Support My Blog

Sunday, April 30, 2023

POKOK MONSTERA - APA DIA?

POKOK MONSTERA
(Monstera deliciosa) adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Araceae yang sering dijadikan tanaman hiasan yang memang menarik dan cantik. Keunikan tumbuhan ini adalah dimana 
bentuk daunnya yang berwarna hijau serta berlubang dan saiz daunnya juga besar. Pokok ini menjadi pilihan ramai kerana ia sesuai ditanam sebagai tanaman dalam rumah (indoor plants) atau dijadikan tamanan hiasan dalam pasu. Pokok ini juga lebih dikenali sebagai pokok 'Keladi Monstera' atau 'Cheese plant' disebabkan bentuk lubang-lubang pada dunnya seakan lubang pada cheese. Ini juga berkait dengan daun pokok ini pada tumbuhan yang matang boleh menjadi sangat besar, berkilat, berwarna hijau gelap, daun terbelah-belah dan berlubang-lubang bergantung kepada spesis dan cara penjagaannya. Pokok montera yang termasuk didalam keluarga memanjat (climbing plants) ini mempunyai 50 spesis dimana mampu tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Pokok ini mampu memanjang dengan bantuan 'akar udara' atau 'aerial roots' yng mencangkuk pada dahan pokok dan juga akar ini boleh masuk dalam tanah untuk dapatkan nutrian dan sebagainya. Pokok monstera dikenali sebagai pokok jenis Hemiepiphyte yang unik. Daunnya mempunyai susunan alternate dimana ukurannya adalah besar diantara 25 - 90 cm (9.8 - 35.4 inchi) panjang dan memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk subur. Lubang-lubang yang ada pada daun dibahagian atas membolehkan cahaya matahari diterima oleh daun-daunnya dibahagian bawah. Bunganya akan keluar dari infloresense yang dipanggil sebagai 'spandix' berukuran 5 - 45 cm panjang dimana ia akan menjadi buah yang seakan buah beri dimana ada juga spesis yang buahnya boleh dimakan. Dari segi kegunannya dimana pokok monstera hanya sesuai dijadikan tanaman hiasan dalam rumah (indoor plants) dan sebagai tanaman landskap. Artikel pada subuh ini dari aras 12, Hotel Meridin, Bandar Iskandar Puteri, Johor Bahru saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia pokok monstera untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Secara umumnya mungkin ramai pembaca pernah melihat akan pokok monstera ini akan tetapi kurang mengenalinya. Apa pun dilihat dimana k
ebanyakan pokok keladi monstera yang ada dijumpai di rumah orang atau dikedai atau ditapak semaian berdekatan adalah dalam saiz sederhana dengan daun yang sudah terbelah, tetapi tidak berlubang-lubang. Sekiranya pokok ini berukuran terlalu kecil selalunya daunnya tidak terbelah tetapi pada penulis blog ia masih boleh kenal idengan hanya melihat kepada batang pokok dan batang daun yang panjang. Pada peringkat ini dilihat memang kita tidak akan nampak akar udara atau nod pucuk kerana internod yang sangat pendek. APa pun pokok Monstera deliciosa ini adalah sejenis pokok hiasan yang sangat trendy dan popular di negara kita dan banyak negara lain seluruh dunia. Pokok ini berasal dari hutan tropika di selatan Mexico dimana ia kini boleh didapati dengan mudah di nurseri. Asasnya dimana pokok Monstera sangat suka tempat yang terang akan tetapi ia amat sensitif dengan cahaya terus matahari kerana akan merosakkan daun. Penulis blog syorkan agar ia diletakkan di dalam rumah akan tetapi elakkan di tempat yang terang seperti di tepi tingkap. Lama kelamaan kemudian dilihat yang daun-daunnya akan tumbuh atau berpusing arah ke tingkap dimana amalan memusingkan pasu supaya pokok tidak condong ke arah tingkap perlu dilakukan. Sebenarnya pokok monstera sangat sensitif kepada kelembapan tanah. Pokok ini tidak suka tanah yang basah dan amat amat penting untuk pastikan tanah yang akan digunakan mempunyai saliran air yang baik dan jangan siram terlalu kerap. Disarankan agar hanya siram jika permukaan tanah telah kering dimana ia diperiksa melalui sentuhan jari pada tanah iaitu sekiranya dirasa tanah pada permukaan kering dan keras maka perlu disiram pokok pada keesokan hari. Cara ini amat berkesan untuk semua spesis monsterabagi tujuan untuk menggalakkan kadar pertumbuhan dengan lebih cepat. Asasnya adalah menentukan media tanaman dalam pasu yang terbaik dimana kalau mengguna tanah yang di beli dari tapak semaian sesuai dicampur tanah tersebut dengan sedikit perlite atau leca (clay peebles) untuk tingkatkan kadar saliran air dan juga pengudaraan tanah yang baik. Biasanya dipilih perlite kerana ia lebih ringan dan pasu akan menjadi lebih ringan untuk diangkat.


Secara agronomi dimana k
ebanyakan pokok hiasan sukakan suhu di antara 22°C - 30°C (suhu bilik) untuk tumbuh dengan baik. Dalam situasi dimana keadaan suhu bilik terlalu sejuk (ada aircond) atau di tempat sejuk selalunya ia tidak akan memudaratkan keadaan pokok monstera akan tetapi berlaku kadar pertumbuhan pokok kesannya menjadi lebih perlahan. Perlu diingat dimana pastikan agar jangan terlalu sejuk dibawah 15°C kerana kesihatan pokok akan terjejas. Adalah penting bagi pokok monstera diketahui akan keadaan kelembapan udara kerana ia tidak menjadi isu utama kerana pokok ini dapat menyesuaikan diri dengan agak baik. Apa yang lebih penting adalah mempastikan ia masih menerima cahaya matahari yang terang untuk melakukan proses fotosintesis dengan baik. Beberapa petua didalam mengenali masaalah penjagaan pokok monstera perlu diketahui pemiliknya. Akan jumpa dimana keadaan daun monstera menjadi kuning yang menandakan ia adalan simptom pokok monstera kekurangan air. Pastikan menyiram air dengan kadar mencukupi selepas itu. Apabila dilihat dimana terdapat bintik-bintik coklat pada daun yang merupakan simptom terlebih air maka lakukan penyaliran air dari dalam pasu. Ini kerana keadaan daun yang  menjadi kuning juga adalah simptom kritikal keterlebihan air yang teruk dan akar tumbuhan ini sudah mula mereput.  Pokok Monstera memerlukan cahaya yang terang dan ia akan kekal subur jika anda memberikan cahaya semulajadi yang mencukupi. Pastikan pokok ini tidak menerima cahaya matahari yang terlalu terik kerana jika terlalu panas maka daun pokok ini akan meninggalkan kesan terbakar. Pokok ini akan lambat tumbuh jika kurang terdedah dengan cahayaa dan jika anda menyimpan pokok ini di dalam bilik yang gelap maka daunnya boleh bertukar kepada warna kekuningan. Apa pun pokok ini suka jika tanahnya sentiasa lembab dan harus menyiramnya jika permukaan atas tanah itu kering. Boleh amalkan menggunakan alat pengukur kelembapan atau hanya menggunakan jari sahaja. Jangan biarkan tanahnya terlalu kering kerana situasi ini akan mengakibatkan daunnya terkulai layu dan cepat-cepatlah menyiramnya. Tanda lain yang mana ia menunjukkan tanah itu kering adalah daun mula bertukar menjadi coklat muda dan mudah reput. Daun akan bertukar menjadi kuning jika anda terlebih menyiramnya. Pokok ini tumbuh dengan cepat dimana ia bermakna aperlu bersedia untuk menyediakan saiz pasu yang besar dan sesuai dengan pertumbuhan akarnya untuk memberi banyak ruang kepada pokok untuk terus tumbuh. Pembajaan baja tidak banyak iaitu hanya diberikan sekali setiap bulan kecuali pada musim panas dan musim luruh sebab pada kedua-musim itu adalah waktu yang subur untuk pokok Monstera ini akan tumbuh. Ia juga amat mudah mudah dibiakkan berbanding dengan pokok yang lain dan mempunyai beberapa cara untuk pembiakan. Caranya dengan memotong sebahagian batang yang besar. Cara ini membenarkan Monstera ini menerima kelembapan dan nutrien yang mencukupi untuk melakukan proses pembaharuan akar. Cara lain adalah menunggu pertumbuhan akar udara yang baru. Ini adalah satu isyarat kepada anda untuk mula melakukan proses pembiakan.


Pokok Monstera merupakan pokok yang lasak dan agak sukar untuk menerima diserang serangga perosak apabila ia sihat. Bagaimana pun bila ia menerima tekanan atau lemah maka ia boleh terdedah kepada beberapa perosak seperti kutu air atau hama labah-labah. Sebaikny dipastikan pokok selalu mendapat cahaya dan air yang bersesuaian bsgi memulihkan pokok daripada serangga perosak sebelum menjadi lebih teruk. Selalu bersihkan daun dan batang dengan air sabun secara berhati-hati bsgi menyingkirkan serangga perosak tersebut. Pembaca blog perlu faham dan jangan panik jika pokok Monstera anda menggugurkan daunnya. Itu adalah proses normal untuk mengeluarkan daun yang baru. Daun baru akan meningkatkan lagi nutrisi dan kesihatan pada pokok tersebut serta memberikan pokok tumbuh dengan kuat besar. Aspek penting adalah ciri ketoksikan dimana kebanyakan tumbuhan tropika ini beracun dan Monstera tidak terkecuali. Getah pada batang dan daunnya boleh menyebabkan kesan seperti senak perut dan muntah pada manusia dan juga haiwan. Diingatkan agar ia dijauhkannya terutama daripada kanak-kanak. {Pokok ini sesuai dijadikan tanaman hiasan dan ia boleh hidup dengan baik jika diletakkan di tempat yang mendapat pencahayaan yang cukup, tanahnya sentiasa lembap dan suhu yang hangat. Jangkahayat hidup pokok ini tidak dapat dipastikan dengan jelas dimana ada pokok ini yang dijaga baik hidup sehingga lebih 40 tahun. Apa pun ia boleh bertumbuh sehingga 10-15 kaki jika ditanam di dalam rumah. Lebarnya pula boleh mencecah 8 kaki dengan setiap daunnya mempunyai kepanjangan 18 inci. Daun baru pokok Monstera akan mula tumbuh setiap 4-6 minggu diaman ia bergantung kepada cara penjagaan anda dan juga samada persekitaran tersebut optimum untuk pembesaran. Amalan membuang daun yang rosak dibuat kerana daun ini sudah tidak lagi ia menghasilkan tenaga dan boleh menjadi sarang kepada perumah patogen perosak yang boleh menyebabkan seluruh pokok terdedah kepada risiko penyakit. Pokok Monstera yang mempunyai daun berciri unik seperti ada tompokan berwarna cerah dan bermotif marmar dijual dengan harga yang mahal kerana sukar untuk didapati. Varian harga seperti Monstera albo dijual pada harga USD100 (RM441) hanya bagi keratan batangnya sahaja kerana keunikannya dan juga faktor ada permintaan yang tinggi di kalangan pencinta Monstera (Sila lihat foto disebelah). Hasil tinjauan secara on-line di Shopee, sepohon pokok Monstera albo dan beagi jenis Monstera Thai Constellation dijual pada harga RM1500-RM2500. Hebat juga nilai pasaran bagi bunga ini.


Dalam laporan media tempatan bertajuk 'Kisah tiga pokok Monstera bernilai RM50,000 hilang dicuri' jugs menarik perhatian ramai dan wajar dikongsikan dalam artikel ini. Mungkin ramai pembaca blog tidak percaya jika harga pokok unik Monstera ini bernilai RM50,000. Apa pun semasa pelaksanaan PKP yang dahulu didakwa harga pokok Monstera ini meningkat gara-gara ra,mai yang terperap di rumah dan memulakan hobi baharu isitu menanam pokok hiasan. Namun ramai tidak pernah pula terfikir hingga tinggi begini makal harga pokokk ini. Dilaporkan dimana tular di sosial media mengenai kisah seorang wanita kehilangan tiga pokok miliknya yang telah dicuri di sekitar kawasan Terengganu. Kisahnya bermula pada 14 September 2021 apabila pengguna sosial media yang mesra dengan panggilan Majida membuat satu muat naik mengatakan bahawa tiga pokok beliau jenis Monstera telah hilang dicuri pada waktu siang hari. Beberapa hari kemudian, menurut polis pencuri berkenaan telah dikenalpasti dan ditahan reman. Tetapi apa yang lebih berminat untuk mengetahui kisah unik ini di sebalik kecurian tiga pokok kesayangan Majida ini.  Pada kebiasaannya apabila bulan terang baru penjenayah berani untuk buat kerja. Namun sekarang ini pada waktu siang pun boleh terjadi iaitu kategori pokok hiasan. Didakwa pemiliknya hanya mula sedar yang ketiga-tiga pokok ini hilang apabila sebatang buluh yang sering kali digunakan untuk menongkat pokok-pokok monstera beliau berada di tengah laman rumah. Apa pun ketiga-tiga pokok ini diletak di laman rumah yang berpagar dan pemilik ada mengambil langkah berjaga-jaga seperti memasang kamera CCTV untuk mengelakkan dari sebarang kejadian seperti ini berlaku lagi. Tiga pokok Monstera bernilai RM50,000 kerana pokok Monstera ini tidak terdapat di hutan Malaysia atau dijual di nurseri biasa. Tiga pokok Monstera ini adalah daripada jenis Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon. Keadaan ketiga-tiga pokok ini sangat subur sebelum dicuri. Anak pokok Monstera Albo pertama dia beli dari pengumpul tempatan pada sekitar Mei 2018 yang asalnya adalah baka dari Jepun, manakala Monstera King Aurea dan Monstera King Albo ini diimport daripada Indonesia. Mungkin ada yang keliru bahawa pokok Monstera adalah jenis yang sama dengan Giant Pothos yang banyak tumbur meliar di hutan Malaysia. Namun ada perbezaan ciri yang ketara antara kedua-dua jenis baka ini jika hendak dibandingkan. Nilaian harga pokok-pokok ini bertambah tinggi bergantung kepada kematangan dan saiz daun, kesihatan akar, saiz batang dan keadaan fizikal daun yang tiada cacat cela. Mungkin kejadian kecurian berlaku bukan atas faktor desakan hidup kerana kini penjenayah lebih gemarkan barang-barang mahal. Kes mencuri pokok 3 pokok ini bernilai RM50,000 bagaimana pun selesai selepas pencuri diberkas dan pokok dipulangkan tapi dalam keadaan yang menyedihkan. Dijangka pencuri tahu pokok ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Di Malaysia kini sudah ramai yang memiliki pokok Monstera variegated, namun yang mempunyai saiz daun yang besar boleh dibilang dengan jari. Permintaan juga tinggi dan mungkin sekali mereka ingin mengambil untuk tujuan menjual semula. macsm-macsm kisah mengenai tanaman hiasan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK HIASAN... POKOK MONSTERA...
BERLUBANG DIA... CANTIK DI DAKWA...
HENDAK CANTIK...IA PERLU DIJAGA...
DICURI ORANG... IANYA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(10 Ramadan 1444H).

Saturday, April 29, 2023

EMBUN - APA CERITA?

EMBUN
(Dew) adalah seperti titisan air yang selalu dilihat diwakti malam atau pagi dengan persekitaran yang memang mengizinkan. Embun juga merupakan fenomena berkaitan ilmu fizik dan ilmu meteorologi yang hanya berlaku apabila udara tepu. Ia berlaku apabila udara melebihi kapasiti tahap maksimumnya untuk mengekalkan air dalam keadaan wap. Apabila had ini melebihi kadar tersebut maka udara akan menjadi tepu dan titisan air mula terbentuk dan melekat di permukaan sesuai seperti daun, batu, sarang labah-labag dan sebagainya. Penulis blog memang sudah mengenali akan perkataan 'embun' ini sejak kecil lagi kerana memang sering menjumpainya di kawasan keliling rumah terutama diwaktu padi di Muar, Johor. Kebetulan pula arwah ibu penulis blog juga dipanggil dengan gelaran 'Embun' dikalangan masyarakat kampong. Penulis blog paling suka akan 'mengusik' embun pagi yang berada dihujung daun rumput atau tumbuhan lain dan juga embun yang melekat disarang labah-labag (spider web) yang amat unik sekali (Sila lihat foto diatas). Apa pun dari segi sains dimana pembentukkan titik embun adalah ia merujuk kepada semasa wap air di atmosfera berlaku pemeluhwapan (condensation process) dan kemudian akan menghasilkan titisan cecair yang bergantung kepada suhu, fros, kabus atau embun dipersekitarannya. Lazimnya embun sentiasa wujud sebagai wap air di udara dimana jumlahnya berkaitan dengan tahap kelembapan disesuatu lokasi. Apabila kelembapan relatif mencapai 100% maka udara dilokasi tersebut akan menjadi tepu dan mencapai titik embun. Adalah penting untuk difahami jika kelembapan relatif adalah menjadi penghubung antara jumlah wap H2O di udara dan jumlah maksimum H2O yang boleh wujud pada suhu yang sama. Air merupakan unsur paling unik kerana ia boleh bertukar bentuk daripada Cecair, pepejal (air batu) dan juga gas (wap). Sebagai contoh dimana apabila kelembapan relatif berada sekitar 72% pada suhu keliling 18ºC maka kandungan wap air di udara ialah 72% daripada jumlah maksimum wap air pada 18ºC. Jika pada ,asa itu suhu pada bacaan 100% kelembapan relatif dicapai maka takat kejadian embun tercapai. Takat embun dicapai apabila kelembapan relatif meningkat masa itu manakala suhu tidak berubah atau apabila suhu menurun tetapi kelembapan relatif kekal sama. Artikel pada petang Jumaat 7 Syawal 1444H (Masih Raya) ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan mengenai cerita dan maklumat berguna mengenai embun untuk dijadikan bahan bacaan pembaca semua.


Apakah dia beberapa c
iri-ciri utama embun yang boleh dilihat dengan mata kasar?. Ada maklumat menyatakan dimana titik embun yang ideal untuk manusia dapat lihat dan adalah satu fenimena yang tidak selalu dijumpai.
Di tempat-tempat yang dianggap mempunyai titik embun yang tinggi selalunya udara sekelilingnya adalah pada tahap kelembapan tinggi.  Jika suhu kekal pada 18ºC dan kelembapan relatif mencapai 100% lazimnya titik embun akan dicapai dimana sel air yang verada diudara sekelilingnya akan terkondensasi sehingga menjadi titisan air (kabus) di atmosfera dan titisan air (embun) akan jatuh di permukaan objek berdekatan seperti daun, batu tanah dan sebagainya. Sudah tentu ampaian atau titisan air di permukaan ini tidak basah melecun sebagaimana titisan air hujan yang banyak jumlahnya. Pemeluwapan dalam udara termampat adalah salah atu masalah kerana ia boleh menyebabkan saluran paip tersumbat, berlaku kes kegagalan mekanikal, menyebaban aktiviti pencemaran dan juga proses pembekuan. Kemampatan udara selalunya akan seterunya meningkatkan tekanan wap air dimana ia meningkatkan takat pembentukkan titisan embun. Perkara ini penting untuk sesiapa memahami jika ada seseorang mengeluarkan udara ke atmosfera sebelum mengambil ukuran. Titik embun pada titik pengukuran akan berbeza daripada titik embun dalam proses apabila suhu takat embun dalam udara termampat berbeza dari suhu bilik dan juga dalam kes khas hingga mencecah paras minus 80 °C . Apa pun selalunya sistem pemampat tanpa keupayaan pengeringan udara cenderung menghasilkan udara mampat tepu pada suhu bilik. Sistem dengan pengering beku menyalurkan udara termampat melalui penukar haba yang disejukkan yang memekatkan air daripada aliran udara. Sistem ini biasanya menghasilkan udara dengan takat embun sekurang-kurangnya 5°C. Sistem pengeringan bahan pengering menyerap wap air daripada aliran udara dan boleh menghasilkan udara dengan takat embun -40°C dan lebih kering apabila diperlukan.
 

Embun adalah fenomena antara sains fizik dan safns meteorologi yang hanya berlaku apabila udara tepu. Selalunya berlaku apabila ia melebihi kapasiti maksimumnya untuk mengekalkan air dalam keadaan wap. Apabila had ini melebihi maka udara akan menjadi tepu dan titisan air mula terbentuk dan ia kemudian mendap di atas permukaan daun, tanah, bati dan sebegainya. Mekanisma penbentukkan titisan rmbun agak kompleks untuk difahami.  Selalunya akibat kehilangan haba permukaan juga boleh menyebabkan titisan air embun terhadi secara tradisional yang terbentuk jika kelembapan ambien tidak terlalu tinggi. Tetapi jika semua lembapan di tanah menyejat secara langsung dimana titisan kecil ini mencipta kabus yang popular. Perlu difahami apabila fenomena embun dicirikan oleh langit yang cerah tanpa angin dan udara lembap pada waktu malam dan berlaku terutamanya pada musim bunga dan musim luruh. Bagaimana pun dilaporkan masih ada proses yang memerlukan keadaan persekitaran yang sesuai. Jika suhu menghampiri takat embun maka proses dalam pembentukan embun hampir terjamin apabila wap air di udara mula terpeluwap akan tetapi tidak di atas atau di bawah takat embun. Tetapi jika suhu kekal di bawah takat embun maka kabus mungkin akan terbentuk. Akhirnya dimana apabila suhu turun di bawah 0°C maka fros tradisional terbentuk. Pada penulis blog e
mbun adalah wap air yang mengalami proses menjadi titisan embun dari bentuk gas menjadi bentuk cecair. Proses terjadinya embun merupakan mendapan titisan air yang terbentuk oleh pe,a,[atan (condensation) atau proses perubahan wujud air dari gas menjadi cair. Selalunya cuaca pada hari itu air akan menguap menjadi uap air. Kemudian uap air ini terperangkap di udara. Embun dilihat pada pagi hari dimana selalunya jika ada malam yang cerah sangat ideal untuk embun terbentuk di bawah keadaan kehilangan panas matahari ke langit oleh radiasi (pergerakan energi dari satu tempat ke tempat lain). Wap air itu akan melekat pada benda-benda seperti daun, tanah, atapdan rumput. Permukaan benda-benda tersebut juga turut menjadi dingin sehingga akan membuatnya mudah titisan embun lmelekat. Wap air yang melekat pada permukaan benda-benda itu tidak akan untuk dapat dilihat.  Ia selalunya akan berubah kembali menjadi titik-titik air disebabkan suhu menjadi lebih dingin dan udara memiliki satu titik tepu. Inilah merupakan jenis embun yang sering kita lihat pada pagi hari. Ini adanya penurunan suhu udara yang juga bisa menyebabkan berada di titik tepu.  Selalunya pembentukan embun disebabkan oleh penyebaran wap air dimana ada dua cara yang memungkinkan wap air menyebar ke seluruh tanaman atau tumbuhan yang tumbuh bersama-sama pada satu tempat. Pertama dilihat memang ada pergerakan wap air ke bawah atmosfera yang terjadi ketika kandungan wap air di udara meningkat dengan tahap ketinggian. Embun pafa malam dipanggil sebagai pergerakan wap air ke atas yang terjadi ketika suhu permukaan tanah lebih tinggi dari pada daun. Iari sudut memang ada banyak kegunaan embun masih diperdebatkan. Ada dakwaan jika ia dapat merangsang pertumbuhan kulat yang berbahaya bagi tanaman sebagai patogen penyakit. Embun terbentuk pada titik embun dan kemudian membeku dan ini disebut 'Emnun Beku ' dimana ia terbentuk dari wap air dalam sebuah atmosfer di atas titik beku. 


Merujuk kepada portal kompas.com dimana ada 7 manafaat embun dalam duia kesihatan. 
Embun pagi didapati ia mengandungi banyak oksigen, air tulin yang berkhasiat dan ia dilaporkan mampu menyijatkan  menyihatkan tubuh manusia. Selalunya embun pagi yang melekat pada daun dipekarangan rumah fan jika boleh cuba jangan dibiarkan meruap hilang begitu saja (Sila lihat foto disebelah). Ada berbagai manfaat kesihatan yang terdapat dalam air jernih tersebut iaitu bermula dengan ia menyehatkan saluran pencernaan sehingga mempercantikkan kulit muka. Embun pada daunan yang nampak di pagi hari tersebut terjadi adalah dari ptoses pengembunan atau pemeluhwapan air di udara iaitu air dalam nemtuk has menjadi bentuk cecair. Selalunya pada panas sianghari dimana air akan meruap menjadi wap air dimana wap air ini kemudian terperangkap di udara selama seharian penuh. Dari malam hingga pagi apabila suhu semakin turun sehingga udara tidak boleh lagi menahan bentuk wap air yang terkurung di dalamnya maka wap air pun akhirnya menjadi embun dan menjadi titik-titik air yang melekat pada daun, kelopak bunga, dan benda-benda lain.  Memang ternyata embun mengandung oksigen dalam jumlah yang cukup banyak. Dilaporkan titisan embun mengandungi bahan berguna untuk kesihatan. Pertama adalah ia dilaporkan cecair yang Menyegarkan Tubuh dimana sesiapa yang minumnya akan hilanglan kelelahan dan menambah ketajaman fikiran. Embun juga dikatakan akan menensterilkan saluran pencernaan manusia kerana ada zat yang membantu melancarkan pencernaan. Embun didakwa boleh merawat masaalah jerawat dengan meminumnya. Kutipan air embun pagi yang disemburkan kekulit berjerawat akan membantu menyembuhkannya. Embun pagi juga dilaporkan akan meredakan masaalah kulit berminyak dengan cara meminum secara rutin sebab ia lurangkan penghasilan sebum yang mana ia membuat wajah terlihat sangat berminyak. Khasiat yang ke 5 dimana embun mampu membersihkan tenggorok dan menjadikan suara serak akan kembali normal. Ke 6 dimana ia bertindak sebagai meredakan mata yang pedih sama seperti menggunakan titisan eyemo. Ambil titisn embun yang bersih diwaktu pagi dan titiskan di mata. Ada juga dakwaan dimana air titisan embun akan meningkatkan sistem imunisasi seseorang yang meminum air embun secara rutin sehingga tubuh menjadi kuat menghadapi semua serangan virus dan kuman. Cara mengambil titisan embun tidak perlu menyusuri semua daun dan bunga di pekarangan rumah untuk memgutipnya. Memadai dengan  menyediakan semangkuk air bersih dan letakkan saja di luar rumah. Apa pun perlu dipastikan tempat tersebut bersih sehingga air embun tidak akan tercemar akibat oleh daun yang gugur atau debu. Biarkan mangkuk berada semalaman dan di pagi harinya boleh dipastikan air akan dipenuhi dengan tetesan embun yang kaya akan oksigen. Embun hanya berkhasiat jika diminum di pukul 4 hingga 6 pagi iaitu sebelum ramai orang lain menjalankan aktiviti di luar rumah. Ketika manusia sudah banyak bertaburan di luar rumah dimana air embun mungkin sudah terkontaminasi banyak debu dan kotoran.


Satu laporan mengenai 'Embun beku di kaki Gunung Semeru' sesuai untuk ia dikongsikan kali ini. Kejadian suhu turun sehingga dua Celsius yang menjadi satu fenomena embun ais di Gunung Bromo, Lumajang, Jawa Timur. Cerita fenomena semula jadi embun beku akibat daripada penurunan suhu di kaki Gunung Semeru di Kampung Ranupani, Lumajang, Jawa Timur menarik minat pelancong. Fenomena alam yang jarang berlaku itu menjadi tarikan pelancong, malah ada juga pelancong yang menunggu untuk mendokumentasikan fenomena itu melalui gambar atau video. Memetik laporan laman berita antaranews.com, penurunan suhu menghampiri sifar darjah Celsius di Kampung Ranupani adalah punca berlakunya fenomena embun beku. Fenomena itu selalu berlaku setiap Julai hingga September kerana pada bulan-bulan itu, suhu di Ranupani akan menghampiri sifar darjah Celsius. Kedudukan tinggi Kampung Ranupani iaitu 2,300 meter dari aras laut adalah satu lagi faktor di sebalik kejadian embun beku, katanya. Embun beku boleh dilihat di kawasan rata, seperti di sekitar Tasik Ranupani dan Ranu Regulo. Kisah embun beku juga menutupi tumbuhan, sekali gus memberi gambaran kawasan di Kampung Ranupani di kaki Gunung Semeru dilitupi salji. Kalangan penduduk dan pelancong yang berminat untuk melihat embun beku di Kampung Ranupani dan kawasan bersebelahan boleh tiba sebelum matahari terbit pada jam 5 pagi waktu tempatan (UTC +7). Sekiranya pelancong berminat untuk melihat tumbuhan diliputi embun beku, maka mereka tidak perlu pergi jauh ke New Zealand, tetapi mereka boleh datang ke Kampung Ranupani di Daerah Lumajang. Walaupun penduduk dapat menikmati embun beku di Kampung Ranupani, jalur pendakian di Gunung Semeru masih ditutup kerana status gunung berapi setinggi 3,676 meter itu masih pada tahap III (berjaga-jaga), mengikut Agensi Mitigasi Vulkanologi dan Bencana Geologi. Penulis bloh ada mengunjungi gunung Bromo ini pada tahun 2019 dahulu (Sila lihat foto dibawah sekali). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca bog anim agri technology kali ini. Wasallam!!!...
EMBUN MENITIS... DIWAKTU PAGI....
AIRNYA JERNIH...AMAT INDAH SEKALI....
IA TERBENTUK... PROSES TERSENDIRI...
ADA MANAFAAT... JARANG DIKETAHUI...

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syawal 1444H).

Friday, April 28, 2023

PENGURUSAN KAWALAN RUMPUT - BAGAIMANA

PENGURUSAN KAWALAN RUMPAI
perlu dijalankan bagi mempastikan rumpai dikawal untuk memberikan pertumbuhan sempurna kepada tanaman di kebun. Terdapat 4 kumpulan jenis rumpai yang selalu ada tumbuh dikawasan kebun iaitu Jenis Rumput, Jenis Renek, Jenis Menjalar dan Jenis Paku-Pakis. Rumpai merupakan salah satu faktor yang termasuk dalam pengurusan agronomi tanaman termasuk di kebun kelapa sawit dengan melibatkan kos kedua tertinggi sebanyak 17 - 22% daripada jumlah kos pengurusan. Ianya merupakan kedua tertinggi selepas kos pembajaan. Kaedah kawalan rumpai berbeza-berbeza mengikut umur tanaman, jenis tanah, kepadatan rumpai , jenis rumpai dan kos yang terlibat. Hasil dari pengalaman penulis blog selama lebih 38 tahun dalam memberikan khidmat pengembangan pertanian mendapati kebanyakan pekebun melaksanakan pengurusan kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman sehingga menuai hasil dan menanam semula. Secara umumnya terdapat 4 kaedah untuk mengawal rumpai dikawasan penanaman kelapa sawit sama ada dijalankan secara atau dilaksanakan secara berintergrasi dengan pelbagai kaedah lain. Kaedah kawalan rumpai boleh di lakasanakan dengan KAEDAH AMALAN KULTURA (Cultural practices) , KAEDAH MEKANIKAL (Mechanical), KAEDAH BIOLOGIKAL (Biological Control) dan KAEDAH KIMIA (Chemical Control) atau kombinasi diantara semua diatas. Kaedah Amalan Kultura merupakan kaedah dimana melibatkan aktiviti amalan pertanian seperti meletak 'Sungkupan' disekeliling pangkal pokok terutama pokok muda dikawasan yang berterrain. Jenis sungkupan yang sering digunakan adalah tandan-tandan kelapa sawit kosong dari kilang atau racikan batang kelapa sawit yang telah ditebang. Bahan ini diletakkan dipangkal pokok dengan susunan rapat dan pereputan aakan menjadikan ianya menjadi baja kompos atau baja organik. Bahan lain yang boleh digunakan sebagai sungkupan adalah dengan menggunakan Plastik Hitam Jenis Silvershine atau Bekas Plastik Baja yang telah digunakan. Penanaman tanaman penutup bumi merupakan satu teknologi yang paling popular dikalangan estet-estet kerana ianya sangat praktikal, berkesan dan memberikan kebaikan kepada faktur kesuburan tanah. Jenis penutup bumi dari kumpulan kekacang menambahkan unsur Nitrojan didalam tanah dan ini memerlukan pengurusan yang signifikan. Penanaman untuk tanaman kontan juga diamalkan untuk mengawal rumpai seperti menanam tembikai atau lain-lain tanaman makanan. Apa pun artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' dikongsi bagaimana pengurusan dalam kalawan rumput untuk dijadikan bahan rujukka semua.


Perkara penting didalam pengurusan kawalan rumpai secara umum perlu diketahui oleh petani. Secara ilmiah penulis blog dapati r
umpai adalah sebarang jenis tumbuhan atau baka tanaman yang tidak diinginkan tetapi tumbuh di dalam kawasan kebun. Kehadiran rumpai di kebun betik komersil di Pagoh, Muar bagaimana pun dikawal disekeliling pangkal pokok betik secara manual (Sila lihat foto disebelah).  Kehadiran rumput ini dengan tidak terkawal menyebabkan ia akan jadi persaing kepada tanaman sehingga menjadi penghalang kepada proses pertumbuhan dan juga pengeluaran hasil. Tujuan pengurusan rumput-rumpai didalam kebun termasuk mengurangkan persaingan untuk sumber air, nutrient and cahaya matahari dengan tanaman yang ditanam. Kawalan inii perlu dilakukan bagi mengelakkan saingan rumput-rumpai yang boleh merencatkan proses pertumbuhan tanaman (seperti dikebun kelapa sawit) selalu ada rumpai seperti jenis Lalang (Imperata cylindrica), Rumput Kemarau (Ischaemum muticum), Rumpai Ulam Tikus (Mikania micrantha), Selaput Tunggul dan lain-lain. Rumput juga perlu dikawal untuk menyediakan kebun bebas rumpai di kawasan bulatan pangkal tanaman dimana bagi tanaman kelapa sawit sebagai contoh ia perlu dibersihkan menjadi kawasan jatuh tandan buah sawit (tandan jatuh dan bbuah lerai jatuh dapat dilihat). Kawalan rumpai berkait dengan tujuan melindungi tanah daripada hakisan dan pelihara kadar kelembapan dan kesuburan tanah dengan menggalakkan pertumbuhan rumput-rumpai lembut (soft grasses), pakupakis atau kekacang penutup bumi di kawasan antara pokok-pokok sawit. Kawasan dusun buah-buahan perlukan kaedah kawalan rumpai yang berbeza bergantung kepada jenis buah-buahan, umur pokok, jenis tanah, keadaan cuaca dan juga kos bahan kimia. Dusun Durian sebagai contoh amat sensitif kaedah kawalan rumpai kerana menyembur racun rumpai (terutama jeni racun sistemik) akan merosakan akar tanaman durian untuk jangkamasa lama. Sebaiknya di dusun durian rumpai dikawal dengan cara memotong menggunakan mesis pemotong rumput asalkan tidak guna racun kimia.


Terdapat beberapa cara dalam kaedah p
engurusan rumpai dikawasan kebun tanaman. Bagi sesetengah tanaman yang besar seperti kebanyakan tanaman buah-buahan aktiviti Merumput Kawasan Bulatan atau Kawasan Jatuh Tandan Buah Sawit (‘Drop Zone’) atau Kaedah Merumput Bersih secara bulatan sejauh 1.5 meter (5 kaki) dari pangkal batang pokok sesuai dilakukan. Bagi tanaman buah-buahan pula kaedah sama disesuaikan bergantung kepada jenis pokok buah-buahan dan umur pokok tersebut. Pastikan tidak ada rumput-rumpai atau sampah di bulatan supaya senang aktiviti mengutip biji atau buah lerai. Kaedah lain mengawal rumpai adalah dengan Merumput Lorong diantara pokok seperti Laluan Keluar Tandan Buah Sawit (TBS) dengan cara perlu merumput lorong selebar 1 meter atau kurang dari pokok ke pokok dan sekiranya diperlukan juga atau bergantung kepada cara-cara mengeluarkan TBS. Bagi kawasan tanaman buah-buahan dikawasan lereng atau teres kawalan rumpai perlu dilakukan tetapi elakkan dari meracun dibahagian tebing teres untuk elakkan berlaku hakisan tanah. Merumput tempat pejalan dari pokok ke pokok untuk tujuan mengeluar tandan buah sawit dan biji lerai serta untuk kerja-kerja membaja, mencantas dan sebagainya. Pengurusan kawalan rumpai juga boleh dilakukan dengan Merumput Kawasan Tapak Bagi Pengumpulan Tandan Buah Sawit (TBS) bagi tanaman sawit. Merumput di kawasan tapak pengumpulan TBS dan biji lerai supaya tiada tertinggal biji-biji lerai semasa memunggah dari tapak ke atas lori. Kaedah kawalan rumpai teruytama dikawasan tanaman sawit boleh dilakukan dengan pendekatan Secara Manual atau secara Mekanikal. Aktiviti cantasan  secara manual atau cabut rumpai boleh dilakukan walaupun kaedah ini lambat dan makan masa yang lama untuk ianya disempurnakan. Kawalan juga boleh dilakukan melalui cara cantasan dengan mesin rumput walau pun cara ini selalunya rumpai cepat tumbuh semula. 


Pengurusan kawalan rumpai yang paling popular dikalangan petani melalui kaedah  Semburan Penggunaan Racun Rumpai. Ramai penanam sayur-sayuran, tanaman buah-buahan dan kebun getah serta pekebun kelapa sawit yang suka menggunakan racun rumpai untuk kawal rumpai dikebun. Ini kerana kaedah ini merupakan satu cara yang cepat serta mudah untuk dilakukan dimana tempoh kawalan rumpai adalah agak lama berbanding dengan kawalan secara mekanikal. Terdapat banyak jenis racun rumpai dijual dipasaran yang boleh dibeli dan disembur kekawasan yang bermasaalah dengan rumpai menggunakan tong penyembur racun atau alatan penyemburan lain yang lebih moden boleh dilakukan. Penggunaan Racun Rumpai secara amnya boleh dibahagikan mengikut cara racun memasuki dan mengawal rumpai iaitu Jenis Racun Sentuh dimana racun ini selalunya akan merosakkan tisu-tisu daun, batang yang bersentuh dengan bahan aktif didalam racun tersebut. Bagaimana pun kawalan ini perlu semburan secara menyeluruh terhadap daun dan batang rumpai. Lazimnya dipasaran antara contoh racun sentuh seperti glufosinate ammonium (e.g. Basta®) dan juga sodium chlorate. Jenis Racun Sistemik pula merupakan racun yang akan memasuki tisu-tisu tumbuhan melalui sistem serapan daripada akar atau daun. Cara tindakan racun ini adalaj dengan ia akan merosakkan rumpai dengan cara ia akan menganggu fungsi biokimia, pertumbuhan dalam rumpai dan agak lambat dilihat kesannya berbanding dengan racun sentuh. Diantara beberapa contoh racun sistemik adalah termasuk Glyphosate isopropylamine(e.g. Roundup®) dan juga metsulfuron methyl (Ally®). Amat penting mempastikan beberapa jenis peralatan Semburan Racun seperti Pam Penyemburan Galas (‘Knapsack Spray Pump”), Mist Blower, Motorised Power Sprayer dan sebagainya. Pengurusan rumpai dikawasan kebun perlu dilakukan untuk membolehkan gangguan rumpai tidak menjejaskan tanaman. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KAWALAN RUMPAI... CARA BAGAIMANA...
GUNAKAN RACUN... PETANI PALING SUKA...
ADA KAEDAH... PELBAGAI CARA GUNA...
RUMPAI MATI... TANAMAN SUBUR JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Syawal 1444H).
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, April 27, 2023

CUACA PANAS - APA KESANNYA

CUACA PANNAS
(Hot temperature) di Malaysia dan negara lain memang berlaku setiap tahun. 
Sebelum saya paparkan apakah kesan panas terhadap pertanian sebaiknya di lihat juga kesan cuaca panas ini dalam aspel kesihatan manusia. Apa pun semasa artikel ini ditulis memang cuaca amat panas di Melaka dan kebanyakan negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian sama ada sederhana, panas atau sejuk. Bagaimana pun di negara kita kes cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada situasi peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu kejadian penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi. Dalam pada itu dinyatakan ada kesan kesihatan akibat dari pendedahan kepada Cuaca Panas. Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia dimana ada kesan kesihatan yang berbagai dari cuaca sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba dimana ada kes teruk yang boleh menyebabkan maut. Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh faktur jenis pakaian yang pelbagai jenis yang digunakan, keadaan suasana dalam pekerjaan serta aktiviti fizikal dan riadah yang boleh terjejas. Apa pun kesan cuaca panas ini amat berkaitan dengan individu dan ketahanan seseorang itu dalam keadaan ini. Paling ketara dimana cuaca panas selalunya menyebabkan keletihan atau kelesuan akibat dari panas (heat fatigue) atau ada kes sehingga seseorang itu pitam atau boleh pengsan akibat dari panas (heat syncope), Cuaca panas juga didakwa menyebabkan kes kekejangan akibat dari panas (heat cramps) dan juga kes kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion). Paling sering dipaparkan dalam media adalah bahaimana cuaca panas boleh menyebabkan 'Strok' akibat dari cuaca panas (heat stroke). Antara tanda-tanda dan juga gejala kesihatan berkaitan dengan panas termasuk kejadian Sakit kepala, Keletihan, Tumpuan menjadi lemah, Pening Kepala, Lemah otot–otot badan atau berlaku kekejangan. Dslsm kes lain yang teruk akan menyebabkan kejadian Mual atau Muntah pula. Seterusnya ia boleh menyebabkan kejadian Dehidrasi (kekeringan atau dehydration), kekeliruan dan koma (tidak sedarkan diri). Artikel pada petang Rabu 5 Syawal 1444H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia cuaca panas dan kesannya terhadap kehidupan manusia dan tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Perubahan cuaca kini semakin sering berlaku dan ada banyak dinyatakan dalam media perdana memberikan kesan ekonomi kepada sektor pertanian dan sektor lain di Malaysia. Memang banyak perkara dikaitkan di kawasan khatulistiwa apabila dijangka cuaca panas tahun ini boleh memberikan perubahan kepada kehidupan manusia. Selain sektor pertanian yang membekalkan makanan dijangka ia akan menjejaskan aspek kesihatan juga. Sektor pertanian memang sangat memerlukan keberadaan air untuk proses pertumbuhannya dimana ada jenis tanaman seperti padi dan sayur-sayuran yang memang perlukan banyak air untuk tumbuh dengan baik. Penghasilan dari tanaman perladangan seperti kelapa sawit dan getah juga sangat berkait dengan cuaca dan suhu. Terkini dilaporkan dibanyak media dimana kesan dari fenomena cuaca panas akan menyebabkan kos pengeluaran pertanian akan meningkat sebanyak 20% yang mana kesannya akan menjejaskan harga makanan dipasaran pula. Selain itu keadaan cuaca panas juga boleh menjejaskan sektor pelancongan, perindustrian, kegiatan sukan outdoor dan sebagainya. Perubahan cuaca berlaku disebabkan beberapa faktor diantaranya seperti kesan rumah hijau, kesan pulau haba (kawasan bandar), hujan asid, berlaku kejadian pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu dan sebagainya. Kesan rumah hijau terjadi apabila berlakunya kes peningkatan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, CFC, Nitrogen oksida dan lain-lain. Gas rumah hijau menyerap haba yang akan menyebabkan haba diserap di atmosfera dimana situasi ini menyebabkan suhu di bumi akan meningkat. Apabila suhu bumi meningkat maka beberapa fenomena lain seperti pencairan ais di kutub, perubahan sistem cuaca serta kebakaran hutan berlaku. Pulau haba pula ialah fenomena yang berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh peningkatan suhu di bandar berbanding dengan kawasan sekitarnya. Ia akan berlaku apabila ada banyak bangunan konkrit, bangunan yang ada bercermin, bangunan rapat serta padat dan juga kekurangan dari segi litupan tumbuhan hijau. Kes hujan asid berlaku dimana selalunya hujan berasid ini terjadi apabila ada kehadiran bahan-bahan kimia daripada pelbagai sumber yang dibebaskan ke atmosfera yang membolehkan air hujan akan bertukar menjadi asid lemah. Kesannya 'air hujan asid' akan memberi kesan buruk seperti kecacatan kepada pucuk tumbuhan, pH air kolam, kualiti air sungai berubah, kes sakit kepala serta menjadikan sistem imun manusia menjadi lemah. Bila berlaku jerebu dimana ia juga merupakan fenomena cuaca yang sering berlaku di Malaysia yang mana ada pepejal terampai di udara melebihi sukatan yang biasa disebabkan oleh kesan asap kenderaan, asap kilang, pembakaran terbuka, pembakaran hutan di negara jiran dan lain-lain lagi. Fenomena ini akan bertambah buruk jika tiada angin yang bertiup. 


Dilaporkan dalam hmetro.com dimana '
Panas berpanjangan punca pesawah terjejas' dimana keadaan sawah padi yang kering kontang dan tanah merekah di beberapa kawasan tanaman padi dimana ia berkait fenomena cuaca panas dan kekurangan hujan yang melanda negara. Salah satu kawasan terjejas seperti di Kota Belud, Sabah dimana ramai pesawah mulai bimbang dengan cuaca panas berpanjangan di negeri kerana ia akan memberi kesan kepada aktiviti penanaman padi. Apa pun hasil tinjauan di Kampung Tempasuk 2 dan Kampung Sangkir mendapati ada tapak sawah merekah berikutan cuaca panas sejak hampir sebulan lalu (Sila lihat foto disebelah). Bagi beberapa petani yang ditemui turut melahirkan rasa bimbang cuaca panas berpanjangan akan menyebabkan sawah merekah selain hasil padi terjejas. Ada beberapa petani yang mula menanam bagi musim baharu pada awal Februari lalu kini berdepan risiko padi menjadi rosak. Kini bagi mereka hendak mendapatkan air yang mencukupi adalah satu isu dan cabaran terutama pada musim kemarau. Petani berharap cuaca panas yang melanda ketika ini tidak berpanjangan, sekali gus tidak merugikan petani. Sementara itu, Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, Salmah Labulla, berkata jika cuaca panas berterusan sehingga bulan depan dimana pihaknya menasihatkan pesawah untuk menangguh jadual penanaman padi di kawasan terbabit sehingga cuaca kembali seperti biasa.  Cuaca panas sekarang memang menjejaskan pesawah termasuk air sungai surut. Oleh sebab itu kini IADA ambil beberapa langkah termasuk nasihatkan mereka tangguh jadual penanaman sehingga cuaca kembali seperti biasa. Kalau lazimnya dalam keadaan cuaca panas melanda makan pihaknya akan menasihatkan pesawah untuk melakukan kerja pembersihan dan pembaikan sawah sebagai persediaan sekiranya cuaca kembali seperti biasa.


Kisah di media bagaimana 'Penoreh Getah Terjejas Pendapatan Jika Cuaca Panas Berlanjutan' wajar dikongsikan. Berrita yang dipetik dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan nyatakan cuaca panas yang melanda negara sekarang hanya akan memberi kesan buruk kepada tanaman getah jika berlanjutan terlalu lama. Pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) dakwa keadaan ketika ini masih dianggap sebahagian proses kitaran biasa tanaman itu dimana daun pokok luruh mulai Oktober hingga Januari lalu (Sila lihat foto disebelah). Keadaan cuaca panas yang bermula bulan April sehingga Mei telah menyebabkan dimana sistem pertahanan semula jadi pokok getah terhadap perubahan cuaca itu iaitu meluruhkan daun membolehkan pokok dapat bertahan. Keadaan sekarang masih dianggap biasa bagi tanaman getah, tetapi jika cuaca panas berlanjutan selepas Mei maka barulah kesan negatif terhadap getah berlaku. Apa pun tanaman getah di negara ini pernah terjejas akibat keadaan jerebu teruk pada tahun 2007 yang didakwa menyebabkan pengeluaran getah merosot kira-kira 10 peratus. Jika cuaca panas terus melanda selepas Mei akan datang maka kesan negatif yang sama akan berlaku kerana pokok getah tidak boleh melakukan proses fotosintesis dalam keadaan cuaca begitu.


Dalam portal mstar.com dilaporkan dimana '
Musim Panas Jejas Tanaman Sayur-Sayuran, Buah-Buahan' berkait dengan artikel ini untuk dikongsikan. Musim panas memberi kesan terhadap sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bunga-bungaan dimana ia bukan sahaja harganya dijangka meningkat akan tetapi kualiti pertumbuhan tanaman juga memang dijangka terjejas. Bagi Setiausaha Persatuan Pekebun Sayuran Cameron Highlands Chay Ee Mong dakwa kekurangan hujan, kekurangan bekalan air dan cuaca panas telah menyebabkan kejatuhan tahap pengeluaran sayur-sayuran. Pada bulan Mac, sudah terdapat penurunan dalam pengeluaran sayur-sayuran pada kadar 10 dan 20 peratus. Didakwa kualiti sayur-sayuran juga terjejas dan bagi petani yang menanam sayur-sayuran kawasan tanah tinggi apabila nerlaku suhu yang semakin meningkat tidak sesuai untuk diusahakan sayuran temperate. Di kawasan-kawasan tertentu sudah terdapat masalah pengairan dan kekurangan air. Kisah dari Cameron Highlands yang biasanya akan menghasilkan sekurang-kurangnya 600 tan metrik sayur-sayuran setiap hari kini bermasaalah apabila suhu yang semakin meningkat juga membawa kepada masalah serangga perosak yang akhirnya menyebabkan sayur-sayuran berkualiti rendah. Beberapa sayur-sayuran berdaun seperti sawi dan kangkung adalah murah kerana ia dihasilkan di kawasan tanah rendah dan tidak terjejas oleh cuaca panas. Hanya sayur-sayuran tertentu seperti kacang panjang Perancis dan kobis akan menjadi lebih mahal. Kacang panjang Perancis yang biasanya berharga RM3 - RM4 sekilogram kini berharga lebih dari RM5.kg manakala harga kobis yang biasanya berharga antara RM1.20 dan RM1.50, kini berharga lebih dari RM2. Kawasan Cameron Highlands menghasilkan kira-kira 20 jenis sayur-sayuran termasuk tomato, daun bawang, selada air, lobak dan saderi. Dalam pada itu pengeluaran buah-buahan juga terjejas akibat musim kemarau. Pengeluaran dijangka mengalami lebih penurunan pada bulan depan berikutan cuaca panas yang melanda negara. Sama seperti sayur-sayuran, beliau berkata terdapat penurunan dari segi kualiti terhadap buah yang ditanam. Terdapat kemungkinan berlakunya kenaikan harga tetapi ia juga bergantung kepada kuasa pasaran. Jika berlaku kekurangan bekalan dan terdapat permintaan, harga akan meningkat dimana pada masa yang sama, jika kualiti yang dihasilkan tidak begitu baik dan pengguna mungkin tidak akan membelinya. Bagi Presiden Persatuan Florikultur Cameron Highlands Lee Peng Fo juga menyalahkan cuaca panas dan kekurangan bekalan air yang telah menyebabkan penurunan 10 ke 20 peratus dalam pengeluaran bunga di sana. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CUACA PANAS... MERBAHAYA KESANNYA...
KESIHATAN MANUSIA... TERGANGGU JUA...
TANAMAN ROSAK...HASILNYA NAIK HARGA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Syawal 1444H).

Wednesday, April 26, 2023

SAMBAL DAGING BALI - ADA KEISTIMEWAAN

SAMBAL DAGING BALI
merupakan salah satu kuliner yang penulis blog kurang kenal sebelum ini dimana saya hanya mengenalinya pada tahun 2022 setelah berkunjung kerumah besan di Masjid Tanah, Melaka. Didakwa sambal daging ini agak istimewa kerana hanya sering disediakan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sahaja. Apa pun dilaporkan penyediaan resepi ini menggunakan ramuan atau bumbu khas yang turun temurun di sediakan khusus bagi resepi ini sahaja. Walau pun rasanya agak pedas dan berempah akan tetapi dinilai ia sebenarnya ia amat sesuai dimakan bersama nasi putih atau pun ketupat atau pun jika dengan lempeng, roti dan sebagainya. Sekali pandang dilihat sambal daging bali ini menyamai dengan kuliner masakan daging rendang atau pun daging masak hitam atau pun daging masak kicap pekat sahaja. Enak dimakan dengan nasi panas yang baru sahaja dimasak dan pada penulis blog dimakan tengahari ketika perut sedang lapar. Apa lagi kalau makan free sahaja. Kalau pada penulis blog yang selama ini sangat suka dan meminati ayam masak ungkep dan daging hitam masak sate tetapi kini suadh ditambah lagi menu untuk hidangan pada hari raya dengan makan sambal daging sapi lembu yang sesuai dihidangkan. Memang banyak jenis lauk pauk lain disediakan semasa makan di Hari Raya daripada rendang, sayur lodeh, rendang lembu, rendang ayam, lemang, sambal kacang dan serunding disediakan sebagai hidangan istimewa. Kini dengan terjumpanya resepi masakan sambal daging lembu bali sudah bertambah lagi senarai menu yang juga mudah dsediakan dan di masak sama ada menggunakan daging lembu atau daging ayam juga. Artikel pada subun Hari Raya Aidilfitri ke dua ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa resepi dan maklumat mengenai makanan daging sambal bali untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua. 


Resepi pertama ini merujuk kepada seorang pengusaha restoren yang memang sering menyediakan makanan Sambal Daging Bali ini dari Alor Gajah dimana memang ada ambil tempahan dan ada menjualnya menjelang aidilfitri. Apa pun selain bahan digunakan sebaiknya gunakan daging segar batang pinang atau daging peha yang premium untuk dapatkan hasil terbaik makanan ini. Bahan-bahan yang perlu disediakan termasuk Daging Segar yang perlu dihiris dengan betul sebanyak 1 kilogram (mengikut berapa banyak yang hendak disediakan), kicap lemak manis (penulis sukakan jenama Habhal atau kicap Cap Kipas Udang), Cili kering, Bawang besar 1 ulas dimana seperuhnya perlu dikisar, 2 ulas bawang putih, Lengkuas (sebesar ibu jari kaki ), Daun kari secekak dan juga disediakan serai sebanyak 6 batang. Bahan lain sebagai tambahan adalah sebiji buah tomato, 1 biji bawang besar dan Cili Besar Hujau serta Cili Hijau Besar Merah yang perlu dihiris serong untuk hiasan. Cara-cara untuk pembaca menyediakannya adalah dengan perapkan daging segar yang siap dipotong tadi dengan kicap manis dan bahan-bahan ramuan yang telah dikisar daidiamkan selama 15 minit. Perlu dipanaskan minyak masak dikuali dan dimasukan serai yang telah pun ditumbuk dan daun kari kedalam minyak yang panas. Kemudian digorengkan ia sehingga wangi dan kemudian akan dimasukan daging yang telah diperapkan tadi dan kacau hingga kering dengan api yang dikawal sentiasa agar tidak hangus. Akhir sekali adalah perlu dimasukan bahan-bahan tambahan lain dan dikacau sebati dan boleh hidangkan dengan meletakkan tomato hiris, bawang besar hiris sebagai hiasan. Ia enak dimakan dengan nasi panas-panas bersama keluarga.


Bagaimana pun dalam satu kunjungan lain sempena hari raya didapati ada ahli keluarga oleh teman penulis blog yang pandai juga menyediakan dan selalunya menghidangkan makanan D
aging Sambal Bali ini. Menurutnya diantara beberapa bahan yang selalu diperlukan untuk memasak makanan ini adalah perlu ada 1 kg daging lembu terbaik (daging pperlu dipotong sederhana kecil), 340 ml kicap lemak manis, 150 ml cili kisar, 3 biji labu bawang besar yang sebaiknya perlu untuk dibelah empat, 3 tangkai cili merah (sebaiknya ia dibelah dua), 10 tangkai cili padi (pastikan ia dibuang tangkai), 15 helai daun kari, 3 batang serai (yang perlu titik) dan pastinya sedikit gula. Bagi bahan kisar sebagai ramuan atau bumbu ini pula digunakan 3 labu bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1.5 cm halia dan juga 1.5 cm lengkuas. Hampir sama dengan resepi diatas dimana perlu diperapkan daging lembu yang siap dipotong tadi bersama kicap dan bahan kisar selama 3 hingga 4 jam lamanya. Kemduain perlu dipanaskan minyak masak dalam kuali untuk menumis daun kari dan serai sehingga naik bau. Kemudian perlu dimasukkan daging yang telah diperap dan masak sehingga empuk. Pastikan agar selalu memeriksa semasa memasak agar apbila kuah agak pekat maka boleh dimasukkan bawang besar, cili merah, cili padi dan gula. Kacau sebati dan padamkan api serta dimasukkan kedalam mangkuk untuk hidangan. Enak dimakan dengan nasi panas.


Dalam pada itu ada juga resepi Ayam Sambal Bali yang enak dimakan dan senang disediakan. Penulis blog masih hairan bagaimana nama makanan ini diaitkan dengan perkataan Bali. Mungkin 'Bali' yang dimaksudkan disini tidak ada kaitan dengan Pulau Bali di Indonesia yang popular sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang terkenal. Bagi menyediakan kuliner ayam masak sambal bali ini perlu bahan-bahannya iaitu 1 ekor ayam yang dipotong sederhana saiznya (tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil), 6 batang serai (yang sesuai dititik, 8 tangkai daun kari perlu dileraikan,  Segenggam cili kering, 5 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih), sedikit belacan, Kicap masin, Satu senduk gula dan juga bahan 1 sudu teh garam. Perlu diingat dimana ramuan seperti serai, cilii keringdan bawang dikisar halus. Cara memasaknya dengan membersihkan ayam dan potong berukuran sederhana kecil dan dibasuh serta ditoskan dan kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya dan juga digaul rata. Letakkan kuali diatas dapor dan panaskan minyak masak anggaran dua senduk untuk menggoreng ayam yang diperap tadi. Goreng ayam hingga kecut dan separuh garing dimana perlu tahu agar jangan sampai terlalu garing. Apabila sesuai ia diangkat dan ditoskan minyaknya dan ketepikan. Kemudian dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi maka boleh di goreng serai yang dititik sampai separa coklat. Seterusnya dimasukkan daun kari dan ia perlu digoreng selama satu minit. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi daan ditambahkan garam satu sudu kecil atau mengikut kehendak (jangan terlalu masin kerana ada gunakan kicap masih juga). Masukkan juga 1 senduk gula pasir dan pastikan agar jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap juga. Bila cili semua sudah cukup garing maka boleh dimasukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon seakan merah gelap dimana ia hampir masak. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan dibalik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit. Tutupkan api apabila Ayam Sambal Bali siap untuk dihidang dan dimakan dengan nasi panas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SAMBAL DAGING BALI.... APA BENDA...
MUDAH DIMASAK... SESIAPA SAHAJA....
ENAK DIMAKAN... MASA HARI RAYA...
GUNAKAN AYAM...IA SESUAI JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Syawal 1444H).
Selamat Hari Raya AidilFitri Hari Ke dua!!!...

Tuesday, April 25, 2023

POKOK BAKAU DAN KEPENTINGANNYA (Pt 2)

POKOK BAKAU (Rhizophora spp) atau Mangorves Tree merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rhizophoraceae dari spesis Avicennia, Rhizophora, Sonneratia dan juga Bruguiera yang tumbuh di kawasan muara sungai dimana tempat tersebut merupakan pertemuan diantara air tawar daripada daratan dan air masin daripada laut. Ramai diantara pembaca blog ini yang kenal akan hutan pokok bakau di Malaysia kerana ianya banyak tumbuh dikawasan pesisir muara sungai di Sabah, Sarawak dan sebahagian lagi ada di Semenanjung Malaysia. Semasa saya bertugas dibanyak negeri banyak kali memang berpeluang melawat hutan paya bakau dalam beberapa program dan projek berkaitan dengannya. Keluasan hutan bakau di Malaysia sekitar 580,000 hektar dimana hampir 60% berada diSabah, 26% di Sarawak dan bakinya adalah direkodkan berada di bahagian Semenanjung. Terdapat banyak spesis pokok bakau dalam negara dan ada beberapa spesis yang popular seperti jenis  Rhizopora mangle, R, apiculata, R. racemosa, R. mucronata dan R. stylosa. Pokok Bakau merupakan sejenis tumbuhan yang cepat membesar dan mudah membiak. Pokok bakau juga mempunyai batang dan akar tunjang serta akar yang berceracak naik keatas. Banyak laporan menyatakan pokok kayu bakau sangat penting dalam ekosistem kerana akan peranannya sebagai tempat pembiakan anak ikan, krustacea dan juga menghalang hakisan pantai. Akar bakau yang berceracak mampu mengumpulkan sampah sarap dan ini akan mampu memperbesarkan kawasan tepi laut apabila pembiakan kawasan bakau di tambah. Kayu bakau juga merupakan sumber bahan kayu balak yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Kayu bakau juga digunakan sebagai ceracak dalam asas dalam tanah untuk pembinaan bangunan kerana ketahanan kayu ini tidak mudah reput walau pun tidak ada rawatan. Hutan bakau juga sangat penting untuk banyak jenis kehidupan semulajadi seperti burung, haiwan kecil dan besar yang menjadikannya sebagai tempat untuk hidup. Apa pun dilihat dimana hutan paya bakau merupakan antara salah satu hutan yang unik di Malaysia. Sememangnya terdapat banyak kepentingan pokok bakau terutamanya kepada alam sekitar. Antara kepentingan paya bakau ialah dapat mencegah hakisan tanah kerana pokok bakau mempunyai sistem akar kukuh mencengkam tanah dengan kuat dan mampu dijadikan sebagai benteng daripada tanah dihakis. Pokok bakau juga bertindak sebagai habitat dan ekologi hidupan marin dan haiwan seperti monyet, burung dan banyak lagi dimana kin ia dimanafaatkan sebagai Agroforestry EcoTourism dibanyak lokasi. Bukan itu sahaja apabila pokok bakau mampu untuk bertindak sebagai penampan tsunami dan juga tiupan angin kencang. Ia juga penting untuk menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Keindahan alam sekitar sudah pasti akan menarik perhatian ramai pengunjung. Memang banyak kepentingan pokok bakau kepada ekosistem. Artikel pagi ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai kehebatan tumbuhan pokok bakau, kepentingannya serta ancaman dan isu kelestariannya didalam negara serta alam sekitar untuk rujukkan pembaca semua.


Kepentingan dilihat apabila aki
ibat daripada kemerosotan hutan paya bakau dimana ada kesan-kesan negatif aktiviti ini telah menyebabkan kemerosotan hasil tangkapan nelayan seperti ikan, ketam dan kerang yang sebahagiannya juga berpunca daripada kehilangan kawasan hutan paya bakau yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut. Pada masa yang sama isu ini juga telah mengakibatkan masalah hakisan pantai yang mana ia disebabkan oleh kehilangan penahan ombak semula jadi ini. Pemendapan sedimen di muara sungai kesan daripada kemusnahan kawasan hutan paya bakau boleh menjejaskan kawasan muara sungai dan mengakibatkan bencana banjir terutamanya selepas hujan lebat dan semasa air pasang besar. Penulis blog merujuk dari media tempatan bertajuk 'Nelayan Kuala Langat 'nazak' dihimpit pelbagai isu' amat berkaitan. Nelayan di sekitar sini mengeluh apabila hasil pendapatan mereka terjejas berikutan kegiatan pengambilan pasir laut secara haram, aktiviti perkapalan yang tidak sistematik dan pembuangan sisa kumbahan kilang darii kawasan berhampiran. Masalah itu semakin serius sejak 10 tahun lalu dan nelayan mendakwa ia antara faktor pendapatan nelayan kini ada yang hanya memperoleh RM500 sahaja sebulan, berbanding RM2,000 sebelum ini. Lebih memeritkan apabila jumlah itu tidak dapat menampung modal membeli atau membaiki jaring yang rosak apatah lagi menampung perbelanjaan keluarga seperti dahulu. Kekurangan ikan dan tangkapan lain dikaitkan juga dengan hutan kayu bakau disepanjang pantai yang semakin kurang dan ada yang rosak disebabkan banyak faktur. Adalah diharapkan agar kawasan bakau di pelihara dengan baik untuk mempastikan fingsinya sebagai lokasi pembiakan hidupan marin akan bertambah baik. Dilaporkan isu kapal dagang yang berurusan tukar barang didakwa berlabuh sesuka hati sehingga mengganggu operasi nelayan. Ketiga-tiga isu itu ditangani supaya ia tidak membunuh habitat hidupan laut serta kehidupan nelayan selain dari isu penting lain seperti pengambilan pasir laut yang merosakkan alam sekitar, habitat semula jadi hidupan air, ekosistem serta pembiakan ini menyumbang kepada kekurangan sumber ikan di Kuala Langat. Aktiviti pergerakan kapal dagang keluar dan masuk di Sungai Langat juga menjejaskan habitat ikan yang membiak di dalam sungai atau kawasan paya bakau. Ketiga adalah hasil kumbahan industri kilang seperti kelapa sawit yang dibuang secara terus lalu mengalir ke Sungai Langat sehingga menyebabkan sumber air tercemar. Dilaporkan kini ramai anak muda tidak berminat ke laut disebabkan hasil makin kurang, pendapatan tidak seberapa, pekerjaan berisiko seperti jaring rosak atau koyak dilanggar kapal. Mereka kini juga terpaksa berdepan dengan sampah serta air kumbahan selain pokok bakau hanyut.


Kepentingan h
utan paya bakau serta potensi ancaman, kesan serta usaha pemuliharaan, peranan masyarakat perlu tahu dan dididik mengenai kepentingan pemuliharaan kawasan hutan bakau. Ia memang dikatakan sebagai menjadi nadi penting kepada ekosistem dan juga kelestarian dalam masyarakat yang berhampiran. Usaha seperti pendidikan ini amat penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang fungsi, kepentingan serta kaedah pemuliharaan bagi menjamin kelestarian dan ekosistem yang mapan. Oleh yang demikian perlu ada peranan dan fungsi masyarakat dalam menjaga alam semula jadi ditagih bagi membantu mendidik masyarakat menghargai alam semula jadi (Sila lihat foto paling atas sekali).  Sudah jelas dimana tugas untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar perlu dilakukan secara betul dan sistematik. Dalam konteks ini semua ahli masyarakat alam semula jadi merupakan individu terpenting dan layak dalam memberi pendidikan alam sekitar sedia ada seperti hutan pokok bakau kepada masyarakat. Dalam kes lain sebaiknya kalangan pengusaha pelancongan dikawasan alam semulajadi (nature) merupakan pemandu pelancong terlatih dan berkemahiran yang menjalankan kerja-kerja menyantuni pelancong dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pemandu pelancong alam semula jadi ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempromosikan pemuliharaan alam sekitar. Hal ini kerana, pemandu pelancong merupakan individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan luas terhadap ekosistem di hutan paya bakau. Pengusaha dan pemandu pelancong dapat berkongsi maklumat mengenai hutan paya bakau, fungsi dan peranannya dengan tepat. Pada masa yang sama mereka perlu menerangkan kepada pengunjung terutamanya ancaman yang dihadapi oleh hutan paya bakau, risiko serta kesan negatif sekiranya hutan paya bakau mula kehilangan fungsi dan integritinya. Pengunjung boleh dibawa melihat pelbagai spesies flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan paya bakau dan mereka boleh mengenali spesies-spesies tersebut secara dekat. Melalui pendekatan ini, maklumat tentang hutan paya bakau yang berguna dan bermanfaat dapat dikongsikan kepada pengunjung secara tidak formal dan santai. Ia sekali gus mampu menjentik hati pengunjung agar memelihara alam semula jadi terutamanya hutan paya bakau.


Kepentingan hutan bakau di laporkan dalam media hmetro.com yang bertajuk 'Rehat Minda Bersama Alam' dipetik daripada Ta,an Megara Bakau Tanjung Piai, Pontian, Johor. Dikenali sebagai the most southerin tip of Asia' lokasi ini mampu menarik ramai penginjung dari dalam dan luar negara. Penulis blog ada lebih dari 5 kali kelokasi ini sambik menjalankan tugasan rasmi dan beriadah. Media laporkan b
iarpun menyedari peranan dan fungsi hutan bakau, masih terdapat perbuatan eksploitasi untuk tujuan pembangunan serta ekonomi yang menjadi ancaman kepada hutan ini. Dalam usaha melindungi hutan bakau sering juga dijalankan program memulihara sumber asli dan bertujuan bagi menjadikannya khazanah semula jadi untuk empat tujuan utama iaitu pemuliharaan, penyelidikan, pendidikan serta pelancongan alam sekitar (ekopelancongan). Wetlands Belukar Durian, Tanjung Sedili di Kota Tinggi, Johor selain itu dilaporkan umpamanya giat memperkenalkan satu daripada produk berasaskan ekosistem alam semula jadi sesuai dengan pengunjung yang gemarkan alam sekitar selain Taman Negara Johor Pulau Kukup dan Tanjung Piai. Keunikan eko pelancongan paya bakau yang masih asli dan segar menawarkan pengalaman percutian berbeza apabila pengunjung akan dibawa meneroka satu kawasan yang dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau, nipah dan rasau. Turut disediakan pelantar pejalan kaki sepanjang 500 meter yang dibina mengelilingi kawasan paya bakau bagi memudahkan pengunjung mengenali dan mempelajari ekosistem pokok bakau. Lokasi sesuai untuk seisi keluarga itu juga popular sebagai destinasi memancing dan mencari lokan. Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan termasuk meredah hutan di kawasan paya bakau, menyusur sungai, berkayak, berbasikal, berkhemah dan melawat pusat penternakan belangkas, bengkel kraf tangan serta kilang keropok lekor. Apa pun pihak Wetlands juga menyediakan kelengkapan serta alat permainan tradisional mengikut permintaan pengunjung antaranya boling kelapa, teng teng, congkak, batu seremban, bermain guli, tarik upih dan melastik tin. Jika ingin pembaca blog memanfaatkan masa bersama keluarga dengan percutian berkonsepkan alam semula jadi ini sesuai untuk dijadikan tempat bersantai.Lokasinya kira-kira satu jam setengah pemanduan dari bandar raya Johor Bahru dan ia destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu PArt 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BAKAU... TUMBUH MERATA...
TAMAN SEMULAJADI... INDAHNYA...
PELBAGAI TARIKAN... PELANCONG SUKA...
MENJANA ENOKONI..KALAU IA DI JAGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(24 Ramadan 1444H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...