Support My Blog

Friday, April 7, 2023

MUDAHNYA TANAM KANGKONG SENDIRI

SAYUR KANGKONG
(Ipomoea spp.) merupakan satu jenis tanamam dari keluarga Convovulaceae iaitu dari kumpulan sayuran daun yang berbatang lembut dan berwarna hijau yang penting di Malaysia dan Asia. Kangkung dikenali dengan pelbagai nama lain di barat seperti water convolvulus, water spinach, swamp cabbage dan swamp morning–glory. Terdapat dua jenis kangkong yang ditanam di negara kita iaitu jenis Kangkong Darat (Impomea reptans) dan jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Kangkung darat pula mempunyai daun yang panjang menirus dan berbatang kecil dan bagi kangkung air pula ia mempunyai daun yang agak lebar dan bujur serta berbatang besar. Kangkung dikalangan negara lain pula dipanggil sebagai phak bong (Laos), camotillo (Peru), cancong (Filipina), argali (sudan), paakboong (Thailand), rau muong (Vietnam) dimana tamanan ini juga merupakan sayuran yang tumbuh menjalar yang dimakan sebagai sayuran bersama makanan lain seperti nasi dan laukpauk lain. Makanan nasi lemak yang menjadi ikon sebagai 'Makanan Malaysia' juga lazimnya tidak lengkap kalau tidak ada sayuran kangkung. Kalau mengkaji akan asal usul dan keberadaan tanaman kangkong ini dimana ia boleh didapati di Selatan Asia, Asia Tenggara, Africa, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan juga dikawasan Oceania. Pada penulis blog mendapati tanaman dan sayur kangkung merupakan tanaman yang penting dan ditanam secara intensif di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Selatan Cina. Daun kangkung berbentuk hati dan tumbuh secara berselang bergantung kepada spesisnya. Umumnya ada dua jenis kangkong yang diusahakan di Malaysia iaitu Kangkong Darat (Impomea reptans) dan Kangkong Air (Impomea aquatica). Kedua jenis ini ditana untuk tujuan diambil daunnya bagi dijadikan makanan. Saya ada pernah menerbitkan buku teknikal di Jabatan Pertanian yang telah menjelaskan sebanyak 7 spesis kangkong yang lazim atau popular ditanam di Malaysia. Bunga kangkong lazimnya berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya. melihat kepada biji kangkung pula selalu ia berwarna coklat kehitaman. Kangkung yang merupakan sayuran hijau memang ada dijual di pasar biasa, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit diseluruh negara dengan harga yang agak berpatutan murah berbanding dengan sayuran jenis lain. Sebenarnya semua bahagian kangkung yang muda boleh dimakan secara segar atau dimasak. Umumnya penanaman kangkung yang subur memerlukan suhu 24 oC dengan pH tanah antara pH5.5 hingga pH 6.5. Pelbagai jenis tanah adalah sesuai untuk menanam tanaman ini seperti jenis tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. Kangkung didakwa mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, zat besi, kalsium, fosforus, karoten selain mempunyai antioksida dan mineral. Kangkung adalah sajian yang selalu disarankan oleh ahli diet dalam program kawalan kolesterol dan penurunan berat badan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang rendah, serta sifat antioksidannya. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana mudahnya untuk menanam kangkong dirumah sebagai bahan rujukkan bagi pembaca blog semua.


Salah satu amalan mudah menanam kangkong adalah dengan cara mudah iaitu menanamnya didalam botol plastik terpakai, bekas minyak masak terpakai dan bekas-bekas lain yang sesuai. Ini kerana boleh dikatakan bekas minyak masak 5 kg selalu akan dibuang selepas isinya habis dipakai untuk memasak. Kos membeli sayuran untuk keperluan makanan harian semakin lama semakin mahal dimana ia menyebabkan bajet keluarga menjadi sempit. Kini lebih r
amai yang terkesan dengan isu kenaikan harga barang terutama barang makanan semanjak rea covid-19 dan perang Rusia-Ukraine berlaku. Walau pun ada kalngan pembaca kurang terasa akan perkara ini sebenarnya semua boleh mengurangkan kos bajet keluarga dengan mananam sayurab sendiri dirumah. Sudah sampai masa semua orang perlu lebih berjimat-cermat dan berusaha manfaatkan apa yang ada di sekeliling rumah sendiri. Salah satu langkah yang boleh diambil adalah dengan menanam sayur-sayuran sendiri di rumah termasuk sayur kangkong. Pada pengalaman penulis blog dimana taanaman kangkung termasuk antara sayuran yang paling mudah ditanam. Salah satu cara adalah dengan menggunakan bekas botol minyak masak. Memang ramai penduduk bandar sama ada yang tinggal di rumag teres, rumah murah atau kondominium mempubyai ruang yang sempit untuk berkebun. Apa pun perlu ada minat, ilmu pengetahuan dan bahan yang mencukupi untuk usaha menanam kangkong guna botol terpakai atau bbekas botol mintak dengan cara yang betul. Kumpulkan botol bekas minyak terpakai beberapa unit (bergantung kepada lias kawasan yang ada dan potong sebahagian atasnya untuk membolehkan ia diisi denga media tanaman dan botol ditutup (Sila lihat foto disebelah). Media terbaik adalah tanah campuran (ada dijual dinurseri) atau dicampur dengan bahan cocopeat yang diperkayakan dengan nutrien. Pastikan ada dibuat lubang agar air yang berlebihan dalam bekas ini boleh mengalir keluar. Ada dua cara menanam kangkong iaitu meletakkan bijibenih yang telah direndam atau menggunakan keratan batang kangkong sedia ada. Siram tanaman mengikut keperluan dan dibaja mengikut kadar disyorkan. Periksa sesekali jika ada serangan perosak dan penyakit. Sayur kangkong boleh dituai beberapa minggu kemudian mengikut keperluan memasak.


Kaedah lain yang mudah untuk menanam kangkong adalah dengan menggunakan botol minuman terpakai seperti bekas air mineral. Botol air mineral seperti ini selalu dibuang didalam tong sampah sahaja tanpa digunakan. Sebaiknya ambil botol air 1 liter yang kemudian dipotong dua dan diisikan dengan media tanaman sesuai ditengahnya. Pada bahagian bawah diisikan dengan air agar tidak perlu menyiram lagi selepas penanaman. Media tanah campuran boleh dibeli dari kedai nurseri dengan harga yang murah disesuaikan dengan jumlah botol air dipakai. Sebaiknya dibubuh air 
sampai paras lubang kecil yang ada tanda panah merah itu supaya 1/4 medium tanahnya terendam untuk menjaga kelembaban tanahnya sebab tak pakai sumbu (Sila lihat foto disebelah) seperti tanda panah merah dalam gambar di sebelah). Lubang yang ada pada botol dilapiskan atas isi tanah itu dimana fungsinya sebagai peresapan air untuk ia dapat memberikan kelembapan pada medium tanahnya. Apa pun kemudian lubangkan pula dua lubang kecil kanan kiri di bahagian botol yang satu lagi dimana fungsinya sebagai sirkulasi oksigen untuk menghindari pembusukan akar dan juga buangan air yang terlebih. Sebaiknya biji benih boleh terus tabur benih dalam 5-10 biji benih di setiap botol. Sebaiknya semua botol-botol tanaman ini diletakkan di tempat yang agak redup tetapi pastikan agar mendapat cahaya. Pada peribgat awal penanaman semasa pokok kecil sesuai redup dulu kerana ia tidak tahan kalau pancaran matahari terlalu terik terus kena pada anakpokok. Apa pun jika ia ditanam secara terbuka sebaiknya dipasang jaring hitam supaya tidak terlalu panas atau kalau hujan kuat pun tidak rosak. Tutup botol boleh dibuka kalau akarnya sudah sampai bawah. Dalam pada itu cara membaja dilakukan setelah usia tanaman lebih kurang 2 minggu setelah semai. Sukatannya ialah 1 senduk makan baja NPK dilarutkan dengan air 1.5 liter dan lakukan penyiraman secukupnya seminggu sekali. Bila akar sudah sampai bawah baja boleh terus di bubuhkan dalam botol isi air tu dengan sukatan 1/4 sudu makan. Gembiranya kerana selepas menanam 2 minggu sahaja sudah boleh menuai.  Cara menuai kangkong amat mudah iaitu dengan memotong batangnya dan tinggalkan satu tunas yang paling bawah. Apa pun dalam masa 2 minggu akan datang ia sudah boleh tuai ulang dan begitu juga seterusnya. Bagi tanaman lain seperti tanaman sawi, salad, pak choy boleh pula dituai dengan cara dipetik tangkai daunnya dan tinggalkan daun yang paling muda. Mudahnya tanam kangkung dalam botol terpakai.


Jika ada kawasan lapang dikeliling rumah memang sesuai menanam kangkong atau sayur daun yang lain. Isu asas bagaimana masih 
ada dalam kalangan masyarakat yang kurang mengetahui sayur kangkung yang mana ia juga turut memiliki biji benih. Walau pun pada kebiasaannya ramai yang hanya ada mengetahui kangkung boleh hidup dengan keratan batang. Apa pun perlu difahami kebanyakan sayur ini yang dijual di pasaran adalah kangkung yang ditanam daripada biji benih. Kangkong jenis Kangkong Akar selalu dituai dengan mencabut pokoknya dan dijual bersama akarnya. Kangkung akar ada jenis yang berdaun runcing atau Bamboo Leaves dan juga ada jenis yang berdaun sedikit lebar atau Broad Leaves. Harga benih kangkong di pasaran berbeza untuk kedua-dua jenis daun kangkung. Benih kangkung daun runcing lebih murah berbanding benih kangkung berdaun lebar. Anggaran harga benih kangkung daun runcing sekitar RM16 hingga RM20 untuk sekilogram manakala harga benih kangkung daun lebar adalah antara RM21 hingga RM25. Sekiranya kangkung ditanam yang di kawasan rumah menggunakan teknik iaitu cara semaian biji benih maka ia akan tumbuh menegak sebatang dimana jika ia dibiarkan lebih lama maka cabang baharu akan tumbuh di kiri dan kanan. Cabangnya tidak menegak akan tetapi akan hidup menjalar sebelum menghasilkan bunga kangkung dan biji benih. Bila menuai ia dilakukan dengan cara memotong batang pertama yang tumbuh menegak dan tunas baharu akan tumbuh nanti sudah tidak sama seperti batang pertama. Tunas baharu akan lebih cepat mengeras berbanding batang pertamanya manakala bentuk daunnya juga akan berubah. Cara semaian biji benih boleh dilakukan terus ke batas atau tempat tanaman anda. Ia boleh dilakukan sama ada dengan menabur (biji benih) serata dan atau disusun mengikut aturannya. Apa pun jika mahu menyemai terlebih dahulu pun tiada bermasalah mengikut kesukaan sendiri. Sebaiknya bagi dapatkan hasil yang baik maka pilih benih yang bermutu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) penanaman dan penjagaan yang disyorkan. Apa pun tanaman kangkung boleh juga ditanam pelbagai cara seperti dengan cara menggunakan kaedah hidroponik dan akuaponik. Setiap tanaman dan kaedah tanaman pastinya ada teknik penjagaan, siraman, pembajaan dan kawalan makhluk perosaknya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KANGKONG... MUDAH SAHAJA...
DIKAWASAN RUMAH...LOKASI DISEDIA...
BENIH DI BUBUH... AIR ADA SENTIASA...
CUKUP 30 HARI... MENUAILAH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Ramadan 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...