Support My Blog

Tuesday, February 25, 2020

ETEPHON - APA DIA?

ETHEPHONE (Etepon) merupakan bahan kimia penggalak (growth regulator) yang sering digunakan didalam sektor pertanian terutama untuk menigkatkan kualiti dan dapat menambahkan penghasilan. Lazimnya seperti diketahui semua orang dimana buah pisang dan mangga selalunya menggunakan ethephon iaitu agen pematangan untuk buah tersebut masak kekuningan dalam jangkamasa dua atau tiga hari sebelum dimakan atau dijual. Ia menjadikan buah tersebut kekuningan seragam dimana sesuai dijual dan menarik minat pembeli. Jika tidak dirawat dengan ethepon maka ada buah yang masa masaknya berperingkat atau tidak sekata. Masaalah selalu berkait dengan adakah bahan ini merbahaya kepada pengguna dan manusia?. Dilaporkan dimana agen pemasakan buah dan hormon pembuahan nanas ini tidak jelas kesannya kepada manusia kerana ia hanya agen penggalak sahaja. Ethephon adalah produk kimia organik dimana dalam bentuk asalnya merupakan kristal jarum putih yang mana ia digunakan sebagai stimulan pertumbuhan untuk tanaman pertanian. Ethephon adalah pengatur pertumbuhan tanaman yang baik dan berkesan (efective) dengan ia memiliki kesan mempercepatkan akan proses pematangan buah, merangsang aliran luka dan mengatur keseragaman buah masak. Terdapat berbagai cara dalam penggunaan ethephon daripada menggunakan gas etilen yang disemburkan dalam keadaan tertutup dimana gas etilin akan merangsang buah pisang itu sendiri dengan cepat menghasilkan gas ethylene dan mempercepat memasak sendiri. Proses pemasakan etilen adalah proses fisiologi dan biokimia tanaman yang kompleks dimana ia tidak pula menghasilkan bahan yang beracun kepada manusia. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bahan penggalak tumbuhan (growth regulator) iaitu etephon sebagai bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana ada juga dakwaan ia bahaya terhadap kesihatan dari penggunaan etephon seperti kesan radang atau iritasi pada kulit dan mata dan kesan seperti asid mukosa. Terdapat kesan seperti rasa seakan terbakar, mual dan muntah jika ada penggunaan yang tidak disengajakan atau terkena bahagian sensitif. Mangsa akan muntah berwarna coklat dan hitam dimana ada dilaporkan pesakit boleh koma sehingga 3.5 jam lamanya. Penggunaan ethephon untuk memasakkan buah pisang tidak akan membahayakan kesihatan manusia dan tidak ada masalah dengan bahan makanan selepas dirawat. Etephon merupakan bahan selamat digunakan dimana selepas dirawat kepada tumbuhan atau hasil buah-buahan mana ia bertukar kepada etilin yang menyebabkan buah cepat masak. Ia juga bersifat sebagai 'butyrylcholinesterase inhibitor' yang digunakan dalam pertanian dan tanaman.  Ethephon biasanya akan digunakan untuk tanaman gandum, kopi, tembakau, kapas, padi dalam membolehkan hasilan tuaian cepat matang. Di USA dan negara-negara Barat dilaporkan penggunaan etephon kepada ladang kapas adalah penting. Apabila disembur ia akan memboleh kapas berbunga dan berbuah serentak yang menyebabkan kesan bunganya pecah untuk memudahkan jadual penuaian dengan jentera (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti menuai kapas berjalan dengan cekap dan kualiti kapas dihasilkan juga seragam. Tahap masak serentak kapas ini kemuidan akan memudahkan kapas tersebut kemudiannya diproses dikilang untuk membuat produk berasaskan kapas. 

Dalam pada itu etephon memang bahan penggalak untuk menghormon pokok nanas (Ananas comosus). Terdapat beberapa jenama produk yang mengandungi bahan ini dipasaran dimana penanam nanas akan menyemburnya pada pokok nanas yang sedia untuk berbunga. Selepas aplikasi bahan ini makan pokok nanas akan berbuah dan akan dituai 135 -145 hari kemudian untuk nanas hibrid MD2. Nanas merupakan sejenis komoditi yang boleh diatur penuaiannya mengikut jadual pemasaran berdasarkan kepada jumlah pokok yang disembur dengan ethepon atau di hormon. Anda boleh membaca artikel berkaitan perkara ini dengan membuat pautan (Sila klik disini)Proses untuk menggunakan bahan penggalak pembungaan membantu penanam nanas merancang jadual pengeluaran dan jadual pemasaran mereka dengan lebih tersusun. Etephon juga sering digunakan untuk menjadikan buah yang masak berwarna hijau kepada warna kuning yang manarik dipasarkan. Pisang (Musa acciminata) yang masak boleh dimasikkan didalam beg plastik dan dibubuh etephon dan akan menjadi kuning kemudiannya. Banyak lagi jenis buah lain yang dirawat untuk tujuan yang sama. Buah tersebut dilihat sebagai selamat dimakan setelah dirawat dengan etephon. Ini keran kadar ketoksikan etephon adalah sangat rendah apa lagi jika perawatan menggunakan gas etilin. Penggunaan bahan ini diluluskan oleh European Union (EU) dan boleh diplikasikan untuk tujuan eksport buah-buahan tempatan ke EU.

Ethephon yang berfungsi sebagai 'growth regulator' bertindak dengan melepaskan gas etilin yang bertindakbalas dengan proses fidiologi buah-buahan dan tumbuhan. Ia memang signifikan untuk proses kematangan buah dan memasakkan hasil tanaman. Ia memang sering digunakan didalam merawat buah-buahan, sayur-sayuran dan juga tumbuh-tumbuhan itu sendiri. Fungsi etephon sebagai agen kemasakan buah, abscission, cepatkan penmbungaan dan tindakbalas lain memang didaftarkan untuk penghasilan bahan makanan.  Banyak tanaman ornamental atau tanaman hiasan yang dirawat dengan etephon untuk kecantikan dan keindahan ditaman rekreasi. Ada beberapa kaedah cara bagaimana untuk menggunakan etephon seperti dengan menggunakan hanya 0.5 gram Ethephon Plus Latex Stimulant kepada kawasan torehan pokok getah akan membantu penghasilan susu getah (lateks) menjadi banyak dan lambat membeku. Penulis blog memang amat mahir menggunakan etephon semasa dahulu menjadi penoreh getah dikampong. Apa yang penting peggunaan bahan ini kepada pokok getah adalah mesti pokok getah dibaja dan dijaga kekerapannya kerana ia boleh mnyebabkan kesan kulit (bark) pokok getah rosak dan lateks tidak keluar jika tidak pandai menggunakannya. 

Berlainan pula dengan bahan pengalak pertumbuhan lain seperti Kalsium Karbid yang juga digunakan untuk menghormon nanas. Bahan ini sering digunakan kepada jenis nanas yang tidak sensitif dengan bahan etephon seperti Nanas Sarawak, nanas Yankee, Nanas Madu Kaca dan beberapa lagi. Kalsium Karbide ini mengandungi bahan merbayaha seperti arsenik yang merbayaha kepada manusia jika disalahgunakan. Penggunaan bahan kalsium karbid juga dilarang dibeberapa buah negara maju kerana ada kandungan bahan phosphorus dan arsenik. Dalam pada itu bahan penghormon nanas yan ada digunakan adalah dikenali dengan nama Planofix iaitu sejenis larutaan cecair mengandungi bahan 4.5% (w/w)  Alpha napthyl acetic acid sebagai bahan perawis. Bahan ini selalu digunakan sebagai bahan untuk mengeluaran bunga dan proses permatangan buah-buahan. Walau pun kalsium karbide ada digunakan untuk memasakkan pisang akan tetapi jika ia terkena air makan menghasilkan bahan carcinogenic dan gas etilin yang akan memasakan buah pisang serentak. Dalam pada itu bahan Ethrel juga ada digunakan dengan menyembur 2-3 minggu sebelum aktiviti tarikh penuaian. Semburan dengan 1.75 - 3.50 liter Ethrel Plant Growth Regulator sehektar dengan 2,000 - 4,000 gelen air mencukupi bergantung kepada saiz pokok. Kepada petani dan pemilik ladang komersil lazimnya mereka akan menggunakan bahan penggalak pertumbuhan seperti ethephon bagi membuat aruhan pembunaan, menghasilkan buah serentak dan seragam serta menjadikan buah masak didalam peraman. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
NAMA ETHEPHON... SELALU DIGUNA...
MENGHORMON NANAS... PASTI ADA...
MEMASAKAN BUAH... KUNING SEMUA..
SELAMAT DIMAKAN... KURANG BAHAYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 322, Hotel UDC-UUM,
Jalan Sintok, UUM,
Changloon, Kedah,
Malaysia.
(13 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 5 Januari 2020).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...