Dalam akhbar My Metro dengan artikel bertajuk "Cegah pembiakan kulat" dimana teknologi salutan nano digunakan pada kotak topping lebah kelulut untuk antimikrob dan mampu menghalang pembiakan kulat berjaya dibuktikan hasil kajian saintis tempatan. Penulis mengupas artikel ini secara teknikal bagi difahami oleh pembaca semua. Dilaporkan dimana 'Nanocoating' atau salutan nano bunyinya adalah sangat hebat berdasarkan kepada keadaan semasa. Bagaimana pub penulis blog fahamkan dimana ia adalah lapisan nipis yang disaluti pada permukaan pepejal yang mempunyai sifat antimikrob dan fungsinya adalah ia dapat mencegah pertumbuhan kulat. Memang potensi untuk sarang kelulut sama ada log atau pun kotak super yang terdedah kepada hujan, panas dan kelembapan mudah diserang mikrob yang boleh menjejaskan aktiviti penternakan kelulut dan juga kemungkinan kepada kualiti madu kelak. Bagaimana pun inovasi ini didakwa memang boleh dalam meningkatkan ketahanan kotak sarang kelulut terutama kepada bahagian ‘topping’ lebah kelulut. Perlu difahami dimana lebah kelulut dapat meningkatkan pengeluaran madu dalam keadaan bersih. Antimikrob pada salutan nano dapat membantu meningkatkan pengeluaran madu lebah dan seterusnya menjana pendapatan lebih tinggi bagi kepada pengusahanya. Apa pun perlu diingat dimana kelulut tidak menyukai sebarang 'bau kimia' yang mungkin akan menyebabkan koloni kelulut meninggalkan sarang tersebut.
Pengalaman penulis blog sebagai aktivis didalam memberi ceramah dan penyebaran teknologi penternakan lebah dan kelulut mendapati ilmu pengetahuan penternak adalah asas kepada penternakan kelulut. Pemilihan kawasan sesuai dengan banyak sumber makanan perlu dikenallpasti sebelu membeli koloni kelulut dan menterernakknya dengan cara pengawasan baik. Terkini dilaporkan teknologi salutan nano diperkenalkan NanoMalaysia Berhad (NanoMalaysia) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dapat meningkatkan nilai tambah kepada penternakan lebah kelulut secara mampan melalui pelaksanaan projek kepada keusahawanan sosial. Menterinya terlibat nyatakan dimana inovasi yang diperkenalkan iaitu kotak topping lebah yang disalut dengan lapisan berteknologi nano untuk antimikrob dan menghalang pembiakan kulat. Didakwa ia adalah inovasi baru yang diperkenalkan NanoMalaysia untuk meningkatkan daya tahan kotak topping lebah kelulut dan mampu meningkatkan produktiviti madu sebanyak 20 peratus seterusnya menjana pendapatan yang berterusan untuk penduduk kampung.
Dalam pada itu dilaporkan dimana antara kebaikan penternakan lebah kelulut berinovasi adalah dengan adanya lebihan madu kelulut dimana ia boleh digunakan untuk pembuatan produk hiliran madu kelulut dalam bentuk sabun, pelembap bibir dan produk kesihatan lain. Kursus dalam teknologi penternakan lebah kelulut yang dijalankan menarik minat penduduk kampung untuk menggunakan kaedah penternakan lebih bersistematik. Inovasi seperti penyedut madu yang diubah suai mampu membantu mempercepatkan proses pengumpulan madu kelulut. Madu lebah kelulut mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi berbanding madu lain kerana ia mempunyai khasiat dan nutrien lebih baik. Terkini dilaporkan seramai lebih 100 peserta mengikuti kursus penternakan madu lebah kelulut yang dianjurkan NanoMalaysia dengan kerjasama Enactus UNITEN dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian untuk membantu penduduk kampung dalam teori serta latihan amali. Pada masa ini perusahaan madu lebah kelulut perlu dikembangkan dan dikomersialkan menggunakan teknologi baru untuk mendapatkan pulangan lumayan. Bagi projek di bawah MSI dilaksanakan pada skala permulaan sebagai pemangkin untuk meningkatkan pembabitan penduduk tempatan dan sektor swasta pada skala lebih besar lalu memberikan impak yang bermanfaat kepada penduduk. Jika dulu, penternakan lebah kelulut hanya untuk pasaran tempatan dan mampu memasuki pasaran global. Teknologi Salutan nano adalah inovasi yang boleh meningkatkan ketahanan kotak topping lebah kelulut. Lebah kelulut dapat meningkatkan pengeluaran madu dalam keadaan bersih. Didakwa dimana antimikrob pada salutan nano dapat membantu meningkatkan pengeluaran madu lebah dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi penduduk kampung. Semuga penghasilan madu kelulut berkualiti di Malaysia akan terus meningkat dan penternak mendapat pendapatan berbaloi. Diharap artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERNAK KELULUT... SARANG DIGUNA...
TEKNOLOGI NANO... SUDAH DI CUBA...
SARANG BERSIH... KELULUT SUKA...
HASIL BERKUALITI... TINGGGI HARGA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 14 Januari 2020).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.