Support My Blog

Tuesday, April 4, 2023

DAUN KERING - APA GUNA?

DAUN KERING
(Dry Leaves) adalah 
daun yang matang oleh cahaya matahari dan umurnya dimana selalunya akan bertukar warna dan kemudian terlepas dari dahanya atau gugur diatas mukabumi. Daun adalah sebahagian daripada komponen tumbuhan selain daripada akar, batang, bunga, buah dan juga sebagainya. Selalunya daun adalah berwarna hijau semasa ia aktif dan kemudian akan menjadi tua dan akhirnya kering dan gugur ketanah. Saat daun itu matang, ia memiliki kemampuan lepas bebas dari ikatan dahannya. Pada penulis blog sudah banyak artikel mengenai marfologi tumbuhan yang boleh dibaca dalam blog ini. Daun adalah merupakan sejenis organ tumbuhan yang bersambung kepada batang tumbuhan pembuluh di atas tanah dan yang mana fungsia khususnya adalah untuk proses fotosintesis. Daun juga biasanya berbentuk leper bertujuan untuk menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-selnya yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada cahaya akan tetapi ia juga untuk membenarkan cahaya melantasi sepenuh tisu-tisunya. Dalam kebanyakan kes apa yang penulis blog teliti dimana daun juga merupakan bahagian tumbuhan untuk respirasi, transpirasi dan gutasi (proses pelepasan air dari jaringan daun). Daun tumbuhan boleh menyimpan makanan dan air serta boleh diubahsuai oleh sesetengah tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk paku-pakis dirujuk sebagai "pelepah" sahaja. Dalam pada itu banyak jenis daun yang merupakan bahan penting sebahagian makanan manusia yang penting sebagai sayur-sayuran berdaun. Banyak ternakan dan haiwan ruminan yang akan makan daun sebagai makanan utama mereka. Lazimnya daun juga mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan tekstur yang berbeza. Saya ada menulis mengenai bentuk-bentuk daun dimana ada yang berbentuk seperti jantung terbalik, mempunyai tangkai pada hujung atau apeks (apex) jantung, berbentuk daun yang tirus di bahagian pangkal atau seperti bujur telur terbalik. Ada daun yang berbentuk bujur telur atau berbentuk bulat dengan tangkai daun bersambung di tengah helai dan bermacam lagi. Kalau daun muda ia akan kebanyakannya berwarna hijau tetapi apabila matang atau tua ia akan menjadi kekuningan atau kemerahan sebelum jatuh ketanah dan kering berwarna coklat dan sebagainya. Dalam sistem ekologi semulajadi di hutan peranan daun kering yang jatuh ketanah ini amat penting untuk terkumpul kemudian merepat dan manjadi sumber nutrien yang berguna. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai daun kering dan kegunaannya serta beberapa laporan meris berkaitan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Kalangan pembaca mungkin tidak ramai yang berfikir akan kepentingan daun kering. Ini kerana daun kering dianggap bahan yang tidak berguna dan tidak mempunyai nilai ekonomi terutama jika tinggal dikampong-kampong tradisional. Dalam dusun durian juga selalunya ada banyak daun yang gugur bertaburan diatas tanah dan dibiarkan begitu sahaja. Bagaimana pun saya ada menulis artikel akan kepentingan membakar daun kering dibawah kebun durian sebagai satu amalan agronomi yang baik untuk tanaman durian itu sendiri. Sila baca akan ilmu tersebut dengan pautan ini (Sila klik disini). Malaysia sebagai negara trropika yang ada
 kekayaan alam yang hebat memang banyak hasilkan daun dan daun kering. Asal sahaja ada pokok rendang dimana-mana maka daun keringnya akan berkumpul dibawahnya dengan banyak. Rimbunan daun kering dibawah pokok ini akan menjadikan ia ujudkan suasana yang nyaman dibawah pokok. Bagaimana pun bagi kawasan taman dan perumahan serta kpmpleks perniagaan daun kering manjadi masaalah kerana ia bertaburan serta berselerak dan mencacatkan akan keindahan premis. Ia akan perlu dibersihkan dan dikumpulkan oleh petugas. Tiu[an angin kuat tentu saja akan mengakibatkan banyaknya sampah-sampah daun berguguran di mana-mana sahaja. Sampah-sampah ini jika tidak disapu akan menjadi kering dan ia juga kemudian akan kembali tertiup angin dan kawasan rumah dilihat semakin kotor. Lazimnya ia dikumpulkan atau selalu dimasukkan kedalam tong sampah atau ada yang suka untuk membakarnya (di kawasan kampong). Bagi kawasan perumahan memang tidak boleh dilakukan kerana ia akan memuebabkan pencemaran udara. Saya kongsi info akan petua bagaimana menjadikan daun kering sebagai bahan berguna kepada masyarakat. Daun kering sebenarnya boleh dijadikan sebagai 'Fire Starter' terutama ketika aktiviti berkemah (camping) untuk membakar kayu api atau unggun api. Ini kerana daun kering ini mudah terbakar dan cepat menyala. Dalam pada itu daun kering berguna sebagai bahan penebat (insulator) yang baik. Insulator apa? Tentu saja insulator suhu ruangan. Ini kerana daun kering mampu untuk menahan perpindahan suhu yang ekstrim terutama semasa camping dan ia didakwa boleh digunakan sebagai pelapis atau penghangat terutama di negara sejuk. Ini kerana selalunya campers akan meletakkan sleeping bag di bawah tumpukan daun-daun kering sebagai salah satu cara yang membantu untuk menjaga suhu tubuh agar terus hangat. Dalam banyak coretan dimana daun kering adalah bahan penting didalam Membuat Kompos. Kumpulkan semua daun kering dilokasi pembuatan kompos berdama-sama dengan bahan lain seehingga selesai proses pereputan dan menjadi baja kompos yang menyuburkan tanah. Kebanyakan tanah yang kurang subur memerlukan baja kompos untuk meningkatkan hasil tanaman. Kegunaan daun kering yang paling tradisional adalah ia dijadikan Sungkupan (mulching) terutama untuk jenis tanaman makanan dan sayuran dan diletakkan diatas batas tanaman. Jenis daun kering seperti daun lalang, jerami padi dan sebagainya memang dijadikan sungkupan terbaik untuk tanaman singkat masa. Walaupun kini perana ini diambil alih oleh penggunaan plastik silvershine namun sungkupan dari daun kering terbaik kerana ia akan menjadi baja kompos kemudian hari. Kalangan petani tradisional yang jauh dari sumber baja kimia moden boleh menggaulkan daun kering kedalam tanah diman apabila reput juga akan menyuburkan tanah. Sudah lama industri kraftangan yang menggunakan bahan asas daun kering menjadi Karya Seni Kratangan. Mereka yang berjiwa seni boleh memilih daun-daun kering yang bernilai untuk ia dijadikan karya seni yang cantik dan boleh mendapangkan pendapatan.


Kisah dipetik dari hmetro.com bertajuk 'Uk
kiran daun kering tarik perhatian' wajar dikongsikan. Berita dari Kampung Tasek Bendang Guchil, Rantau Panjang, Kelantan dilaporkan ramai akan tidak menyangka dimana daun kering tidak bernilai boleh diukir potret hingga mampu dijual pada harga mencecah ratusan ringgit. Nagi Muhamad Azam (21) yang mana hasil tangannya memukau sesiapa saja yang telah pun melihatnya kerana wajah yang diukir pada daun itu saling tidak tumpah seakan-akan lukisan pada sehelai kertas. Dia yang diasah bakat melukis sejak dari bangku sekolah bukan saja boleh mengukir potret, tetapi juga panorama, animasi dan tulisan khat dengan kemas dan sempurna. Ideanya untuk mengukir lukisan pada daun timbul ketika saya berada di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Akibat terlalu bosan, saya cuba mengaplikasikan bakat melukis pada daun getah dan tidak menyangka hasilnya menjadi. Hasil ukirannya kini mendapat perhatian rakan-rakan yang mula membuat tempahan dan kemudian dimuat naik di media sosial sehingga saya sekarang mempunyai pelanggan dari Johor, Kedah dan Kuala Lumpur. Dakwanya bagi menyiapkan sesuatu ukiran pada daun memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi kerana daun yang kering mudah rapuh atau terkoyak. Apa pun kemahiran itu banyak dibantu oleh idolanya iaitu gurunya sendiri yang mengajar Pendidikan Seni di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, yang digelar sebagai 'cikgu Mazdi'. Dia suka menggunakan Daun Balik Angin dan Daun Kemahang  yang kering kerana lebih tahan lama selain mudah didapati di kawasan rumahnya. Asalnya memang banyak kegagalan yang dihadapi termasuk terpaksa menukar daun baru berkali-kali kerana lukisan tidak menjadi atau daun terkoyak. Biasanya dia akan mengambil masa selama sehari sehingga tiga hari untuk menyiapkan tempahan bergantung kepada subjek yang mahu diukir. Penting baginya mempastikan daun yang digunakan dalam keadaan separa kering supaya ukiran dapat dilakukan dengan baik. Kini hasil tangannya ini dijual serendah RM25 sehingga RM100 bergantung kepada saiz daun dan ianya juga akan 'laminate' terlebih dulu sebelum sampai ke tangan pelanggan. Elemen paling sukar baginya adalah semasa buat pada bahagian mata dan hidung yang mana menentukan kemenjadian lukisan pada daun berkenaan. Dia juga ada buat  tulisan khat yang memerlukan dia mengukir 'baris' yang bersaiz kecil. Kemungkinan untuk daun koyak dan rosak sangat tinggi, jadi saya perlu berhati-hati. Selalunya dia akan menggunakan beberapa barangan asas seperti papan pemotong dan pisau pengukir selain sentiasa mengenakan sarung tangan untuk memegang daun terbabit. 


Dalam portal digital Kosmo dilaporkan 
'Daun kering jadi duit' amat menarik dikongsikan. Berita dari Taman Intan Duyung, Batu 4, Port Dickson, NS ini nyatakan dimana seorang lelaki yang mengutip daun kering pokok ketapang sebelum diproses untuk dijual kepada ramai peminat ikan laga bagi tujuan untuk mengekalkan kesihatan hidupan tersebut. Bagi Jalani Ibrahim (38) dakwa dimana dia mula mengutip daun ketapang kering yang mudah didapati di tepi pantai Port Dickson sejak empat bulan lalu. Pada mulanya ada kawannya menegur dan mengatakan dia pelik kerana mengutip daun kering. Namun selepas diberitahu khasiatnya kepada ikan laga baru mereka faham mengapa dia berbuat demikian. Memang tiada modal diperlukan dan dia cuma hanya ambil sedikit masa pada waktu petang untuk mengutip daun kering itu untuk diproses dan dijual. Kemudin dia boleh mendapat untung sebanyak RM2 bagi setiap 23 keping daun kering yang siap dibungkus. 
Apa pun selalunya dia akan mengutip dua beg plastik berisi daun ketapang dan setiap satunya boleh menghasilkan 10 pek daun kering ketapang. Dakwanya walaupun untungnya tidaklah besar tetapi dia merasa agak berbaloi kerana cuma keluarkan kos sedikit untuk membeli garam bagi tujuan mempro­ses daun kering. Daun ketapang memang dicari-cari oleh peminat ikan laga kerana spesies itu akan menjadi lebih sihat jika daun itu diletakkan ke dalam balang atau akua­rium. Daun ketapang yang diproses ini boleh merawat ikan laga yang sedang sakit, menaikkan warna ikan, bagi cepat sihat dan agresif serta mengawal suhu air dan dia sendiri ada memelihara sebanyak 200 ekor ikan laga di rumahnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN TUMBUHAN... HIJAU WARNANYA...
SUDAH TUA... KERING PULA JADINYA...
PELBAGAI FAEDAH... IANYA ADA DIGUNA...
BACA ARTIKEL... BARU TAHU CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...