Salah satu amalan mudah menanam kangkong adalah dengan cara mudah iaitu menanamnya didalam botol plastik terpakai, bekas minyak masak terpakai dan bekas-bekas lain yang sesuai. Ini kerana boleh dikatakan bekas minyak masak 5 kg selalu akan dibuang selepas isinya habis dipakai untuk memasak. Kos membeli sayuran untuk keperluan makanan harian semakin lama semakin mahal dimana ia menyebabkan bajet keluarga menjadi sempit. Kini lebih ramai yang terkesan dengan isu kenaikan harga barang terutama barang makanan semanjak rea covid-19 dan perang Rusia-Ukraine berlaku. Walau pun ada kalngan pembaca kurang terasa akan perkara ini sebenarnya semua boleh mengurangkan kos bajet keluarga dengan mananam sayurab sendiri dirumah. Sudah sampai masa semua orang perlu lebih berjimat-cermat dan berusaha manfaatkan apa yang ada di sekeliling rumah sendiri. Salah satu langkah yang boleh diambil adalah dengan menanam sayur-sayuran sendiri di rumah termasuk sayur kangkong. Pada pengalaman penulis blog dimana taanaman kangkung termasuk antara sayuran yang paling mudah ditanam. Salah satu cara adalah dengan menggunakan bekas botol minyak masak. Memang ramai penduduk bandar sama ada yang tinggal di rumag teres, rumah murah atau kondominium mempubyai ruang yang sempit untuk berkebun. Apa pun perlu ada minat, ilmu pengetahuan dan bahan yang mencukupi untuk usaha menanam kangkong guna botol terpakai atau bbekas botol mintak dengan cara yang betul. Kumpulkan botol bekas minyak terpakai beberapa unit (bergantung kepada lias kawasan yang ada dan potong sebahagian atasnya untuk membolehkan ia diisi denga media tanaman dan botol ditutup (Sila lihat foto disebelah). Media terbaik adalah tanah campuran (ada dijual dinurseri) atau dicampur dengan bahan cocopeat yang diperkayakan dengan nutrien. Pastikan ada dibuat lubang agar air yang berlebihan dalam bekas ini boleh mengalir keluar. Ada dua cara menanam kangkong iaitu meletakkan bijibenih yang telah direndam atau menggunakan keratan batang kangkong sedia ada. Siram tanaman mengikut keperluan dan dibaja mengikut kadar disyorkan. Periksa sesekali jika ada serangan perosak dan penyakit. Sayur kangkong boleh dituai beberapa minggu kemudian mengikut keperluan memasak.
Kaedah lain yang mudah untuk menanam kangkong adalah dengan menggunakan botol minuman terpakai seperti bekas air mineral. Botol air mineral seperti ini selalu dibuang didalam tong sampah sahaja tanpa digunakan. Sebaiknya ambil botol air 1 liter yang kemudian dipotong dua dan diisikan dengan media tanaman sesuai ditengahnya. Pada bahagian bawah diisikan dengan air agar tidak perlu menyiram lagi selepas penanaman. Media tanah campuran boleh dibeli dari kedai nurseri dengan harga yang murah disesuaikan dengan jumlah botol air dipakai. Sebaiknya dibubuh air sampai paras lubang kecil yang ada tanda panah merah itu supaya 1/4 medium tanahnya terendam untuk menjaga kelembaban tanahnya sebab tak pakai sumbu (Sila lihat foto disebelah) seperti tanda panah merah dalam gambar di sebelah). Lubang yang ada pada botol dilapiskan atas isi tanah itu dimana fungsinya sebagai peresapan air untuk ia dapat memberikan kelembapan pada medium tanahnya. Apa pun kemudian lubangkan pula dua lubang kecil kanan kiri di bahagian botol yang satu lagi dimana fungsinya sebagai sirkulasi oksigen untuk menghindari pembusukan akar dan juga buangan air yang terlebih. Sebaiknya biji benih boleh terus tabur benih dalam 5-10 biji benih di setiap botol. Sebaiknya semua botol-botol tanaman ini diletakkan di tempat yang agak redup tetapi pastikan agar mendapat cahaya. Pada peribgat awal penanaman semasa pokok kecil sesuai redup dulu kerana ia tidak tahan kalau pancaran matahari terlalu terik terus kena pada anakpokok. Apa pun jika ia ditanam secara terbuka sebaiknya dipasang jaring hitam supaya tidak terlalu panas atau kalau hujan kuat pun tidak rosak. Tutup botol boleh dibuka kalau akarnya sudah sampai bawah. Dalam pada itu cara membaja dilakukan setelah usia tanaman lebih kurang 2 minggu setelah semai. Sukatannya ialah 1 senduk makan baja NPK dilarutkan dengan air 1.5 liter dan lakukan penyiraman secukupnya seminggu sekali. Bila akar sudah sampai bawah baja boleh terus di bubuhkan dalam botol isi air tu dengan sukatan 1/4 sudu makan. Gembiranya kerana selepas menanam 2 minggu sahaja sudah boleh menuai. Cara menuai kangkong amat mudah iaitu dengan memotong batangnya dan tinggalkan satu tunas yang paling bawah. Apa pun dalam masa 2 minggu akan datang ia sudah boleh tuai ulang dan begitu juga seterusnya. Bagi tanaman lain seperti tanaman sawi, salad, pak choy boleh pula dituai dengan cara dipetik tangkai daunnya dan tinggalkan daun yang paling muda. Mudahnya tanam kangkung dalam botol terpakai.
Jika ada kawasan lapang dikeliling rumah memang sesuai menanam kangkong atau sayur daun yang lain. Isu asas bagaimana masih ada dalam kalangan masyarakat yang kurang mengetahui sayur kangkung yang mana ia juga turut memiliki biji benih. Walau pun pada kebiasaannya ramai yang hanya ada mengetahui kangkung boleh hidup dengan keratan batang. Apa pun perlu difahami kebanyakan sayur ini yang dijual di pasaran adalah kangkung yang ditanam daripada biji benih. Kangkong jenis Kangkong Akar selalu dituai dengan mencabut pokoknya dan dijual bersama akarnya. Kangkung akar ada jenis yang berdaun runcing atau Bamboo Leaves dan juga ada jenis yang berdaun sedikit lebar atau Broad Leaves. Harga benih kangkong di pasaran berbeza untuk kedua-dua jenis daun kangkung. Benih kangkung daun runcing lebih murah berbanding benih kangkung berdaun lebar. Anggaran harga benih kangkung daun runcing sekitar RM16 hingga RM20 untuk sekilogram manakala harga benih kangkung daun lebar adalah antara RM21 hingga RM25. Sekiranya kangkung ditanam yang di kawasan rumah menggunakan teknik iaitu cara semaian biji benih maka ia akan tumbuh menegak sebatang dimana jika ia dibiarkan lebih lama maka cabang baharu akan tumbuh di kiri dan kanan. Cabangnya tidak menegak akan tetapi akan hidup menjalar sebelum menghasilkan bunga kangkung dan biji benih. Bila menuai ia dilakukan dengan cara memotong batang pertama yang tumbuh menegak dan tunas baharu akan tumbuh nanti sudah tidak sama seperti batang pertama. Tunas baharu akan lebih cepat mengeras berbanding batang pertamanya manakala bentuk daunnya juga akan berubah. Cara semaian biji benih boleh dilakukan terus ke batas atau tempat tanaman anda. Ia boleh dilakukan sama ada dengan menabur (biji benih) serata dan atau disusun mengikut aturannya. Apa pun jika mahu menyemai terlebih dahulu pun tiada bermasalah mengikut kesukaan sendiri. Sebaiknya bagi dapatkan hasil yang baik maka pilih benih yang bermutu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) penanaman dan penjagaan yang disyorkan. Apa pun tanaman kangkung boleh juga ditanam pelbagai cara seperti dengan cara menggunakan kaedah hidroponik dan akuaponik. Setiap tanaman dan kaedah tanaman pastinya ada teknik penjagaan, siraman, pembajaan dan kawalan makhluk perosaknya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.