumah. Kadang-kadang yang menyakitkan hati dimana dalam tudung saji atau pun bungkusan makanan maka lalat masih boleh masuk. Kalau hendak sembur racun aerosol selalu adalah membahayakan diri sendiri dan seluruh persekitaran. Antara beberapa petua menghalau lalat adalah dengan teknik menggunakan bahan imau purut dan cengkh, gunakan serai wang, menggantung air didalam bekas plastik, gunakan tmun, gunakan kayu manis, gunakan daun kari dan juga menggunakan llin aromaterapi. Pertama anda boleh letakkan limau purut dan cengkih yang mana kedua-duanya mengeluarkan aroma yang wangi untuk manusia akan tetapi 'tidak' untuk lalat. Kedua bahan ini boleh dijadikan penghalau lalat yang berkesan dengan kita amalkan penggabungan kedua-dua bahan ini. Caranya dengan kita memotong limau purut(boleh dganti dengan jenis lemon atau limau nipis) kepada 2 bahagian. Kemudian ianya dicucukkan cengkih dan diletakkan di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat (Sila lihat foto disebelah). Ia boleh digantikan dengan set baru jikabahan in telah lama dan kurang berbau. 


Petua ke 2 adalah dengan menggunakan sejenis tumbuhan yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan untuk bagi lalat dan serangga iaitu serai wangi (Cymboppogon citratus). Serai ini mudah ditanam di sekitar rumah. Kalau tidak dapat serai wangi boleh mencuba degan serai biasa waau pun kesannya agak kurang berbanding dengan sera wangi. Caranya juga amat senang dilakukan iaitu dennga mengambil segenggam serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering. Kemudian pes ini dicampurkan dengan secawan air biarkan semalaman. Esok paginya air ini ditapi dan airya dimasukkan ke dalam botol spray. Semburkan pada tingkap dan pintu rumah supaya lalat tidak akan datang mendekatinya. Dalam pada itu penulis blog diberitahu dimana anda juga boleh membeli essential oil yang sedia dijual dengan aroma serai (lemongrass). Petua ke  3 dimana anda mungi sering berkunjung ke gerai makanan yang akan menggantung air didalam plastik atau pun botol air mineral. Rupanya ia adalah petua menghalau nyamuk yang mudah dan murah. Caranya mudah dengan megisikan air ke dalam sebuah plastik jernih dan gantungkan pada tempat yang banyak lalat. Kalau hendak menggelakkan daripada lalat memasuki rumah maka gantungkan pada pintu dan tingkap. Kajian oleh Home Remedies For Life, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat mendapati lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah. Ada juga yang senghaja memasukkan beberapa keping syiling untuk menambahkan ‘silau’ kepada lalat ini.


Petua menghalau lalat yang ke 4 adalah dengan menggunakan buah timun (Cucumis sativus) iaitu sejenis lagi bahan yang dibenci oleh lalat. Jadinya untuk mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah anda sebaiknya boleh diletakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di atasnya.Dalam pada itu anda juga boleh meletakkan timun ini di atas meja atau di sekitar pintu dan tingkap rumah. Petua ke 5 adalah dengan mengguakan kulit kayu manis (Cinnammoum verum). Lazimnya umum akan tahu apakah aroma kayu manis juga boleh digunakan untuk menghalau lalat yang berkeliaran dalam rumah anda?. Jawapannya 'boleh' dengan petua mengambil kayu manis kering dan di tumbukkan kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi dalam rumah. Bagi tujuan menambahkan kesan sebaiknya anda juga boleh cuba untuk menambahkan bawang putih dan serbuk cili ke dalam kayu manis yang ditumbuk tadi. Masukkan ke dalam kain perca dan gantungkan ditepat strategik. Petua ke 6 adalah dengen menggunakan daun kari (Morraya koenigii) yang mudah diperoleh. Caranya dengan mengambil secekak daun kari dan rendamkan ke dalam air bersih. Aroma yang dihasilkan ini juga akan menyebabkan lalat tidak suka mendekati rumah anda.etua ke 7 yang biasa kita lihat adalah dengan menggunakan atau membakar lilin aromaterapi. Ini kerana cara halau lalat yang seterusnya adalah dengan teknik menggunakan lilin. Ini kerana apabila menyalakan lilin maka habanya akan menyebabkan lalat tidak menyukainya. Kalau anda menggunakan lilin beraroma itu lebih baik kerana lalat amat bencikan aroma herba seperti lavender, lemon atau pun daun pudina. Kesemua 7 cara menghalau lalat ini didakwa amat sesuai digunakan di setiap kediaman kerana ia terdiri daripada penggunaan bahan semulajadi. Ia juga tidak memberi kesan sampingan dan tidak membahayakan anak kecil. Semuga artike yang ditulis dalam kedinginan ini mampu memberi info berguna kepada semua pembacablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 NAMANYALALAT... SERANGGABAHAYA...
CEPAT MEMBIAK... MENGANGGU MANUSIA...
CARA MUDAH KAWAL... SPRAY SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL...DIPAPARKAN PETUA...

By,
M Anem,
Senor Agronomist,
Apartment 429, Copthrone Hotel,
Brinchang, Cameroon Highlands,
Pahang, Malaysia.
(21 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...