Support My Blog

Thursday, April 13, 2023

LIMAU MADU CHOKUN - POTENSI BESAR!

LIMAU MADU CHOKUN
 (Citrus chinensis) merupakan sejenis tanaman dari kumpulan limau yang berpotensi besar untuk dikomersilkan di Malaysia. Pokok Limau Chokun yang berasal daripada Thailand kini boleh didapatkan benihnya daripada beberapa pengusaha nurseri tempatan terutama yang berada di utara Semenanjung Malaysia. Melalui beberapa penelitian dilaporkan anakbenih yang dibawa masuk darii Thailand dan dijamin kualitinya agak mahal iaitu lebih daripada RM20 - RM50 sepokok jika ia sudah agak besar. Tanaman limau chokun ini merupakan tanaman 
buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana yang boleh ditanam didalam kebun secara komersil atau ada yang menanamnya di dalam pasu besar dikawasan rumah. Apa pun pokok limau chokun ini memang cirinya akan mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok ini dilaporkan mampu berbuah dalam masa 2 - 3 tahun selepas ditanam dikebun malahan ada yang menanam didalam pasu ia boleh berbuah selepas setahun lebih ditanam (anakbenih yang matang digunakan). Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang dimana ia tahan untuk kawasan tanah subur dengan sistem saliran yang baik. Ada dakwaan dimana varieti limau chokun adalah menyamai dengan varieti limau mandarin dimana ia mempunyai daun berbentuk 'lanceolate atau oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun. Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua dan merimbun. Pada bahagian daun jika diteliti dilihat aeakan ada terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mana ia mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau jika ia diramas. Buah limau chokun selalunya berwarna hijau gelap semasa muda dan akan berwarna hijau kekuningan apabila ia masak (Sila lihat foto diatas). Kulit buah limaunya yang tebal memudahkan limau chokun mudah dikopek dimana isinya akan berwarna oren dan rasanya memang manis serta kurang rasa masamnya. Mereka yang ada menanam limau chokun perlu mengetahui bagaimana untuk mengurusan amalan agronomi limau ini untuk mendapatkan hasil terbaik. Artikel pada petang Rabu 21 Ramadan 1444H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai potensi tanaman limau chokun untuk ia dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Menanam pokok limau chokun ini perlukan bahan tanaman atau anakbenih dijamin kualitinya yang boleh dibeli daripada nurseri bertauliah. Penulis blog ada juga merujuk didalam talian on-line dimana anakbenih limau chokun ini ada juga dijual dengan harga sekitar RM15 - RM 35 sepokok. Dari ciri benih adalah kemungkinan besar sumber benih ini disediakan melalui kaedah Cantuman Tut (marcotting) daripada pokok induk yang sudah dipercayai. Apa pun limau madu chokun ini sebaiknya dipastikan jumlah benih yang hendak ditanam dikawasan tanah kebun yang cukup jumahnya. Lazimnya anakbenih ini dijual dalam polibeg yang ada media tanaman dari tanah campuran. Penyedaiaan tanah di lakukan dengan membersihkan kawasan dan membajak tanah sebelum disediakan lubang penanaman dengan jarak 20 kaki diantara barisan dan dalam barisan. Pastikan membuat perparitan dan saliran jika kawasan dari tanah yang ada masalah. Sebaiknya dibuat busut (mounting) dikawasan  lubang penanaman sebelum menanam. Masukkan baja organik dan MOP didalam lubang penanaman dan pasangkan sistem pengairan sesuai (pengairan titis) bagi mempastikan bekalan air sempurna sepanjang pertumbuhan. Sama dengan tanaman limau yang bernilai sebaiknya dipasang pagar disekeliling kebun kerana buah limau yang masak dan kelihatan dari tepi jalan akan menyebabkan ada orang akan datang mengambilnya. Pagar kawasan kebun ini mengelakkan kedatangan haowan perosak seperti lembu, kambing, babi hutan dan sebagainya memasukki kawasan kebun limau chokun. Bagi menanam pokok limau chokun didalam pasu pula sebaiknya menggunakan pasu agak besar dan diisikan dengan tanah campuran sebelum ditanam anakbenih didalamnya. Letakkan pasu tersebut dilokasi yang mendapat cahaya matahari dengan banyak untuk proses pertumbuhan yang maksima kelak.


Amalan agronomi tanaman limau chokun sama dengan amalan agronomi tanaman buah citrus yang lain. Apa yang penting dimana selali tanaman ini diperiksa dari sebarang masaalah. Aktiviti pembajaan, penyiraman, kawalan perosak dan penyakit serta mengawal rumpai perlu dijalankan mengikut jadual. Bagi pembajaan adalah disyorkan agar menggabungkan baja kimia dan baja organik serta baja foliar bagi mendapatkan tumbesaran dan hasil buah limau chokun terbaik. Pastikan sering memberikan baja organik seberapa kerap atau sekitar sebulan sekali dengan kuantiti yang sesuai. 
 Mengikut syor dimana kadari pembajaan bagi pokok limau chokun yang belum matang digunakan baja NPK 15:15:15 dan apabila pokok sudah matang digunalan baja organik dan baja buah iaitu NPK 12:12L17:2TE atau NPK 18:18:21 baja yang tinggi dengan unsur Kalsium (K). Unsur K dan baja organik pada buah limau penting untuk elakkan kejadian buah limau chokun pecah atau retak. Penggunaan baja butiran ini bersama baja foliar adalah amat digalakkan. Antara baja TE yang boleh disembut pada pokok limau chokeh termasa pemberian unsur Boron (B), Folium Air, Kalsium iaitu bersama dengan semburan racun serangga pada kekerapan sebulan sekali. Aktiviti cntasan pembentukan (pruning) dan cantasan penyelenggaraan perlu dilakukan sepanjang masa. Walau pun lazimnya pokok limau chokun yang dewasa adalah dilaporkan tahan tidak disiram selama 3 bulan akan tetapi penyiraman perlu dilakukan melalui sistem pengairan titis (drip irrigation) atau cara penyiraman manual. Ini kerana pokok limau chokun dilaporkan boleh berbuah seawal 2 tahun walau pun lazimnya cukup matang selapas 3 tahun selepas ditanam. Pokok limau madu chokun agak unik kerana lazimnya ia akan dituai secara berperingkat dipokok dalam masa 5 - 7 bulan lamanya dalam setahun dan ia akan berbuah sebanyak 1 - 2 musim dalam setahun. Bagaimana pun sebaiknya dilakukan aktiviti penjarangan buah (fruit Thinning) agar buah limau chokun yang dihasilkan adalah besar, manis dan mendapat gred A. Buah yang tidak dibuang didahan dengan banyak akan menyebabkan masaalah 'dahan patah' dan ia perlu untuk ditongkat dengan kayu sokongan.


Menariknya tentang limau madu chokun adalah ciri ia boleh menghasikan musim berbuah sebanyak dua kali dalam setahun jika pokok dijaga dengan baik. Dari pemerhatian penulis blog mendapati lazimnya musm berbuah pertama adalah pada Bulan March - Bulan April dan Musim Buah Kedua adalah pada Bulan November sehingga Bulan Disember di Malaysia. Ciri ini yang membolehkan petani akan menuai dua kali setahun jika ia dibanding dengan tanaman buah-buahan bermusim yang lain. Rekod menunjukkan jumlah hasil dituai adalah berlainan dimana dilaporkan pada musim pertama potensi hasil adalah sebanyak 10 - 12 metrik tan sehektar semusim sementara ia akan semakin bertambah pada musim kedua iaitu sebanyak 24 - 26 metrik tan sehektar semusim. Buah yang masak dilihat mempunyai kulit yang licin sama ada masih berwarna kehijauan atau pun sudah bertukar kepada hijau kekuningan tetapi yang pasti apabila dibuka akan dapat dilihat warna isinya yang berwarna oren terang dan manis (Sila lihat foto disebelah). Cara petik limau chokun ini sebaiknya dilakukan dengan berhati-hati iaitu dengan menggunakan gunting atau pisau tajam bagi mengelakkan ranting buah patah atau luka yang menyebabkan ancaman peenyakit kelak. Buah limau chokun ini dikumpulkan didalam bakul sebelum dibawa ke pusat pengumpulan hasil untuk di gredkan mengikut gred dipasaran. Merujuk kepada risalah FAMA dimana ada 6 indeks kematangan limau manis ini sebagai rujukkan. Indeks Kematangan 1 dimana buah masih berwarna hijau tua dan tidak boleh dituai. Indeks 2 dimana buah pada permulaan matang dengan warna hijau dan tidak boleh dituai. Indeks 3 dimana buah matang muda dengan warna kulit hijau meliputi 85% dan kuning 15% dan boleh dituai untuk pasaran eksport. Indeks 4 dimana peringkat permulaan masak dengan warna hijau 40% dan warna kuning 60% dimana sesuai dipetik untuk pasaran tempatan. Indeks 5 dimana buah masak dengan buah berwarna kuning antara 80 - 100% dimana sesuai dipetik untuk pasaran tempatan dan dimakan segar. Indeks 6 adalah buah peringkat buah terlalu masak (overripe) dengan dilihat berwarna kuning oren dan ia masih boleh dimakan tetapi tidak boleh dihantar terlalu jauh. Penggredan buah limau ckokun sama dengan limau manis tempatan dimana ia digredkan sebagai Gred Premium, Gred 1 dan Gred 2. Penulis blog pernah buat tinjauan lebih 7 tahun lalu dimana harga ladang limau chokun masih rendah iaitu bagi gred premium sekitar RM4.80 - RM5.00 sekilogram, Gred 1 dengan harga RM3.50 - RM
 4.50 sekilogram dan gred 2 pada harga RM 2.50 - RM2.50 sekilogram. Bagaimana pun pada tahun 2023 mungkin harga ini sudah berlainan akibat kos bahan input seperti baja, racun kimia dan sebagainya yang naik tinggi. Berdasarkan kepada laporan Jabatan Pertanian masa itu dimana sebanyak RM1,650 bajet tahunan diperlukan sehektar setahun dengan anggaran pendapatan kasar pokok limau chokun matang sebanyak RM185,000 setahun. Semuga artikel ini memberi i nfo berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
LIMAU MADU CHOKUN... HEBATNYA...
ISINYA MANIS... DAPATKAN BENIHNYA...
POKOK DIJAGA... DISIRAM DI BAJA...
BOLEH MENGUNTUNGKAN...ANALISA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Ramadan 1444H).
SELAMAT BERPUASA....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...