Support My Blog

Sunday, April 16, 2023

GAHARU DAN FAKTA MENARIK (Part 1)

POKOK GAHARU
(Aquilaria malaccensis) atau pokok karas merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah lama ia dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak zaman dahulu lagi. Semua bahagian pokok gaharu iaitu dari bahagian batang, kulit, daun, bunga, buah dan ranting ia sebenarnya telah digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik. Pokok gaharu yang terbaik didakwa daripada Malaysia iaitu dari hutan tebal tropika dimana ia telah menerima permintaan baik dari seluruh dunia. Selain itu pokok gaharu boleh ditemui di lain negara seperti di negara Bhutan, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand. Walau pun memang tidak ada bukti pokok ini tumbuh dan hidup di Iran yang merupakan antara negara yang menghasilkan minyak wangi berasaskan dari kayu gaharu tetapi pembuatan produknya adalah  hebat. Di Malaysia dilaporkan dimana kalangan masyarakat Orang Asli biasanya akan masuk jauh ke dalam hutan untuk mengambil hasil dari pokok gaharu. Mereka melalukan kerja ini untuk mengambil resin yang ada pada batang pokok gaharu (pokok hutan) dan kemudian menjualnya bersama-sama dengan hasil hutan yang lain. Bagaimana pun ramai orang yang mengetahui akan harga kayu gaharu dan 'mencurinya' dalam hutan-hutan di Malaysia. Bagaimana pun penanaman pokok gaharu kini telah ada dilakukan oleh beberapa pihak sama ada syarikat swasta atau individu.  Apabila tanaman gaharu mencapai 7-10 tahun ada laporan jika pokok gaharu mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok kerana semua bahagian pokok itu boleh diguna untuk pelbagai produk. Di Perak ada sebuah ladang gaharu berskala besar telah mendapat pelanggan dari syarikat minyak wangi yang terkemuka Asia Barat iaitu Ajmal. Dalam pada itu kisah lain dimana ada terdapat kajian kesesuaian untuk menanam pokok gaharu dijalankan oleh beberapa agensi termasuk Lembaga Getah Malaysia. Kajian ini cuba mengenal pasti sama ada ia sesuai dan boleh menjadi tanaman sampingan di kebun kelapa sawit dan getah bagi menjana pendapatan alternatif kepada pekebun kecil. Artikel pada petang  Sabtu saya menulis lagi dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa fakta menarik iaitu  berkaitan dengan pokok dan kayu gaharu untuk dijadikan artikel rujukkan semua para pembaca blog ini.


Fakta dimana g
aharu aroma 'kayangan' amat sesuai dijadikan bahan rujukkan. Fakta ini adalah bagaimana pokok karas yang ditanam di ladang dan matang perlu disuntik inokolum untuk menghasilkan gred tinggi dengan pelbagai teknologi dan adaptasi (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog mendapati ada mereka yang mengatakan pokok karas yang menghasilkan gaharu seperti pokok duit atau wang tumbuh di atas pohon itu semasa tanaman ini menjadi viral dahulu. Ramai peminat tanaman ini yang tahu dimana gaharu menjadi bahan utama dalam cara menghasilkan minyak wangi dan menjadi komoditi penting kepada ekonomi serta selalu mempunyai pelbagai jenis kegunaannya. Bagaimana pun dalam tinjauan penulis blog mendapati ramai mereka yang menanam gaharu kecewa dan gagal untuk mendapatkan pulang seperti jangkaan awal. Antara fakta adalah dimana agak sukar untuk mendapatkan hasil gaharu yang berkualiti dengan gred AAA dengan harga terbaik. Apa pun pada penulis blog 'Gaharu' iaitu sejenis damar atau resin beraroma yang terhasil daripada pokok karas atau Aqualaria sp dari keluarga Thymelaeaceae dimana ia adalah tumbuhan atau tanaman yang amat bernilai tinggi melebihi harga emas. Pernah direkodkan dimana harga gaharu liar boleh mencecah RM10,000 RM100,000 sekilogram (kg), manakala gaharu ladang gred AA dan AAA (harga sekitar RM3,000 - RM4,000 kg); gred A RM2,000 (RM3,000 kg), manakala gred B dan C (RM1,000 - RM2,000 kg). Perlu difahami faktanya dimana proses gaharu terbentuk berikutan tindak balas pokok karas ke atas serangan fungus atau bakteria terhadap luka, retakan atau jangkitan penyakit. Pokok karas yang diserang itu pula kemudian merembeskan resin bagi melindungi bahagian cedera sama ada pada akar, batang atau dahan dimana ia lama-kelamaan menjadi keras seperti kayu yang dinamakan gaharu atau dikenali sebagai Agarwood, Aloeswood atau Eagleswood. Bagaimana pun terkini pokok karas menjadi antara spesies di bawah Convention on International Trade in Endangered Species (CITES), Appendix II iaitu spesies yang terancam. Menyedari gaharu bernilai tahap 'kayangan' dan berpotensi, sejak beberapa tahun lalu, semakin ramai pengusaha menanam pokok karas di ladang. Dilaporkan dinegara jiran Thailand sudah lebih 20 tahun mereka telah menanam pokok karas di ladang dan di Malaysia ia masih baharu. Pokok karas komersil perlu disuntik inokulum yang dibuat selepas pokok berusia lima sehingga enam tahun. Bahan inokulum iaitu sejenis cecair formula untuk disuntik atau diinokulasi pada pokok bagi menghasilkan gaharu. 


Apa pun blainan dengan pokok karas liar di dalam hutan dimana ia mampu menghasilkan sendiri gaharu kesan daripada pelbagai faktor termasuk akibat disambar kilat atau pokok sakit. Kini pokok karas yang ditanam di ladang perlu disuntik inokolum yang selalunya dihasilkan sendiri oleh pengusaha yang mahu menghasilkan gaharu. Inokulum adalah sejenis cecair formula disuntik atau diinokulasi pada pokok karas matang yang bertujuan bagi menghasilkan gaharu. Cecair ini hanya boleh disuntik apabila pokok sudah mula matang iaitu selepas enam sehingga tujuh tahun. Pokok ini dibahagian batangnya perlu disuntik oleh pakar berpengalaman kerana ia penting untuk dapat memilih pakar yang terbaik bagi memastikan pokok mampu menghasilkan gaharu berkualiti. Penulis blog pernah membuat tinjauan di lokasi dimana dilaporkan jika terlebih dos suntikan apa yang berlaku adalah pokok karas tersebut boleh rosak seterusnya mati. Dalam kes lain faktanya adalah apabila terkurang dos suntikkan apa yang terjadi adalah pula boleh menyebabkan pokok menjadi kering. Perlu difahami jika selepas disuntik disyorkan agar perlu menunggu selama setahun sehingga tiga tahun (1-3 tahun) lagi supaya gaharu dihasilkan berkualiti. Kualiti atau gred gaharu ladang bergantung kepada tempoh berapa lama gaharu dihasilkan di pokok. Secara teknikalnya dimana semakin lama gaharu itu berada di pokok maka akan semakin tinggi nilainya. Untuk mendapatkan gaharu gred AAA sebaiknya perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga tahun selepas disuntik. Ada laporan dimana bagi teknik mendapatkan gaharu ladang dengan gred terbaik ambil masa kira-kira 10 tahun. Beberapa unsahawan yang ditemui nyatakan mengenai tuaian gaharu bagi sebatang pokok ia mampu menghasilkan antara 1 - 2 kilogram gaharu bergantung kepada keadaan dan saiz pokok. Proses menuai dilakukan dengan memotong pokok dengan meninggalkan batang pokok sekurang-kurangnya satu kaki supaya ia dapat tumbuh semula. Proses tersebut dikenali sebagai 'coppice' membolehkan pokok tumbuh semula mampu menghasilkan lagi gaharu dalam tempoh lebih singkat kerana akarnya semakin berusia dan kuat. Kayu karas memang mempunyai pelbagai guna dimana apabila pokok ditebang kemudian dipotong kepada saiz lapan sehingga 12 inci untuk kemudian ia mengasingkan gaharu dengan kayu putih.


Penanaman pokok karas boleh dikatakan mudah asalkan mempunyai ilmu asas pengetahuan, rakan yang bersama dan juga kawasan sesuai serta benih karas terjamin. Pokok yang dijamin benihnya akan menghasilkan resin selepas batang dipotong saiz kecil dan kemudian diracik atau diraut untuk mengeluarkan gaharu. Kemudian selepas menjadi kepingan kecil, ia akan dicuci pada bahagian depan dan belakang, kemudian kepingan itu digelar gaharu. Kayu putih diracik pula boleh menghasilkan pati minyak gaharu digunakan untuk membuat minyak wangi. Baki kayu yang dipotong masih mempunyai bahagian cantik akan dibuat arca gaharu seperti tanduk rusa. Arca terutama berada di bahagian ranting, mempunyai gaharu berkualiti tinggi. Justeru selalu ia sentiasa mendapat permintaan kerana ada nilai estetik dan dijual hingga RM3,000. Apa pun karas juga mampu menghasilkan air suling dan menghasilkan teh daripada daun pokok dikeringkan dan setahun kemudian kopi pracampuran gaharu menggunakan ekstrak daripada daun. Kalangan pengusaha tanaman ini boleh membuat produk ini  sebelum proses inokulasi sedia dibuat kepada pokok. Produk seperti air suling gaharu dari hampas pokok karas yang kemudian diproses menjadi ubat nyamuk dan colok. Kini ada antara kepingan gaharu dan pati minyak dieksport ke Arab manakala arca banyak permintaan dari China, Kuwait, Dubai, Australia dan Amerika Syarikat. Dilaporkan ada sebanyak 25 spesies karas di seluruh negara yang sesuai tumbuh di Malaysia, Bangladesh, Bhutan, India, Myanmar, Filipina dan Thailand. Antara spesis terpopular ditanam ada 5 lima spesies karas iaitu Aquilaria malaccensis, Aquilaria hirta, Aquilaria beccariana, Aquilaria rostrata dan Aquilaria microcarpa. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi infoo berguna untuk dijadikan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KARAS... HASILKAN GAHARU...
DIDALAM HUTAN... DI TUAI PEMBURU...
MUDAH DITANAM... INOKULASI DULU...
PELBAGAI PRODUK...HARGA MAHAL TU...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...