Support My Blog

Tuesday, February 11, 2020

KUNYIT HITAM - APA POTENSINYA

KUNYIT HITAM (Kaempferia parviflora) merupakan sejenis kunyit yang mungkin masih ramai kalangan kita masih tidak mengenalinya. Kunyit hitam merupakan sejenis tumbuhan umbisi yang berada di bawah keluarga Zingiberaceae yang sesuai ditanam di negara kita. Kunyit ini bagaimana pun penulis blog dapati agak kurang popular berbanding herba lain seperti tongkat ali, kacip fatimah dan misai kucing namun khasiatnya sangat banyak berdasarkan kepada kajian saintifik dan testimoni. Dilaporkan dimana tumbuhan kunyit hitam ini ditanam secara meluas di Thailand berbanding di Malaysia. Mungkin faktor itulah yang menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kurang mengenali apatah lagi mengetahui khasiatnya. Berdasarkan kepada laporan kajian oleh pihak MARDI ada mendapati kunyit hitam yang mana ia kemudian dipanggil sebagai 'BlackG' ini memang didakwa ada mengandungi antioksida yang tinggi yang mana ia boleh meningkatkan tenaga manusia. Ia juga dikatakan mampu menjadi bahan rawatan penyakit jantung dan mengawal gula dalam darah. Dilaporkan juga dimana kunyit hitam ini sesuai untuk golongan wanita dimana ianya sangat bagus untuk menambah tenaga, merawat sakit lutut, pinggang dan sebagainya. Berdasarkan laporan kajian yang dilaporkan oleh media tempatan dimana kajian tentang bahan aktif di dalam ubi yang berwarna ungu itu dan MARDI mendapati khasiat kunyit hitam blackG yang utama ialah dari segi tenaga serta mempunyai keberkesanan yang positif untuk resdung, buasir, kanser dan sakit wanita terutama bagi mereka yang lepas bersalin. Walau bagaimanapun kini pihak MARDI sangat menjaga kualiti produk dan paling penting adalah kandungan kunyit hitam tersebut. Media tempatan juga paparkan dimana ada produk kunyit hitam hasil penyelidikan MARDI itu membabitkan jenama BlackG Health Theraphy, Black G Energy Booster, Black G Coffee Premix dan Black G Pure Extract (kapsul). Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology" mengenai kunyit hitam dan beberapa laporan media untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.

Dalam akhbar My Metro dilaporkan artikel bertajuk "Ramai tak kenal halia hitam" dimana dilaporkan kini permintaan terhadap produk berasaskan bahan semula jadi atau herba meningkat secara mendadak di pasaran negara ini berikutan kepada asas kecenderungan pengguna tempatan dalam menggunakannya untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Maka tidak hairanlah kini pasaran industri produk herba di negara ini terus meningkat dari setahun ke setahun apabila dianggarkan nilai pasarannya mampu mencecah lebih RM4.5 bilion setahun. Terdapat pelbagai bahan semula jadi atau herba yang popular di pasaran seperti tongkat ali, kacip fatimah dan daun misai kucing.  Bagaimanapun dilaporkan dimana pokok halia hitam kurang popular dalam kalangan generasi masa kini. Tumbuhan herba ini terdiri daripada kumpulan halia yang didapati secara meluas ditanam di Thailand berbanding di negara ini. Akan sebab tersebut mungkin faktor itulah yang telah menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kurang mengenali apatah lagi mengetahui khasiatnya. Situasi itu turut diakui pembekal dan pengedar anak benih pokok buah-buahan dan herba dikenali Encik Othman Saidon (Sila lihatt foto disebelah). Dari segi fizikal tanaman itu hampir serupa dengan kunyit namun bentuk ubinya berbeza dan berwarna ungu hitam walaupun saiz seakan-akan sama. Pada masa ini didapati agak sukar memperoleh benih halia hitam kerana ia tidak terdapat di pasaran atau nurseri. Biasanya beliau akan mendapatkan benihnya dari Thailand dengan harga agak mahal pada RM200 sekilogramHalia hitam mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana rizom (akar berisi) dan daunnya digunakan sebagai bahan bagi tujuan pengeluaran produk kesihatan, kosmetik, makanan tambahan dan perubatan.

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dilakukan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati tumbuhan ini mengandungi antioksida yang tinggi, meningkatkan tenaga manusia dan dikatakan sesuai untuk kosmetik serta bahan rawatan penyakit jantung. En Othman mempunyai premis penanaman kunyit hitam di Pusat Operasi Rio Gemilang Nurseri Sdn Bhd di Taman Senawang Jaya, Negeri Sembilan. Foto disebelah menunjukkan dimana anak pokok kunyit hitam yang berusia empat bulan (Sila lihat foto disebelah). Dakwa Othman berbanding di negara Thailand, penghasilan produk berasaskan halia hitam di pasaran tempatan sangat terbatas berikutan kekurangan bahan tanaman itu dan hanya segelintir pengusaha yang ada menanamnya secara berskala besar. Dakwanya tidak hairanlah di negara gajah putih itu terdapat produk berasaskan halia hitam yang diaplikasikan dalam pelbagai bentuk makanan kesihatan tambahan selain kosmetik. Kinii akibat kekurangan halia hitam di negara ini menyebabkan ia sangat sukar untuk diperoleh dan menjadi faktor utama ia tidak popular seperti pokok herba lain antaranya tongkat ali dan kacip fatimah. Katanya halia hitam mudah ditanam sama ada di atas tanah, dalam pasu atau menggunakan beg semaian. Dia kini turut menjual lebih 150 jenis anak pokok klon buah-buahan termasuk pokok nadir seperti acai berry, asam, kandis, bidara, kerdas, mentega, redan, cermai dan gajus. Dia yang turut dibantu tiga kakitangan bagaimanapun berkata, tanaman itu tidak sesuai ditanam menggunakan tanah liat dan memerlukan kawasan yang redup bagi mengelak terkena cahaya matahari berlebihan.

Biasanya pokok berkenaan akan mencapai tahap matang antara 10 hingga 12 bulan dan memerlukan pemantauan rapi terutama dari segi baja serta air. Kini didakwa beliau adalah juga pembekal utama benih halia hitam di negara ini dan bersedia membekalkannya sehingga 150 pokok dalam satu masa. Mereka juga menawarkan individu atau pengusaha yang berminat untuk bekerjasama bagi menjalankan projek tanaman halia hitam berskala besar,” katanya yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan itu. Pihaknya difahamkan setakat ini terdapat dua syarikat tempatan di Pulau Pinang sedang mengkormersialkan halia hitam sebagai bahan kosmetik dan makanan tambahan untuk pasaran dalam negara. Dia yakin halia hitam ini jika ditanam secara komersial ia boleh membawa pulangan lumayan kepada pengusaha bukan saja untuk pasaran tempatan, malah luar negara. Mereka ada banyak anak benih kunyit hitam yang ditanam di Rio Gemilang untuk mereka yang berminat membelinya (Sila lihat foto disebelah). Ia sedia ditanam dengan kaedah penanaman yang akan diterangkan kepada pembeli benih tersebut.

Dalam akhbar BH dengan tajuk "Benih kultur tisu" telah ada teknologi kultur tisu sebagai cara atau pendekatan untuk membiakkan bahan tanaman seperti kunyit hitam secara aseptik di dalam medium. Ia biasanya akan ditumpukan kepada jenis tanaman yang mempunyai nilai ekonomi tinggi dan prospek cerah pada skala komersial. Satu cara pendekatan diambil untuk menghasilkan tanaman dengan lebih cepat. Kaedah ini mampu memenuhi permintaan pasaran selain menguntungkan petani yang ingin mengusahakan projek penanaman berskala besar. Kunyit hitam adalah sejenis tanaman cekur bernilai tinggi dan digunakan secara tradisional dibiakkan melalui kaedah kultur tisu (Sila lihat foto disebelah)Proses menghasilkan anak benih kunyit hitam menggunakan kaedah kultur tisu ini dibangunkan Pegawai Penyelidik, Program Agri-Omik dan Bioinformatik, Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman. Perlu bahan rizom kunyit hitam bagi menghasilkan kultur tisu. Kini masih tidak ramai mereka yang mengetahui khasiat dan kebaikan kunyit hitam. Secara saintifiknya didakwa khasiat kunyit hitam yang berwarna ungu kehitaman sudah dibuktikan melalui kajian yang dilaporkan di dalam beberapa jurnal. Akibat kekurangan bahan tanaman ini di Malaysia menyebabkan ia sangat sukar untuk diperoleh dan antara faktor utama kunyit hitam tidak popular seperti tanaman lain.

Dilaporkan dimana aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia masih tidak menghasilkan produk berasaskan tanaman kunyit hitam walaupun banyak institusi penyelidikan serta universiti yang mengetahui potensi besar tanaman ini. Kesukaran untuk mendapatkan rizom sebagai bahan utama dalam penghasilan produk antara masalah utama. Harga rizom yang terlalu mahal menyukarkan pengusaha industri herba untuk mengeksploitasi dan memperkenalkan tanaman ini dalam pasaran industri herba. Walaupun permintaan produk herba terus meningkat kebelakangan ini, penghasilan produk berasaskan kunyit hitam masih dipandang sepi berikutan kekurangan bahan tanaman untuk penghasilan secara berskala besar. Proses penghasilan pucuk pemula di atas medium yang mengandungi hormon beserta kaedah pensterilan yang optimum (Sila lihat fotoo disebelah). Didakwa dimana peluang ini membolehkan MARDI membangunkan tanaman kunyit hitam ini melalui kaedah kultur tisu bagi memperbanyakkan anak benih yang perlu dieksploitasikan dengan kadar segera. Produk berasaskan kunyit hitam ini boleh diguna pakai dalam bentuk makanan kesihatan, makanan tambahan herba, campuran produk bersama kopi, kosmetik dan farmaseutikal. Benih kunyit hitan boleh dikeluarkan pada kadar yang tinggi dan sedia untuk dipindah ke beg semaian. Kajian kunyit hitam ini mendapati ia mempunyai ciri-ciri antiradang, antigastrik dan antiobesiti. Teknik kultur tisu tumbuhan sudah lama diterima dan diguna pakai untuk pembiakan mikro pelbagai jenis tumbuhan serta tanaman.

Teknologi kultur tisu ini menghasilkan bahan tanaman dalam skala yang besar dan tempoh singkat. Teknologi ini berjaya menghasilkan lebih 3,000 anak benih pokok daripada satu pokok tunggal berbanding kaedah konvensional yang hanya menghasilkan 15 hingga 20 anak benih. Anak pokok kunyit hitam yang menggunakan kaedah kultur tisu. Teknologi ini salah satu proses penghasilan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak. Dalam kaedah ini, bahagian spesifik tunas yang berpotensi untuk menjana semula sudah dipilih. Teknologi ini juga memang menggunakan teknik pensterilan khusus untuk penghasilan bahan pemula berkualiti dan dikultur secara efektif dalam medium pertumbuhan yang diubah suai untuk menghasilkan anak benih kunyit hitam secara kultur tisu. Proses tapisan dan pemilihan tunas baru daripada pokok induk dibuat pada usia tertentu tunas berkenaan. Kaedah dijana melalui teknologi ini mampu menghasilkan klon tumbuhan yang subur dalam kuantiti besar untuk peringkat komersial yang boleh digunakan dalam industri herba. Proses kultur tisu mengambil masa lapan bulan hingga setahun sebelum dipindahkan dalam beg semaian. Tempoh matang bagi pokok ini mengambil masa sehingga 10 bulan dalam memastikan bahan aktif di dalam kunyit hitam pada paras tertinggi. Sebagai rumusan sebaiknya diulas dimana kunyit hitam merupakan tumbuhan herba daripada kumpulan keluarga Zingiberaceae dengan nama saintifik Kaempferia parviflora. Dari segi ciri botani oa merupakan jenis tumbuhan dwitahunan dengan rizom di bawah tanah. Berwarna hitam ungu dan kepekatan warna bergantung kepada tanah. Kunyit ini dilaporkan mempunyai ciri-cirinya adalah hitam ungu. Ia didakwa berkhasiat dimana mampu didalam meningkatkan tenaga, meningkatkan organ kekuatan otot, diperkaya dengan antioksidan, membantu rawatan resdung tahap kronik, alahan dan kegatalan serta berfungsi sebagai antigastrik atau ulser. Khasiatnya juga didakwa mamp merangsang penghadaman dan dapat mengelakkan sembelit serta buasir, merangsang prestasi seksual (wanita) dan menopaus, mencegah masalah obesiti dan diabetes, membantu rawatan migrain dan sakit kepala, mencegah penyakit kardiovaskular (strok dan jantung), peningkatan peredaran darah, agen antibarah serta mampu untuk membantu meningkatkan prestasi seksual dan tenaga fizikal. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 KUNYIT HITAM... JARANG DENGARNYA...
MUDAH DITANAM... BENIHNYA TIADA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI GUNA...
BACA ARTIKEL... MAHU MENCARINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(16 JamadilAkhir 1441H).
Bersamaan 10 Febuari 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...