Support My Blog

Tuesday, April 25, 2023

POKOK BAKAU DAN KEPENTINGANNYA (Pt 2)

POKOK BAKAU (Rhizophora spp) atau Mangorves Tree merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rhizophoraceae dari spesis Avicennia, Rhizophora, Sonneratia dan juga Bruguiera yang tumbuh di kawasan muara sungai dimana tempat tersebut merupakan pertemuan diantara air tawar daripada daratan dan air masin daripada laut. Ramai diantara pembaca blog ini yang kenal akan hutan pokok bakau di Malaysia kerana ianya banyak tumbuh dikawasan pesisir muara sungai di Sabah, Sarawak dan sebahagian lagi ada di Semenanjung Malaysia. Semasa saya bertugas dibanyak negeri banyak kali memang berpeluang melawat hutan paya bakau dalam beberapa program dan projek berkaitan dengannya. Keluasan hutan bakau di Malaysia sekitar 580,000 hektar dimana hampir 60% berada diSabah, 26% di Sarawak dan bakinya adalah direkodkan berada di bahagian Semenanjung. Terdapat banyak spesis pokok bakau dalam negara dan ada beberapa spesis yang popular seperti jenis  Rhizopora mangle, R, apiculata, R. racemosa, R. mucronata dan R. stylosa. Pokok Bakau merupakan sejenis tumbuhan yang cepat membesar dan mudah membiak. Pokok bakau juga mempunyai batang dan akar tunjang serta akar yang berceracak naik keatas. Banyak laporan menyatakan pokok kayu bakau sangat penting dalam ekosistem kerana akan peranannya sebagai tempat pembiakan anak ikan, krustacea dan juga menghalang hakisan pantai. Akar bakau yang berceracak mampu mengumpulkan sampah sarap dan ini akan mampu memperbesarkan kawasan tepi laut apabila pembiakan kawasan bakau di tambah. Kayu bakau juga merupakan sumber bahan kayu balak yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Kayu bakau juga digunakan sebagai ceracak dalam asas dalam tanah untuk pembinaan bangunan kerana ketahanan kayu ini tidak mudah reput walau pun tidak ada rawatan. Hutan bakau juga sangat penting untuk banyak jenis kehidupan semulajadi seperti burung, haiwan kecil dan besar yang menjadikannya sebagai tempat untuk hidup. Apa pun dilihat dimana hutan paya bakau merupakan antara salah satu hutan yang unik di Malaysia. Sememangnya terdapat banyak kepentingan pokok bakau terutamanya kepada alam sekitar. Antara kepentingan paya bakau ialah dapat mencegah hakisan tanah kerana pokok bakau mempunyai sistem akar kukuh mencengkam tanah dengan kuat dan mampu dijadikan sebagai benteng daripada tanah dihakis. Pokok bakau juga bertindak sebagai habitat dan ekologi hidupan marin dan haiwan seperti monyet, burung dan banyak lagi dimana kin ia dimanafaatkan sebagai Agroforestry EcoTourism dibanyak lokasi. Bukan itu sahaja apabila pokok bakau mampu untuk bertindak sebagai penampan tsunami dan juga tiupan angin kencang. Ia juga penting untuk menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Keindahan alam sekitar sudah pasti akan menarik perhatian ramai pengunjung. Memang banyak kepentingan pokok bakau kepada ekosistem. Artikel pagi ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai kehebatan tumbuhan pokok bakau, kepentingannya serta ancaman dan isu kelestariannya didalam negara serta alam sekitar untuk rujukkan pembaca semua.


Kepentingan dilihat apabila aki
ibat daripada kemerosotan hutan paya bakau dimana ada kesan-kesan negatif aktiviti ini telah menyebabkan kemerosotan hasil tangkapan nelayan seperti ikan, ketam dan kerang yang sebahagiannya juga berpunca daripada kehilangan kawasan hutan paya bakau yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut. Pada masa yang sama isu ini juga telah mengakibatkan masalah hakisan pantai yang mana ia disebabkan oleh kehilangan penahan ombak semula jadi ini. Pemendapan sedimen di muara sungai kesan daripada kemusnahan kawasan hutan paya bakau boleh menjejaskan kawasan muara sungai dan mengakibatkan bencana banjir terutamanya selepas hujan lebat dan semasa air pasang besar. Penulis blog merujuk dari media tempatan bertajuk 'Nelayan Kuala Langat 'nazak' dihimpit pelbagai isu' amat berkaitan. Nelayan di sekitar sini mengeluh apabila hasil pendapatan mereka terjejas berikutan kegiatan pengambilan pasir laut secara haram, aktiviti perkapalan yang tidak sistematik dan pembuangan sisa kumbahan kilang darii kawasan berhampiran. Masalah itu semakin serius sejak 10 tahun lalu dan nelayan mendakwa ia antara faktor pendapatan nelayan kini ada yang hanya memperoleh RM500 sahaja sebulan, berbanding RM2,000 sebelum ini. Lebih memeritkan apabila jumlah itu tidak dapat menampung modal membeli atau membaiki jaring yang rosak apatah lagi menampung perbelanjaan keluarga seperti dahulu. Kekurangan ikan dan tangkapan lain dikaitkan juga dengan hutan kayu bakau disepanjang pantai yang semakin kurang dan ada yang rosak disebabkan banyak faktur. Adalah diharapkan agar kawasan bakau di pelihara dengan baik untuk mempastikan fingsinya sebagai lokasi pembiakan hidupan marin akan bertambah baik. Dilaporkan isu kapal dagang yang berurusan tukar barang didakwa berlabuh sesuka hati sehingga mengganggu operasi nelayan. Ketiga-tiga isu itu ditangani supaya ia tidak membunuh habitat hidupan laut serta kehidupan nelayan selain dari isu penting lain seperti pengambilan pasir laut yang merosakkan alam sekitar, habitat semula jadi hidupan air, ekosistem serta pembiakan ini menyumbang kepada kekurangan sumber ikan di Kuala Langat. Aktiviti pergerakan kapal dagang keluar dan masuk di Sungai Langat juga menjejaskan habitat ikan yang membiak di dalam sungai atau kawasan paya bakau. Ketiga adalah hasil kumbahan industri kilang seperti kelapa sawit yang dibuang secara terus lalu mengalir ke Sungai Langat sehingga menyebabkan sumber air tercemar. Dilaporkan kini ramai anak muda tidak berminat ke laut disebabkan hasil makin kurang, pendapatan tidak seberapa, pekerjaan berisiko seperti jaring rosak atau koyak dilanggar kapal. Mereka kini juga terpaksa berdepan dengan sampah serta air kumbahan selain pokok bakau hanyut.


Kepentingan h
utan paya bakau serta potensi ancaman, kesan serta usaha pemuliharaan, peranan masyarakat perlu tahu dan dididik mengenai kepentingan pemuliharaan kawasan hutan bakau. Ia memang dikatakan sebagai menjadi nadi penting kepada ekosistem dan juga kelestarian dalam masyarakat yang berhampiran. Usaha seperti pendidikan ini amat penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang fungsi, kepentingan serta kaedah pemuliharaan bagi menjamin kelestarian dan ekosistem yang mapan. Oleh yang demikian perlu ada peranan dan fungsi masyarakat dalam menjaga alam semula jadi ditagih bagi membantu mendidik masyarakat menghargai alam semula jadi (Sila lihat foto paling atas sekali).  Sudah jelas dimana tugas untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar perlu dilakukan secara betul dan sistematik. Dalam konteks ini semua ahli masyarakat alam semula jadi merupakan individu terpenting dan layak dalam memberi pendidikan alam sekitar sedia ada seperti hutan pokok bakau kepada masyarakat. Dalam kes lain sebaiknya kalangan pengusaha pelancongan dikawasan alam semulajadi (nature) merupakan pemandu pelancong terlatih dan berkemahiran yang menjalankan kerja-kerja menyantuni pelancong dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pemandu pelancong alam semula jadi ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempromosikan pemuliharaan alam sekitar. Hal ini kerana, pemandu pelancong merupakan individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan luas terhadap ekosistem di hutan paya bakau. Pengusaha dan pemandu pelancong dapat berkongsi maklumat mengenai hutan paya bakau, fungsi dan peranannya dengan tepat. Pada masa yang sama mereka perlu menerangkan kepada pengunjung terutamanya ancaman yang dihadapi oleh hutan paya bakau, risiko serta kesan negatif sekiranya hutan paya bakau mula kehilangan fungsi dan integritinya. Pengunjung boleh dibawa melihat pelbagai spesies flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan paya bakau dan mereka boleh mengenali spesies-spesies tersebut secara dekat. Melalui pendekatan ini, maklumat tentang hutan paya bakau yang berguna dan bermanfaat dapat dikongsikan kepada pengunjung secara tidak formal dan santai. Ia sekali gus mampu menjentik hati pengunjung agar memelihara alam semula jadi terutamanya hutan paya bakau.


Kepentingan hutan bakau di laporkan dalam media hmetro.com yang bertajuk 'Rehat Minda Bersama Alam' dipetik daripada Ta,an Megara Bakau Tanjung Piai, Pontian, Johor. Dikenali sebagai the most southerin tip of Asia' lokasi ini mampu menarik ramai penginjung dari dalam dan luar negara. Penulis blog ada lebih dari 5 kali kelokasi ini sambik menjalankan tugasan rasmi dan beriadah. Media laporkan b
iarpun menyedari peranan dan fungsi hutan bakau, masih terdapat perbuatan eksploitasi untuk tujuan pembangunan serta ekonomi yang menjadi ancaman kepada hutan ini. Dalam usaha melindungi hutan bakau sering juga dijalankan program memulihara sumber asli dan bertujuan bagi menjadikannya khazanah semula jadi untuk empat tujuan utama iaitu pemuliharaan, penyelidikan, pendidikan serta pelancongan alam sekitar (ekopelancongan). Wetlands Belukar Durian, Tanjung Sedili di Kota Tinggi, Johor selain itu dilaporkan umpamanya giat memperkenalkan satu daripada produk berasaskan ekosistem alam semula jadi sesuai dengan pengunjung yang gemarkan alam sekitar selain Taman Negara Johor Pulau Kukup dan Tanjung Piai. Keunikan eko pelancongan paya bakau yang masih asli dan segar menawarkan pengalaman percutian berbeza apabila pengunjung akan dibawa meneroka satu kawasan yang dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau, nipah dan rasau. Turut disediakan pelantar pejalan kaki sepanjang 500 meter yang dibina mengelilingi kawasan paya bakau bagi memudahkan pengunjung mengenali dan mempelajari ekosistem pokok bakau. Lokasi sesuai untuk seisi keluarga itu juga popular sebagai destinasi memancing dan mencari lokan. Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan termasuk meredah hutan di kawasan paya bakau, menyusur sungai, berkayak, berbasikal, berkhemah dan melawat pusat penternakan belangkas, bengkel kraf tangan serta kilang keropok lekor. Apa pun pihak Wetlands juga menyediakan kelengkapan serta alat permainan tradisional mengikut permintaan pengunjung antaranya boling kelapa, teng teng, congkak, batu seremban, bermain guli, tarik upih dan melastik tin. Jika ingin pembaca blog memanfaatkan masa bersama keluarga dengan percutian berkonsepkan alam semula jadi ini sesuai untuk dijadikan tempat bersantai.Lokasinya kira-kira satu jam setengah pemanduan dari bandar raya Johor Bahru dan ia destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu PArt 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BAKAU... TUMBUH MERATA...
TAMAN SEMULAJADI... INDAHNYA...
PELBAGAI TARIKAN... PELANCONG SUKA...
MENJANA ENOKONI..KALAU IA DI JAGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(24 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...