Support My Blog

Sunday, April 30, 2023

POKOK MONSTERA - APA DIA?

POKOK MONSTERA
(Monstera deliciosa) adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Araceae yang sering dijadikan tanaman hiasan yang memang menarik dan cantik. Keunikan tumbuhan ini adalah dimana 
bentuk daunnya yang berwarna hijau serta berlubang dan saiz daunnya juga besar. Pokok ini menjadi pilihan ramai kerana ia sesuai ditanam sebagai tanaman dalam rumah (indoor plants) atau dijadikan tamanan hiasan dalam pasu. Pokok ini juga lebih dikenali sebagai pokok 'Keladi Monstera' atau 'Cheese plant' disebabkan bentuk lubang-lubang pada dunnya seakan lubang pada cheese. Ini juga berkait dengan daun pokok ini pada tumbuhan yang matang boleh menjadi sangat besar, berkilat, berwarna hijau gelap, daun terbelah-belah dan berlubang-lubang bergantung kepada spesis dan cara penjagaannya. Pokok montera yang termasuk didalam keluarga memanjat (climbing plants) ini mempunyai 50 spesis dimana mampu tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Pokok ini mampu memanjang dengan bantuan 'akar udara' atau 'aerial roots' yng mencangkuk pada dahan pokok dan juga akar ini boleh masuk dalam tanah untuk dapatkan nutrian dan sebagainya. Pokok monstera dikenali sebagai pokok jenis Hemiepiphyte yang unik. Daunnya mempunyai susunan alternate dimana ukurannya adalah besar diantara 25 - 90 cm (9.8 - 35.4 inchi) panjang dan memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk subur. Lubang-lubang yang ada pada daun dibahagian atas membolehkan cahaya matahari diterima oleh daun-daunnya dibahagian bawah. Bunganya akan keluar dari infloresense yang dipanggil sebagai 'spandix' berukuran 5 - 45 cm panjang dimana ia akan menjadi buah yang seakan buah beri dimana ada juga spesis yang buahnya boleh dimakan. Dari segi kegunannya dimana pokok monstera hanya sesuai dijadikan tanaman hiasan dalam rumah (indoor plants) dan sebagai tanaman landskap. Artikel pada subuh ini dari aras 12, Hotel Meridin, Bandar Iskandar Puteri, Johor Bahru saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia pokok monstera untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Secara umumnya mungkin ramai pembaca pernah melihat akan pokok monstera ini akan tetapi kurang mengenalinya. Apa pun dilihat dimana k
ebanyakan pokok keladi monstera yang ada dijumpai di rumah orang atau dikedai atau ditapak semaian berdekatan adalah dalam saiz sederhana dengan daun yang sudah terbelah, tetapi tidak berlubang-lubang. Sekiranya pokok ini berukuran terlalu kecil selalunya daunnya tidak terbelah tetapi pada penulis blog ia masih boleh kenal idengan hanya melihat kepada batang pokok dan batang daun yang panjang. Pada peringkat ini dilihat memang kita tidak akan nampak akar udara atau nod pucuk kerana internod yang sangat pendek. APa pun pokok Monstera deliciosa ini adalah sejenis pokok hiasan yang sangat trendy dan popular di negara kita dan banyak negara lain seluruh dunia. Pokok ini berasal dari hutan tropika di selatan Mexico dimana ia kini boleh didapati dengan mudah di nurseri. Asasnya dimana pokok Monstera sangat suka tempat yang terang akan tetapi ia amat sensitif dengan cahaya terus matahari kerana akan merosakkan daun. Penulis blog syorkan agar ia diletakkan di dalam rumah akan tetapi elakkan di tempat yang terang seperti di tepi tingkap. Lama kelamaan kemudian dilihat yang daun-daunnya akan tumbuh atau berpusing arah ke tingkap dimana amalan memusingkan pasu supaya pokok tidak condong ke arah tingkap perlu dilakukan. Sebenarnya pokok monstera sangat sensitif kepada kelembapan tanah. Pokok ini tidak suka tanah yang basah dan amat amat penting untuk pastikan tanah yang akan digunakan mempunyai saliran air yang baik dan jangan siram terlalu kerap. Disarankan agar hanya siram jika permukaan tanah telah kering dimana ia diperiksa melalui sentuhan jari pada tanah iaitu sekiranya dirasa tanah pada permukaan kering dan keras maka perlu disiram pokok pada keesokan hari. Cara ini amat berkesan untuk semua spesis monsterabagi tujuan untuk menggalakkan kadar pertumbuhan dengan lebih cepat. Asasnya adalah menentukan media tanaman dalam pasu yang terbaik dimana kalau mengguna tanah yang di beli dari tapak semaian sesuai dicampur tanah tersebut dengan sedikit perlite atau leca (clay peebles) untuk tingkatkan kadar saliran air dan juga pengudaraan tanah yang baik. Biasanya dipilih perlite kerana ia lebih ringan dan pasu akan menjadi lebih ringan untuk diangkat.


Secara agronomi dimana k
ebanyakan pokok hiasan sukakan suhu di antara 22°C - 30°C (suhu bilik) untuk tumbuh dengan baik. Dalam situasi dimana keadaan suhu bilik terlalu sejuk (ada aircond) atau di tempat sejuk selalunya ia tidak akan memudaratkan keadaan pokok monstera akan tetapi berlaku kadar pertumbuhan pokok kesannya menjadi lebih perlahan. Perlu diingat dimana pastikan agar jangan terlalu sejuk dibawah 15°C kerana kesihatan pokok akan terjejas. Adalah penting bagi pokok monstera diketahui akan keadaan kelembapan udara kerana ia tidak menjadi isu utama kerana pokok ini dapat menyesuaikan diri dengan agak baik. Apa yang lebih penting adalah mempastikan ia masih menerima cahaya matahari yang terang untuk melakukan proses fotosintesis dengan baik. Beberapa petua didalam mengenali masaalah penjagaan pokok monstera perlu diketahui pemiliknya. Akan jumpa dimana keadaan daun monstera menjadi kuning yang menandakan ia adalan simptom pokok monstera kekurangan air. Pastikan menyiram air dengan kadar mencukupi selepas itu. Apabila dilihat dimana terdapat bintik-bintik coklat pada daun yang merupakan simptom terlebih air maka lakukan penyaliran air dari dalam pasu. Ini kerana keadaan daun yang  menjadi kuning juga adalah simptom kritikal keterlebihan air yang teruk dan akar tumbuhan ini sudah mula mereput.  Pokok Monstera memerlukan cahaya yang terang dan ia akan kekal subur jika anda memberikan cahaya semulajadi yang mencukupi. Pastikan pokok ini tidak menerima cahaya matahari yang terlalu terik kerana jika terlalu panas maka daun pokok ini akan meninggalkan kesan terbakar. Pokok ini akan lambat tumbuh jika kurang terdedah dengan cahayaa dan jika anda menyimpan pokok ini di dalam bilik yang gelap maka daunnya boleh bertukar kepada warna kekuningan. Apa pun pokok ini suka jika tanahnya sentiasa lembab dan harus menyiramnya jika permukaan atas tanah itu kering. Boleh amalkan menggunakan alat pengukur kelembapan atau hanya menggunakan jari sahaja. Jangan biarkan tanahnya terlalu kering kerana situasi ini akan mengakibatkan daunnya terkulai layu dan cepat-cepatlah menyiramnya. Tanda lain yang mana ia menunjukkan tanah itu kering adalah daun mula bertukar menjadi coklat muda dan mudah reput. Daun akan bertukar menjadi kuning jika anda terlebih menyiramnya. Pokok ini tumbuh dengan cepat dimana ia bermakna aperlu bersedia untuk menyediakan saiz pasu yang besar dan sesuai dengan pertumbuhan akarnya untuk memberi banyak ruang kepada pokok untuk terus tumbuh. Pembajaan baja tidak banyak iaitu hanya diberikan sekali setiap bulan kecuali pada musim panas dan musim luruh sebab pada kedua-musim itu adalah waktu yang subur untuk pokok Monstera ini akan tumbuh. Ia juga amat mudah mudah dibiakkan berbanding dengan pokok yang lain dan mempunyai beberapa cara untuk pembiakan. Caranya dengan memotong sebahagian batang yang besar. Cara ini membenarkan Monstera ini menerima kelembapan dan nutrien yang mencukupi untuk melakukan proses pembaharuan akar. Cara lain adalah menunggu pertumbuhan akar udara yang baru. Ini adalah satu isyarat kepada anda untuk mula melakukan proses pembiakan.


Pokok Monstera merupakan pokok yang lasak dan agak sukar untuk menerima diserang serangga perosak apabila ia sihat. Bagaimana pun bila ia menerima tekanan atau lemah maka ia boleh terdedah kepada beberapa perosak seperti kutu air atau hama labah-labah. Sebaikny dipastikan pokok selalu mendapat cahaya dan air yang bersesuaian bsgi memulihkan pokok daripada serangga perosak sebelum menjadi lebih teruk. Selalu bersihkan daun dan batang dengan air sabun secara berhati-hati bsgi menyingkirkan serangga perosak tersebut. Pembaca blog perlu faham dan jangan panik jika pokok Monstera anda menggugurkan daunnya. Itu adalah proses normal untuk mengeluarkan daun yang baru. Daun baru akan meningkatkan lagi nutrisi dan kesihatan pada pokok tersebut serta memberikan pokok tumbuh dengan kuat besar. Aspek penting adalah ciri ketoksikan dimana kebanyakan tumbuhan tropika ini beracun dan Monstera tidak terkecuali. Getah pada batang dan daunnya boleh menyebabkan kesan seperti senak perut dan muntah pada manusia dan juga haiwan. Diingatkan agar ia dijauhkannya terutama daripada kanak-kanak. {Pokok ini sesuai dijadikan tanaman hiasan dan ia boleh hidup dengan baik jika diletakkan di tempat yang mendapat pencahayaan yang cukup, tanahnya sentiasa lembap dan suhu yang hangat. Jangkahayat hidup pokok ini tidak dapat dipastikan dengan jelas dimana ada pokok ini yang dijaga baik hidup sehingga lebih 40 tahun. Apa pun ia boleh bertumbuh sehingga 10-15 kaki jika ditanam di dalam rumah. Lebarnya pula boleh mencecah 8 kaki dengan setiap daunnya mempunyai kepanjangan 18 inci. Daun baru pokok Monstera akan mula tumbuh setiap 4-6 minggu diaman ia bergantung kepada cara penjagaan anda dan juga samada persekitaran tersebut optimum untuk pembesaran. Amalan membuang daun yang rosak dibuat kerana daun ini sudah tidak lagi ia menghasilkan tenaga dan boleh menjadi sarang kepada perumah patogen perosak yang boleh menyebabkan seluruh pokok terdedah kepada risiko penyakit. Pokok Monstera yang mempunyai daun berciri unik seperti ada tompokan berwarna cerah dan bermotif marmar dijual dengan harga yang mahal kerana sukar untuk didapati. Varian harga seperti Monstera albo dijual pada harga USD100 (RM441) hanya bagi keratan batangnya sahaja kerana keunikannya dan juga faktor ada permintaan yang tinggi di kalangan pencinta Monstera (Sila lihat foto disebelah). Hasil tinjauan secara on-line di Shopee, sepohon pokok Monstera albo dan beagi jenis Monstera Thai Constellation dijual pada harga RM1500-RM2500. Hebat juga nilai pasaran bagi bunga ini.


Dalam laporan media tempatan bertajuk 'Kisah tiga pokok Monstera bernilai RM50,000 hilang dicuri' jugs menarik perhatian ramai dan wajar dikongsikan dalam artikel ini. Mungkin ramai pembaca blog tidak percaya jika harga pokok unik Monstera ini bernilai RM50,000. Apa pun semasa pelaksanaan PKP yang dahulu didakwa harga pokok Monstera ini meningkat gara-gara ra,mai yang terperap di rumah dan memulakan hobi baharu isitu menanam pokok hiasan. Namun ramai tidak pernah pula terfikir hingga tinggi begini makal harga pokokk ini. Dilaporkan dimana tular di sosial media mengenai kisah seorang wanita kehilangan tiga pokok miliknya yang telah dicuri di sekitar kawasan Terengganu. Kisahnya bermula pada 14 September 2021 apabila pengguna sosial media yang mesra dengan panggilan Majida membuat satu muat naik mengatakan bahawa tiga pokok beliau jenis Monstera telah hilang dicuri pada waktu siang hari. Beberapa hari kemudian, menurut polis pencuri berkenaan telah dikenalpasti dan ditahan reman. Tetapi apa yang lebih berminat untuk mengetahui kisah unik ini di sebalik kecurian tiga pokok kesayangan Majida ini.  Pada kebiasaannya apabila bulan terang baru penjenayah berani untuk buat kerja. Namun sekarang ini pada waktu siang pun boleh terjadi iaitu kategori pokok hiasan. Didakwa pemiliknya hanya mula sedar yang ketiga-tiga pokok ini hilang apabila sebatang buluh yang sering kali digunakan untuk menongkat pokok-pokok monstera beliau berada di tengah laman rumah. Apa pun ketiga-tiga pokok ini diletak di laman rumah yang berpagar dan pemilik ada mengambil langkah berjaga-jaga seperti memasang kamera CCTV untuk mengelakkan dari sebarang kejadian seperti ini berlaku lagi. Tiga pokok Monstera bernilai RM50,000 kerana pokok Monstera ini tidak terdapat di hutan Malaysia atau dijual di nurseri biasa. Tiga pokok Monstera ini adalah daripada jenis Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon. Keadaan ketiga-tiga pokok ini sangat subur sebelum dicuri. Anak pokok Monstera Albo pertama dia beli dari pengumpul tempatan pada sekitar Mei 2018 yang asalnya adalah baka dari Jepun, manakala Monstera King Aurea dan Monstera King Albo ini diimport daripada Indonesia. Mungkin ada yang keliru bahawa pokok Monstera adalah jenis yang sama dengan Giant Pothos yang banyak tumbur meliar di hutan Malaysia. Namun ada perbezaan ciri yang ketara antara kedua-dua jenis baka ini jika hendak dibandingkan. Nilaian harga pokok-pokok ini bertambah tinggi bergantung kepada kematangan dan saiz daun, kesihatan akar, saiz batang dan keadaan fizikal daun yang tiada cacat cela. Mungkin kejadian kecurian berlaku bukan atas faktor desakan hidup kerana kini penjenayah lebih gemarkan barang-barang mahal. Kes mencuri pokok 3 pokok ini bernilai RM50,000 bagaimana pun selesai selepas pencuri diberkas dan pokok dipulangkan tapi dalam keadaan yang menyedihkan. Dijangka pencuri tahu pokok ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Di Malaysia kini sudah ramai yang memiliki pokok Monstera variegated, namun yang mempunyai saiz daun yang besar boleh dibilang dengan jari. Permintaan juga tinggi dan mungkin sekali mereka ingin mengambil untuk tujuan menjual semula. macsm-macsm kisah mengenai tanaman hiasan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK HIASAN... POKOK MONSTERA...
BERLUBANG DIA... CANTIK DI DAKWA...
HENDAK CANTIK...IA PERLU DIJAGA...
DICURI ORANG... IANYA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(10 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...